Blog Lensa Kamera

Khamis, 21 April 2011

Aku punya suka,ada aku kisah..

Assalamualaikum...

Sejak aku berblog dari bulan 10 lagi,aku dah banyak masuk blog orang..dan bermacam-macam juga orang aku jumpa,dari cara dia buat blog dia,cara penulisan terasa kita boleh faham dia ini macam mana..setiap orang ini memang berbeza citarasa,itu aku tidak boleh nafikan..memang kita ada hak masing-masing nak bentuk blog kita macam mana..nak tulis apa ,itu suka hati kita.peduli apa orang nak kata..ada sesetengah blog itu siap buat amaran lagi kat atas entry..

Tapi jangan kita lupa,harus diingatkan disini,walaupun kita kata ini blog peribadi kita..tapi dalam masa yang sama kita telah pun berkongsi cerita suka duka hidup kita bersama orang lain,bersama follower yang ada..semua orang punya kebebasan untuk bersuara,namun kena dengar juga pandangan orang lain..tak begitu? janganlah cuma ingin berkata sesuka hati tanpa mengenangkan orang lain yang mungkin panas hati dengan kita,tak mustahil gara-gara sikap kita itu cuma membuatkan blogger yang lain benci kepada kita..Tapi kalau nak juga teruskan cara kita tu,rasanya baik kita buat private blog..tak gitu??Sekian..

 *Rasa tenang je tengok pemandangan sebegini..ermmm

Kata Achie :Sekadar luahan dari hati,bukan apa2..Maaf jika ada yang terasa... 

0 komen dari budak comel^^:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)Copyright reserved by Woofer Storm.
Powered by Blogger