Blog Lensa Kamera

Sabtu, 30 April 2011

Matlamat Hidup..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah,nampaknya Allah masih panjangkan umur aku lagi sampai sekarang..
dan aku masih bisa bernafas dimuka bumi yang cukup indah ini,sangat indah jika kita 
pandai menikmatinya dengan sebaik mungkin..ermm kini aku dah berumur 23,dan aku sedar
diri aku semakin berusia,takkan berundur kebelakang tapi semakin maju ke depan melayari 
sisa-sisa kehidupan yang ada.. Dan aku bersyukur dengan apa yang aku miliki kini,walaupun
kekadang terasa ada yang kurang.biasalah manusia hina seperti aku punya keinginan yang tinggi jika dibandingkan dengan apa yang aku mampu ada...

Kita hidup kena ada matlamat,betul tak korang??takkan korang nak bangun dari tidur cuma
nak makan,minum..lepas itu ada yang pergi sekolah,ada yang pergi kerja..pendek kata semua benda yang kita buat hanya benda yang sama setiap hari,tanpa ada motivasi diri untuk
berubah menjadi lebih baik dari apa yang ada..bukan nak ajak kita tak bersyukur,tapi tuhan
beri kita akal fikiran untuk berfikir buruk baik sesuatu benda yang hendak kita lakukan..
supaya tak menyesal dikemudian hari.dan sehingga kini masih banyak benda belum bisa aku lakukan,walaupun baki kehidupan yang ada tidak berapa lama lagi..korang?matlamat korang 
dah tercapai??Sekian...

*Matlamat hidup kita sudah tentu berbeza..ermmm


 Kata Achie :Matlamat hidup yang agung,adalah?? 
 

Hidup Jadi Kuli..

Assalamualaikum...

Gara-gara member nak tengok Maharaja Lawak,layan sampai ke I-city Shah Alam 
semalam,entah apa2 member ajak makan sekali kat sana...nasib baik kawan punya pasal, kalau tak rasa nak lencong je semalam ke Putra jaya,manatau jumpa en ben kat sana..hehee
Apapun malam ini nak ke Kolam Air Panas  Selayang,saja je nak bagi Budak Seketul ni 
jeles sekejap..haahaa  nak ikut tak??hahaaa 

 Best gak cuti macam ni,tu baru dua hari kalau berhari2 kan best..hehee takpe,minggu
ni relak puas2,minggu depan start keje dah balik kan?ermmm malas nak kerja,stress dengan
kerja sekarang ni..rasa nak jadi blogger je 24 jam,tapi income tak kemana pun macam
Kak Diana,Traffic dia memanjang je,traffic aku nak kata siput,siput lagi banyak kot..heheee
ermmm,minggu depan aku dah pindah tempat kerja,aduiii malas benar makin lama makin jauh nak pergi kerja..tu la,dulu sibuk je nak pindah dari Puchong..ni kesan aku terima,Kerja kat Sunway tak lama,tapi terpaksa pindah kat Taman Sea pula sebab kat sana tak cukup orang..ni  bahana bila kerja banyak branch ni,suka suki je ditendang sana sini,ikutkan hati rasa nak mati je..opsss rasa nak lempang je sorang2 tapi tangan tak kuasa.heheee

korang rasa best tak jadi kuli?belajar tinggi2 pun bila jadi kuli,asyik nak kena dengar
cakap orang gak kan?kalau salah,kena tengking berkali2..aku dah malaslah,tapi nak bising
pun takde kesan pun dengan dorang,malah aku kot yang jadi bahan balik..jadi diam2 sudah...
Sekian...

*Jadi budak pun stress gak ke??hahaaaaa 

Kata Achie :Mampu jadi Bos Woofer Storm je la..hahaaaaaa 

 
Jumaat, 29 April 2011

Kawan Tikam Belakang..

Assalamualaikum.....

Selamat malam semua,dalam entry aku yang lepas iaitu kat Sini dan Sini ,memang
banyak komen dari budak comel yang aku dapat..dan aku hargai semua itu,mungkin pendapat setiap orang berbeza dalam mengeluarkan komen masing2,apa pun terima kasih ye, setiap
pendapat orang aku terima dengan senang hati...

Ermm..aku nak tanya pendapat korang,kalau korang ada 
 member yang kira satu kepala dengan korang..kemana je mesti ada je benda nak cerita,
apa je benda pasal korang dia mesti gak tahu,dan sebaliknya..pendek kata semua benda  korang kongsi bersama2,korang percaya sangat kat dia sampai kenal ibu bapa dia macam mana..
Rumah dia ibarat rumah kedua korang,dan ibubapa dia pun dah macam ibubapa korang.
tapi satu hari korang dapat cerita yang dia buat tak baik dengan korang..dia jaja keburukan
korang depan kawan-kawan yang lain..Jadi,aku nak tanya sikit ni..apa perasaan korang dan
korang rasa nak buat apa??ermmm sila bagi pendapat korang yang bernas tau hehee...
Sekian... 
 
*Cumil gila benda ni...suka3 

Kata Achie :Jom turun Kl malam ni..yeaaaahh Jiwa tengah kacau,byeeee 

OdahOne Giveaway | Bersamamu Hidup Ini Indah Semuanya

Assalamualaikum....

Lama tak join benda2 macam ini,tapi ada gak orang sudi tag
ye..heheeee terima kasih buat Cik Zaty yang sudi tag kita,walaupun
tarikh tutup dia tengah malam ni..aduiii tak tahu nak tag siapa la ni.eheeee
apa pun laya dulu syarat yang diberi..jooomm

1. Warganegara Malaysia yang mempunyai blog
2. Menjadi follower bagi blog Odah + One = OdahOne
3. Buat satu entry berkenaan GA ini yang bertajuk;
"OdahOne Giveaway | Bersamamu Hidup Ini Indah Semuanya"
*Sila letakkan banner di atas di dalam entry tersebut & linkkan ke entry ini
4. Tag 2 orang blogger untuk JOIN GA
5. Sila tinggalkan URL entry yang anda buat pada kotak komen di bawah entri ini dengan format seperti berikut.

 
 Tarikh Tutup : 30 April 2011

Nak Tag:-(Sempat ke orang buat ni)ermmm


 *Klik Banner kalau berminat...


Sekian..... 


 

Jozan Oh Jozan..

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua,semoga jumaat yang mulia ini kita semua diberkati hendakNya ..Memandangkan aku ambil cuti untuk hari ini dan esok,makanya aku bercuti untuk tiga hari berturut2..Seronok sangat sampai tak tahu nak buat apa untuk tiga hari ini,dan dari semalam aku belajar nak buat header sampai sekarang tak siap2 lagi ini,bukan apa satu benda pun aku tak tahu..dah tengok tutorial tapi masih tak berjaya..mungkin membuat header ini bukan kemahiran aku kan?ada siapa nak buatkan header free tak?heheee aku nak..ngeeeee

Aku tertarik dengan entry Bro Azlan pasal lawak yang diguna pakai jozan pada minggu ke 4 baru2 ini,dan aku sendiri setelah berulang kali tengok merasakan benda yang sama. Bro azlan menyatakan pendirian tegas dia kat Sini..dan bagi aku,benda seperti ini tak patut berlaku kerana cuma memalukan agama islam sebagai agama yang suci.Memang tidak diakui,niat Jozan hanya untuk membuat lawak semata-mata,dan mungkin ada nasihat yang nak ditonjolkan kat situ..Tapi harus diingat disini,setiap orang punyai pandangan masing2,mungkin apa yang disampaikan oleh jozan itu boleh disalah ertikan oleh orang yang tidak faham dengan konsep yang ingin disampaikan..dan aku sendiri tahu ada sesetengah orang mempertahankan jozan mungkin jozan idola mereka..dan bagi aku,kalau kita nak support artis kesayangan pun,kena juga bertempat..kalau betul,kita boleh je teruskan..tapi kalau salah,takkan nak ikut..satu je aku nak tanya,asal bila sebut Allah kita nak gelak ketawa, bukankan lebih takut tanam perasaan takut bila ingatkan Allah.Siapa kita dimuka bumi ini, dan point bro  Azlan itu dah jelas,tak perlu aku nak huraikan lagi..kami bukan budak agama mana pun,tapi sedar itu mungkin tidak bagus untuk kita semua..

Pendapat mungkin berbeza,tapi semua kita ada akal fikiran..tahu mana baik buruk sesuatu perkara,takkan nak kena cakap juga kan,maaf kalau ada yang terasa,jadi aku tak nak berlaku ketidakadilan kat sini,jika ada yang merasakan kata aku tak betul,sila tinggalkan pendapat korang kat sini,dan aku sudi nak dengar..tak perlu nak menjadi Pengecut nak jadi Anon,belajar menjadi diri sendiri....Sekian.

 *Aku pun minat Jozan,tapi lawak sebegitu bukan kegemaran ku..Maaf Jozan^^


Kata Achie :Apabila nafsu menguasai akal fikiran,pasti mendekatkan diri ke lembah kesesatan..

Nak Tamak ..

Assalamualaikum...

Bertemu lagi kita ye untuk kali ini,maaf ye pasal entry aku yang kat Sini..sebenarnya entry tu bukan maksud aku nak tutup pun blog buruk ni,tak kan tutup wehh tapi ada sebab aku nak kata gitu..hheheeee apa dia?nantikan entry seterusnya ye..aku kiranya nak rehat gak malam ni,tapi Budak Seketul ni entah apa2 nak ugut bagai2 ni.hahaaaa memain je la,takde aku memang rindu nak lepak sini,tak dapat nak buka sehari rasa lain macam je wehh...

Apasal dia ni tamak sangat ni?apa  cite ea?aduiii pusing kepala tengok orang macam ni,nampak dia sibuk nak cover diri,tapi boleh tahu je orang tamak sangat ni macam mana..orang ambil satu,dia amik sampai dua,tiga dan kadang2 mungkin lebih lagi..heheheee tak fikir orang lain ke macam mana?orang lain pun nak gak,dan kalau boleh tak perlu nak pentingkan diri sendiri..nak tamak pun,tengok tempatlah juga..jangan nak memanjang je buat macam tu,sampai orang lain yang tertindas..korang rasa tamak tu macam mana ea??ke aku salah cakap ni??hahaaaa Sekian



 *Tamak berpada-pada,jangan sampai terkena..

Kata Achie :Aku pun tamak gak,tapi tengok keadaan macam mana....lalalalaaa~Korang??  
Khamis, 28 April 2011

Pengomen Tegar..

Assalamualaikum..

Sedar tak sedar,dah lebih enam bulan aku berblogging ini..dah macam perangai
kat sini,ada yang macam itu dan ada yang macam ini..tapi itu tak payah nak katalah ye,sebab
masing2 punya citarasa sendiri..dan aku sendiri pun ada citara rasa sendiri,heheeee dan selama 
aku mengarut kat sini,ini entry ke 404 aku mengarut...perghhh banyak juga kan? tak tahulah
apa benda aku kata selama ini,belek balik entry2 yang lepas,rasa nak terjun bangunan pun ada..hahaaaaa dan aku tak pasti apa yang bermain diotak pemikiran ku sampai terhasil entry2 sebegitu...

Semalam ada baca satu entry pasal seorang blogger ini,blog dia bila tak update ada je pengomen yang datang kata rindu,perghhh best gila kan ada pengomen tegar macam tu, kita hilang ada je orang nak cari,tapi macam aku ni,rasanya kalau lepas ini sebulan tak update orang tak tahu apa2,orang ingat je aku dah mati...hahaaaa apa pun,mungkin blog ini tidak membawa maksud apa2 bagi pembaca yang tersesat masuk ,cuma sampai kini aku tak kenapa aku masih kat sini walaupun cuma mengeluarkan entry2 yang bodoh,yang langsung tidak membawa manfaat,,perlukah aku buat sesuatu perubahan,ataupun hanya perlu pastikan 
WooFer Storm ini bakal ditutup....Sekian

 *Excited nak makan..yeahhhhh


Kata Achie : Aku nak header,ada orang nak buat tak??heheeee 



Duhai sahabat..

Assalamulaikum..

Hati selalu riang bila dikelilingi insan bernama sahabat,Ya sahabat..memang sahabat yang baik sukar dicari ganti..penangan seorang sahabat begini memang ditagih sekali oleh insan yang lemah seperti aku,aku sedar akan diri ku..diriku yang hina,tak mungkin mampu bergaul dengan mereka2 yang terbaik yang telah dikurniaan ilahi,ya aku tahu itu..namun aku tetap inginkannya kerana aku bisa bersedih bila tiada insan ini disisi,aku sunyi tanpa ada gelak ketawa,bicara madah dari mereka.. Sahabat,tolong jangan tinggalkan aku bila aku perlukan kalian semua,percayalah aku berjanji sedaya yang mampu untuk menjaga persahabatan ini,moga kekal abadi..cuma satu pinta aku,tinggalkan aku jika kehadiran aku cuma hanya membuatkan kalian terseksa bahkan bisa menjerumuskan kalian dilembah kehinaan..Sekian..

 *Dedikasi buat Sirrus..

sahabatku..
seberat apapun masalahmu
sekelam apapun beban hidupmu
jangan pernah berlari darinya
ataupun bersembunyi
agar kau tak akan bertemu dengannya
atau agar kau bisa menghindar darinya
karena sahabat…..
seberapa jauhpun kau berlari
dan sedalam apapun kau bersembunyi
dia pasti akan menemuimu
 dalam sebuah episode kehidupanmu..

*Sempoi kucing ni..heheeeee 

Kata Achie :Entry merepek sebelum nak kerja...byyyeeee 

King Scout l Harapan tinggal harapan..

Assalamualaikum....


Kawan sekolah menengah dulu ramai dah dapat king Scout,aku dapat apa? Memang rugi,dan teramat rugi bagi aku..tapi harapan berkecai,takkan dapat masa diputarkan semula..benda yang lalu,tetap berlalu..takkan datang bergolek semula,aku pasrah dengan apa yang ada..Tapi hati aku teringin sangat nak dapat sijil King Scout,mendapatnya ibarat satu kepuasan bagi aku dalam berpengakap..Namun apakan daya bila saat untuk persiapan ke ujian itu aku tak dapat datang atas masalah teknikal..dan akhirnya aku kecewa keseorangan bila kawan dapat,aku berputih mata saja..ermm

Kenangan bila diungkit kadang kala ada yang indah,cukup indah tapi adakala juga terpalit kedukaan..kedukaan yang berganda,bisa membuat orang jadi gila..siapa aku nak salahkan takdir andai itu yang harus ku terima..dan sememangnya aku pasrah,redha dengan ketentuan yang ada..Aku takkan berpeluang untuk dapatkannya lagi..Sabar jela..

Sekian..

*Hasil google,jumpa gak..heheeee  
 

*Sijil King Scout,ada tandatangan seluruh Sultan negeri yang ada...

*Lencana dia pun cun ni kalau dapat..hehheee 


Kata Achie :Bukan semua yang kita ingini bisa tercapai..Jangan duk berangan ye^^ 
Rabu, 27 April 2011

Gunung Keriang..

Assalamualaikum...


Tetiba mood rindu masa praktikal dulu,enam kali praktikal dulu tapi paling best sem empat dan sem enam.hehee sem enam best sebab praktikal dekat je dengan rumah...hehee sem empat best sebab ada gunung keriang..heheee Aku praktikal kat hosp jitra kedah masa tu,kalau tak silap aku tiga bulan kat situ..mula je sampai kat sana,memang rasa lain benar pula..yala kali pertama jejak kaki kat jitra kedah..hehee

Selepas sebulan duduk sana,Bandar Jitra tu dah macam tempat sendiri..balik je dari hosp,selalunya aku sering lepak  kat situ..sampai satu masa,ada offer dari kak sorang ni,dia memang orang kedah dan ajak pergi gunung keriang,aku macam tak berapa setuju je tapi member sorang ni excited sangat nak pergi,akhirnya petang tu gak kami pergi..nasib baik tak juga jauh ni,sampai je sana kawan dah tak sabar nak ajak ke atas,aku pulak tak berkenan sebab aku kan Ini..heheee

Tapi akhirnya aku setuju gak,dan tak disangka aku sampai juga kat puncak tu walaupun kaki aku dah ketar2 ni..dorang takpelah,seronok sangat bergambar sampai aku ini dilupakan...dalam hati terdetik gak perasan cemburu,yala tak biasa dengan keadaan yang tinggi macam ini..dah puas dorang bergambar,baru kami turun..nak turun pun satu hal ni,kalau nak daki pun aku tak berani,apatah lagi nak turun.memang fobia habislah katakan,dan aku benci sekali bila dorang balik2 gelakkan aku yang sebegini rupa..sabar jela,tapi bila difikir2kan balik,seronok gak dapat kesana..kalau ada masa ,teringin gak nak kesana balik tapi tak tahulah bila..balik dari gunung keriang,lepak pula kat Muzium Padi,memang tempat dia pun cantik sangat..terasa rindu bila kenang balik.. ermmm ada tak blogger kedah kat sini yang nak ajak ke sana??heheeee Sekian^^

*Gambar asal ini dari Sini.. 

 *Gunung keriang

 *Muzium Padi,kedah


Kata Achie  :Kenangan terindah kekal menjadi kenangan..

Bila Kau Suka Aku..

Assalamualaikum...


Perkenalan kita yang dah lama membuat kita begitu serasi sekali,adakah ini bermakna kita boleh jadi teman sejati.. teman yang boleh diajak berbincang isu apa sahaja tanpa ada ruang batasan,sebegini rupa yang aku harapkan..kau seorang yang prihatin dan baik sekali,dan tidak ada sesuatu kekurangan kau yang dapat aku kesan,malah tidak terdedah mana pun keburukanmu didepan mata ku..sesungguhnya kau adalah sahabat aku yang terbaik pernah aku kenali..hari berganti hari,terasa begitu cepat sekali putaran alam ini berlaku sampai diam tak diam,persahabatan kita telah bertahan selama tiga tahun tanpa ada sebarang perbalahan..sesungguhnya aku amat menyayangimu dirimu sebagai seorang sahabat.. 

Hinggalah suatu hari,airmata ku tumpu bila kau mengatakan yang kau cinta pada ku bukan lagi sebagai seorang sahabat tetapi sebagai seorang kekasih..betapa bodohnya diri kau mencintai aku,sedarkah apa yang telah kau katakan sebentar tadi,kau sedar dunia kita adalah sama,bagaimana untuk aku mencintai kau,jika aku tidak pernah mencintai kau sebagai seorang kekasih..dan kau pula mula memaksa aku untuk mencintai kau dan melayani dirimu persis seorang kekasih.. Demi tuhan,aku tak kan pernah mencintaimu walaupun sedetik kerana aku tak ingin berpaling dari agama aku,dan aku tahu aku tak bisa mencintaimu kerana kau seorang LELAKI..Sedarkah kau hakikat itu??

Maaf,entry diatas cuma ilusi semata2,tiada kena mengena dengan diriku..cuma aku ingin ajak korang merenung kembali keadaan sekeliling kita yang kini penuh dengan karakter seperti Gay,Lesbian dan banyak lagi..kenapakah ini bisa berlaku?kenapa nafsu kita semakin menjadi-jadi sedangkan ada yang halal untuk kita layani...Sekian..

 *Sahabat,jauhilah aku jika aku mengajak mu ke arah kejahilan..

Kata Achie :Jangan dekatkan dirimu kelembah kehinaan..ermmm 





Nak Pinjam boleh..

Assalamualaikum.....


Penat bangat balik dari kerja,tidur tak menentu membuat hati suka sangat memberontak.. Kenapa ARC jauh sangat nak kena drive hari2,dengan kesesakan jalan raya yang kadang kala membuat aku rasa nak gila pun ada..kalau dulu dengan SSL,tak perlu nak kena guna kenderaan,cuma kaki yang diperlukan,kalau tidur pun boleh je bangun lewat sikit..Tapi sekarang ni,nak bangun kena awal..kadang2 tak perlu nak tidur,kerana takut tak bangun2 dah..Mati ke apa?heheee bukan derr,aku kalau dah penat gila,kadang2 peluang nak bangun kembali itu amat nipis..Selalunya khidmat kawan yang aku perlukan untuk mengerakkan aku..heheee mungkin ini penangan ubat tidur bila aku sukar untuk lelapkan mata.. 

Kekadang aku rasa bosan bila kawan meminjam barang tanpa meminta izin terlebih dahulu, itu membuatkan aku sakit hati..tapi memikirkan dia masih seorang kawan membuat aku terdiam begitu sahaja,dan bila dia meminta izin pulak,tambah aku saki hati kerana selalunya dia mengatakan hanya menggunakan untuk seketika,tapi dia lesap entah kemana..Bukan niat aku nak kedekut,tapi sebagai kawan dia patut memikirkan protokol nak pinjam barang itu macam mana..sebagai contoh,dia kata nak pinjam kereta untuk beli barang sekejap,tapi 2,3 jam muka dia tak muncul2,aku yang nak buat kerja terbantut gara2 dengan sikap dia tu,tapi kesabaran aku masih ada berbaki..perlukah aku melempang,ataupun khidmat kaki aku perlu nak terajang..Perlu jika dah tak makan saman bila dah diberitahu berkali2?? Aku hanya mampu mengeluh seketika.. Titik..

 *Apapun dia tetap seorang teman..ermmm

Kata Achie : Nak pinjam barang orang senang,tapi nak kena jaga barang orang tu yang payah.. 

Sedarkah kau..

Assalamualaikum..

Selamat pagi blogger,hari ini aku tak dapat nak tidur lagi..masalah yang melanda menyebabkan aku tewas dalam pertempuran sengit untuk melabuhkan biji mata yang telah lama berjuang habis-habisan..Namun tika ini,detik ini aku masih begini.masih tercari-cari dimana hala tujuan aku didunia maya ini,jika bantal busuk tidak ingin menemani aku dan tilam tidak ingin mengiringi untuk aku beradu walau sebentar,aku bersyukur kerana lappy masih bisa untuk menemani aku tika ini..

Aku tidak inginkan musuh,aku cuma perlukan sekurangnya seorang teman untuk menemani diri ku..bukan untuk mencaci aku,bukan untuk menikam aku dari belakang..aku tak perlukan itu,aku perlukan kasih sayang,bukan dendam tak berhati perut..Seperti aku perlukan cahaya untuk menerangi malam2 yang sepi, aku perlukan air untuk membasahi anak tekak yang kehausan dan aku perlukan kamu bukan untuk menyakiti,malah untuk membuli ku,cuma cukup untuk memahami diriku..Sedarkah kamu,tindakanmu hanya menampakkan kelemahan mu pada pandangan mata kasar ku,sakit di pandangan malah lagi sakit dihati..Tapi sampai kini kamu masih tak sedar diri..Sekian.

 *Tetiba aku rindu tengok benda ni..heheee

Kata Achie :time macam ini aku suka lagi melalut..mesti
korang tak faham,maaf^^ 
Selasa, 26 April 2011

Aku memang degil..

Assalamualaikum....

Selamat malam semua,apa cerita malam ini?mesti sibuk ni kan?aku pun banyak benda nak kena buat tapi update entry sekejap baru senang nak bw..bw mana?bw kat tempat yang komen kat blog ini,maaf aku tak guna Dashboard ni,kosong je kat situ..nasib baik dapat nak update..heheee Bloglist aku ada,tapi entah apa2 ni..hehee jadi aku cuma dapat terjah blog yang tinggalkan komen je..itu pun ambil masa okey,aku bukan blogger tegar macam Sis Diana mahupun fariq..aku tak suka fariq,coz dia rampas maisara.hahaaa gurau^^

kalau korang baca entry aku kat Sini,korang mesti tahu tabiat aku macam mana kan?hehee
malu sekejap,tapi itulah kenyatan dia..tak percaya tanya Budak cumil ni,tapi jangan tanya Budak Seketul sebab memang dia tak tahu apa2 ni..tahu makan je tapi badan kurus macam tu gak..hahaaa ini memang pujian iklas ok,bukan kutuk ke apa..hahaaa sikap degil, siapa ada?
kalau ada,esok aku nak belanja roti canai satu tapi bayar sendiri sebab kita serupa..hihii
Degil ini antara perkara yang sebati dengan aku,kadang2 bila tak sama pendapat aku suka buat cara aku sendiri...kenapa?entahlah,aku sendiri pun tiada jawapan,cuma aku merasakan
aku berhak berpihak pada apa yang aku pertahankan..aku memang degil.selagi orang tak mengalah,aku pun tak nak mengalah ni...kalau boleh,sikap mengalah itu adalah perkara last sekali aku buat..hehee tapi inilah aku,bukan siapa2..sebab cuma aku yang faham aku ini macam mana..heheeeee korang degil ke?cuba citer cikit..Sekian..


*Muka masa sewaktu kecil..percaya tak??hahaaaa


Kata Achie :Degil mana pun biar bertempat,takut ada yang makan terajang....hehee


Bosan..

Assalamualaikum.....

Tajuk entry bila baca pun mesti korang dah bosan ini kan?hahaa takpe,kalau bosan
abaikan untuk seketika ya,nak pangkah butang X pun tak kisah..tak bagus paksa orang baca entry kita,tak begitu?heheee aku pun sambil mengolah ayat untuk entry ini dalam
tahap kebosanan yang melanda.bosan?takdelah,tak bosan pun sebenarnya..hahaa
selagi ada internet,selagi itu aku okey..jangan line macam siput sudahlah..ngeee

Korang bosan ke?buat sikit kerja pun boleh bosan?aku pun tak tahu
nak cakap ada derr,mungkin juga pemikiran kita tak sama kan? bosan ini kadang2 membawa 
keburukan kepada kita,itu aku tak nafikanlah..sebagai contoh,korang beli handphone baru,sebelum itu memang teringin sangat nak guna..dah dapat beli pasti teruja sampai tak tidur 39 jam,gara2 nak belek handphone tu dua tiga kali..belek macam mana pun handphone tetap begitu juga,takkan berubah jadi psp ke,jadi laptop ke dan sewaktunya..Normal bila baru dapat,rasa sayang je takut calar,tak bagi member tengok walaupun sedetik cuma.tapi sampai bila?dah dua,tiga bulan handphone tu jadi mangsa baling sana sini juga kan..tapi
aku bukan nak kata handphone je,macam2lah janji korang bosan..bosan nak belajar ke,bosan nak kerja atau mungkin bosan dengan pasangan.ini ada ke?hahahaa Sekian..

*Tak kisah bila bosan sesuatu perkara,tapi jangan melebih2..heheee


Kata Achie :Aku kalau bosan hantuk je kepala kat dinding..  
 
 

Protes separuh bogel..

Assalamualaikum....

Tak terasa masa ini berlalu,tadi pagi baru je rasa update entry merapu tapi sekarang dah tengahari ini.dah nak masuk petang pun sebenarnya..aku lapar bangat ini,nak makan je rasanya tapi kejap lagilah,nak bw kat blog orang punyalah seksa..rasa nak hentam je P1 ni,kalau dah habis limit lembab mengalahkan kura2..rasa membara je hati,dan meneruskan keCOOlan aku ini nampaknya cuma sia2 saja..heheee takpe,sabar je hati...

Aku tak tahu apa yang bermain difikiran dia ini,tak tahu nak cakap apa..boleh pulak buat perkara yang cuma memalukan diri sendiri,patutnya dia fikir semasak-masaknya sebelum bertindak sebegini rupa..Yang natijahnya cuma mengaibkan diri sendiri,jika rasa perasaan tidak puas hati timbul.cuba cari jalan penyelesaain yang terbaik bukan asyik nak cepat je.Aku malu dengan cara dia ini,walaupun dia bukan orang sini tapi dia tetap seorang manusia..tetap seorang wanita yang punyai akal dan fikiran..persoalannya disini,dimana dia letak akal dan fikirannya tu..letak dilutut ke??Sekian.

Pasal apa?layan je artikel Kat Sini 

*Bila marah,aku suka nak cari makan..heheeee


Kata Achie :Jangan kerana dia,merosakkan nama seorang wanita lorrrr.. 

Best main nama bapa..

Assalamualaikum...

Pagi ini sejuk bangat,nak buat apa kerja pun malas je rasanya...heheeee biasalah
pasal budak malas,siapa lagi?tak nak tuding jari,kerana lagi terang dan bersuluh
aku ini malas,lagi malas rasanya dari korang..hehee korang malas ea?tu kena tanya
diri sendirilah ya,kalau tak malas alhamdulillah syukur...eh,korang dah sarapan ke belum 
ini?kalau belum silalah layan perut masing2 ye,perut aku pun tak masuk lagi ini..
memang susah nak masuk waktu pagi macam ini,tu pasal gastrik dah sebati dalam diri aku.hahaaaa

Tetiba ingat lagi zaman sekolah menengah dulu,aku satu sekolah dengan Budak comel ni..tapi
nama je satu sekolah,aku tak kenal pun dia..hahaaa rasanya tak pernah jumpa pun. betul tak
sahabat?hahaaa kalau jumpa pun mungkin tak perasan,aku kenal dia dari dunia maya gak..inilah kelebihan dunia ni,kalau pandai je guna dengan sebaiknya,insyallah pasti ada kebaikan untuk diri kita..tapi kalau digunakan pada jalan yang salah,apa jadi?heheeee fikir sendiri

Masa kat sekolah menengah dulu,kawan maki hamun sesama kawan ini macam perkara
biasa ini..aku pun tak tahulah kenapa boleh jadi macam tu.memang femes benda ini,yang peliknya maki hamun bukan apa..kutuk nama bapa kawan sendiri ini,aikk macam2 kan?
hahaaa nampak sangat kebudak-budakkan..Aku?aku tak main benda tu,memang pantang rasanya main benda ini,kalau nak main juga makan dulu kasut aku size 8,bukan macam kasut budak seketul Size 4 ..hahaaa bagi aku ,tak ada kewajaran nak main benda sebegini,walaupun 
ada yang kadang kala sekadar gurauan,tapi pasti boleh membawa kemarahan bila berlebihan..
tak begitu?Kalau korang,apa patut korang buat nak tangani benda macam ni?Sekian..

*Mood nak tengok cite P.Ramlie


Kata Achie :Nama je sekolah agama,tapi diri tak penuh dengan keagamaan.. 
*kutuk diri sendiri okey..heehee 
 
 

Filem Cun..

Assalamualaikum....

Tajuk entry aku seketul je,macam Cik Najihah Seketul..hahaaa jangan marah,memang
kenyataan dia tu seketul,tak gitu najihah?hahaaa aku baru je habis tengok movie  
Cun yang dilakonkan oleh Remy Ishak dan Maya Karin..mesti ramai dah tengok ni kan,tapi
aku je yang baru tengok,tu pun lepas download tadi petang..takde mood nak tengok kat wayang,
buang duit je kan..jadi bagus tengok benda yang free walaupun terpaksa sabar menanti..

Filem ini kira okey apa,taklah juga menyerabutkan kepala yang tambah serabut ini..cuma
rasanya ada pengajaran yang kita dapat sini..pernah tak terfikir bahawa tak perlu nak berangan lebih nakkan sesuatu yang tak boleh nak capai,tak boleh nak miliki..Angan itu boleh,tapi 
disertai dengan usaha kan lebih baik...Tapi kalau dah berusaha pun tapi masih tak dapat tak perlu nak mengeluh diri,mungkin ada hikmah disebaliknya..Filem ini mengajak kita berfikir bahawa setiap yang kita ingin miliki belum tentu kita akan dapat,jadi berusaha sebaik mungkin dan berdoa kepadaNya..jika ada rezeki adalah,jika takde rezeki sabar ye..Korang rasa bagaimana?Sekian..

Nak tengok trailer Filem Cun ,Sila klik  Sini

 *Tengok yang positif je,yang negatif sila abaikan..hehheee


Kata Achie :Sampai hati Bbraun buat aku macam ini,takpe3..aduiiiii 


Isnin, 25 April 2011

Serabut kepala

Assalamualaikum...

Maaf terlebih dahulu,entry ini cuma entry luahan hati semata2..kalau rasa
tak selesa,tak perlu gundah hanya tekan pangkah yang diperlukan disini..Makin malas
rasanya nak mengupdate entry ni,bukan malas apa,tapi malas disebabkan takut pengeluaran
entry yang hanya dirasakan sampah oleh orang lain,,,memang ramai yang kata
ini blog aku,suka hati akulah nak tulis tapi takut pulak bila orang yang masuk menjadi
hampa bila membaca entry sebegini rupa..kalau ada yang panas punggung,itu bala sekali..

Sejak akhir2 ini,terasa diri memang serabut sekali..macam sebelum ini tak serabutkan?
tapi kali ini serabut yang boleh buat aku rasa nak hantuk kepala kat dinding je rasa..Apa kes
bila apa aku buat semua tak menjadi,apa yang aku buat cuma memalukan diri aku sendiri.. 
apa yang aku buat,cuma meletakkan diri aku ditempat yang tidak betul..bukan LU FIKIR 
SENDIRI,tapi aku fikir sendiri dan aku dapati aku MEMANG SERABUT...
Sekian...

*Hodoh bangat bila aku berkeadaan sebegini rupa..grrrrrr 

Kata Achie :Jika bbraun tak sudi,Asia renal care sudi menanti..adiooosss 

Bila dah jadi kurang ajar..

Assalamualaikum...

Pagi ini tak tahulah apasal aku lain macam je ni,tak tahu nak kata apa..layan je la
perasaan sorang2,mungkin itu lagi baik..Mood aku cepat sangat berubah,lebih2 bila ada yang tak kena..kenapa begitu?aku ke yang patut dipersalahkan?hehe atas apa yang terjadi, mungkin
juga salah aku..suka meletakkan sesuatu pada yang tak patut,dan tak mungkin
aku boleh capai...<--ayat merepek jap..lalalaa~

Abaikan dulu,tadi aku ada tengok satu video kat you tube pasal seorang anak maki hamun seorang ibu,aku tak nak bagi link tu,kalau korang nak cari,carilah dengan guna kuasa Seo ye,pasti jumpa gak kan?ermmm apa yang aku pasti,benda kecil boleh diperbesarkan
oleh anak tersebut..Aku tak tahu apa yang ada kat kepala otak anak tu,buat ibu dia sampai
begitu sekali..tak boleh ke nak cakap baik2?kenapa perlu ada kekasaran apatah lagi
dengan ibu sendiri..syurga ditelapak kaki ibu,disini aku tak nak bagi komen lebih,aku cuma perlukan komen yang jujur dari korang,korang rasa kenapa semua ini terjadi?
adakah salah didik dari ibu bapa?ataupun salah dari anak sendiri? 
dan apakah cara terbaik untuk kita tangani masalah sebegini?Boleh??
Sekiaan..

*Sekadar gambar hiasan dari Sini 

Kata Achie :Tak salah mengalah jika itu yang sepatutnya.... 
 

Identiti diri aku apa??

Assalamualaikum..

Sekarang ini,semakin ramai yang ingin menjadi blogger..tapi takpe,itu satu
perkembangan yang sihat nampak gayanya..dalam sehari mesti ada je yang daftar blog,ye ke?heheee baguslah dari buat perkara tak elok kat luar sana tu,lagi bagus buat baik kat blog ini..tapi semua orang buat baik kat sini ea??heheee jangan buat jahat sudahlah,kalau tak sama je dengan aku yang terlebih jahat ni..haahaaa

Nak buat blog bukannya susah mana pun,buat je ikut tutorial yang ada...Memula memang agak payah kan?tapi lama benda tu jadi biasa dah..malah ada yang baru je ni,tapi hebat dalam mengedit  blog dia jadi cun lagi gempak.contoh? aku bagi Bro Mas,dia ni baru gak kan kat sini, baru dari aku tapi tengoklah sendiri,blog dia memang gempak dan siap tukar domain lagi tu..hehe Tapi harus diingati,nak buat blog ini senang tapi kena pandai mencari identiti sendiri,jangan nak ikut orang je keja..tu benda tak elok kan?betul tak?cuba kita buat blog dengan cara kita sendiri tanpa perlu nak copy paste sesuka hati..orang tak panas hati,
kita pun senang hati..tak begitu??Sekiannnnn

 *Ayu  je tengok dia pakai macam ni..ermmm


Kata Achie :Aku pun tak tahu identiti aku ini macam mana..rojak??mungkinn.heehee 
Ahad, 24 April 2011

I Love You Pujaan Hati

Assalamualaikum...

Aku termenung ke luar jendela,tetiba teringat akan dirinya..rindu,sangat rindu akan
suaranya yang lama tidak kedengaran..Aku rindu dia,rindu sangat...Ya Allah,kenapa ini harus terjadi kepada aku,aku cinta dia,aku sayang dia sepenuh hati aku..maafkan selama ini,aku pernah menyakitkan hatinya.memang dia mulia,mulia bagi diri aku.tanpa dia siapa aku,tanpa dia aku tak mampu membuat apa-apa.Ya Allah,kenapa ini yang harus aku lalui.namun aku tidak ingin menyalahkan takdir ini Ya Allah.mungkin ada hikmah atas apa yang terjadi.semoga dia diaman disana.. Aku percaya cinta ku kepadanya tak kan berkurang,malah aku yakin aku semakin cinta kepadanya.pemergiaannya membuat hati aku sakit,batinku terseksa memendam rindu yang tak sudah..Ya Allah,bagaimanakah untuk aku mengatakan yang aku cinta kepadanya,kerana kini aku tidak bisa mengatakan itu lagi..Ya Allah bantu hambamu ini..

Diam tak diam,dah hampir 6 tahun dia meninggalkan aku.aku ingat lagi ketika itu aku masih
menduduki peperiksaan SPM..dan aku benci diriku bila kusedari pemergiannnya hanya ketahui bila 7 hari selepas ketiadaannya.. Aku benci pada siapa yang menipu aku selama ini,
kerana aku tak bisa mengiringi dia ke pusara..aku benci semua ini,Ya Allah kenapa aku mesti 
teringat kembali peristiwa yang cuma membuatkan hati ku terpukul kekecewaan..
Ya Allah,kenapa mesti aku..Mengapa?

I love You Mama 



Kata Achie :Dalam tawa ,ada gundah..ermmm 
 
 

Dota kegilaanku..

Assalamualaikum...

Aku masih ingat lagi semasa semester pertama aku tinggal
di hostel,aku yang masih baru dan blurrr dengan suasana yang baru hanya mampu terdiam.. yala terdiam kerana tak tahu nak bercakap dengan siapa..diam lebih baik bukan
jika berbicara hanya omong kosong sahaja...dan aku perhatikan penghuni hostel tu
hanya layan satu benda je,bukan kawan,bukan awek tapi 
DOTA..Apa itu Dota?sejenis game yang begitu popular sewaktu
di hostel dahulu..

Aku akui aku seorang pemain game yang tegar sewaktu ketika dulu,ya la
asal je ada cd game terbaru mesti layan nak beli,tapi bab Dota ini macam tak masuk sangat ni..
macam hampeh je aku bila main Dota,tapi kini game bukan lagi kegemaran ku,kerana terasa
masa aku melayang begitu sahaja tanpa ada apa2 faedah,selamat tinggal Counter Strike, King of fighter,Dragon Ball,Naruto dan macam2 lagi game yang aku ada..kerana bagi
aku terasa melalaikan betul melayan game ini kerana langsung tidak membawa faedah, memang untuk keseronokan tidak mengapa,tapi bila asyik dengan game 24 jam,apakah itu 
dipanggil keseronokan?ermmmm kerana aku tengok kengkawan aku kat hostel dulu, habis kelas je mesti benda itu je yang dorang layan,kadang2 sampai tak tidurnya,natijah bila 
besok time masuk kelas,boleh pulak tidur kat surau..siapa yang rugi?Aku? Sekiannnn   

*Aku sampai sekarang tak pandai2 main game Dota ni..hahaaaa 

Kata Achie :Main game tak salah,tapi biar berpada2..Asal tak layan blog je?ada gak untungnya..heheeeeee 

   
 

First GiveAway at My Life On Pixel

Assalamualaikum...

Ada gak yang sudi tag aku ea?heehe takpe aku
layan je k..kali ini tag dari Cik Nadia, dia ni sorang blogger
yang simple,yala entry dia simple je tapi padat weh..jadi ada masa
apa kata layan blog dia tu.heheeee

GA kali ini dianjurkan oleh En Naza,jadi kalau
nak join GA ke,apa ke jangan fikir nak menang je,yang penting
semangat nak support kawan blogger tu kena ada..ingat tanpa
blogger yan lain,siapalah kita..
Jom layann


  Jadi aku nak tag siapa ea?ermm tag budak cumil ni :-


Tarikh Tutup : 16 Mei 2011


Sekian... 

Aku suka je maki orang..

Assalamualaikum...

Baru je habis layan Novel Biar jadi kaktus,Perghhh best bangat ni..rasa
nak baca lagi,tapi stok novel dah habis baca semua,hehee jadi mesti beli ni,tak kira nak
beli gak bila ada masa..heheee buku itu dah lama aku beli tapi baru tadi berkesempatan
nak khatamkan..heheee jadi pada siapa yang belum beli tu,sila beli ye..itu pun kalau berminatlah..heheeee aku dah takde kawan yang minat baca novel,semua dah lari
pergi jauh2,aku pun dah malas nak kejar lagi.. 

Dalam blog ini perlu ke ada maki hamun?perlu?ermm tak tahulah,rasa tak
aman dah nak berblogging sekarang ini..ada bermacam gaya yang kadang2 tak masuk dek
akal fikiran seperti aku sendiri yang pemikiran still belum matang..tapi aku masih rasional,dan
tak pernah memaki hamun menggunakkan bahasa yang agak kesat dan lancang,kerana
itu cuma hanya memalukan diri orang lain dan aku sendiri..sanggup ke aku nak 
malukan diri aku?kalau aku,aku memang tak sanggup,kerana dunia blog ini sungguh luas.
setiap perbuataan kita akan diperhatikan,tidak mustahil kelakuan kita yang tidak
senonoh akan digunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab untuk mengenakan
kita semualah..sedar ke kita?

Alangkah molek jika setiap salah faham dapat dibicarakan dengan cara
yang betul,bawa duduk berbincang antara kedua pihak agar takde siapa yang menanggung
beban malu nanti.ingat,bukan imej kita je perlu kita jaga,tapi maruah Ibu bapa dan keluarga kita pun harus disimpan kemas..sekadar nasihat untuk diri aku sendiri,jika ada yang tak 
suka harap dimaafkan,aku cuma insan yang sering membuat kesalahan demi kesalahan..
Ada apa sebarang pandangan?Sekian..... 
 
*Jangan dekatkan diri kita denga pintu neraka..


Kata Achie :tak mengantuk ini,tak tahu nak buat apa..ermmmm
 
Sabtu, 23 April 2011

Tak perlu berjanji

Assalamualaikum...

Alahai mamat ini,hari tu dah janji nak ajak tengok wayang,asal tak muncul2
lagi ini..ni buat rasa nak tumbuk orang je,time janji bukan main je mulut tu nak
kata itu ini,tapi buatnya tak gak..menyampah,datang nanti,aku sebat jugalah mamat sekor ni...
Dulu pernah kata nak ajak pergi sabah,tapi perginya tak gak..ini apa kes? tak pasal aku ini
yang makan hati..demmmm

Ermmm,pernah dapat situasi sebegitu?ataupun pernah berkata begitu?hahaa
nak kalau rasa nak berjanji kena tengok dulu kemampuan diri,jangan nak sedap mulut je nak ambil hati orang tu,takut janji bukan main lagi,tapi buatnya tak..tak pasal2 orang menyumpah seranah,tak kiralah janji kat awek ke,kawan ke,tak pun family ke..Cuma jangan berjanji kalau 
korang rasa ligat betul nak tunaikan,ingat jangan sampai ada yang terasa dengan kata2 kita sudah,takut dapat dosa je janji bukan2..korang rasa macam mana?boleh ke berjanji sesuka hati kita je??heheee Sekian..

*Kadang2 boleh je tunaikan,tapi kes lupa tu yang payah..heeeeeheee 

 *Berjanji memang senang,tapi buat tu yang payah..hehee


Kata Achie :Sama je pun dengan aku yang kaki janji ni...Sengaaaal 

Bukan senang nak buat entry..

Assalamualaikum

Nak update entry?tak tahu nak update entry?kalau tahu,takpelah kan..tapi tak tahu,sama je kita ni..ehee aku pun kadang2 tak tahu nak update apa,yala otak aku ini bukan macam otak En Ben ,tak pun blogger banyak idea ni, Kak Diana ni..kalau En Ben tak perlu nak cakaplah kan,nanti cakap aku mengampu pulak..tapi memang itu realiti yang kita dapat tengok sekarang ni,banyak gak blogger naik gara2 dia,contohnya? bloggerr tuuuttt,tuuuut,, dan tuuuuuut..
ok,tapi kalau kak diana pulak,serius aku memang jeles..entah ilmu apa dia pakai sampai aku kadang2 terlepas entry dia ni..susah nak kejar weehh,tak percaya?sila ke blog Kak Diana, lagipun kat situ ada maisara pujian hati aku,cuma Bro Fariq  je yang selalu potong line aku ni..grrr

ok,cukuplah dulu aku merepek tu..aku nak tanya koranglah kan,kalau korang,selalu update pasal apa ea?aku ini serius kadang2 ada entry aku nak buat,tapi bila depan laptop confirm dah hilang..time tidur kat situ plak enty jatuh berlambak2,menganggu ketenteraman awam betul laa..dan kalau boleh entry yang aku buat,tak nak ada yang terasa hati pulak..yala takut ada anon je yang datang bertandang,tu bukan rezeki dah,tapi bala yang menyeramkan..hehee
ada pandangan?kalau ada,sila bagi komen..plzzzz Sekiann

 *Aku geram bukan apa,geram lapar nak makan..heheee


Kata Achie :Tapi entry pasal love2,maaf memang takde kat sini ye.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)Copyright reserved by Woofer Storm.
Powered by Blogger