Blog Lensa Kamera

Isnin, 31 Oktober 2011

Bila Hujan, Apa Pun Tak Boleh..

Assalamualaikum. w.b.t. . . . 

Bila hujan dah mengaum,
buat apa pun tak boleh,
nak jalan semestinya tak boleh,
nak kemana terasa berat dikaki,
nak itu serba tak kena,
nak buat ini rasa tak bermaya..
jadi nak buat apa??

Bila hujan dah turun,
muka mula muncung ke bawah,
mata terpejam tapi mulut dah berbicara,
"Apasal hujan petang ini"
"Macam mana nak keluar jumpa si dia"
"bencilah bila dah hujan"
Bermacam-macam sudah terkeluar,
dalam sedar ataupun buat-buat tak sedar DIRi..

TAPI,TAPI,TAPI,
tak pernah terfikir dihati kita,
Bila hujan pasti ada hikmahnya,
walaupun ia bukan tersurat,
pasti ada tersiratnya..
takkan itu pun nak AJAR????Adehhhhhhh

Disebabkan ada org yang terganggu dengan hujan, apakah turunnya hujan itu satu keburukan atau bukan kebaikan?bukankah hujan itu juga yang menyuburkan tanaman dan sayur yang kita makan? Bukankah hujan juga membolehkan kita merasai cuaca redup dan lembab setelah beberapa hari terdedah kepada cuaca panas kering? Bukankah hujan itu yang membolehkan kita bersedap-sedap tidur waktu di rumah?..malah hujan juga membolehkan ramai org mendapat sumber rezeki.Tapi Kenapa hujan yang turun pada waktu dan di tempat tertentu dianggap menyusahkan, bukan lagi satu kebaikan?

Allah berfirman yang bermaksud...

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.."
(Al-baqarah:216)


Kata Achie :Bila hujan turun tak suka,bila Kumpulan Hujan tu melalak,diri sendiri terlebih sudah..Pelik !!!!


Sila like jika suka entry ini.. SARANG HAE
Ahad, 30 Oktober 2011

Penantian

Assalamualaikum...

Betul kata orang,
penantian tu satu penyeksaan,
apatah lagi pada sesuatu yang tak pasti,
bukankah itu cuma buat jiwa merana,
sememangnya hati merasa pedih sekali..
tak percaya??
aku berkata pada benda yang aku rasa,
kadang kala kita berbeza,
berbeza tutur dan bicara,
berbeza pendapat dan sebagainya,
namun kita cuma manusia biasa,
tak tahu apa yang kau rasa,
kerana aku dan diri aku,
sebaliknya kamu dan cara kamu,
Benarkah??
betulkan aku bila aku salah...
tegurkan aku bila aku terlalai,
dan ingatkan aku bila aku terlupa,
tapi jangan pernah lupa padaku..

Sebenarnya saja nak bagitau  dua perkara,
  1. tak sabar nak balik rumah..hehe dah lama tak balik,akhirnya benda ini akan hadir dalam beberapa hari lagi..semoga cuti kali ini membawa maksud lebih bermakna buat diriku..dan aku berharap dapat memaksimum cuti yang ada itu bersama my family yang tercinta..amin
  2. Dah lama tak dengar lagu ini,memang salah satu lagu yang aku suka putarkan beberapa kali..tak tahu kenapa,yang pasti bila difahami dengan mendalami ertikata lagu baru tahu apa yang hendak disampaikan...Lagu apa?alaaa,lagu kat SINI namun aku suka bila diupgrade kat SINI

Penantian

Album :
Munsyid : Bienda
http://liriknasyid.com


RAP:
I want to thank you Allah for the beautiful things 
that 
You gave to us and the joy it brings... see...
When I'm lying in bed in my head all I think about is 
the bad things that I've done and said...
Feeling guilty over them deep in my soul...
always living my live out of control but we learn from the mistakes we
make and turn away from all the things we hate...
coz its never too late to be a better man... 
appreciate life and come to understand that there will be things
that we go through that would get to your mind but you
keep telling yourself it will be fine... 
just a few more steps to the end of the line then 
we'll all be in peace 
to the end of time...

Makin lama makin terasa
Ayat dihitung tiada di jiwa
Kisahkan hidup kisahkan lara
Menggapai tinggi cinta nan satu
Ohh!! Penantian... Ohh!! Kerinduan... 

Dari mana nak ke mana
Dari jauh menuju abadi
Kusemai ilmu semanis rindu
Iktibarku ambil dari yang lalu
Makin lama makin terasa
Ayat dihitung tiada di jiwa
Kisahkan hidup kisahkan lara
Menggapai tinggi cinta nan satu
Ohh!! Penantian... Ohh!! Kerinduan... 

RAP:
Let's be gone to a place where we can be far away all 
alone so you can sing to me...talk to me...tell me...
Is this the way it was meant to be?
Coz if it is then I'm safe with you and if it isn't I'll
be here for you...you're the world to me...
In a nice way like we are meant to be...

Lagu/Lirik: Yasin/Ajura & Yasin.


Kata Achie :Mood berupdate bila kat kampung pasti berkurang..heheee



Sabtu, 29 Oktober 2011

Kenapa Aku Berubah

Assalamualaikum...

Aku dah berubah,
sungguh aku tak pernah tipu,
apatah lagi pada mu sahabat,
berubah bukan cita-cita ku,
berubah bukan juga matlamat ku,
tapi aku berubah kerana terpaksa,
kerana terasa kamu mungkin tidak menyukai aku,
sewaktu aku seperti dulu..
oleh itu,aku mesti berubah...
dan KINI AKU DAH BERUBAH WAJAH!!!

Terima kasih buat Sheda Argos kerana sudi make up kan aku..lalalaaa~

**MOOd nak gerak pergi THE Mines kejap lagi,ada sesiapa nak follow?jommmmmm^^


Kata Achie :Berubah tak kisah,janji ke arah yang baik tapi bukan sebaliknya..heheee


Sila like jika suka entry ini....

Akibat Jadi Kuli

Assalamualaikum w.b.t. . . .

Alahaaaai,
hidup ini kekadang teramat payah,
lagi-lagi bila dah jadi kuli sepenuh masa,
asyik nak kena dengar cakap dia saja.
cakap kita langsung dia tak endah,
salah sikit alamat badan binasa,
silap-silap sebulan kerja tak bergaji dibuatnya...

Hidup jadi kuli memanglah susah,
apatah lagi bos besar kita sudah mengarah,
jangan tak dengar kita juga nanti yang susah,
tapi jangan ikut begitu saja,
kalau tak betul,kita berhak bersuara kan???

Hidup berkuli kekadang teramatlah kejam,
jasa kita tak pernah dia rasa,
keringat peluh kita jadi taruhan majikan kita,
yang penting baginya keuntungan setiap masa,
kita jadi apa??Jadi hamba kepada dia??
Kalau rasa tak kuasa sudah,
lantak "chow" saja terus darinya,
jangan takut janganlah bimbang,
pasti rezeki akan menjelma juga,
kerana Allah sentiasa bersama kita..betul tak???

Penat,dari pagi sampai ke petang..kadang kala sampai ke malam pun sudi biasa..jika tiada di alam maya,sudah pasti aku di alam KERJA..aku kekadang merungut juga,bila diri terasa dimarah macam tu sahaja,kita buat kerja mestilah dengan tenang sahaja,bila di marah,rasa nak kerja jadi tak kena..Aku dah kata,aku kerja mesti gembira..aku berkata aku kerja demi kerjaya,tapi bila masalah demi masalah datang bertandang,tak teragak-agak langsung nak blah..sebab,KALAU DAH REZEKI TAKKAN KEMANA....Sekian dari Achie^^

**Tak sabar nak jumpa budak ni..heheheee

Kata Achie :Hati berbunga nak tunggu berapa hari lagi nak balik rumah..heheee


Sila like jika rasa tertarik dengan entry ini dan sebaliknya...adioossss
Khamis, 27 Oktober 2011

Tolong Jangan Lakukan,Boleh Tak?

Assalamualaikum....

Kan aku dah bilang,
tolong jangan benda yang bukan-bukan,
tapi kau ni memang degil sangat,
apa yang aku katakan,
semuanya kau tak endahkan,
sekarang apa dah jadi??

Tolonglah,
kenapa kau suka malukan diri kau sendiri,
melibatkan keaiban kau terserlah dalam diam,
pernahkah kau terfikir pasal tu,
cuma keseronokan yang kau pertaruhkan,
akhirnya tengok apa dah jadi ni..

kau memang degil melampau,
lagi aku kata jangan,lagi sibuk kau nak buat,
sekarang kau buatlah sampai lebam,
biar terbeliak biji mata kau tu,
aku dah kata jangan buat,
kau tetap degil nak buat..
tengok apa dah jadi...grrrrrrrrr

manusia,semakin dilarang semakin degil nak buat..katanya nak alami keseronokan semaksimum yang mungkin..tapi tak sedar kadangkala cuma musibah yang menimpa diri sendiri..dikata jangan buat,tetap nak buat..sekarang nasi dah jadi bubur,buatlah lagi..buat sampai lebam..boleh???sekian^^


Jom lepak kat blog Sis Ujie..follow sekali pun amat dialu2kan..lalalaa~



Rabu, 26 Oktober 2011

Buat Kau Yang Bergelar Sahabat

Assalamualaikum.....

Seandainya kau sahabat yang sejati,
mungkin kau tak kan berbuat begitu,
menghancurkan aku dalam diam,
menghentam aku bertubi-tubi,
memalukan aku dikhalayak ramai,
akhirnya aku menanggung malu,
rebah tak bermaya.

Seandainya kau sahabat yang sejati,
kau tak kan tersenyum memerli aku,
mengapikan orang untuk membenci aku,
mengambil kesempatan dalam diam,
memperlakukan aku seperti binatang,
layakkah kau digelar sahabat?
pernahkah terfikir jika kau berada ditempat aku??

sahabat sejati sukar dicari ganti,mencari dalam seribu belum pastikan ditemui.,apatah lagi nak bertukar ganti,jika bisa ditemui mungkin itu rezeki yang allah beri,semoga dijaga dengan aman sekali,tanpa menyakitkan hati dia walaupun kadang kala hati kita yang tersakit..kerana bukan mudah mencari sahabat sejati..apatah lagi jika kita tak layak untuk memilikinya..benarkah wahai sahabat??


Kata Achie :Malam minggu ini nak lepak dataran merdeka,ada nak join sekaki??hehe


Sila like jika suka entry ini..terima kasih^^



Spritzer Tinge l BE Datang Bergolek

Assalamualaikum....


kalau dah rezeki,tak kan kemana lagi,
nak lari kat ceruk mana pun ,tetap rezeki datang kepada diri,
nak saja ku tak endah,tapi tetap akan ku terima jugakan??
tanpa disedari,rupanya BE datang juga kembali,
walaupun sudah lama tak menjejak kaki kat sini..
Alhamdulillah apa saja yang kuterima,
ku terima dengan senang sekali..
terima kasih ya Mr Nuffnang,
kerana sudi lagi memberi...

Baru perasan blog ini masih diberi peluang untuk Nuffnang,tak sangka masih lagi mendapat rezeki walaupun entry sekarang ini lebih banyak mengarut dari yang benar..apa pun BE kali ini datangnya dari Spritzer Tinge..Terima kasih daun keladi,ada masa tak teringin nak beri lagi??sekian^^



Kata Achie :Kalau dah rezeki ,tak kemana kan???


Sila like jika suka entry ini^^
Selasa, 25 Oktober 2011

Kenapa Perlu Nak Jadi Sampah

Assalamualaikum w.b.t. . .

Kenapa perlu nak jadi,
kalau bukan itu yang ku pinta,
kalau itu cuma meresahkan hati,
kalau lari dari pegangan hidup,
kalau cuma menyusahkan diri.

kenapa perlu nak jadi,
kalau diri bukan yang itu,
kalau aku selesa begini,
kalau aku hidup harmoni,
kalau aku kekal disini...

Jadi TIADA SEBAB KENAPA PERLU NAK JADI SAMPAH MASYARAKAAT kan??

Hanya kerana salah langkah ,hidupmu jadi binasa..bernaskah diri memilih jalan hitam jika ada jalan keluar..perlukah menjadi cacian masyarkaat jika kau malu untuk terimanya..
sanggupkah memalit muka sendiri jika itu sebenarnya kau tak inginkan..perlukah kau memasuki dimensi keji jika sebenarnya kau tak sudi..Habis kenapa perlu memilih jalan yang hina sekali??Sekian..

**Jangan sesekali menjadi sampah masyarakaat..Okey^^

**Cuba teka ini kat mana??

Sila like jika entry ini...Terima kasih daun keladi^^






Isnin, 24 Oktober 2011

Kenapa Perlu Marah

Assalamualaikum w.b.t. . .

Kenapa perlu marah,
jika ada benda yang tak kena,
kan lagi bagus duduk berbincang,
pasti ada jalan penyelesaiannya..

kenapa perlu marah,
jika kesalahan diri terserlah sudah,
jangan cuba sorokkan kesilapan,
jika diri jelas bersalah.

Kenapa perlu marah,
cuba paksa diri pandang hadapan,
kenapa perlu patuh pada nafsu,
yang cuma pasti binasakan badan.

Hairan sebentar melihat perlakuan diri yang cepat naik angin satu badan,padahal benda memang tak betul.kenapa cepat terasa hati,kenapa?ada rasa bersalah ke??sampai marah hambur merata-rata,yang tak bersalah turut menjadi mangsa juga..pernah terfikir satu perkara,bila kita pula yang terkena..apa perasaan tu yaa???Sekian

**oppss,blog dia ni best..entry menarik sungguh,jeles sekejap..jangan lupa follow dia tau^^ yeahhh

*Klik banner ini ketat2 tau ...


Sila like jika suka entry ini...Terima kasih^^

Aku Tetap Setia

Assalamualaikum...

aku tetap setia,
sepertimana dulu kala lagi,
tetap bersama mu setiap masa,
usah kau ragui kesetiaanku,
kerana aku hanya untukmu.

Aku tetap setia,
jatuh bangunmu aku sedia,
biar kita lalui bersama-sama,
biar ribut taufan bersatu memusnahkan kita,
kita pastikan harungi berdua..

aku tetap setia,
dikala kini kau jatuh rebah,
aku pastikan berdiri teguh disisimu,
menarik tinggi mu jika rebah,
memimpin mu maju terus ke hadapan..

Aku tetap setia,
walaupun kau mulai dicaci hina,
walaupun kau menjadi lemah,
walaupun kau dah mula hilang kuasa,
AKU SOKONG MANCHESTER UNITED SETIAP MASA...

grrrrrrr..walaupun sakit hati ini dengan kekalahan M.U baru tadi,aku akan pastikan m.u sentiasa dihati..tak kiralah kalah menang,janji MU tetap nombor satu tau..biasalah adat bermain,pasti ada kalah dan menang..kalau menang je selalu takut timbul riak dikalbu pula kan??jangan jadi macam dia tu,baju pakai Mu,semangat nak sokong Mu,bila dah Mu kalah boleh je selamba sokong CITY..apa Cerita???Sekian


Kata Achie :Ronaldo bila nak masuk kembali??heheeee Nasib Baik Ramli Tak Main Tau!!!!


Sila like jika suka entry ini...

Ahad, 23 Oktober 2011

Bila Fitnah Menjadi Gila.

Assalamualaikum....

Semakin lama dunia semakin mengila,
yang benar mula ditidakkan,
yang salah pula dipertahankan,
benarkah fitnah sudah bermahajalela.
yang keji menjadi sampah,
yang hina bertambah hina.

fitnah itu keji,
apatah lagi kebenaran sentiasa tersembunyi,
kejahatan mula menguasai diri,
yang baik sentiasa dibuli,
yang jahat menjadi kuku besi..

fitnah ada merata-rata,
menjadikan manusia menjadi huru hara,
ke sana sini mulut tidak berhenti,
asyik menuduh perkara itu dan ini,
tanpa sedari dirinya sendiri,
hakikatnya dia sudah TERLEBIH..

Fitnah itu memang keji,lebih lagi dimasa kini..jangan tidak menyedari..bila diri telah difitnahi ataupun mula untuk cuba menfitnahi..mulai sekarang cuba berhati,takut fitnah cuma mematikan diri..jangan cuba melupai,kerana Allah sentiasa memerhati diri ini..
Kerana KEBENARAN SUSAH UNTUK DITEWASKAN !!!!!!

Semalam lepak kat sini..heheeee

Kata Achie :Kalau anda difitnah,apa tindakan anda??cuba katakan disini^^


Sila like jika suka entry ini...terima kasih daun keladi



Lirik Lagu Lelaki Seperti Aku - Alif Satar l Video Klip

Memang tak ada lelaki seperti aku
Tapi yang lebih baik banyak

Memang tak ada lelaki sehebat aku
Tapi yang lebih hebat banyak
Maka tak perlu kau susah hati
Banyak lelaki yang bisa kau pilih
Untuk kau jadikan sandaran hati
Memang tak ada lelaki seseksi aku
Tapi yang lebih seksi banyak
Memang tak ada lelaki setampan aku
Tapi yang lebih tampan banyak
Maka tak perlu sedu sedan itu
Jangan sampai kau rendahkan dirimu
Memaksa aku menjadi pacarmu
Oo baby baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kau cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan
Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu
Ceritanya aku sedang belajar setia
Makanya dari itu kamu jangan memaksa
Kerna aku memang tak suka mendua
Oo baby baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kau cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan
Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu
Oo baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kau cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan
Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu
Memang tak ada lelaki seperti aku
Tapi yang lebih baik banyak
Video klip kat Sini LINK

Kata Achie :Takde mood pula nak update,layan lagu je la ye...heheee
Sila like jika suka entry ini...
Sabtu, 22 Oktober 2011

Sikap Suka Membezakan Anak

Assalamualaikum w.b.t...

Menyesal diri,bila teringat masa dahulu..
aku punya anak yang sangat ku kasihi,sangat ku cintai..
dialah raja,dia juga ratu..kesana sini ku usung tanpa penat lelah,
janji kepuasaan sentiasa melekat dihati..
kadang kala isteri pun menjadi marah,
yalah bila dia pula menjadi nombor dua..heheee

bila anak ku mula membesar,
sayang ku meninggi setinggi gunung himalaya,
rezeki ku kaut ku sanggup berbelanja..
asal anak ku sentiasa senyum dimata..
asal anak ku tak mati kebuluran..

Tapi,bila aku mendapat anak lagi satu,
anak kedua mula hilang punca pegangan,
sikap tak acuh mula ku tunjukkan,
mula memberi perhatian lebih kepada anak keduaku..
mula mencaci memukul bila anak pertama buat serba tak kena..
dia menangis meminta tolong langsung tak ku endah..
asal hati ku puas memukul apa nak kisah.
sampai berbekas lebam aku masih tak kuasa.

Kini,bila ku kenangi kembali.
betapa sakitnya hati ku ini,
sampai hati aku berbuat begitu sekali,
tanpa dipinta aku pula yang memulakan,
dalam tak sedar aku dah mula membezakan mereka berdua.
mana sikap PRIHATIN ku,aku memang tak punya hati dan perasaan..
Menyesal,tapi semua langsung tak berguna lagi..Maafkan ayah wahai anak ku..ermmmm

Kenapa perlu ada sikap membezakan anak2 pada diri ibu bapa?kenapa perlu ada sikap sebegitu yang cuma hanya akan disesali kemudian hari nanti...tak langsung rasa bersalahkah?tak nak kata apa lagi,cuma kecewa dengan sikap ibu bapa yang baru ku jumpa yang sanggup berbuat begitu dengan anak2 mereka..KENAPA???? Sekian...


Kata Achie :Jangan menyesal dikemudian hari sudahlah..ermmmm


Sila lika jika suka entry ini....
Jumaat, 21 Oktober 2011

Bila Dah Jadi Kaki Songlap l Songlap Trailer

Assalamualaikum w.b.t..


baru lepas layan trailer songlap ini..Link Macam best je cerita ni,tapi tak tahu bila nak keluar..jadi hendak tak hendak kena tunggu jugalah sampai cerita ini masuk panggung...cuma tertarik dengan jalan cerita dia ni,,tentang seorang pemuda yang cuma tahu nak menyonglap saja  tapi akhirnya berubah diri hanya kerana seorang gadis...menarik kan??heheee 


Bila dah jadi kaki songlap,
hidup jadi serba tak kena,
suka sangat mengencing merata,
orang lain pula menjadi mangsa.


bila dah pakar songlap,
tangan tak kerja rasa nak gila,
kesana sini mencari idea,
bila dah layan puas di dada,


Bila dah jadi master songlap,
kerja menyonglap menjadi mudah,
tutup mata dah bisa bekerja,
setiap masa ada sahaja agenda.


Tapi janganlah pula mereka lupa,
sampai bila nak buat kerja gila,
takkan dah nak mati masih nak kerja,
tak mustahil suatu hari terkantoi juga..
PERCAYALAH.......




Kata Achie :Hidup disekarang ini macam2 bisa berlaku..grrrrrrrrrrrr




Sila like jika suka entry ini..heheheee





Khamis, 20 Oktober 2011

Terima Kasih Cikgu l Kebaikan Cikgu Kepada Kita

Assalamualaikum w.b.t....

Terima kasih cikgu,
kerana engkau ku bisa begini,
kerana engkau aku bisa meninggi,
kerana engkau aku menjadi insan disanjungi..

Terima kasih cikgu,
kerana menyedarkan daku kesalahan ku,
kerana menyakiniku akan kelebihanku,
kerana mengingatkan aku akan masa depanku.
kerana engkau siapalah aku...

Terima kasih cikgu,
sungguh bermakna jasa mu padaku,
sungguh tak terkata kebaikanmu kepadaku,
sungguh tak ternilai ilmu mu berikan kepadaku,
Sungguh besar pengorbananmu terhadap ku..
TERIMA KASIH SEKALI LAGI CIKGUKU....

Oppsss,maaf ini adalah entry spontan..dikala mata nak lelap,teringat kembali peristiwa sewaktu menuntut ilmu ketika dulu..sebagaimana degilnya aku nak membaca buku,namun cikgu tak tahu erti keperitan itu semua..malah mendorong ku,mendesak ku untuk rajin menambah ilmu...kini,ku sedari dan ku akui,tanpa cikgu siapalah aku...terima kasih wahai cikgu ku kerana begitu sabar menangani karenah semasa mendidikku..Terima kasih CIKGU Tersayang...

Buat Cikgu Sk Matunggong,Smka Tun Said, M.U.C.. aku sayang kamu ketat-ketat....


Kata Achie :Hati merindu mekar dihati..Oh Cikgu^^


Sila Like jika suka entry ni..Terima kasih

Rabu, 19 Oktober 2011

Kenapa Perlu Membuat Pilihan

Assalamualaikum w.b.t...

Kenapa perlu memilih,
jika jalan penyelesaian terbentang luas,
masih mampu diatasi dengan bijaksana,
masih berpijak dibumi yang nyata..

Kenapa perlu memilih,
jika hati berat untuk melaksana,
jika diri masih dibelenggu resah,
jika pilihan cuma menganggu minda..

Kenapa perlu memilih,
jika pilihan itu mematikan diri,
jika bila dibuat serba tak jadi,
jika bisa menghukum empunya diri..

JADI KENAPA HARUS MEMILIH LAGI??

Kadang kala penyelesaian ada didepan mata,tapi kita tak bisa nampak..sibuk mengejar pilihan lain yang cuma menjerat nyawa..kenapa perlu memilih lagi jika ada penyelesaian yang lebih baik..jika kemahuan diri itu bisa dipenuhi lagi..persetankan dengan pilihan yang merambangkan hati,jika cuma untuk memusnahi diri...ingatlah memilih pada tempat yang bukan pada sepatutnya,hanya menjerumuskan kita ke lembah penyesalan..berfikir dengan rasional dan tenang selalu.insyaallah tuhan sentiasa bersama orang sabar bila diUJI...Sekian


KENAPA PERLU BERCERAI JIKA MASALAH BISA DITANGANI??KASIHANILAH PADA ANAK KECIL YANG LANGSUNG TIDAK MENGERTI...


Kata Achie:Jangan salah membuat pilihan,nanti kita sendiri yang menyesal.

Sila like jika suka entry ini.

Selasa, 18 Oktober 2011

Bukti Nyata Manusia Semakin Kejam l Manusia Durjana

Assalamualaikum w.b.t....

Oiii manusia durjana,
engkau dicipta dari tanah,
pasti akan kembali ketanah juga,
tapi sikap mu lagi teruk dari binatang,
selayaknya engkau digelar bajingan dunia..

Oii manusia durjana,
dimana sifat kemanusiaan MU,
dimana erti kasih sayang MU,
dimana sudah kebijaksanaan Mu,
telah kau campak jauh dari diri mu,
selayaknya engkau digelar bajingan dunia..

Oii manusia durjana,
tak pernah terlintas difikiranmu,
dimanakah akal yang engkau simpan,
dimana tempat lagi wujud keamanan,
jika penindasan sesama sendiri engkau lakukan,
selayaknya engkau digelar BAJINGAN DUNIA..

Mata nak pejam,hati tak tenteram..sakitnya badan tak seperti sakit hati melihat kekejaman manusia zaman sekarang ini yang melebihi batas-batas kemanusiaan..dimana jati diri yang telah dicampakkan,dimana kebahagian orang lain yang telah engkau ragut sewenang-wenangnya..tak pernah kau sedar-sedar..hanya satu pinta ku,jika ingin melihat orang lain menderita,cuba bayangkan bila diri anda sendiri dalam keadaan sebegitu?? sedapkah dilidah anda?nikmatkah ditubuh badan anda...MANUSIA SEKARANG TERLEBIH KEJAM...Sekian

Aku PANAS HATI melihat derita budak digilis tu dekat SINI 

*kerana manusia seorang,semua yang lain pasti terpalit sekali...fikir sebelum buat

Kata Achie  :Pandai buat anak,pandailah2 nak jaga ye..jangan menyesal sudah..grrr

Sila like jika suka entry ini...terima kasih daun keladi..Emosi GEGAR!!!!
Ahad, 16 Oktober 2011

Aku Suka Dia..

Assalamualaikum w.b.t....


*Comel...heheeeee

Aku suka dia,
memang itu yang sedang kurasa,
aku sendiri pun tak bisa membuat apa,
jika hati dah mula minat kat dia.

Aku suka dia,
entah sejak bila ia bermula,
aku mula menjadi tak selesa,
jika sehari langsung tak berjumpa.
apa cerita?

Aku suka kat dia,
walaupun ia mungkin tak pernah bisa,
aku sukar untuk melupakkannya,
semoga aku tabah dalam perjalanan cinta ini..
insyaallah..

P/s :Entry sesaja ni,lepas layan lagu Ini




Kata Achie :Syok juga layan lagu petang2 ni.heheee


Sila like jika suka entry ini...lalalalaaaaaaaaa~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)Copyright reserved by Woofer Storm.
Powered by Blogger