Blog Lensa Kamera

Selasa, 2 Oktober 2012

Atas Dasar Kasih Sayang Sesama Insan l Gambar Sekitar Bukit Broga

Assalamualaikum w.b.t. . . 

Atas dasar kasih sayang sesama insan,
kita diingatkan akan kealpaan diri,
kita dinasihatkan berpijak pada bumi yang nyata,
kita dikerah melupakan benda yang tak perlu dikenang,

Atas dasar kasih sayang sesama insan,
kita patut melangkah kehadapan dengan kekuataan,
kita perlu melakukan perkara baik sehabis mungkin,
kita ditegah melakukan kesilapan yang sama acapkali,
semua atas dasar setiakawan bukan?

Atas dasar kasih sayang sesama insan,
Kau dan aku saling mengingatkan,
bilakah kau jatuh aku sudi hulurkan tangan,
bilakah aku terlena kau sudi kejutkan dari lena,
semua atas dasar persahabatan..kan??

Terima kasih buat kau yang sering mengingatkan Aku,
Maaf aku sering kecundang dalam perjuangan,
sebab aku hanya seorang insan yang tak lepas dari kesilapan,
terima kasih sahabat !!

#Entry merapu meraban tak ingat orang =.=


#Gambar sekitar Bukit Broga ,Semenyih.

lebih lanjut,sila klik SINI

Kata Achie :Kadang kala kita kena lakukan walaupun bukan itu yang kita mahukan.kan?


Terima kasih atas kehidupan yang engkau berikan,Aku cinta Allah ^^
Selasa, 11 September 2012

Erti Kematian

Assalamualaikum w.b.t. . .  .

#Stock lama,stock baru nanti sajalah~

Kehidupan tak boleh dijauhkan dengan perpisahan,sebagaimana kita bertemu sebegitu juga kita akan melalui proses perpisahan yang kadang kala susah untuk kita ungkapkan dengan kata-kata,malah mungkin hanya air mata yang bisa mengalir dalam tanpa tak sedar.. Kematian adalah salah satu bentuk perpisahan yang sangat sukar diterima dek akal apatah lagi bila mana perpisahan buat selamanya dengan orang yang paling rapat dengan diri yakni orang yang kita paling kasihi.mungkin perpisahan melibatkan suami dan isteri,adik beradik mahupun sanak saudara ataupun sahabat handai..

Bila sebut mengenai kematian,pasti ramai yang tergamam.pasti ramai yang berkata dalam diri, "aku belum siap untuk mati", "aku belum puas hidup di dunia sementara ini" dan juga ada yang selamba berkata "aku tak nak mati,kerana aku mahu terus kekal hidup dimuka bumi ini".siapa kita untuk mengelak dari kematian?kematian bukan menjauh sebenarnya,malah kematian sebenarnya adalah yang paling rapat dengan kita tanpa sedar.setiap masa kita  bisa dijemput tuhan,sama ada kita rela ataupun tak rela..

Ya tuhan jika benar ini adalah hari penghabisan buat kami.semoga mati kami dalam keadaan beriman..Ya tuhan jika benar hidup kami cuma mendatangkan kemudaratan,semoga engkau matikan kami dalam keadaan islam..Ya Tuhan jika engkau masih inginkan kami terus berada dimuka bumi ini,semoga kami hidup didalam landasan agama islam..semoga hidup kami,mati kami dalam keadaan beriman..AMin~

#Semoga tenang  ibuku,ahli keluargaku yang telah meninggalkan kami dalam keadaan kami belum siap untuk merasai kehilangan mereka..semoga anda semua akan baik-baik saja,insyallah suatu masa semoga ada jodoh kita ketemu semula..amin3
#Berbicara pasal kematian,sebenarnya bagus untuk diri..semoga diri kita akan merasa takut dan patuh dengan perintah Allah..ya tuhan,ampunkan dosa kami yang lalu..
#Sahabat sekalian,semoga kita bermaafan sesama sendiri dan melupakan apa yang telah berlaku dimasa lalu..maafkan~
#Andai kata aku sudah tiada,pasti blog ini akan menjadi sampah.

Kata Achie :Semoga blog ini bisa membawa manfaat,bukan keburukan semata..amin3


Terima kasih tuhan atas kehidupan yang engkaun berikan,Aku cinta Allah~

Isnin, 10 September 2012

Tips Untuk Melupakan Si Dia

Assalamualaikum w.b.t . . .

#Sumber pak gugel...

Risau susah nak lupakan si dia,tak tahu bagaimanakah caranya?bukan susah nak melupakan sidia,lebih2 lagi bila memikirkan dia dah tak cintakan kita ataupun kita hanya membuang masa dan harta bila bersama sidia..dibawah ada tips-tips agar anda bisa melupakan dia..harap berjaya....


#JANGAN HUBUNGI DIA LAGI &
SEBOLEH-BOLEHNYA ANDAI DIA 
MENGHUBUNGI 
KAMU,ELAK BERBUAL 
PANJANG.CAKAP YG PERLU SHAJA.

#CUBA RENGGANGKAN SEDIKIT DEMI 
SEDIKIT JARAK ANTARA KAMU 
BERDUA.

# BERIKAN PELBAGAI ALASAN 
APABILA DIA MENGAJAK KAMU 
KELUAR BERSAMA.

 #CARI TEMAN BARU UNTUK 
MELUPAKAN PANDANGAN & CINTA 
KAMU PADA DIA.

#ELAKKAN BERSENDIRIAN KERANA 
APABILA RASA SUNYI KAMU AKAN 
MENGINGATI SI DIA.

#BELAJAR TERIMA KENYATAAN YANG ANDA TIADA APA-APA HUBUNGAN LAGI DENGANNYA.



                                       Kata Achie :Kalau asyik cerita pasal diri sendiri takut orang muak pula.erkkkk
Ahad, 9 September 2012

Hidup Ini l Kaki Cinta Dot Com

Assalamualaikum w.b.t. . . 


♥ Dandoard 

Rajin pula malam ni nak update entry,

syukur masih diberi kesempatan untuk update,

walaupun kebanyakkan entry banyak merapu dan lari dari jalan cerita kehidupan yang asal,

Hidup ini ada banyak agenda yang perlu kita laksanakan,

adakalanya berjaya,adakalanya kita tumbang dimedan kehidupan,

apapun semoga hidup kita,jalan cerita kita akan menjadi kebahagian buat diri kita..

semoga apa yang dihajati akan tercapai walaupun kita tahu itu semua kerja tuhan..

Semoga hidup akan baik-baik sahaja..insyallah~

***********

Nak support kawan boleh?

ada masa layanlah blog canggih ini..dia otai meh,jomm~
www.kakicinta.com

#Klik banner kat atas ni ketat2 ye..dah klik confirm owner dia belanja aku makan.erkk


Kata Achie :Kekadang kena bersuara jika diri perlu bersuara..kan3??


Terima kasih tuhan atas kehidupan yang engkau berikan..Aku Cinta Allah~

Hei Aku Kenal Cinta l Xeera Feeqa

Assalamualaikum w.b.t. . . 


Novel time~

Berani sungguh Arianna memutuskan hubungan cinta dengan Ashriq.Memang cari pasal! Ashriq pantang kalau dipersendakan. Dia mahu mengajar Arianna sehingga budak itu melutut dan memohon maaf padanya, Untuk menjayakaan rencana itu,dia harus mencari seorang gadis yang boleh berlakon menjadi kekasihnya. Dia tahu siapa yang boleh menggalas tugas itu. Eliisa!

Terkejut Elissa diterjah Ashriq, lelaki yang baginya perasaan bagus disebabkan kepopularannya dikampus. Menyampah ! tetapi tawaran lelaki itu sungguh mengujakan. Jika dia terima watak sebagai kekasih Ashriq, Ashriq memberi jaminan bahawa bandnya dapat menyertai pertandingan Battle of the Band hingga ke peringkat akhir. Wah, benar-benar hebat!

Tetapi bolehkah dia bertahan dengan Ashriq?lebih banyak keburukan yang akan dihadapinya berbanding kebaikan. Sudah pasti dia menjadi bahan gosip dan bakal berdepan dengan "mean girl" terbesar kampus. -Arianna. Teruk tekanannya..

Dan apabila akhirnya dia menerima tawaran  Ashriq atas sebab-sebab tertentu, ada perasaan indah melatari hati. cintakah itu? Oh,tak mungkin! Habis,kenapa dia ingin sentiasa bersama lelaki itu? sedangkan dia tahu segala-galanya akan berakhir sebaik sahaja Arianna kembali pada Ashriq.

Cinta ? Taklah,
Cinta ?Ya kot
Cinta ? Errr... (malu nak mengaku!)

********************

#Novel ni dah lama beli baru dapat habiskan.dasar malas nak baca kot~
#Pelik ke lelaki baca novel?tak kan?jadi jangan hairan^^
#Balik ke balik,Balik ke tak..entahlah.serabut~

Kata Achie :Kalau sebut banyak sangat nama kat blog ni nanti jadi 
bahan pula..sadis! hahaaa

Terima kasih tuhan atas kehidupan yang engkau berikan..Aku cinta Allah~
Khamis, 6 September 2012

Aku Inginkan Dirimu

Assalamualaikum w.b.t. . .


Aku inginkan dirimu datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu aku sangat mencinta


Menyendiri lagi, menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku.


Bait demi bait lagu Dadali itu didengari dengan khusyuk sekali,siapa sangka siapa yang duga kisah yang tak pernah terfikir olehnya bisa berlaku,kini sedang melanda dirinya pula..dia pejam matanya,cuba mengimbas kembali peristiwa lalu ..sakit otak memikirkan semula bila mana dia terpaksa melupakan gadis pilihannya..dia sayang Zila,dia cinta sangat dengan Zila..namun bila mana Zila telah menolak mentah-mentah perasaan yang timbul dengan semulajadi itu, hanya kecewa yang bisa diutarakan..

Dari semalam dia berusaha untuk melupakan,melontarkan jauh perasaan itu dari menguasai diri yang cuma hanya mematahkan hatinya lagi..namun dia tak bisa,wajah gadis pilihannya itu semakin liat bermain diakal fikirannya ..Dia tak sanggup lagi berperang dengan perasaan sendiri,dia tak tegar melihat hanya hatinya yang terluka,hanya hatinya yang merasa kekecewaan tanpa sesiapa pun dapat itu semua..Mengeluh,mungkin kekadang dapat membantu walaupun itu sebenarnya tidak bisa merungkaikan masalah yang dihadapi olehnya..

Dia bingkas dari katil,menuju ke bilik air..dalam keadaan yang serabut sebegini,dia perlu bijak menangani dengan sebaik mungkin..dia mengambil wudhu dan merendahkan diri meminta petunjuk kepada ilahi.. jika benar Zila itu adalah jodohnya,jauh mana pun Zila pergi pasti akan kembali padanya sesuatu hari nanti..dia tunggu saat itu,dia yakin kuasa Allah,jika benar ia milik kita,jauh mana sekalipun ia menghilang pasti akan datang bila tiba masanya~

**********************

#Motif?lama sangat tak mengupdate entry tetiba jadi macam ni..rasanya dah tiba nak undur diri dari dunia blog ni kot...hehee
#Tahun depan Degree/Post basic renal atau Arab Saudi..anda rasa yang mana best?serabut~
#Belajar semula untuk menerima hakikat yang kita bukan siapa-siapa..ingat itu.

#copy paste dari google je mampu^^

Kata Achie :Rumah sekadar persinggahan untuk tidur saja..selebihnya
banyak ditempat kerja..erkkkkk

Terima kasih atas kehidupan yang engkau berikan..aku cinta Allah^^




Sabtu, 25 Ogos 2012

Tiada Siapa Yang Tahu l Gambar Sekitar Bukit Tinggi Pahang

Assalamualaikum w.b.t. . . . 

Susah nak bagi faham mereka yang susah nak faham,apa lagi kalau mereka memang tak ingin faham dengan apa yang kita cuba fahamkan mereka yang memang susah sangat nak faham². Tiada siapa yang tahu dan tiada siapa yang ingin nak ambil tahu dengan apa yang kita inginkan kerana apa yang kita inginkan belum tentu menjadi sasaran mereka untuk memahami apa yang kita inginkan..hidup ini ada pelbagai,ada pelbagai ragam orang yang kita jumpa,dan bukan semua orang akan tahu kita sebagaimana..

Tiada siapa yang tahu apa yang kita rasa,apa yang kita lalui sebelum ini melainkan diri kita yang sedang melakar pengalaman sendiri,mencerna idea untuk lari dari kenyataan hidup yang sukar untuk diri sendiri terima hakikatnya..Apa yang kita ingin belum tentu kita bisa dapat andai bukan itu yang tertulis buat diri kita.Apapun ALLAH itu maha besar lagi maha adil..jika benar ia adalah memang ditakdirkan buat kita.jauh mana pun ia cuba nak lari pasti akan kembali buat kita kalau bukan sekarang tapi disuatu hari..Sekian..

#Hanya Danboard peneman diri..apakah?

Gambar Sekitar Bukit Tinggi,Pahang

Kata Achie :Maaf,update entry dalam keadaan kurang waras =.=


Terima kasih tuhan atas kehidupan.Aku Cinta ALLAH~
Ahad, 19 Ogos 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum w.b.t. . . . 

Tak sangka dalam sekelip mata bulan ramadhan dah berlalu pergi meninggalkan kita.. tak tahu bilakah lagi bulan ramadhan akan menjelma dan menguji diri yang serba naif ini..Semoga segala amalan kita diBulan Ramadhan Almubarak akan diterima olehNya ,insyaallah sama² kita doakan ya..Semoga bulan ramadhan yang dah berlalu pergi akan menyedarkan kita dari tidur yang lena,mengingatkan ada insan yang lebih lemah yang perlu diberi perhatian dari kita dan membuatkan kita tidak mudah alpa didunia yang sementara ini..

Dikesempatan yang ada ini,saya Achie pemilik blog www.wooferstorm.com dan www.lensakamera.com mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua umat islam tak kira dimana pun berada.semoga  Bulan Syawal yang menerjah kita ini dapat merapatkan jurang kasih sayang yang mungkin dah longgar sebelum ini..semoga hari kemenangan buat kita selepas sebulan puasa membuatkan kita lebih sabar dan sentiasa merendahkan diri tak kira dimana juga..akhir kata,pandu cermat jiwa selamat..macam mana kita berpuasa selama sebulan,menyambut syawal pun kenalah belajar untuk bercermat.. salam kemaafan andai ada kata terguris dihati sepanjang saya berjalan seiring dengan blog yang serba kurang ini..maafkan ya..Sekian~

**************************************
#Maafkan diri ini buat ayahanda serta keluarga kerana tak mampu beraya bersama².. Semoga ada rezeki ditahun akan datang..
#Cuti raya pun dapat last² minit,tu pun lepas dah bertekak lidah dengan pihak yang tak punya perasaan.. grrrr
#Semoga hidup kita didunia sementara ini akan baik² saja,dan sentiasa beringat setiap masa ya..

#Sumber gambar hanya mampu ambil dari google..heheee

Kata Achie :Raya kali ini tak semeriah raya sebelum ini..tiga tahun tak beraya 
dikampung memang menyakitkan hati..erkkk


Terima kasih atas kehidupan yang engkau berikan,Aku Cinta ALLAH..
Ahad, 5 Ogos 2012

Bila Hati Sudah Hitam l Gambar Danboard Yang Comel

Assalamualaikum w.b.t. .  . . . 

Manusia ni ada pelbagai ragam,ada bermacam perangai kau pertontonkan jika kau perasaan.. ada yang begitu,ada juga yang begini..yang pasti lain orang lain ragamnya..dunia ini ada putih hitamnya,bila niat baik pasti cantik jadinya,bila niat jahat pasti hitam jadinya..normal bila hati dah hitam,semua kebaikan orang pun kita hanya nampak keburukan semata.hidup tak kan tenang selagi mereka tidak merana..kenapakah??


kenapa perlu ada perasan dengki walhal kita pun boleh menjadi seperti mereka jika kata kunci iaitu USAHA kita sertakan,ini tidak hanya MULUT lancang bersuara melontarkan rasa tidak puas hati dengan kejayaan mereka sedangkan diri kita hanya membuang masa dalam tak sengaja..USAHA itu perlu baru KEJAYAAN akan mendatang,kalau sekadar MULUT kita katakan,namun USAHA tidak kemana..nampak gayanya kau duduklah kat SITU sampai BILA-BILA.sekian....


****************************

Sudut Tahukah Anda ...

#Sakit gigi adalah kesakitan dunia paling PEDIH selepas MATI dan BERSALIN.. 4 hari menunggu sakit gigi ni memang rasa nak pengsan..@.@
#Menenangkan diri melihat keindahan ALAM ciptaan ALLAH SWT ini sungguh memukau bila mana berada ditepi pantai mahupun ditengah lautan sambil melihat matahari terbenam. tapi mana nak cekau laut ditengah bandar kuala lumpur ni..
#RAYA terindah bila mana kita dapat bersama keluarga meraikan hari yang bahagia.namun raya bagi aku cuma SADIS belaka bila mana tahun ni genap tahun KETIGA tak dapat beraya bersama keluarga..ermmm


#Danboard sentiasa gelisah,petanda hati selalu berduka.adehhh
untuk gambar lebih lanjut,sila klik link kat bawah ^_^





Kata Achie:Lama tak update,tak salah ucap SALAM RAMADHAN buat anda semua..




Terima kasih atas kehidupan yang engkau berikan..Aku Cinta Allah



Isnin, 9 Julai 2012

Semua Serba Tak Kena

Assalamualaikum w.b.t. . . . . . 

Nak buat itu tak kena,nak buat ini pun tak kena..
semua yang dirancang lain pula yang mendatang,
apa yang aku rasa belum itu mampu terluah,
apa yang aku impikan belum pasti bisa terjadi..

Pendek Kata ..
Semua Serba Tak Kena..

Chooppp,
Tahniah buat kawan aku yang dah buat Kidney Transplant tu ,
semoga dengan ini kehidupan baru lebih bermakna..Anda memang seorang 
yang kuat..Bagussss~

Selamat Malam..


*******************************


Sudut Tahukah Anda. . . 

#Tahukah Anda,bila aku dah malas nak update entry.entry yang diupdate tu pasti banyak merapu meraban tak ingat orang..
#Tahukah Anda,bila kita nak mengadu je pasti akan cari pasangan kita,tak kira suami isteri ,Teman lelaki/perempuan,mahupun mak ayah.jarang benarkan kita mengadu dengan Allah??
#Tahukah Anda,manusia yang seperti kita ni susah nak terima pendapat orang lain sedangkan kita tau kita tak betul manapun..Apapun kali ini aku kena terima pendapat keluarga aku..maafkan aku.

#Cerita ini dah basi kat blog Lensa Kamera..
nak tengok juga?sila ke SINI


Kata Achie :Adakalanya kita kena bertindak kejam agar mereka bisa menjadi faham..






Terima kasih atas kehidupan yang engkau berikan..Aku Cinta Allah
Selasa, 3 Julai 2012

Tiada Duka Yang Abadi

Assalamualaikum w.b.t . . . . .


LIRIK LAGU TIADA DUKA YANG ABADI :Opick

Video klip sila ke SINI

Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan dijalani


Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini
*Serius aku jatuh hati pada Opick,lagu beliau memang best sangat..
******************************
Kematian itu sememangnya dekat dengan kita,sesungguhnya setiap insan yang hidup pasti akan merasa akan kematian..bahkan kematian itu terlalu dekat dengan diri kita tanpa kita sedari sejak dulu lagi..Hari ini kita bisa tersenyum riang melihat kebahagian yang menjelma didepan mata,namun bisa mengundang kesedihan bila mana insan yang berkongsi kasih sayang dengan kita pergi begitu saja meninggalkan kita tanpa dipinta..

Kematian itu sebenarnya adalah kenikmatan yang  sebenarnya kita cari,hidup untuk mati kerana setiap yang hidup pasti akan merasai mati dan seterusnya dihitung amalan sama ada syurga atau neraka jawapannya..Selagi masih bernafas dimuka bumi ini,selagi itu kerahkan diri penuhi keinginan yang ada selagi tidak menyalahi undang islam yag telah termaktub.. Apapun beringat sebelum terkena dan usahakan mencari kebahagian selagi esok masih ada..Sekian !!!!

Entry ini untuk seorang sahabat..
Alfatihah untuk Beliau,
Semoga anda aman disana,insyallah kami akan menyusul anda
suatu ketika..pasti!!

*************************
Sudut Tahukah Anda.....

#Tahukah Anda.senyum bisa menghilang tekanan kehidupan.tapi dengan senyuman juga boleh membuat ada orang cepat perasan..erkkkk
#Tahukah Anda,lelaki lebih cool berbanding perempuan namun lelaki hilang coolnya bilamana perempuan itu memuji lelaki lain depannya..kan3??
#Tahukah Anda,membeli makanan kat pasar malam itu lagi mudah dari memasak sendiri dirumah.namun perkara yang anda tak tahu bilamana aku terpaksa MC hari ni kerana makanan yang dibeli semalam..nampak bubur jagung tu sedap,tapi ada racun tikus kot kat dalamnya.erkkk

#Cerita ini dah basi,tapi aku saja nak upload lagi..hehee

Kata Achie :Setiap yang hidup pasti merasai mati,jadi jangan terkejut bila 
giliran aku pula selepas ni..


Terima kasih atas kehidupan yang engkau berikan..Aku Cinta Allah

Bersedia untuk menerima kehilangan

Assalamualaikum w.b.t. . . . 

Perubahan itu semestinya perlu ada,dan perubahan itu ada dua alirannya..sama ada perubahan menuju jalan kebenaran ataupun menuju ke jalan kehancuran..cuma kita saja yang perlu memikirkan nak pilih mana satu,jangan tersalah pilih sudah...hidup ini ada putaran rodanya, tak semua yang kita inginkan akan bisa kita miliki,kerana kalau dah benar bukan rezeki,menangis darah macam mana sekalipun semua itu tak kan bisa kita perolehi..

Namun sedarkah kita satu perkara,dalam gersang berusaha untuk memiliki apa yang kita impikan..kita sebenarnya harus membenarkan pemergian apa yang kita miliki..hidup tak boleh nak tamak,mungkin tuhan akan memberi apa yang kita ingini,tapi dengan Izinnya juga, tuhan akan mengambil apa yang kita ada...bersiapkah kita jika benar perkara itu akan terjadi? Jika benar² akan berlaku,suka atau pun tidak kita kena lepaskan apa yang kita ada.kerana yakinkan diri kita apa saja yang kita ada itu semuanya pinjaman dari Allah s.w.t..jadi  perkara yang ingin ditekankan kat sini sebenarnya,apapun yang kita ada,jangan nak berlagak mengatakan itu harta kita buat selamanya..Bila² masa tuhan bisa ambil jika iaNya ingini kerana kita cuma penjaga sementara saja..Sekian!!!

**************************

Sudut Tahukah Anda ......

#Tahukah anda,setiap manusia memerlukan 7-8 jam untuk tidur yang secukupnya.. namun benda yang anda tak tahu bila mana aku tak tidur malam semalaman layan bola dan paginya terus pergi kerja..erkkk
#Tahukah anda,setiap orang suka sangat mencari kebahagian dalam dunia percintaan.tapi tak ramai yang akan menerima bila gagal dalam percintaan..pelikkan?
#Tahukah anda,dengan blog kita mampu menjana pendapatan sampingan..tapi dengan blog juga kita mampu menyebarkan fitnah dalam tak sedar.. *gosip kuat sangat.erkk


#Cerita ini masih segar,semoga bisa menjadi satu kenangan..

Kata Achie :Blog Lensakamera terpaksa diabaikan buat sementara waktu.hahaa


Terima kasih atas kehidupan yang engkau berikan..Aku Cinta Allah
Isnin, 2 Julai 2012

Andai masa boleh diputarkan semula

Assalamualaikum w.b.t. . . 

Bertuah budak zaman sekarang ni,semakin senang dimanja dibelai dengan mak bapa..bukan seperti zaman budak dulu kala..kalau sekarang,tak hairan bila mana masih muda belaka tapi dah punya gadjet yang mewah..ada yang punya telefon mahal melebihi orang dewasa, pergi ke sekolah dengan kereta sambil bermegah-megah,dihimpit pula oleh pasangan yang masih kurang akalnya..ternyata zaman betul-betul dah berubah..salah siapa sebenarnya??Adakah mak bapa tak reti nak jaga ataupun anak itu sendiri tak tahu menghargai pengorbanan orang tua??

Bayangkan kalau budak zaman sekarang ni terhumban jauh ke zaman lampau,melihat sendiri kesusahan orang tua..Adakah mereka masih sanggup membuang duit hasil dari  keringat orang tua dulukala,adakah mereka masih mahu membuat kerja tak faedah semata-mata kehendak nafsu yang entah apa-apa..Adakah mereka akan terus hanyut tanpa ada arus penyesalan menanti didepan mata..Atau adakah mereka hanya akan terjaga bila mana harta yang ditinggalkan untuk mereka sudah habis dibelanja dan paling sadisnya bila ORANG TUA sudah tiada?

Apapun,semoga ada erti kehidupan yang sebenarnya menanti didepan mata..tak perlu hanya ada kemewahan sedangkan mata hati telah dibutakan..tak gunanya hanya ada kenikmatan duniawi tapi kempunan kenikmatan yang sebenar diakhirat sana..semoga kita lebih menghargai pengorbanan yang dilakukan oleh orang tua kita dan JANGAN pernah sesekali pun  membuat mereka menangis hanya kerana kesilapan BODOH kita semua..sekian!!

**************************

#Tahukah anda,manusia ni memang bersikap degil..semakin dilarang semakin gersang dia nak buat..lantak tak tahu!!
#Tahukan anda,walaupun burung tu terbang jauh diawangan,pasti akan kembali kesarang semula bila diri dah kepenatan.begitu juga dengan kita,apapun kesilapan yang ada,semuanya bisa dibetulkan semula selagi hidup masih bernyawa..
#Tahukah anda,dulu aku selalu update merapu sampai 80++ sebulan,namun bulan jun yang lalu rekod terburuk cuma hanya 4 entry saja..kalau bisa merapu kembali, adakah yang kisah ke??erkkkk

#Hanya cerita lama mampu aku publishkan..

Kata Achie :Hidup tidak selalunya membawa kegembiraan..ermmm



Terima kasih atas kenikmatan yang engkau berikan..Aku Cinta Allah~



Sabtu, 30 Jun 2012

Harapan Berkecai l Gambar Sekitar Masjid Kristal,Terengganu

Assalamualaikum w.b.t. . . . . .

Setiap orang punya keinginan untuk mengecapi impian,setiap masa setiap detik yang ada pasti diri akan berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang kita ingini...hidup ini memang ada pelbagai rintangan..tanpa cubaan yang bertubi menjelma didepan mata,pasti bukan hidup namanya... hidup ini terlalu singkat untuk kita ratapi kesedihan yang melanda diri,percayalah setiap kejadian yang berlaku semuanya bersebab..namun itu semua kerja tuhan,rahsia tuhan yang takkan tercapai dek akal untuk kita rungkaikan..sebaiknya kita mencari formula hidup untuk pastikan bukan sekadar jasad kita yang teguh berdiri tapi rohani itu juga sudah pasti..

Harapan berkecai itu hanya untuk orang yang telah gagal untuk bangun,gagal sekali sudah tak tahan untuk bangkit kembali..kenapa perlu ada perkataan putus asa andai kebangkitan diri masih belum kita jelmakan..itu tidak adil bukan?tidak adil pada diri sendiri dan juga mungkin tidak adil pada sesiapa yang berkaitan..apapun semoga kejatuhan diri itu kita sedarkan dengan prestasi yang bisa menbanggakan diri disuatu hari nanti..seperti juga kalian,aku juga pernah jatuh tanpa disengajakan,dan aku tahu harapan kali ini mungkin akan berkecai lagi..tapi kenapa perlu nak risaukan,tuhan kan sentiasa ada bersama kita ?? try dan error selagi terdaya dek hati ini..sekian!!!

***************************************

#Dua tiga hari ni lain macam je rasa..apakah??
#Esok pagi ada seminar kat tempat kerja lama,berjumpa dengan kawan lama..teruja ke terseksa?erkkk
#Semakin MALAS aku sekarang ni,bulan ni  berapa ketul sangat entry ni.oklah tu dari banyak sangat entry tapi lebih banyak mengarut..ermmm


#Gambar Masjid Kristal,Terengganu..

Untuk gambar lebih lanjut,sila klik link kat bawah.Terima Kasih^.^Y



Kata Achie :Banyakkan berdiam jikalau berkata cuma sia-sia belaka..



Terima kasih atas kehidupan yang engkau berikan..Aku Cinta Allah..


Ahad, 24 Jun 2012

Masa Untuk Berubah l Gambar Kucing Comel Versi Terengganu

Assalamualaikum w.b.t.

Lama juga memendam rasa,letih sudah asyik berperang dengan suasana yang agak susah untuk diungkapkan..alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk mengudpate diri walaupun sebenarnya masa sentiasa ada untuk meloloskan dari kesibukan dunia realiti..namun diatas beberapa perkara membuat aku agak keberatan untuk menonjolkan diri di sini..

Terfikir untuk mendiamkan diri terus pun ada,namun bila memikirkan melalui blog ini aku bertemu pelbagai kawan,melalui blog ini aku berjumpa dengan pelbagai ragam manusia,melalui blog ini juga aku bisa mengungkapkan apa yang aku rasakan..atas dasar yang ada,aku hanya mampu berdiam dan hanya akan berkata jika perlu aku rasakan..

Dan setelah sekian lama mengunakan template yang asal,akhirnya blog Woofer Storm bertukar wajah lagi..entah keberapa kali aku dah lupa,yang pasti dengan template yang baru ini dapat membuatkan mood untuk berupdate itu datang kembali..insyallah jika diberi kesempatan lagi kan??apapun semoga sahabat yang sedia ada tidak terus melupakan dan sentiasa berhubung dari masa ke semasa..itu lagi baik bukan?? Sekian!!!


opss..kredit untuk sahabat aku yang sudi membuatkan template ni..sayang kamu lebih~

*Jujur aku suka template yang asal,namun kekadang perubahan itu amat diperlukan.

*******************************

*Aku lagi suka update blog lensa kamera..tak tahu kenapa.adehhh

update terkini blog Lensa kamera :


Kata Achie :Setiap yang datang pasti akan pergi..kan??


Terima kasih tuhan atas kehidupan yang engkau berikan..Aku cinta Allah~

Segmen : Kenali Komuniti Blogger

Assalamualaikum w.b.t. . . . 

Lama sangat tak update,bila nak update tak tahu nak update apa..
dah gulung tikar blog ini rupanya,ingatkan pemilik blog ni dah arwah.tapi masih timbul lagi
kan??..alhamdulillah masih diberikan kesempatan untuk hidup lagi..
terima kasih ya tuhan...

Dah lama tak join segmen,menunjukkan kemalasan ini terlalu melampau
batas pemikiran.jadi dengan lafaz bismillah aku merajinkan diri untuk join segmen ini
setelah ditag oleh owner yang ensem sekali .dah puji lebih ni,jangan lupa bagi header
free tau.hehe sekian!!

*Sila klik header diatas ni kalau rasa nak join..jom support kawan!!

tag dorang ni :



Kata Achie :Jangan lupa singgah blog LensaKamera.com .hehee
Selamat bersegmen..

Terima kasih tuhan atas kehidupan yang engkau berikan..

Ahad, 3 Jun 2012

Rezeki Ada DiMana-Mana l Alkisah Di Dataran Nilai

Assalamualaikum w.b.t. . . . 

Aku percaya satu benda,benda yang dikejar-kejar walaupun dengan usaha yang mengunung namun bila tuhan tak izinkan,itu cuma kerja sia-sia belaka..bersungguh mana pun kalau tuhan tak kehendaki ,itu hanya membuat kau rasa tak bermaya..rezeki itu ada dimana-mana,kalau tak dapat  disini,pasti ada rezeki kita disana pula..setiap orang dah diberi olehNya rezeki yang melimpah ruah,cuma kita tak sedar dimana dan kita tak pernah nak berusaha untuk mendapatkannya..

Aku pernah rasa jatuh bila mana aku sukar untuk mendapat sesuatu itu,cukup sukar kerana bila mana aku berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkannya,malah meminta pertolongan dariNya pun masih belum bisa termaktub yang ia akan menjadi milik aku..malah aku hanya mampu memandang ia dari kejauhan..namun kini aku bersyukur bila mana aku mendapat sesuatu yang lebih baik,malah tanpa aku sangkakan...aku percaya,tuhan turunkan hujan disaat manusia mula merasa kepanasan dek bahang panas terik mentari,..apapun usaha itu semestinya ada,cuma tak perlu mengharap apa yang kau ingini akan bisa kau miliki kerana itu semua kerja tuhan..Sekian!!!

#Tak tahu sempat ke tidak nak bw,petang ini nak ke seberang takir..seminggu kat sana maknanya mungkin aku di alam maya akan berhenti berkata sementara...
#Tak perlu takut bila mana ada yang mengugut nak takutkan kita,kalau benar pun kita mati di tangan dia.itu maknanya tuhan dah putuskan riwayat kita cukup disini dan dia cuma hanya perantaraan sahaja..yang pasti tuhan tahu aku tidak bersalah,kau jangan suka menuduh tanpa ada sebarang bicara kata...
#Kalau dah kena sekali,pasti akan kena buat kali kedua..kalau kena berkali-kali,pasti akan kelihatan sengal jadinya..hehee

#Kan best kalau shoot dapat guna tripod..ermmm tapi sayang tak bawa pula.hehee
untuk gambar lebih lanjut,sila klik link kat bawah..terima kasih!!



Kata Achie :Dulu masa gersang bermain blog,BE sukar nak lekat,tapi bila berblog sekadar suka-suka,alhamdulillah ada rezeki..terima kasih atas rezekinya Ya Tuhan..


Terima kasih atas kehidupan yang engkau berikan..Aku cinta Allah
Selasa, 29 Mei 2012

Dalam Bersahabat l Alkisah Yen Dan Nova Part 1

Assalamualaikum w.b.t. . . . 

Dalam bersahabat,jangan pernah ada istilah khianat.apatah lagi jika dari dulu kau dah berjanji tak akan memungkir janji..dalam sahabat,jangan pernah mengatakan kau punya kelebihan dan dia punya kekurangan kerana kau kena faham satu perkara yakni manusia yang memijak bumi hasil ihsan tuhan ini tak ada yang sempurna kerana kita dalam rasa tak sedar sering melakukan kesilapan..

Manusia normal melakukan kesalahan,kesalahan itu sebenarnya adalah bagus untuk kita memperbaiki kesalahan pada masa lampau.jika benar sahabat kita punya kesalahan yang membuat kita rasa tak selesa,membuat kita berfikir sekejap yang sahabat kita berada dalam landasan yang tak kena,alangkah bagus jika kita menyedarkan mereka dengan cara yang betul. katakan dengan cara berdepan tanpa ada sebarang sindiran..sahabat yang baik pasti bisa mendengar nasihat dari kita,dan pasti bisa membetulkan kesalahan diri yang mungkin tak disengajakan..TAPI,bila kau membuat keputusan yang negatif,mengutuk menghina merendah-rendahkan mereka tak kiralah dari belakang ataupun secara kiasan,adakah itu cara terbaik untuk kita dan mereka meneruskan persahabatan?? Sekian!!!

#Kita rasa kita dah cukup baik dalam bersahabat dengan mereka walhal kita cuma merosakkan mereka semata..
#Bila ditegur,sila dengar dengan telinga,bukan guna lutut yang cuma membuat kau kelihatan seperti kurang akal..maaf~
#Tak perlulah memilih kawan mengikut apa yang kau ingini andai kau tak ingin diperlukan sebegitu rupa..

#Cerita lama,entah tak tahu kenapa tetiba nak publish..

Untuk gambar lebih lanjut,sila tekan link kat bawah..terima kasih^^


Kata Achie : Macam-macam berlaku sekarang ni..ermmmm


Terima kasih atas kehidupan yang engkau berikan..Aku cinta Allah
Selasa, 22 Mei 2012

Ku Pinang Kau Dengan Bismillah l Melaka 4.0

Assalamualaikum w.b.t. . . . 


Tuhan memberikanku cinta
Untuk ku persembahkan hanyalah padamu
Dia anugerahkanku kasih
Hanya untuk berkasih berbagi denganmu



Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah

Hampa terasa bila ku tanpamu

Hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu
Hanya dirimu satu yang aku inginkan
Ku bersumpah sampai mati hanyalah dirimu (hanyalah dirimu)


Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah


Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah

*********************

Bila berkata pasal jodoh,pasti ramai yang ternanti-nanti dimana jodoh mereka bisa terungkai..bila berkata pasal soal jodoh,pasti ada hati yang mula tertanya-tanya,adakah jodoh mereka ada ataupun memang ditakdirkan tiada jodoh didunia sementara ini..Jodoh itu rahsia tuhan,siapa kita untuk menentukan..semoga jodoh yang tiba membuat diri kita merasa bahagia,bukan derita yang menimpa..

Perkahwinan itu bukan perkara main-main,bukan seperti makan nasi kerabu..bila tak kenyang boleh tambah nasi lagi..tapi ini adalah soal masa depan,adakah kau ingin bahagia hingga akhir hayat,ataupun bahagia cuma seketika..siapa yang tak inginkan kebahagiaan?kebahagiaan itu cukup indah jika kita pandai hayatinya bagaimana.namun jangan terlalu terdesak mencari kebahagiaan jika kita sendiri tak punya persiapaan sehabis mungkin.kita mengimpikan perkahwinan yang cukup indah bersama pasangan yang terbaik namun kita masih belum cukup baik..itu tidak adil bukan untuk pasangan kita..Apapun berusaha sebaik mungkin terlebih dahulu sebelum melihat hasilnya dikemudian hari..Sekian terima kasih~

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan..

#Motif entry?tiada apa-apa,cuma suka akan lagu ku pinang kau dengan bismillah... terpikat~
kak ujie jangan salah sangka^.^
#Semakin malas aku sekarang nak update entry..malas main jauh2 boleh!!
#Tak sabar nak pergi ke terengganu..lepas tu Changlun,Kedah pula menanti..

#Asyik cerita lama saja.sabar ya..koleksi lama banyak benar belum dipublish..malas!!

Update terbaru blog Lensakamera.com :

Kata Achie :Kak Dhiera nak kawin ye??tahniah buat anda...



Terima kasih atas kehidupan yang engkau berikan..Aku cinta Allah~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)Copyright reserved by Woofer Storm.
Powered by Blogger