Blog Lensa Kamera

Isnin, 18 April 2011

Rawatan SLE

Assalamualaikum.....

Tak dapat aku nak tidur tadi,penat macam mana pun nampak gayanya time macam ini susah nak tidurlah..Jadi daripada aku tak buat apa2,bagus aku siapkan janji aku yang sebelum ini telah aku katakan..hehee hampir terlupa dah tu,nasib baik ingat juga..okey,entry kali ini pasal Rawatan SLE ataupun lebih dikenali sebagai Sistemik Lupus Eritematosus ..entry ini adalah sambungan dari entry Sistemik Lupus Eritematosus..Jom layan...



Rawatan SLE...

Ubat-ubatan.

Empat kategori ubat diberikan kepada pesakit
SLE mengikut kesesuaian...


1)Non steroidal anti inflammatory drugs
(NSAIDs)
***Melegakan sakit otot dan radang sendi...
 

2)Ubat antimalaria
***Mengatasi masalah kulit dan sakit sendi Contoh: chloroquine dan hydroxycholoroquine


3)Steroid
***Membantu mengurangkan radang dan tindak balas sistem pertahanan tubuh.


4)Imunosupresif
 ***Membantu mengurangkan radang dan tindak balas sistem pertahanan tubuh


Nota Kaki :-Selain ubat-ubatan, pesakit SLE juga perlu menjalani rawatan ke atas penyakit
yang menyerang organ mereka..



Panduan Untuk Pesakit SLE

->Diet
*Kenali makanan yang sesuai dengan sistem pertahanan tubuh masing-masing.
*Makan makanan seimbang dan berkhasiat.
 

->Senaman 
*Senaman membantu memperbaiki pergerakan sendi.
*Elakkan dari melakukan senaman lasak..

->Stres
*Elakkan stres kerana ia boleh menyebabkan penyakit ini menjadi aktif.
*Sentiasa berfikiran positif.
 

->Perlindungan kulit
*Memakai pelindung matahari SPF • 45.
*Menggunakan payung, topi atau baju lengan panjang bagi mengelakkan terkena pancaran matahari.
*Memakai kaca mata hitam.
 

->Ubat-ubatan
*Makan ubat mengikut arahan doktor.
*Jangan sesekali berhenti makan ubat tanpa arahan
doktor.

*Jangan makan ubat hospital bersama ubat-ubat lain, dikuatiri interaksi antara ubat boleh berlaku.
 

->Rawatan susulan
*Patuhi jadual susulan yang ditetapkan.


***Sumber dari nota study dulu,,hehee tapi kalau nak lagi detail,sila ke Sini..
 Maklumlah setiap yang diajar pasti berbeza..




















Kata Achie :Mari kita sama2 doakan moga Dayang Deno cepat sembuh..amin3 

 


 


 


 


 


 


 


0 komen dari budak comel^^:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)Copyright reserved by Woofer Storm.
Powered by Blogger