Blog Lensa Kamera

Rabu, 27 April 2011

Nak Pinjam boleh..

Assalamualaikum.....


Penat bangat balik dari kerja,tidur tak menentu membuat hati suka sangat memberontak.. Kenapa ARC jauh sangat nak kena drive hari2,dengan kesesakan jalan raya yang kadang kala membuat aku rasa nak gila pun ada..kalau dulu dengan SSL,tak perlu nak kena guna kenderaan,cuma kaki yang diperlukan,kalau tidur pun boleh je bangun lewat sikit..Tapi sekarang ni,nak bangun kena awal..kadang2 tak perlu nak tidur,kerana takut tak bangun2 dah..Mati ke apa?heheee bukan derr,aku kalau dah penat gila,kadang2 peluang nak bangun kembali itu amat nipis..Selalunya khidmat kawan yang aku perlukan untuk mengerakkan aku..heheee mungkin ini penangan ubat tidur bila aku sukar untuk lelapkan mata.. 

Kekadang aku rasa bosan bila kawan meminjam barang tanpa meminta izin terlebih dahulu, itu membuatkan aku sakit hati..tapi memikirkan dia masih seorang kawan membuat aku terdiam begitu sahaja,dan bila dia meminta izin pulak,tambah aku saki hati kerana selalunya dia mengatakan hanya menggunakan untuk seketika,tapi dia lesap entah kemana..Bukan niat aku nak kedekut,tapi sebagai kawan dia patut memikirkan protokol nak pinjam barang itu macam mana..sebagai contoh,dia kata nak pinjam kereta untuk beli barang sekejap,tapi 2,3 jam muka dia tak muncul2,aku yang nak buat kerja terbantut gara2 dengan sikap dia tu,tapi kesabaran aku masih ada berbaki..perlukah aku melempang,ataupun khidmat kaki aku perlu nak terajang..Perlu jika dah tak makan saman bila dah diberitahu berkali2?? Aku hanya mampu mengeluh seketika.. Titik..

 *Apapun dia tetap seorang teman..ermmm

Kata Achie : Nak pinjam barang orang senang,tapi nak kena jaga barang orang tu yang payah.. 

0 komen dari budak comel^^:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)Copyright reserved by Woofer Storm.
Powered by Blogger