Blog Lensa Kamera

Sabtu, 25 Ogos 2012

Tiada Siapa Yang Tahu l Gambar Sekitar Bukit Tinggi Pahang

Assalamualaikum w.b.t. . . . 

Susah nak bagi faham mereka yang susah nak faham,apa lagi kalau mereka memang tak ingin faham dengan apa yang kita cuba fahamkan mereka yang memang susah sangat nak faham². Tiada siapa yang tahu dan tiada siapa yang ingin nak ambil tahu dengan apa yang kita inginkan kerana apa yang kita inginkan belum tentu menjadi sasaran mereka untuk memahami apa yang kita inginkan..hidup ini ada pelbagai,ada pelbagai ragam orang yang kita jumpa,dan bukan semua orang akan tahu kita sebagaimana..

Tiada siapa yang tahu apa yang kita rasa,apa yang kita lalui sebelum ini melainkan diri kita yang sedang melakar pengalaman sendiri,mencerna idea untuk lari dari kenyataan hidup yang sukar untuk diri sendiri terima hakikatnya..Apa yang kita ingin belum tentu kita bisa dapat andai bukan itu yang tertulis buat diri kita.Apapun ALLAH itu maha besar lagi maha adil..jika benar ia adalah memang ditakdirkan buat kita.jauh mana pun ia cuba nak lari pasti akan kembali buat kita kalau bukan sekarang tapi disuatu hari..Sekian..

#Hanya Danboard peneman diri..apakah?

Gambar Sekitar Bukit Tinggi,Pahang

Kata Achie :Maaf,update entry dalam keadaan kurang waras =.=


Terima kasih tuhan atas kehidupan.Aku Cinta ALLAH~
Ahad, 19 Ogos 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum w.b.t. . . . 

Tak sangka dalam sekelip mata bulan ramadhan dah berlalu pergi meninggalkan kita.. tak tahu bilakah lagi bulan ramadhan akan menjelma dan menguji diri yang serba naif ini..Semoga segala amalan kita diBulan Ramadhan Almubarak akan diterima olehNya ,insyaallah sama² kita doakan ya..Semoga bulan ramadhan yang dah berlalu pergi akan menyedarkan kita dari tidur yang lena,mengingatkan ada insan yang lebih lemah yang perlu diberi perhatian dari kita dan membuatkan kita tidak mudah alpa didunia yang sementara ini..

Dikesempatan yang ada ini,saya Achie pemilik blog www.wooferstorm.com dan www.lensakamera.com mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua umat islam tak kira dimana pun berada.semoga  Bulan Syawal yang menerjah kita ini dapat merapatkan jurang kasih sayang yang mungkin dah longgar sebelum ini..semoga hari kemenangan buat kita selepas sebulan puasa membuatkan kita lebih sabar dan sentiasa merendahkan diri tak kira dimana juga..akhir kata,pandu cermat jiwa selamat..macam mana kita berpuasa selama sebulan,menyambut syawal pun kenalah belajar untuk bercermat.. salam kemaafan andai ada kata terguris dihati sepanjang saya berjalan seiring dengan blog yang serba kurang ini..maafkan ya..Sekian~

**************************************
#Maafkan diri ini buat ayahanda serta keluarga kerana tak mampu beraya bersama².. Semoga ada rezeki ditahun akan datang..
#Cuti raya pun dapat last² minit,tu pun lepas dah bertekak lidah dengan pihak yang tak punya perasaan.. grrrr
#Semoga hidup kita didunia sementara ini akan baik² saja,dan sentiasa beringat setiap masa ya..

#Sumber gambar hanya mampu ambil dari google..heheee

Kata Achie :Raya kali ini tak semeriah raya sebelum ini..tiga tahun tak beraya 
dikampung memang menyakitkan hati..erkkk


Terima kasih atas kehidupan yang engkau berikan,Aku Cinta ALLAH..
Ahad, 5 Ogos 2012

Bila Hati Sudah Hitam l Gambar Danboard Yang Comel

Assalamualaikum w.b.t. .  . . . 

Manusia ni ada pelbagai ragam,ada bermacam perangai kau pertontonkan jika kau perasaan.. ada yang begitu,ada juga yang begini..yang pasti lain orang lain ragamnya..dunia ini ada putih hitamnya,bila niat baik pasti cantik jadinya,bila niat jahat pasti hitam jadinya..normal bila hati dah hitam,semua kebaikan orang pun kita hanya nampak keburukan semata.hidup tak kan tenang selagi mereka tidak merana..kenapakah??


kenapa perlu ada perasan dengki walhal kita pun boleh menjadi seperti mereka jika kata kunci iaitu USAHA kita sertakan,ini tidak hanya MULUT lancang bersuara melontarkan rasa tidak puas hati dengan kejayaan mereka sedangkan diri kita hanya membuang masa dalam tak sengaja..USAHA itu perlu baru KEJAYAAN akan mendatang,kalau sekadar MULUT kita katakan,namun USAHA tidak kemana..nampak gayanya kau duduklah kat SITU sampai BILA-BILA.sekian....


****************************

Sudut Tahukah Anda ...

#Sakit gigi adalah kesakitan dunia paling PEDIH selepas MATI dan BERSALIN.. 4 hari menunggu sakit gigi ni memang rasa nak pengsan..@.@
#Menenangkan diri melihat keindahan ALAM ciptaan ALLAH SWT ini sungguh memukau bila mana berada ditepi pantai mahupun ditengah lautan sambil melihat matahari terbenam. tapi mana nak cekau laut ditengah bandar kuala lumpur ni..
#RAYA terindah bila mana kita dapat bersama keluarga meraikan hari yang bahagia.namun raya bagi aku cuma SADIS belaka bila mana tahun ni genap tahun KETIGA tak dapat beraya bersama keluarga..ermmm


#Danboard sentiasa gelisah,petanda hati selalu berduka.adehhh
untuk gambar lebih lanjut,sila klik link kat bawah ^_^





Kata Achie:Lama tak update,tak salah ucap SALAM RAMADHAN buat anda semua..




Terima kasih atas kehidupan yang engkau berikan..Aku Cinta Allah



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)Copyright reserved by Woofer Storm.
Powered by Blogger