Blog Lensa Kamera

Sabtu, 31 Disember 2011

Ada Hati Nak Telanjang

Assalamualaikum w.b.t . . 

#Cool pic ni.heheee


Muka cantik tiada guna,
pakai baju tapi badan terdedah,
kasihan pula aku rasakan,
badan dia menjadi santapan..

biar muka buruk hati mesti mahu cantik,
biar mulut busuk tapi kata mesti mahu jaga,
kalau rasa nak telanjang boleh buat sendirian,
tak perlu telanjang tapi KURAP kelihatan..

                                                  **************************

Jangan marah,aku cuma kata apa yang aku rasa.aku kasihan melihat perempuan tu cantik, memang cantik sangat tapi sayangnya perangai macam orang kurang sifat..hari jumaat hari yang baik,apapun hormati yang lain.jangan kerana tergedik nak tayang badan tu,
tubuh badan kau nak bagi percuma..kasihan bakal suami mu,cuma sisa yang kau beri..patut ke? Sekian !!

#Takkan nak tayang badan tapi KURAP yang kelihatan..malu sikit cik manis :-

#Berdosa kami sebagai kaum adam bila melihatnya tapi lagi berdosa buat kaum hawa yang sengaja memperlihatkannya..fikir-fikirkan..

#Manusia sering melakukan kesilapan,aku cuma ingatan..tak nak dengar aku nak buat macam mana..


Kata Achie :Besok balik kerja nak gerak ke Fraser Hill..ada siapa nak follow?


Sila like jika suka entry ini..
Jumaat, 30 Disember 2011

Dulu Dia Berdua

Assalamualaikum w.b.t . . . 

#Sumber google..

Dulu dia berdua bersama,
kini tinggal dia seorang diri,
seorang sudah berlalu pergi,
tinggal seorang masih bertahan..

Dulu dia berdua berkawan,
asalkan ada masa sentiasa bersembang,
kini dia cuma bersendirian,
penuh murung jiwa tak tenteram..

                                                   **************************
Sila maklum,ini bukan entry seperti "Berdua lagi Baik" , ini kisah tentang dua sahabat..
dulu sentiasa berasa riang..asalkan datang mencuci pinggang,ada saja gosip ingin diceritakan. berborak ketawa tak ingat teman..yang penting mereka berasa tenang bersama..

memang diakui,bila hidup bersahabat ini memang cukup selesa..apatah lagi bila persahabatan terjalin dengan keikhlasan,insyaallah pasti berlanjutan sampai akhir hayat..namun semua itu pasti tidak berkekalan.aku dikejutkan bila yang seorang dah pergi jalan,tinggal sorang teman duduk kesepian..kasihan melihat dia,aku tanpa mampu nak buat apa2.semoga dia bisa melupakan kenangan yang indah,meneruskan perjuangan menghabiskan sisa kehidupan..
Sekian..

#Pesakit aku makin berkurangan,bila bulan ini sahaja lima orang sudah jalan.. semoga mereka tenteram disana..

#Teruskan kehidupan sementara masih ada...


Entry lain :-



Kata Achie :Kalau seru dah sampai,pergi tetap kena pergi..


Sila like jika suka entry ini. . .
Khamis, 29 Disember 2011

Bukan Buka 25 Jam

Assalamualaikum w.b.t. . .

#sumber google.

Ada blogger tanya aku,
adakah kedai buka dua puluh lima jam,
perlu update setiap hari,
akan blogwalking setiap masa..

Kedai Achie bukan sepenuh masa,
aku datang bila aku ada ruang,
aku terjah bila aku senang,
aku update bila punya fikiran.

 Senang kata,kedai ini bukan dua puluh lima jam..

***************************

Jangan kecil hati,aku bukan blogger sepenuh masa..aku mengupdatekan diri bila aku
rasa senang..kerjaya aku sudah bataskan itu semua,aku perlu mencari sesuap rezeki,
bukan menghadap blog ini semata-mata.aku perlukan rehat secukupnya..walaupun
ternyata dalam 25 jam itu aku hanya peruntukkan rehat yang cukup minimum sekali..

Terasa aktiviti diblog ni telah menghuni tempat kedua selepas balik dari kerja..
apapun aku rasa berbaloi dengan blog berbanding aku main game dulu sampai tak ingat dunia..jadi jangan kata aku sombong tak ingat orang,kerana kedai aku bukan buka dua puluh lima jam..kalau nak sindir,sindir tempat lain..bukan disini kerana aku bukan 
suri rumah sepenuh masa.. Sekian :-


Kata Achie : Hanya aku punya dunia dua puluh lima jam.kau ada??


Sila like jika suka entry ini . . . 



Selasa, 27 Disember 2011

Duit Jatuh Dari Langit

Assalamualaikum w.b.t . . . .


#Sumber dari google..Cantik!!

Bila duit jatuh dari langit,
tak perlu lagi diri berusaha,
hanya perlu sedikit masa,
untuk berjoli disini sana.


kalau benar duit jatuh dari langit,
kita semua pasti tiada yang susah,
hanya cuma duduk membabi buta,
tak perlu kerja kerana semua dah kaya.


 ***************************************

Kalau benar duit jatuh dari langit,semua orang tak perlu hidup susah lagi.semua orang
cuma perlu duduk diam dan menikmati hidup sementara masih ada..kalau benar duit bisa jatuh,tak perlu nak bersusah payah keluar pagi dari rumah demi mencari sesuap nasi untuk terus hidup..kalau betul duit bisa jatuh pasti ramai yang malas nak berusaha .lebih suka
berdiam diri dan tak perlu membuat apa-apa kerja..

Bangunlah dari bang oii,duit takkan jatuh bergolek kalau kita sendiri tak berusaha untuk mencarinya..dari situ kita tahu siapa usaha lebih pasti lebih ganjarannya,siapa tak berusaha makan sampahlah jawapannya..tapi kerana duit juga orang sekarang ni makin mengila..siapa?
kau rasa siapa??Sekian...


Kata Achie :Kerana duit juga kau berani masuk neraka !!!!


Sila like jika suka entry ini . . . . 






Cepatnya Aku Semput

Assalamualaikum w.b.t. . .

#Aku suka tengok gambar ni..cantik !!

teringat dulu kala zaman aku masih bertenaga,
badan ringan rajin nak pusing padang,
selalu turun membuang lemak yang berlebihan,
turun naik tangga macam kacang,
tapi kini tidak lagi...
buat kerja sikit badan dah lenguh,
buat gerakan sikit rasa nak semput,
buat kerja sikit rasa nak pengsan,
inilah akibatnya kalau jarang bersukan...

                                       *******************************

Dah lama tak bersukan ini rasa lain je badan,nak lari sikit rasa dah tak bermaya..bukan macam dulu kala,masa latihan masih boleh tersenyum lebar.kini kalau nak naik sepuluh anak tangga pun rasanya diri tak mampu..inilah akibatnya kalau hidup dah tak bersukan,asyik balik kerja duduk buka alam maya..badan sudahlah tak sasa,asyik terperuk membuat 1001 penyakit mula mendatang..jadi jangan tiru macam aku,ada masa tu jangan sibuk main blog je, petang-petang sikit apa kata pusing satu padang.tak pun naik tangga untuk panaskan badan,
penyakit pun tak datang,badan pun sentiasa sihat..jangan jadi budak gemuk macam aku sudah.. Sekian !!

Bro FrameStone ajak main badminton,tapi tak mampu dalam keadaan sekarang ni.. Semput itu aku..

#Kalau sayang Achie,Sila support blogger ni..likelah mana yang patut ye.terima kasih  :- 

Kata Achie :Hidup sihat,hati Senang..


Sila like jika suka entry ini . . .
Isnin, 26 Disember 2011

Kejutkan Aku Dari Tidur Yang Lena

Assalamualaikum w.b.t. . . 

#Kisah ku bukan untuk diratapi,tapi untuk dijadikan garis panduan kalian..

Awak sayang,kejutkan saya dari tidur ye petang sikit,.saya mengantuk sangat,tak larat nak buka mata ni..awak jangan lupa tau,sayang awak sangat-sangat..awak bukan yang pertama tapi awak adalah yang terakhir dalam hidup saya..saya tak nak awak jauh dari saya,saya bertuah dapat isteri cantik macam awak ni.semoga awak temui kebahagiaan yang tercipta walaupun bukan dengan saya kelak..semoga awak tabah ye tempuhi hari yang mendatang ini..

bila suami dah tidur beberapa jam,si isteri mula kejutkan kerana ingin menunaikan solat asar bersama.kejutkan sekali tak bangun.kejutkan lagi masih tak bergerak..pegang tangan rasa sejuk teramat.tengok muka dah pucat sangat..dan baru si isteri tahu yang suaminya sudah tiada...meraung pun tak guna kerana suami sudah kembali kerahmatullah..Alfatihah :-

#Kisah benar dari pesakit aku...kisah 20 tahun yang lepas,tapi masih segar diingatan..

                                           ****************************
Terasa hiba mendengarnya walaupun bukan aku yang mengalaminya..aku sedar akan ketentuan tuhan,aku sedar itu kekuasaan tuhan.aku sedar diri ku cuma menumpang.tapi aku tetap sedih,hati aku tak tahan..melihat dia bersusah payah membela anak kandungnya sampai berjaya bila sang suami sudah tiada.nak buat macam mana,hidup memang harus diteruskan walaupun orang yang tercinta kembali ke penciptaNya.Semoga kita meyayangi mereka yang mencintai diri kita.hargai mereka sentiasa masih ada..Ingat Mati,ingat ingat..
Sekian..

Kata Achie :Sayang,kamu jangan pernah berubah...

Sila like jika suka entry ini . . . .
Ahad, 25 Disember 2011

Saya Gay , Saya Ok

Assalamualaikum w.b.t. . . . 

#sumber google..

Aku gay, aku ok.
aku suka dengan cara ini,
tak ganggu siapa-siapa,
aku punya cita rasa,
tanpa mengenal siapa,
yang pasti aku kan berselera.

Aku gay, Aku ok,
aku tak perlu nasihat sesiapa,
aku dengan cara aku,
kau dengan cara kau,
janji aku layan nafsu,
aku kan gay,pasti aku ok..

#Aku bukan merujuk kepada woofer storm ye..harap maklum !!!!

                                                 *************************

Dulu kecoh benda ni.ingat lagi statement dia kat video tu..saya gay,saya ok? okey ke? okey macam mana tu?nikmatnya macam mana?azabnya macam mana pula?nikmat dunia memang sedap,tapi cuma sementara .bukankah nikmat akhirat itu lagi patut dicari? Apatah lagi kalau nikmat dunia itu cuma membuat Allah s.w.t menjadi Murka..nak masuk neraka ?kalau ye,terpulang kepada dia..

Kini ada seorang lagi ingin merasa nikmat berunsurkan dosa..sanggup berkahwin walaupun itu bukan itu ajaran agama kita.songsang tau tak?ada banyak lagi perempuan cantik kat luar sana tu,jantan omputeh juga kau pilih..dasat kau ni..Sekian !!!

#Al-Quran (Surah Hud : Ayat 77 – 83). Terang-terang Allah dah sebut pasal kaum Nabi Luth yang gay/homoseksual ni dalam Al-Quran. Mereka ni di azab Tuhan, diterbalikkan bumi, musnah hancur sama sekali! Nak rasa ini lagi ke??

#Yang perempuan tu pun jangan songsang pula,Aku kan ada? hahahaa


Kata Achie :Jangan buat nafsu makan aku hilang boleh tak??


Sila like jika suka entry ini. . . . 

Sabtu, 24 Disember 2011

JOM TINGKATKAN RANKING ALEXA

Assalamualaikum w.b.t. . .

bila fikir balik,dah lama tak join segmen2 ni..bukan maksudnya
 aku sombong tapi aku kekadang lupa + malas sangat..jadi kali ini
 aku nak join segmen ibu maisara ni..

#jom join ramai-ramai tau..sayang korang..

#Klik banner ketat..lalalaaa~


Kata Achie :Makin mantap kak diana sekarang ni..heheeee
Jumaat, 23 Disember 2011

Biar Kurang Makan , Jangan Kurang Ajar

Assalamualaikum w.b.t . . . .

Biar kurang makan ,jangan kurang ajar,
bak kata orang tua dulu kala.
tapi zaman kini dah serba maju,
nasihat orang tua tak pernah ambil peduli,

kerana mulut badan binasa,
kerana kata buruk padahnya,
berkata siang pandang-pandang,
bersuara malam sila dengar-dengar.

Aku bersuara bukan kerana dusta,
aku menyeru kerana rasa hiba,
sikap manusia semakin durjana,
mengata yang lain jalang belaka..

                                            *******************************

nak berniaga buat cara yang elok,ambil hati pelanggan dengan bijak sekali..mulut mesti manis,senyum biar lebar,muka jangan masam dan hati kena riang..kalau nak rezeki melimpah ruah,amalan sebegitu harus dipraktikkan,..jangan salahkan pelanggan kalau tak ingin mendatangi kita.bukan salah mereka,tapi salah diri kita yang bersikap kurang ajar dalam menangani mereka..Sekian!!!!


#Sakit hati bila nak beli  barang ditengking macam aku ni budak hingusan lagi.ikut kata hati syaitan ni,dah lama dia aku lenyak sampai jadi longlai..astaghfirullahalazim..sabar ya hati 

*Jom layan page ni..klik banner ketat2 tau...ermmm

Kata Achie :tak mesra pelanggan jangan hairan kedai boleh lingkup..


Sila like jika suka entry ini. . . . 
Khamis, 22 Disember 2011

Sempitnya Pemikiran Kita Ni

Assalamualaikum w.b.t. . 

Berfikir dengan waras,
berfikir dengan bijak,
jangan kerana tamak,
kita merana kelak,

jangan sempitkan fikiran,
pandang ke depan seluas mungkin,
jangan berfikir seperti budak,
takut membuat kerja sekerat...

                                                   ***********************
Buat group kat Muka Buku,tapi boleh saja nak buat private.. alasan tak suka bila ada blogger buat spam link pula.. apa kejadah alasan tersebut?der,blogger ni seperti cendawan tumbuh selepas hujan.. jadi bukan semua blogger itu tahu peraturan dalam sesebuah group di Muka Buku.. tak perlu nak private sangat,bukan semua blogger boleh ikut cara kita bagaimana,bukan semua blogger berfikir matang seperti anda,atau mungkin juga anda sendiri kurang matang.. kalau ada yang buat salah,apa salah anda sebagai seorang senior mengajar mereka dengan cara yang betul,bukan menindas mereka macam orang tak ada akal..Sekian!!!!


#Wa budak baru,tapi wa pun kau nak buli ya??

#Sumber Google..

kata Achie :Pantang bila ada orang angkuh tak ikut tempat !!! Lu Bongkak,Wa Lempang!!!



Sila like jika suka entry ini . . . .

Gara- Gara Kerabu Pauh !!!

Assalamualaikum w.b.t. . . . 

#Sedih bila blog jadi macam ni..hehee 

Aku bengang gila,
penat balik rumah blog tak boleh buka,
dahlah penat layan kerja yang tak kan habis,
sampai rumah baru tahu domain dah expired,
apa nak jadi dah..aku kesal dengan sikap sendiri,
cepat pelupa memang sebati dalam diri aku,
memang susah untuk dilempar jauh..
akhirnya aku sendiri yang merana.
kini aku kembali lagi,
semoga selepas ini tidak berlaku lagi perkara sebegini..
Amin3...

#terima kasih kepada blogger yang prihatin dengan blog merapu aku ni.aku hargai itu semua..terima kasih sekali lagi kerana perasaan akan ketiadaan blog usang ini..

#sebenarnya entry aku kali ini bukan merujuk pada domain tapi aku tujukan khas buat seorang blogger ini..aku menang teka gambar hari tu dan hadiahnya dah selamat sampai ditangan aku..aku hargai itu sahabat..terima kasih ye pretty write atas entry kat SINI .hehe 
gara-gara KERABU PAUH,aku menang bergaya..hahahaha

#jom kenal blogger pretty write,dia memang cool gila..dah terjah jangan lupa follow pula ye..hehe sekian^^

#Sila Klik banner ini ketat-ketat ya..tolong !!!


Kata Achie :Orang berbudi,kita berbahasa..


Sila like jika anda tertarik dengan entry merapu ini..
Isnin, 19 Disember 2011

Kenapa Orang Tak Suka Kita.

Assalamualaikum w.b.t. . . . .


#Sumber gugel...

Kenapa kau benci aku,
kenapa kau fitnah aku,
kenapa kau caci aku,
kenapa kau tindas aku.
Kenapa !!

Aku tak pernah buat salah pada mu,
aku tak pernah sakitkan hati mu,
aku tak pernah membuli dirimu,
apatah lagi untuk membenci dirimu..

Jangan pernah menghina aku !!!!!!

                                                          ********************

tertanya-tanya bila ada orang tak suka kita?jangan lantas memberi hukum,mungkin ada sebab yang buat mereka semua tak menyukai kita,.mungkin ada perkara kita lakukan membuat mereka tak senang duduk diam..manusia punya kelemahan  tersendiri, antaranya mungkin diri kita sendiri tak sedari tetapi ada yang rasa kurang selesa dengan kelemahan itu..bukan bermaksud kita tidak boleh melakukan sebarang kesilapan,tapi belajar betulkan kelemahan itu dari berulang kembali..semoga dengan itu mereka tidak tersakit hati lagi..

tetapi kalau dia tetap tak  suka dengan kita sedangkan kita sendiri langsung tak punya sebarang masalah dengan dirinya,makanya selayaknya dia dipanggil GILA !!.hehee sekian.. jangan marah^^




Entry lepas ;-


Kenapa Dengan Manusia
Kau Memang Gila Kuasa
Kalaulah Aku Masih Punya Dia
Aku Suka Dia
Kalau Diizinkan

kata Achie :Normal ke bila orang benci kita tanpa bersebab??



Sila like jika suka entry ini. . . .






Ahad, 18 Disember 2011

Britney Spears Meninggal Dunia

Assalamualaikum w.b.t . . . .

#Sumber atuk gugel..

aku kaget,aku cuak sekali.
terasa macam tak percaya,
walaupun terasa macam semalam baru layan,
tapi kini britney spears tiada lagi,
diulangi sekali lagi britney spears sudah tiada.
aku memang tak percaya,tapi Green Panda dah kata,
memang aku kena terima..
aku cuba bertanya dia tahu dari mana,
di surat khabar katanya bukan.
di Tv pun katanya bukan juga.
apatah lagi dari kaum kerabat ataupun teman karib,
habis tu dari mana dia tahu,aku mula merasa geram.
katanya dia tahu dari berita tak sahih,yakni mulut orang..
memang patut aku merasa geram !!!!

                                  ******************************************

jangan gelabah,britney itu cuma simbolik,bukan meninggal seperti apa yang aku kata..
aku cuma inginkan tekankan satu perkara disini,aku kekadang merasa geli hati melihat mereka diluar sana suka sangat menimbulkan kekeliruaan pada orang lain,mengatakan sesuatu benda yang tak pasti..

hanya kerana ada mulut puaka yang berkata begitu,maka itu juga yang hendak difahamkan.itu jugalah yang hendak kau sampaikan.kalau betul tak mengapa,tapi kalau berita itu ternyata palsu..dalam tak sedar kau dah menabur fitnah? dalam diam dirimu sudah membuat tuduhan..tak ingat tuhan??Sekian...

#jangan suka sebarkan benda yang tak pasti.apatah lagi jika melibatkan soal agama..

#Jika rasa benda itu tak sahih,rujuk pada yang lebih tahu atau pada yang terlibat sama dalam berita itu..itu yang sepatutnya !!!!

#jangan berani menabur fitnah..

#Blogger di alam maya lebih terdedah membuat dosa dalam tak sedar.. gosip3 !!!!


Kata Achie : Kak Green Panda jangan marah nama kamu terlibat sama..heheee


Sila like jika suka entry ini . . . . .


Sabtu, 17 Disember 2011

Bila Tuhan Tarik Deria Kita

Assalamualaikum w.b.t . . .

#Sumber dari atuk gugel..

Bila tuhan tarik deria kita,
pasti menjadi satu iktibar buat kita semua,
pasti menguji kesabaran kita padaNya,
pasti terasa hidup serba tak kena.

Bila tuhan tarik mata kita,
pandangan dunia sudah tiada,
melihat mereka cuma dari gerakan hati,
pasti kita tak terlihat maksiat dunia..

bila tuhan tarik telinga kita,
kita tak pasti kata mereka,
kita tak tahu apa yang terjadi,
terlindung dari mendengar benda yang sia,

Bila tuhan tarik mulut kita,
senjata diri yang paling berbisa,
menjaja cerita membuat orang tak lena,
semoga kita kan jauhi dosa mengata.

Bila tuhan tarik tangan kita,
kita tak berupaya memegang mereka,
menjadi sukar untuk membuat kerja gila,
menghindar kita membuat jenayah,

Bila tuhan tarik kaki kita,
kita lebih selesa duduk dirumah,
tak menuju ke tempat gila,
lebih suka beribadat kepadaNya...

******************************************
#lebih baik hilang upaya jika deria kita membuat kerja gila.

#tuhan menguji kesabaran kita sampai dimana.

#pasti ada hikmah disetiap apa yang kita ada.

#tuhan tidak zalim bila mengambil milikNya dari pada kita.

#kita selayaknya bersyukur bila tuhan menguji kita..

#jangan nilai diri mereka dari bentuk fizikal,tapi pada hati mereka cara mana..


Kata Achie :Kadang kala menjadi tidak sempurna itu lebih berharga buat diri kita.


Sila like jika suka entry ini. . . . 

Sinopsis Uda Dan Dara - Aisya Sofea l Alaf 21

Assalamualaikum w.b.t . . . . 

*Sumber Google..

Sudah sekian lama terpisah kerana masing-masing mengejar cita-cita, tidak mungkin siti mariam menerima cinta Izzat Hilman .Kenangan lalu yang sangat menghiris hatinya sentiasa bergentayangan di hadapan mata .Namun, si Uda tidak putus asa .Si Dara harus dimiliki walau apa pun yang terjadi.

Ya, mungkin ada rasa rindu disebalik rasa bencinya terhadap lelaki itu .Namun dalam diam, Siti Mariam masih tidak mampu membuang perasaan sayang pada Izzat Hilman . Ah,bila memikirkan wasiat arwah ibu lelaku itu, dia jadi nanar. Apatah lagi, kemunculan Khalidah bagai dirancang untuk memisahkan mereka.

Hubungan perlu diteruskan, tetapi Siti Mariam meletakkan syarat. Mereka boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah . Tempoh yang diberi hanya tujuh bulan. muktamad !!

Berat sungguh syarat itu ! Namun si Uda tidak peduli. Si Dara perlu akur cinta sejati mereka. Bagi Izzat Hilman , jodohnya bersama Siti Mariam sangat kuat.

"Abang cuma minta Mar bagi peluang sekali ini sahaja lagi dan abang janji tidak akan sia-siakan Mar "


Kata Achie : Cinta tujuh bulan cinta apa??grrrrrrrrrrr


Sila like jika suka entry ini . . . .
Jumaat, 16 Disember 2011

Sayang Tolong Terima Aku Kembali

Assalamualaikum w.b.t. . . 


Sayang,tolong terima aku kembali..
aku maafkan dirimu,aku sedar kau salah haluan,
aku terima kau dengan seadanya.
walaupun kau punya cinta pada si dia,
aku tahu kita masih boleh bersama,
aku tahu rasa diri mu,aku tahu perasaan hatiku,
tolong terima aku kembali,aku merayu seikhlas hati,
aku sedar hidup tak bermakna tanpa dirimu
aku sedar itu,tanpa mu siapa aku..


***************************************


mengapa perlu menagih cinta,lebih lagi dengan kekasih hati yang tak cintakan kita.aku menulis bukan bermaksud aku dalam dilema,tapi aku musykil dengan masyarakaat kita.aku tersenyum melihat ramai berfikiran kolot sebegitu rupa..menjadikan diri hina hanya kerana seorang wanita/lelaki dengan merayu meminta belas kasihan walaupun tahu hubungan itu takkan kemana bila si dia punya pacar yang lain..


sedar diri der,tak perlu kau memberi cinta pada mereka yang tidak ikhlas menerima cinta mu .tak perlu kau menjadikan dia pasangan yang halal buatmu jika kau merasa dirimu tidak bahagia,percuma semua itu jika kau cuma bisa memaksa,dikhuatir disuatu hari dirimu sekali lagi ditinggalkan..ingat cinta takkan kemana jika pasangan mu itu bisa mencintai dua perasaan dalam satu masa..ingat itu sahabat..Sekian..


#sumber dari pakcik Gugel


kata Achie :Aku berkata pada apa yang aku rasa...



Sila like jika suka entry ini . . . . . 

Khamis, 15 Disember 2011

Belajar Mengaku Kesalahan Diri

Assalamualaikum w.b.t . . . .

*sumber google..

Prinsip hidup mesti ada,
kalau dah rasa kita betul kita pertahankan,
kalau dah rasa kita salah kita mesti mengalah,
tak perlu menyalak pada benda yang tak kena,
tak perlu bersuara jika rasa kita bersalah,
mengaku salah itu perkara berani diri,
bukti kita sedar setiap kita pasti melakukan kesalahan,
tak perlu nak menghukum,tak perlu mencari pesalah,
kalau pesalah itu adalah DIRI KITA SENDIRI !!!!!!!

**************************

Salah tetap salah,jangan nak cuba alihkan kesalahan diri yang terserlah.mengaku salah itu
tindakan yang berani..semoga kesalahan boleh mematangkan bukan melemahkan mental diri. dihukum sekalipun kena terima kerana itu kesalahan diri,tak perlu nak menuding jari pada orang lain..lebih baik mengaku dari membuat masalah lain dilain hari...Sekian..

Kata Achie :Salah tetap salah ,tak perlu kata apa-apa....


Sila like jika suka entry ini. . . .
Rabu, 14 Disember 2011

Kalaulah Aku Masih Punya Dia.

Assalamualaikum w.b.t . . . 

*Indahnya ciptaan tuhan..

kalaulah aku masih ada dia,akan ku hargai setiap detik bersamanya.
akanku jaga dia melebihi nyawa ku sendiri,akan ku banggakan dia supaya dia rasa gembira,akan ku pastikan dia tak perlu susah lelah lagi..yang pasti aku sayang dia buat selamanya.. Ibu, aku sayang kamu sangat2..tanpa ibu,aku dah hidup seperti mati,apa yang ku ada seperti tiada ku rasa..ibu aku rindu kamu..Jika ibu masih ada..

*aku pasti gembira.pasti tidak akan jadi macam ini..jauh dari keluarga,kerana aku sayang ibu,tak sanggup berpisah,apatah lagi jauh beribu batu..kerana aku sayang kamu ibu..

*aku pasti bisa menikmati masakan kegemaran hasil tanganmu ibu,aku rindu masakan ibu,
masak apa saja,pasti aku bisa terima..kerana aku sayang kamu ibu..

*aku pasti punya tempat bermanja..bila aku sakit , ibu yang penat berjaga.bila aku  risau ibu yang tolong tenangkan,bila aku gembira kita kongsi bersama.kerana aku sayang kamu ibu.


Kata Achie :tak semestinya hari ibu baru ada entry pasal ibu kerana aku sayang ibu setiap masa..jauh dimata tetap dekat dihati...


Sila like jika suka entry ini. . . . .


Selasa, 13 Disember 2011

Kau Musuh Seteru Aku.

Assalamualaikum w.b.t . . . 

*Sumber Google...

Kau musuh dalam diri aku,
apa yang kau kerjakan semua aku tak kenan,
apa yang kau lakukan bisa buat aku menjadi geram,
apa yang kau kotakan membuat aku rasa mendidih mata.
kerana kau bernama musuh seteru aku..

Kau musuh dalam diri aku,
kau kerjakan apa saja buruk saja dimata,
kau lakukan apa saja membuat aku tidur tak lena,
Kau kotakan apa saja buat aku naik menyampah,
kerana kau memang musuh yang nyata,
kau buat kebaikan aku katakan ia keburukan..

##Memang dasar si pelaku itu GILA !!!!
##Tak mustahil jika si musuh bisa menjadi kawan dan kawan sejati bisa menjadi musuh.
##Bila musuh membuat kebaikan pun masih kita nafikan..ada apa dengan hati nurani kita??

Kata Achie :Musuh tidak selamanya Musuh..Ada faham??heheee


Sila like jika suka entry ini. . . . . 
Isnin, 12 Disember 2011

Amerika Syarikat Kaki Skodeng !!!

Assalamualaikum w.b.t. . . .

Amerika syarikat memang kaki skodeng,
Amerika syarikat muka tak tahu malu,
Amerika syarikat sekutu rapat rejim zionis,
Amerika syarikat cuba menjadi kuasa utama dunia,
Amerika syarikat pandai putar belit fakta,
Amerika syarikat suka menghukum mangsa,
Amerika syarikat memang perosak dunia..
kerana dibelakang Amerika syarikat pasti ada ISRAEL Laknatullah !!!!!!

****************************************

Amerika syarikat memang pengecut,takut bila kuasa besar dari kalangan negara islam 
bermaharajela.takut dengan kecaman kuasa nuklear negara iran,takut bila iran mula menentang mereka,Amerika Syarikat memang kaki skodeng,risau Negara Iran mula membuat senjata nuklear,mula menghantar pesawat untuk meninjau keadaan semasa negara Iran.. takut bila Iran cuba menyerang mereka dan Israel Laknatullah..Ternyata mereka memang pengecut..

**Sila baca artikel dibawah.....

TEHERAN, Iran - Kerajaan Iran menegaskan bahawa ia tidak akan memulangkan pesawat pengintip kawalan jauh Amerika Syarikat (AS) atau dron yang dirampas pasukan tenteranya, kata seorang pegawai kanan tentera Pengawal Revolusi Iran semalam.
Jeneral Hossein Salami dalam satu kenyataan yang disiar televisyen Iran menyatakan, pencerobohan ruang udara Iran oleh dron AS itu merupakan tindakan yang boleh mengancam keselamatan negara.
Dalam kenyataannya, Hossein memberi amaran tindak balas lebih serius akan diambil ke atas AS tanpa mengulas dengan lebih lanjut. READ MORE....

*Amerika Syarikat mula mengelabah...

Kata Achie :Kalau berani,serang je Iran.hahahaa dasar pengecut !!!!

Sila like jika suka entry ini. . . . .

Ahad, 11 Disember 2011

Jangan Bermimpi Nak Kahwin

Assalamualaikum w.b.t. . . 

jangan mimpi nak kawin,kalau poket tu selalu kosong,
jangan mimpi nak kawin,kalau duit belanja mak bapak masih tanggung,
jangan mimpi nak kawin,kalau hingus dihidung masih meleleh,
jangan mimpi nak kawin,kalau ilmu rumahtangga belum cukup didada,
jangan mimpi nak kawin,kalau belum berjumpa pasangan yang selesa,
jangan mimpi nak kawin,kalau hati gatal nak pasang yang lain,
jangan mimpi nak kawin,kalau jiwa kau hanya bernafsukan songsang.
Jangan MIMPI ya..


 
Kata Achie :Sebelum nak kawin fikir dulu mana nak cari 15k ya..sekarang orang bukan nak serah anak,tapi nak jual anak..hehe lepas kawin boleh jadikan dia pembantu rumah.heheee


Sila like jika suka entry ini......

Jangan Memaksa

Assalamualaikum w.b.t.....

Jangan memaksa kalau dia memang tak nak,
jangan memaksa kalau bukan itu yang dia inginkan,
jangan memaksa jika itu dia tak suka,
jangan memaksa kalau itu memang payah baginya,
jangan memaksa pada benda yang tak berfaedah,
jangan memaksa kalau merasakan itu cuma keburukan kepadanya,
kerana bila memaksa mungkin kita bisa hilang semuanya..



Kata Achie : Aku tak nak itu lagi berlaku!!


Sila like jika suka entry ini.....


Sabtu, 10 Disember 2011

Kata Sombong

Assalamualaikum w.b.t. . . 


Beras pulut sebab kelapa diparut
Sakit badan memang kerna mulut
Syaitan ikut iblis menghasut
Otak kusut dilanda ribut
Angin kencang tak boleh kau tahan
Jangan kau nak berangan
Angan angan jadi tuhan ...

*****************************

Dari tadi layan lagu khalifah,
tak bosan rasanya,kerana aku suka lagu2 khalifah,bukan kpop tau..hehe
lain orang lain citarasa,kalau jiwa tak sama tak perlu nak memberontak..
bila aku hayati dan cuba fahami apa yang ingin disampaikan oleh yabang (khalifah)
dalam lagu KATA SOMBONG ni.aku hanya mampu tersenyum dalam tak sedar,
terasa benda ini dah agak normal dimata kita,dengan iblis syaitan yang selalu menyesatkan,
miskin kaya dengan cinta,bila dah kaya mula menghina mendabik dada,
lupa akan sanak saudara,mula sibuk memasang jarum menabur fitnah,
sahabat lama mula sudah dilupa,mungkin punya sahabat yang baru,
tapi yang pasti jangan salahkan mak bapak..
tapi satu part yang buat aku gerun,apa dia???
bila berangan-angan nak jadi tuhan..kau siapa nak jadi tuhan yang mencipta kau..
sedar diri ya manusia..SEKIAN 



Kata Achie :benda yang mudah banyak helahnya..


Sila like jika suka entry ini. . .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)Copyright reserved by Woofer Storm.
Powered by Blogger