Blog Lensa Kamera

Jumaat, 24 Februari 2012

Mengapa Suka Update Waktu Malam l Karnival Wow Putrajaya

Assalamualaikum w.b.t. . . 

Entry malam ni agak ringan sikit,malas nak merapu lebih..terasa macam syok sendiri pun ada kan?apapun menjadi seorang blogger mestilah ada perasaan cool walaupun masalah kehidupan selalu menyerabutkan kotak pemikiran diri kita..lupa nak jawap,hari tu ada blogger tanya apasal aku suka sangat update entry waktu malam..nak tahu kenapa?jom ~

1.Aku cuma part time blogger.jadi waktu siang biasanya aku pergi kerja..kalau shift sampai malam,lagilah malam sikit baru aku nak update..hehee

2.Kekeringan idea..ingat senang nak update entry?walaupun merapu tapi sebenarnya amat sukar bagi diri aku ni..almaklumlah baru berjinak-jinak dengan dunia blogger la katakan..

3.Bukan kaki update..memang aku akui ketika dulu aku rajin update entry sampai 3,4 entry satu hari..tapi fikirkan balik..entry aku banyak merepek,baca balik rasa nak menangis je 44 hari..heheeee jadi satu hari satu entry pun dah cukupkan?

4.Idea malam lebih cool..percaya tak aku kata,bila waktu malam je idea aku keluar mencurah2,waktu siang takkan pernah bisa kerana aku suka layan perasaan waktu siang.. hehee

5.Aku susah nak tidur malam..aku akui bila malam aku sukar nak tutup mata, kekadang minum ubat tidur seperti domicum,tu pun pesakit aku yang bagi,,ingat senang nak dapat..hehee tak dapat domicum,piriton pun selalu aku bedal..kau ada??jadi bila susah nak tidur,hendak tak hendak terpaksa kena menghadap blog juga kerjanya..kan3??

6.Suka hati aku la nak update bila,yang kau sibuk kenapa?oppsss,ni gurau je la.jangan nak terasa..aku baru je nak bina hidup baru..jangan nak rosakkan mood aku tahu..sayang korang..

Korang suka update entry waktu bila?Alasan? Sekian ^^

*******************

#Kekadang aku perlu juga pelbagaikan cara penyampaian entry aku,nanti kau bosan datang sini..sedih tau^^ entry nampak muda kan macam tuan dia?lalaaaa~
#Insyaallah,Malam ahad ni aku nak gerak ke terengganu..kalau tiada entry 2,3 hari jangan mengada2 nak rindu..cubit kang..ada yang rindu tak?macam tiada je..sedih ~
#Ada kem Fotografi di Pulau Redang  3 hari 2 malam pada 23,24,25 Mac ni..bayaran rm350..siapa nak boleh drop komen kat entry ni.aku tak dapat pergi sebab cuti takde..grrrr
#Tadi ingat nak main macro,tapi tak jadi..aku pergi ke karnival WOW kat putrajaya.. suasana agak lengang sebab hari ni baru mula sampai ahad nanti.orang sekitar putrajaya ayuh serbu..layan gambar yang malas nak edit lebih..penat tau tak?heheee

Psssttt: Ada banyak pic,tapi tak mampu nak upload semua..maaf,esok2 je la..

 #Gambar wajib,aku kan suka tema Landskap..heheee

 #Tak ramai coz hari ni baru mula rasanya..boot pun banyak lagi belum buka..

#Rasa nak bawa balik je kereta ni.hehe comel^^

#GF aku masih kini,mana ada dia mesti aku sibuk nak ikut...hahaa

#Abang polis ni best gila,siap bagitau lagi pasal UPB..

#Robot pemusnah Bom..harga?murah je.. Rm 774459.00 je..lalaaaa~


Kata Achie :Jangan bagi harapan jika kau tak nak sakitkan hati aku lagi..


Sila like jika suka entry ini...

Khamis, 23 Februari 2012

Mencari Kawan Yang Betul

Assalamualaikum w.b.t. . . .

#Stok lama,tapi tunggu sebab minggu ni ada job orang kawin.lalalaaaa~


Pilihlah kawan yang baik,kalau kau nak jadi orang yang baik..betul tak penyataan ni?? adakah dengan memilih kawan yang baik,kita akan menjadi baik seperti mereka..baik macam mana tu? orang kata,suasana persekitaran mempengaruhi perkembangan otak kita..maksudnya kalau kita duduk kat tempat orang yang pengotor,kita ni yang bersih ni pun bisa menjadi seorang yang pengotor..benar?jadi kalau kita tinggal bersama masyarakat yang kejam,yang zalim, berkemungkinan besar  menjadi manusia kejam dan zalim itu tetap ada..betul tak??ini orang yang kata,bukan aku sesuka hati memandai nak buat hukum ke apanya..

Bagi aku,sebenarnya tak kisah kita duduk di tempat apa,tempat yang ramai orang yang keji ataupun tempat yang baik-baik belaka..itu semua memang mempengaruhi minda tapi sebenarnya ia bergantung sepenuh hati dengan diri kita..sebagai contoh,aku dulu seorang perokok,,masih bila aku mula merokok?aku merokok masa kat sekolah menengah..aku tertarik dengan kawan perokok yang lain,kenapa?orang kata merokok ni nampak cool,perempuan pun senang je nak dekat..aku mula merokok dan terus merokok sampai saat aku terfikir..abang-abang aku tak merokok,kenapa aku membodohkan diri nak merokok.. lagipun dah terang lagi bersuluh merokok membahayakan kesihatan..tak faham lagi?MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN,membuat diri cepat sangat hilang dari muka bumi ini..

Semasa di kolej dulu,aku dikeliling oleh ramai kawan lelaki..kebanyakkan ramai yang lupa diri sekejap..dari yang tidak merokok dah pandai merokok,dari yang tidak pandai minum arak dah pandai minum arak ..apa macam tu?hanya ingin mengambil hati orang lain,asap berkepul2 itu juga dibantai,air kencing syaitan juga yang diteguk..lepas tu mula melalak melolong tak ingat tuhan..kalau yang bukan islam tu aku malas nak komen,tapi kalau yang islam tu macam mana pula?? Alhamdulillah,walaupun ramai kawan macam tu disekeliling aku..aku bukan lagi perokok dimasa kini,dan aku tak pernah sentuh air kencing syaitan tu.. bukan nak kata aku baik,tapi cuma nak ajak kau fikirkan balik..tak salah pun berkawan dengan orang tidak baik,kau boleh jadikan ia iktibar dalam hidup agar kau juga tidak akan tersangkut kelak..semua bergantung dengan kekuataan mental dan fizikal kau,kalau kau cepat terpengaruh,jangan salahkan orang lain,tapi salahkan sikap kau yang tak pandai nak sedar diri tu..okey??Sekian ~


#Berkawan dengan orang baik pun kalau kau tak tak baik ,tak guna juga..hehehee
#Pokok pangkal dari hati,kau kata hitam maka hitamlah dia dan sebaliknya..
#Nak kawan dengan orang yang baik2 je,kau tu cukup baik ke?kena cermin diri juga.lalaaa~
#Tergelak dengan komen seorang blogger,kalau dia merana teruk bersama dengan kau..kau anggap je kau 10x lebih merana bersamanya..hehee 
#Tu pasal mulut aku nampak suci,biasalah orang tak merokok ni,siapa nak ngorat? minggu depan datang rumah ye.aku terima dengan syarat, aku nak lens tamron 90mm f2.8, wide lens  tokina 11-16mm f2.8, Tele Lens Samyang 500mm f8.deal?

Kata Achie :Lebih baik berGF dengan lens banding dengan manusia yang
 tak punya hati perut..betul??


Sila like jika suka entry ini. . . Selamat malam~
Rabu, 22 Februari 2012

Macam Mana Nak Lupakan Cinta Pertama l Berkorban Apa Saja

Assalamualaikum w.b.t. . . . 

#Rindu kenangan masa ni..

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

Kepentingan sendiri
Tiada diingini
Bahagia sejati
Saja yang diharapi

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia
hmm... hmm... hmm... Read More..

Lirik Lagu Berkorban Apa saja - rabbani..

********************

Macam mana nak lupakan cinta pertama?alahai dik,macam mana nak jawap ni.sebab aku sendiri pun tiada jawapannya..bagi aku bukan mudah untuk melupakan cinta pertama jika sebenarnya dia adalah yang terbaik untuk dirimu..aku nak cakap pun malu,sebab aku sendiri gagal nak jaga hubungan sebegitu..bagi aku,jika merasa dia yang terbaik antara yang ada,cepat2lah ikat dengan ikatan yang sah yakni perkahwinan..aku sendiri dah merancang ke arah itu ,namun mungkin jodoh tiada,aku tak perlu nak kata apa lagi. yang lepas tetap lepas,kita kena sentiasa maju kedepan..jadikan ia pengajaran agar tiada lagi masalah sebegitu terjadi lagi kelak..

Nak lupakan cinta pertama bukan mudah dik,susah kalau kau tak punya kekuataan yang luar biasa..yang tiada iman tu,ramai yang jadi pelakon sampingan berlakon kat bangunan-bangunan tinggi..melompat ke bawah dengan harapan akan selesaikan masalah dengan segera.namun tak fikir masalah akan menjadi lebih besar bila nak kena berdepan dengan tuhan lagi..kenapa nak bunuh diri?kenapa bodoh nak bunuh diri?dah lama hidup?dah banyak amalan?

Dah terang lagi bersuluh sebenarnya tak wujud istilah Couple?kan3?jadi bila kau sendiri yang beria-ria bercinta sakan dengannya dan tetiba terputus ditengah jalan..jangan salahkan sesiapa..salahkan diri sendiri yang tidak pernah mendengar kata..maaf kalau salah kata,kerana aku sendiri pun begitu..bercinta bukan kemain lagi,tapi tengoklah sendiri putus ditengah jalan.selepas ni mungkin lebih baik bercinta selepas kahwin..manatau lagi best?ada berani??suruh je mak ayah tolong carikan,ada duit lebih kawin je terus..

Fokus kepada cara nak lupakan cinta pertama,sebenarnya kau kena ingat satu benda..bila kau dah putus cinta,ada dua sebab saja,sama ada kau memutuskan atau kau diputuskan..tak gitu?kalau kau yang memutuskan,mungkin tidak menjadi masalah besar bagi kau.tapi bagi mereka yang diputuskan memang membawa masalah yang cukup besar..bagi aku,kalau betul dia nak putus,bagi sajalah apa yang dia nak..kau sayang dia? kau semat je dalam hati,kalau sayang dia kau sanggup buat yang terbaik walaupun dengan cara berpisah itu hanya buat kau derita..mungkin derita itu kau yang rasa,namun percayalah mungkin ada hikmah disetiap apa yang terjadi..kalau betul dia adalah jodoh kau yang pasti,suatu hari pasti dia akan kembali..mungkin bukan sebagai kekasih,tapi yang lebih baik iaitu sebagai pasangan yang halal untuk digauli..insyallah,jadi cik UNA,berkorban apa saja ye..apa macam?sesuai tak dengan tajuk lagu ni?hahahaa Sekian...

Siapa Cik Una ?Klik banner kat bawah,follow ketat2 ye..terima kasih atas sokongan!!
Dia skandal aku ni..haha gurau je la..

#Klik kalau sayang achie...


#mood nak taip panjang2 dah mari dah..heheeheee
#tak perlu nak kesali pada sesuatu benda yang telah terjadi..
#Aku kena teruskan kehidupan agar aku cuma tidak tersakit hati lagi..
#Mencuba mengembirakan hati orang lain walaupun hati kita mungkin pedih sekali.
#Allah takkan menguji hambanya melebihi dari apa yang termampu olehnya..
#Entry ni jangan ada yang sentap sebab cik Una dah tanya aku,aku cuma jawap apa yang aku rasa..

Kata Achie :Aku takkan lupakan kau kalau bukan sebab kau yang 
tinggalkan aku tanpa alasan yang munasabah..takpe,mungkin
 salah aku,tapi tuhan itu maha adil..kita tengok 
dan lihat sama-sama ye...peace^^


SILA LIKE JIKA SUKA ENTRY INI..TERIMA KASIH SAHABAT~
Isnin, 20 Februari 2012

Sering Terleka l Fatamorgana

Assalamualaikum w.b.t. . . . 


Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan

Syarat bahagia di dunia

Akhirat kekal selamanya pada Allah

Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia

Cabaran dan dugaan mendewasakan usia

Rintangan dilalui tambah pengalaman diri
Sudah sunnah ketetapan Ilahi

Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka

Indah fatamorgana melalaikan menipu daya

Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari

Begitu indah dunia siapa pun kan tergoda

Harta, pangkat dan wanita melemahkan jiwa

Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi
Pulanglah kepada Tuhan cahaya kehidupan
Keimanan ketakwaan kepadanya senjata utama

Sabar menempuh jalan tetapkan iman di hati

Yakinkan janji Tuhan syurga yang sedia menanti

Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia

Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan

Syarat bahagia di dunia

Akhirat kekal selamanya pada Allah
Allah

Lirik lagu fatarmorgana - Hijjaz

*************************

Sebulan lagi genap 24 tahun aku dilahirkan,cukup 24 tahun juga aku banyak membuang masa dengan benda tidak berfaedah..cukup juga aku membuat dosa dengan sengaja mahupun tanpa disedari..dosa melihat dengan mata yang kian rosak,dosa dengan tangan yang sering memegang pada benda yang bukan haknya..dosa dengan telinga yang sering mendengar perkataan yang tidak sepatutnya,dosa dengan kaki yang sering menuju kearah kejahatan dan semestinya dosa dengan mulut yang lancang bersuara mengatakan keburukan dengan begitu bangga sekali..Banggakah aku?

Aku tersedar,aku baru terjaga..sekejap insaf,kemudian membuat lagi perkara yang sama,sampai bila ini akan bisa terjadi,.kekadang aku pun tidak mengerti dengan diri ini,begitu mudah melupa sekali,bila dah terkena pasti cepat melatah,namun tidak segan silu membuat perkara yang sebegitu lagi..persoalannya sampai bila?Ya Allah,jauhkanlah deria2 aku ini dari menuju kemungkaran lagi,amin3... sekian ~

******************

#Aku terleka,bantu sedarkan aku.
#Aku percaya,sekiranya hari ini kau dizalimi,pasti ada balasan buat yang menzalimi mu itu.
#bukan mudah untuk melupa,tapi aku cuba dan mencuba.bukan macam kau mudah melupa..
#Mood aku masih ke laut,sabar ye..ambik masa sikit nak masuk gear 2.

#Port Dickson..

Kata Achie :Ahad ni ada tiga event Fotoshoot,nak pilih mana satu pun keliru der..ermm


Sila like jika suka entry ini. . . . .
Ahad, 19 Februari 2012

Maafkan Aku

Assalamualaikum w.b.t. .  

#Tak perlu baca kalau tak suka..aku tak pernah nak paksa..terima kasih sahabat kerana sudi memahami..

#sumber google

Maafkan aku,aku memang bersalah..
entry untuk malam ni biar seringkas mungkin.
ikut kata rasa nak berhenti berblog je rasa..
moga aku punya kekuataan untuk kehidupan selepas ini.
aku tahu semua salah aku,dan ini balasan atas apa yang terjadi.
aku dah cuba untuk perbaiki keadaan,tapi memang dia
dah tak berpaling kebelakang kerana aku memang tak layak baginya..

********************

~Sahabat,mulai esok aku akan berjuang teruskan kehidupan yang sebenar.
tolong bantu aku.
~Tuhan masih ada sayang padaku,aku masih punya keluarga prihatin padaku,
aku punya sahabat yang ada disisiku,,terima kasih
~Aku mohon maaf pada kau yang cuma derita selama lima tahun yang hanya 
kenal erti merana semata2..
~tutup buka pasal perempuan,kunci hati ini..sebaiknya selepas ni hanya blog dan
fotografi menjadi awek sejati ku..lawan mental~siapa yang bisa buka hati ini,
hanya tuhan yang tahu...

Kata Achie :Aku lepaskan bukan aku mengalah,aku tak sanggup bila kau cuma derita bersama diri ini lagi...selamat tinggal sayang..



Sujud Yang Terakhir l Gambar Danboard

Assalamualaikum w.b.t. . . 

Bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang 
Pada insan yang setia berkongsi susah dan senang 
Luahkan isi hati...andainya sudah ditakdir 
Tadi subuh yang terakhir 

Bila berdekatan kadangnya makin kita leka 
Bila berjauhan barulah merindu di dada 
Selagi berkesempatan ucapkan kalimah kasih 
Andai esok takkan hadir 

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa 
Tapi tak kedengaran rintihan kerana sayangkan dirimu 
Namun di hati mampukah dilupakan 
Rayulah kemaafan 
Jangan sebelum nyawa dipulangkan 

Bilakah kali terakhir kau kucupi pipi 
Ayah bonda yang tak mungkin kau terbalas budi 
Tunjukkanlah syukurmu...bertuahnya kau dilahir 
Andai esok takkan hadir 

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa 
Tapi tak kedengaran rintihan kerana sayangkan dirimu 
Namun di hati mampukah dilupakan 
Rayulah kemaafan 
Jangan sebelum nyawa dipulangkan 

Lihatlah saja isterimu berkorban separuh nyawa 
Demi menjamin kebahagiaan anak dan suami tercinta 
Buktikan kepadanya pilihan jodohmu tepat 
Sebelum semua terlewat 

Lafazkan rasa cinta...andainya sudah ditakdir 
Tadi SUBUH YANG TERAKHIR 

~Lagu rabbani -Subuh yang terakhir.mendalam maksudnya..

***********************************

Kenapa bila dia ada didepan mata,kau langsung tak pernah nak hargai..kenapa bila dia ada didepan mata,kau langsung tak pernah mengerti perasaan dia sebegitu sayang terhadap kau, kenapa bila dia ada didepan mata,kau tak pernah bersyukur dengan apa yang dia telah lakukan untuk dirimu ..kenapa bila dia pergi baru kau terduduk terkelu tak percaya..kenapa baru sekarang?

kalian,hargailah mereka sementara masih ada disisi,jangan hanya berani menerima kebaikan mereka saja,kerana itu memang tidak adil buat diri mereka..sebaiknya terima juga keburukkan yang mereka ada.sebagaimana mereka terima keburukkan yang kau ada.jangan nanti cuma hanya wujud erti penyesalan bila mereka pergi tanpa menoleh kebelakang lagi..beringat sebelum terkena..peringatan buat mereka yang punya pasangan hidup,mungkin juga pasangan suami isteri mahupun buat sahabat sejati..Sekian ~

#Sahabat,tak perlu kau kau nak melihat diri ini,nanti 44 hari tak lalu makan..
#lagu subuh yang terakhir ( rabbani ) memang best.cuba layan sekali.
#Aku berharap kau akan datang kembali..
#Aku tiada mood nak keluar rumah nak shoot gambar,balik kerja terperap kat bilik.. 
stok gambar dah habis,aku shoot danboard cuma kat dalam rumah.layan jika mahu,tak mahu tekan X sudah..

Psstt :gambar memang merepek,kerana menggunakan lens nikkor  50 mm 
manual memang payah sekali.buat aku .grrrrr





Kata Achie :Sukarnya untuk melupa kenangan yang ada..
Tolong kembali ~

Sila like jika suka entry ini . . . . .
Sabtu, 18 Februari 2012

Stress

Assalamualaikum w.b.t. . . 

#Tinggal kenangan,shoot guna kamera digital samsung ST550

Tekanan perasaan melanda dijiwa,ikutkan hati malas nak update entry tapi bila ada blogger sebal dengan diri,terpaksa juga aku turuti..sememangnya aku malas nak merapu bila diri dalam keadaan yang kurang selesa,yakni bila aku dalam keadaan marah,sedih,kecewa,derita dan sebagainya..aku tahu aku ini bagaimana,aku dah tahu  identiti diri dan cara aku serupa apa..aku suka bermain dengan emosi sendiri,aku sakit hati bila kau tak memahami..

namun bukan soal sakit hati ingin aku suarakan,cuma hari ini memang aku begitu tertekan,dengan masalah kerja yang tak pernah akan selesai,dengan perasaan diri yang tak pandai sedar diri, dengan bicara kata orang lain yang buat aku cepat kecil hati,dan yang utamanya bila masalah hidup sering membelenggu diri..aku sebal,teramat sebal sekali.. dan yang pasti mesti kalian hampa dengan entry sebegini,begitu cepat melatah walaupun ada jalan dihadapan sana..aku stress sekali..grrrrrr Sekian !!

#Sepanjang aku bekerja ditempat baru itu sejak mei 2011,dah enam pesakit meninggal dunia..pokoknya aku sedih..

#Dah lama aku bela arnab tersebut,namun malang menimpa bila arnab jantan itu sudah tiada pagi tadi..pokoknya aku sedih lagi.

#Dan bila begitu lama sekali bersama,aku ditinggalkan serupa sampah yang tidak berguna sama sekali.Pokoknya aku teramat sedih.

#Bila mood ditempat kerja berubah2 mengikut cara pelaksanaan mereka..aku menjadi marah lalu mereka terdiam tapi dibelakang bukan main duduk mengata..Pokoknya aku sedih sekali dengan nasib begini..

Kata Achie :Aku memang suka bermain dengan emosi..grrrrr


Sila like jika suka entry ini . . . 
Khamis, 16 Februari 2012

Pilihlah Yang Terbaik l Satu Atau Dua

Assalamualaikum w.b.t. . . . . 



#Rindu dengan Amnah hayani..nak balik !!

Oh indahnya hidupku saat bersamamu
Dan sakitnya hatiku setelah kau duakan cintaku
Oh sungguh tak ku sangka semuanya terjadi
Diam-diam kau suka kepada temanku sendiri

Setelah ku tahu kau pergi cintaku
Betapa sakitnya rasa di hatiku
Namun kau tak tahu
Aku cinta dia dan dirimu

Reff:
Satu atau dua pilih aku atau dia yang engkau suka
Satu atau dua pilih aku atau dia yang engkau cinta
Dua atau satu pilih dia atau kamu aku tak tahu
Karena diriku bingung harus pilih dia atau dirimu

Oh sungguh tak ku sangka semuanya terjadi
Diam-diam kau suka kepada temanku sendiri

Video Klip kat SINI 

**lagu ni best,tak percaya cuba layan..
*******************************

Kekadang manusia ini sukar untuk membuat pilihan yang bijak walaupun pada asalnya jawapan yang terbaik terpampang didepan mata..lumrah manusia kekadang sukar untuk menerima kekurangan tapi lebih taksub melihat kelebihan dalam membuat pilihan..manusia lebih suka melihat pilihan itu adalah pilihan yang bisa membuat mereka tidak menyesal kelak hari..namun dalam tak sedar mereka lupa bahawa adakah mereka cuma layak menerima kelebihan tanpa inginkan kekurangan..sedarkah mereka bahawa diri mereka juga seperti yang lain,punya kelebihan dan juga punya kekurangan..apapun jangan taksub hanya kepada kelebihan orang lain,tanpa melihat keburukan yang mereka miliki..

Buatlah pilihan yang bijak sebaiknya..jangan  hanya mereka beri kesenangan sementara, kau dah lupa bahawa kau dulu punya masa susah senang hidup bersama  insan lain.. kesenangan yang sementara tak kan kemana,kerana pasti kesusahan akan datang menjelma..kerana apa??kerana Allah itu maha adil,Allah akan beri kesusahan dalam masa yang sama pasti kesenangan akan datang kemudian,percayalah..oleh itu buatlah pilihan yang bijak ye sahabat..Sekian !!

#Sukar membuat pilihan? Solat Istikharah adalah jawapan terbaik..
#Jangan hanya melihat kesenangan tanpa melihat juga pada kesusahannya.
#Hidup hanya sekali,mati itu pasti..jangan biarkan diri kau derita sepanjang hayat..
#Kak Ujie,ni adalah entry umum ye..jangan salah sangka pula.heheee
#Orang yang baik,adalah orang yang takkan merampas benda yang dimiliki orang lain..kau sedar itu??
#Tak dapat pindah tempat kerja,pindah rumah pun jadilah..tolong~

#Sesekali letak gambar sendiri tak salahkan?hahaaa





Kata Achie :Apasal hari ini hati aku sakit sekali tengok gambar tadi...grrrrrr


Sila like jika suka entry ini. . . . . .
Rabu, 15 Februari 2012

Jangan Berani Nak Nilai

Assalamualaikum w.b.t. . . . 

#Port Dickson

Kau kenal aku berapa tahun?seminggu?sebulan ?setahun?berapa tahun?kau kenal aku jenis manusia yang bagaimana?kalau tak kenal,jangan memandai nak hukum aku jenis manusia yang seperti mana..mungkin aku bukan seperti yang kau sangka..kau pernah bertemu dengan aku?pernah berkongsi susah dan senang bersama ku?kalau ada,mungkin kau kenal aku seperti apa, mungkin kau tau tingkah laku seperti mana..

Jangan suka nak nilai orang jika kau tak kenal dia macam mana,nanti kau sendiri yang terima padahnya..kau kena sedar itu,jangan sampai dirimu saja menjadi merana,ditinggalkan sahabat yang kau rasa kau kenal namun dalam tak sedar kau langsung tak faham dia macam mana..beringat sebelum terkena,kau nilai mereka kau sendiri yang tanggung padah..tak gitu?? Sekian !!

#Apa yang kau tengok,tak semestinya itu yang kau rasakan..ingat~
#Ramai sangat blogger yang baik budi bahasanya,aku suka itu..hehe dah  kenal agak lama juga sorang blogger ni.dia ni pemalas nak update tapi rajin datang blog merapu ini..siapa?jom terjah^^ bagi pesanan kat dia jangan malas nak update ye..

#Khas buat sahabat Sis Leeya Hezlin @ Budak MILO..heehe

psst;Kalau sayang aku,sila terjah tau.. LINK

#Ni gambar aku ambil dari blog dia,cuma edit sikit2..aku suka tempat ni..cuba teka kat mana??


Kata Achie :Cinta boleh dipupuk..kan??hahaaaa

Sila like jika suka entry ini. . . 


Selasa, 14 Februari 2012

Hidup Jangan Pernah Menyusahkan

Assalamualaikum w.b.t. . . .

Hidup dah lama kat dunia,dah tahu selok belok arus kehidupan..dah tahu mengenal mana yang baik ataupun mana yang buruk..resam manusia,tidak lepas dari melakukan kesilapan..kita bukan tuhan,sedangkan nabi pernah melakukan kesilapan..apatah lagi bagi kita yang begitu kecil dihadapan yang Maha Kuasa..hidup jangan pernah menyusahkan,kalau boleh apa pun masalah biar diri kita sendiri berusaha sebaik mungkin untuk selesaikan dulu..jika betul masalah itu tidak dapat diatasi,barulah mencari mereka yang terdekat untuk meluah dan mencari jalan penyelesaian..apapun masalah tetap bisa diselesaikan,terpulang dengan kekreatifan kita untuk mencari jalan keluar..ingat, menyusahkan cuma membuat kita mungkin begitu hina dimata mereka..jangan jadikan kita ibarat sampah yang tak berguna yang hanya membuat maruah kita tercela begitu saja..fikir-fikirkan..Sekian^^

*****************

#Entry untuk diri sendiri..aku suka menyusahkan keluarga,kawan-kawan,dan juga menyusahkan diri sendiri..grrrrr !!
#Insyallah mungkin nak ke terengganu ambil adik yang dah tamat latihan 27hb Feb ni nanti..
Siapa nak ikut?hehee
#Ada sahabat blogger sentap dengan entry aku sebelum2 ini..maaf dari pinta ya,ikhlas dari hati ini..
#Aku terjun ke sini bukan mencari lawan,cuma inginkan hidup berteman yang sering kesunyian.. jadi sama2lah kita saling mengingatkan antara satu sama yang lain..


#Stok lama..Diambil masa ke Fraser Hill dulu..


Kata Achie :Jangan suka keluar malam ..Bahaya !!

Sila like jika suka entry ini. . . 


Isnin, 13 Februari 2012

Aku Terima Nikahnya

Assalamualaikum w.b.t. . . 

#Indian Summer

Aku terima nikahnya si polan binti si polan dengan mas kawin sekian sekian sekian..sah sudah gamaknya aku menjadi suami kepada biniku ini..dengan ini rasminya aku juga telah berikrar bukan sahaja aku punyai isteri sebaik dia,jujur dan bertanggungjawab..disamping dia juga yang memahami dan menerima aku dengan seadanya..Bunyinya kelihatan mudah bukan,sekadar ungkapan kata yang begitu mudah sahaja,dah sah dia menjadi milikku yang hakiki..namun disebalik itu juga dalam tak  sedari ,aku dah berjanji yang  :-

Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat,dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badan aku

tersentap sekejap aku mendengarnya,memaksa aku berfikir semula untuk berumahtangga diusia yang terasa masih muda ini..syukur ada juga hikmahnya atas apa yang terjadi ini..aku perlu perbaiki diri ini sebaik mungkin kerana aku 
 berkahwin bukan saja dengan batang tubuhnya, hati dan perasaannya, hobi dan minatnya. aku juga perlu menerima dengan semua sifat baik yang ada padanya dan yang paling utama berkahwin dengan segala sikap buruknya yang tersedia ada..pokoknya,aku masih belum layak itu..kamu bagaimana? Sekian ^^


#Tak salahkan bila keluarga yang tentukan siapa jodoh kita?mungkin bercinta selepas berkahwin itu lagi nikmat..
#Cita-cita belum tercapai ada hati nak kawin lagi..
#Terima kasih Allah atas nikmat yang diberi,baru ku sedar ada nikmat yang ku kecapi walaupun hati ini pedih bila mengingati..

#Bokeh Nikon d90 macam tak menjadi je ni..grrrr

Kata Achie :Kerana aku yang kau benci,keluarga yang terima tempiasnya..Sampai Hati !!


Sila like jika suka entry ini. . . . 
Ahad, 12 Februari 2012

Blog Aku,Suka Hati Aku l Macro Shoot

Assalamualaikum w.b.t. . . .

#Naik main landskap atas bukit,tapi lupa bawa tripod..grrrrrrr

Benarkah apa yang blogger suka katakan,blog aku suka hati aku nak kata apa..suka hati aku nak mencarut ke,nak memaki ke,nak memalukan orang ke..nak buat apa pun,lantak aku ..nak ikut kata orang lain buat apa,ada aku kisah??ermm rasanya bagi aku,mungkin ada benar juga apa yang dikata,memang blog itu  kau yang punya,kau yang create akaun,kau yang jadikan blog itu menjadi sebuah blog yang hot..jadi tak salah bagi dia nak buat entry macam mana..aku setuju itu..

Namun ,kekadang terfikirkah kita satu perkara,bila kita membuat entry yang banyak mencarut,banyak memaki orang,banyak sakitkan hati orang.apa yang kita dapat?nak buat entry sebegitu tidak menjadi masalah,buat blog dan jadikkan ia private blog..kau nak upload gambar menjengkelkan ke,nak buat entry hot rasa nak telan orang ke,apa je janji kau seorang yang layan...Blogger lain pun tak sakit hati,blogger lain tak juga rasa nak sentap..tak ada juga kes saman menyaman nanti..Tapi bila kau dah publish sesuatu entry dan share entry kau dengar blogger lain..makanya kau kena beringat satu perkara,blogger yang datang kat blog kau bukan suka-suka nak dimaki,dah tertarik nak tengok entry kau..tapi terasa hati bila entry itu cuma nak telan dia balik.kasihan kan??..nak main blog kena juga ambil peduli perasaan orang lain,bukan perasaan kau je nak kena jaga..Sekian^^

#KAU merujuk kepada aku..bukan untuk siapa2..kerana blog ni kan kuat memaki^^
#Sahabat,kalau nak amik gambar dari blog ini dipersilakan..tak perlu nak minta keizinan lagi ye..kita kan bersahabat,cuma aku shoot entah apa2..jangan termuntah sudah !!
#Penat balik dari shoot macro tadi,walaupun tiada macro lens,extension tube pun tiada,hanya mampu pakai reverse ring je..Diffuser pun tak pakai,cuma pakai light dari body je..so hasilnya pun biasa2 juga..heeheee

 #Merenung masa depan yang makin suram..heheee

#Dia ni single juga..siapa yang nak?sila amik nombor..hehee








Kata Achie :Bukan mudah nak main macro..Mencik !!


Sila like jika suka entry ini..Arigato^^

Bila Kau DiUji l Oh Bulan

Assalamualaikum w.b.t. . .  


#Guna lens 18-105mm,iso 100,F8,Shutter speed 1/200..

Bila kau diuji,pasti kau akan rasa tercabar sekali..Apatah lagi bila ujian itu datang berkali-kali,kalau seseorang itu tidak kuat dengan dugaan yang diberi,pasti akan membuat perbuataan yang sungguh keji..malah berani membuat diri begitu hina disisi tuhan..hidup ini penuh dengan ujian demi ujian..mungkin bagi kita ujian ini cuma hanya menyusahkan kita,namun tak pernah terfikir mungkin ujian yang datang itu mungkin boleh membuat proses kematangan kita menjadi lebih mudah..bayangkan bila kita tidak pernah membuat silap langsung,boleh jadi timbuk riak dabik dada mengatakan kita begitu sempurna walhal tiada manusia begitu sempurna yang menumpang dibumi tuhan ini..Apapun bila kita diuji,semoga kita sabar menghadapi ujian ini..semoga ada insan yang sudi menemani diri kita,dan berfikiran positif tanpa perlu ada sikap prejudis..Sekian !!


#Jangan sedih bila anda dizalimi..ingat,tuhan itu lebih mengetahui..atas semua yang terjadi.
#teruja nak beli lens macro..kemari kau kesini..cepat!!
#Aku dah bangkit dari kekalahan..terima kasih atas sokongan sahabat semua..


 #Sunset semalam

#Kat taman putra perdana je mampu..heheee
Jumaat, 10 Februari 2012

Baik-Baik Sayang l Nadia Athirah

Assalamualaikum w.b.t. . .

Aku tak ingin
Kau menangis bersedih
Sudahi airmata darimu
Yang aku ingin
Arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu
Sayang... 
Karena bagiku kau kehormatanku
Dengarkan... Dengarkan aku

Hanya satu pintaku
Untukmu dan hidupmu
Baik-baik Sayang
Ada aku untukmu
Hanya satu pintaku
Disiang dan malammu
Baik-baik Sayang
Karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku Sayang
Karena bagiku kau kehormatanku
Dengarkan... Dengarkan aku

Semuanya sudah musnah,punah segala impian ku dikala ini..aku masih tak mampu terima kenyataan,yang ini adalah pengakhirannya walaupun awalnya hanya ada gelombang kegembiraan aku rasakan..aku lemas,aku lelah tak bermaya..tanpa mampu membuat apa-apa. gara-gara kamu,mereka yang aku sayang menjadi mangsa..aku mula belajar bermain dengan emosi sendiri,mereka memujuk mengatakan sabarlah ya hati,tapi hati ini keras..degil,tak mahu mendengar kata..aku cuba untuk belajar menerima,tapi sampai saat ini..aku susah untuk melupakannya..aku cuba untuk menerima yang lain,dengan harapan aku bisa melupakan kamu...namun aku tetap tak boleh..aku memang degil,..ya aku akuinya..

Mungkin aku harus kuat untuk melupakan kamu..aku harus!! aku belajar untuk membina kehidupan yang baru,dan kamu hanya kenangan terindah yang pernah tercipta untukku.. aku harap kamu membuat keputusan yang terbaik untuk hidupmu,semoga kamu tidak tersakit hati dimasa akan datang,tidak menyesal dengan apa yang kamu lakukan..memang aku tersakit hati pada mulanya,tapi aku mula berfikir dengan otak pemikiran yang waras..memang wajar aku lepaskan kamu..aku tak punya apa-apa,aku bukan siapa-siapa..siapa kamu,dan siapa pula aku...aku harus sedar diri.bila ku cermin diri,ternyata aku memang tak layak buat kamu yang begitu bergaya..ternyata memang serba kekurangan..aku baru perasan,aku baru sedari itu..patutnya dari diri dulu aku patut sedar,mungkin aku tidak tersakit hati seperti yang aku rasai detik ini..kamu faham,aku lemah sekali..luar aku tersenyum riang,tapi dalamnya hanya tuhan yang tahu bagaimana remuknya hati ini.. Ya Allah kuatkan iman ku..amin3,tuhan yang sentiasa disisi,keluarga yang yang sentiasa menyokong diri ini...

Insyallah,ini mungkin luahan terakhir mengenai kerapuhan benteng hati ini ,selepas ini tidak lagi insan bernama kamu,aku perlu melupai kamu dengan kadar segera,agar aku tidak jatuh sedarkan diri..aku perlu cepat !!Apa pun alasan kamu meninggalkan aku..aku harap kamu baik-baik sayang..semoga tidur kamu sentiasa lena,semoga bila kamu terjaga ada yang mengasihani kamu tanpa ada yang membuli kamu..aku tak mampu lagi berada disisi kamu..kerana aku tahu aku memang tidak kamu perlukan lagi..semoga kamu kuat ya,aku doakan kamu sentiasa sabar dan tenang dalam menangani masalah,aku tahu kamu bagaimana..aku sedar kamu cepat melatah..semoga kamu dapat harungi semua itu tanpa ada sebarang masalah lagi..aku doakan itu sayang...jaga diri sayang,akhir kata..semoga kamu baik-baik sahaja hendaknya..amin..

#Maaf sahabat,jangan kecewa dengan entry ini .insyallah selepas ini tiada lagi entry sebegini.. insyallah..
#Aku dah puas berfikir,namun sampai saat ini..aku tak sedar dimana silapnya..
#Sahabat,doakan aku ya..insyaallah jika aku berjaya dalam interview minggu depan..mungkin tawau atau penang menjadi destinasi seterusnya..amin3 .tolong doakan sangat2..aku perlu lari untuk melupakan semua ini..
#tetiba rindu dengan nadia athirah,siapa nadia athirah?dia anak buah yang comel rasa geram nak cubit..mood nak balik kampung pula ^^

 #Ini bunga dekat pavillion kalau tak silap..hehe

#Macam kurang je rasanya..apa dia??

Kata Achie :Segalanya yang terjadi pasti dari kesilapan diri ini..aku pasti itu !!


Like dengan seikhlas hati ya sahabat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)Copyright reserved by Woofer Storm.
Powered by Blogger