Blog Lensa Kamera

Khamis, 14 April 2011

Sistemik Lupus Eritematosus [ SLE ]

Assalamualaikum..

Dah lama rasanya tak bagi info2 yang patut rasanya orang tahu kan?So kali ini
aku nak gak bagi info setakat yang aku tahu,info pasal SLE ye,sebelum ini aku ada keluarkan
Penyakit Alzheimer ..Kalau ada masa,silalah baca..heheee

Sistemik Lupus Eritematosus ( SLE ) 

Merupakan satu penyakit kronik yang berlaku akibat kecelaruan sistem pertahanan tubuh (auto imun). Sistem pertahanan tubuh merupakan rangkaian sel dan organ yang bertindak melindungi tubuh daripada serangan benda-benda asing. Sistem pertahanan tubuh
akan menghasilkan antibodi apabila ia mengesan organisma yang masuk ke dalam tubuh. Antibodi ini akan bertindak mempertahankan tubuh daripada serangan jangkitan organisme berkenaan. Walau bagaimanapun, bagi seorang pesakit SLE, antibodi yang terhasil telah bertindak menyerang sel-sel tubuh sendiri. Kecelaruan sistem pertahanan tubuh
ini menyebabkan penghidapnya terpaksa berdepan dengan gejala yang berbeza-beza.
 
 ***Maksudnya kat sini antibodi manusia selama ini yang memberi 
perlindungan kepada tubuh badan bertindak menyerang semula sel-sel tubuh sendiri..
ini yang harus diterima oleh pesakit SLE..

 ~Jenis-jenis Penyakit Lupus~

Penyakit ini terbahagi kepada dua jenis,iaitu  Discoid Lupus Eritematosus (DLE) dan juga Sistemik Lupus Eritematosus (SLE)..Jadi aku nak terangkan kat sini cuma penyakit SLE ok..
  1) Discoid Lupus Eritematosus (DLE)
 **Melibatkan kulit sahaja..
**Tidak melarat ke organ tubuh yang lain..
 2)Sistemik Lupus Eritematosus (SLE)
 **Boleh merebak ke organ-organ lain
**Boleh membawa maut
 **Jadi korang pun tahu kan,antara DLE dan SLE,SLE lagi merbahaya kepada 
kita..

~Perangkaan~ 

***Pengidap wanita lagi ramai berbanding dengan lelaki,
iaitu nisbah 9:1..Jadi peluang untuk wanita itu lagi tinggi wahai blogger sekalian..
 ***10% itu pun daripada penghidap lelaki dan kanak-kanak..tapi aku harap semua
lelaki tak ambil mudah pun pasal ini ok,sebab semua boleh jadi..mana tahu kita
antara yang menghidapi daripada 10% tu..beringat sebelum terkena..
***Selalunya wanita yang menghidap SLE ini berumur 15-50 tahun.. 

~Punca Berlakunya SLE~ 

->Idiopathic,iaitu tidak dikenal pasti.tapi ada teori mengatakan yang
SLE terjadi disebabkan oleh :-

***Jangkitan virus
***Hormon
***Faktor persekitaran
 ***Keturunan.

~Tanda dan Gejala~ 

Tanda ini ini mungkin petanda pembaca menghidap SLE,jadi perhatikan
dengan teliti ok..  
  1. Sakit pada sendi
  2. Demam berlarutan
  3. Keletihan
  4. Ruam-ruam pada kulit muka
    dan badan
  5. Anemia ( Kekurangan darah merah )
  6. Sensitif pada cahaya matahari 
  7. Ulser mulut
  8. Keguguran rambut
~Diagnosis~

Setiap penghidap akan mengalami gejala yang berbeza,so pembaca kena
bijak untuk melihatnya... Pesakit akan disahkan sebagai penghidap SLE
berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh American College of Rheumatology (ACR).Seseorang boleh dikategorikan sebagai penghidap SLE sekiranya mereka mengalami
4 daripada 11 kriteria yang disenaraikan..

Sekian.,,

Insyaallah,selepas ini aku akan bagi info pasal rawatan SLE ye..byeeee

*Doakan blogger ini,sambil tu terjahlah blog dia tau.klik banner kat atas ni ketat2.


Kata Achie :Hanya orang yang merasakan kesakitan itu merasakan penderitaan..ermmm




 


 




 





  

0 komen dari budak comel^^:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)Copyright reserved by Woofer Storm.
Powered by Blogger