Blog Lensa Kamera

Memaparkan catatan dengan label diari. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label diari. Papar semua catatan
Khamis, 6 September 2012

Aku Inginkan Dirimu

Assalamualaikum w.b.t. . .


Aku inginkan dirimu datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu aku sangat mencinta


Menyendiri lagi, menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku.


Bait demi bait lagu Dadali itu didengari dengan khusyuk sekali,siapa sangka siapa yang duga kisah yang tak pernah terfikir olehnya bisa berlaku,kini sedang melanda dirinya pula..dia pejam matanya,cuba mengimbas kembali peristiwa lalu ..sakit otak memikirkan semula bila mana dia terpaksa melupakan gadis pilihannya..dia sayang Zila,dia cinta sangat dengan Zila..namun bila mana Zila telah menolak mentah-mentah perasaan yang timbul dengan semulajadi itu, hanya kecewa yang bisa diutarakan..

Dari semalam dia berusaha untuk melupakan,melontarkan jauh perasaan itu dari menguasai diri yang cuma hanya mematahkan hatinya lagi..namun dia tak bisa,wajah gadis pilihannya itu semakin liat bermain diakal fikirannya ..Dia tak sanggup lagi berperang dengan perasaan sendiri,dia tak tegar melihat hanya hatinya yang terluka,hanya hatinya yang merasa kekecewaan tanpa sesiapa pun dapat itu semua..Mengeluh,mungkin kekadang dapat membantu walaupun itu sebenarnya tidak bisa merungkaikan masalah yang dihadapi olehnya..

Dia bingkas dari katil,menuju ke bilik air..dalam keadaan yang serabut sebegini,dia perlu bijak menangani dengan sebaik mungkin..dia mengambil wudhu dan merendahkan diri meminta petunjuk kepada ilahi.. jika benar Zila itu adalah jodohnya,jauh mana pun Zila pergi pasti akan kembali padanya sesuatu hari nanti..dia tunggu saat itu,dia yakin kuasa Allah,jika benar ia milik kita,jauh mana sekalipun ia menghilang pasti akan datang bila tiba masanya~

**********************

#Motif?lama sangat tak mengupdate entry tetiba jadi macam ni..rasanya dah tiba nak undur diri dari dunia blog ni kot...hehee
#Tahun depan Degree/Post basic renal atau Arab Saudi..anda rasa yang mana best?serabut~
#Belajar semula untuk menerima hakikat yang kita bukan siapa-siapa..ingat itu.

#copy paste dari google je mampu^^

Kata Achie :Rumah sekadar persinggahan untuk tidur saja..selebihnya
banyak ditempat kerja..erkkkkk

Terima kasih atas kehidupan yang engkau berikan..aku cinta Allah^^




Khamis, 28 April 2011

King Scout l Harapan tinggal harapan..

Assalamualaikum....


Kawan sekolah menengah dulu ramai dah dapat king Scout,aku dapat apa? Memang rugi,dan teramat rugi bagi aku..tapi harapan berkecai,takkan dapat masa diputarkan semula..benda yang lalu,tetap berlalu..takkan datang bergolek semula,aku pasrah dengan apa yang ada..Tapi hati aku teringin sangat nak dapat sijil King Scout,mendapatnya ibarat satu kepuasan bagi aku dalam berpengakap..Namun apakan daya bila saat untuk persiapan ke ujian itu aku tak dapat datang atas masalah teknikal..dan akhirnya aku kecewa keseorangan bila kawan dapat,aku berputih mata saja..ermm

Kenangan bila diungkit kadang kala ada yang indah,cukup indah tapi adakala juga terpalit kedukaan..kedukaan yang berganda,bisa membuat orang jadi gila..siapa aku nak salahkan takdir andai itu yang harus ku terima..dan sememangnya aku pasrah,redha dengan ketentuan yang ada..Aku takkan berpeluang untuk dapatkannya lagi..Sabar jela..

Sekian..

*Hasil google,jumpa gak..heheeee  
 

*Sijil King Scout,ada tandatangan seluruh Sultan negeri yang ada...

*Lencana dia pun cun ni kalau dapat..hehheee 


Kata Achie :Bukan semua yang kita ingini bisa tercapai..Jangan duk berangan ye^^ 
Sabtu, 23 April 2011

Kelapa Bakar

Assalamualaikum....

Sekarang ini musim hujan ke apa ea?asyik hujan kat Puchong ni,Hujan
lebat yang boleh mengundang padah kepada aku kerana tidak bisa membuat apa2
kat uma ..heeheee jadi tilam empuk jela mainan kegemaran ni..ngeee apa pun
hujan membawa berkat,syukur gak ada hujan,kalau panas je memanjang 
letih gak badan kan??..heheee hujan2 macam ini teringat pulak nak makan kelapa bakar..

Ada siapa belum pernah makan kelapa bakar?heehee kalau belum,pergilah 
try sendiri,sebab bagi aku memang enak bila diminum panas2..lagi2 aroma bau
dia agak mengasyikkan diri aku sendiri,tapi entahlah orang lain..heheee
kat puchong ni,kat mana ada kelapa bakar ea?ermm tak tahulah,kalau ada
rasa nak terjah je,bantai dua tiga biji,heheeeee sekian.... 

 *Ini dia Kelapa Bakar..Sumber Sini

 *Tinggal nak minum je lagi..heheeee

 *Puding kelapa pun boleh je layan..heheeee

 * anak kak aku ini rajin je ikut aku jalan time kat kampung..aduiii


Kata Achie : Mood nak makan sekarang ni..alahaaii 

Dia dah convert..

Assalamualaikum.....

 Aku kenyang gila makin nasi kat kedai Cik Tom,walaupun
hasil pemerhatian aku agak kurang enak makanan kat Puchong perdana tu..heeeehee
yala,dah bukan kedai ciktom,memang la tak sedap..tapi tak sempat nak tangkap gambar
kedai tu,lain kali kalau berkesempatan aku tangkap ye cik tom.heheeee
Tapi yang pasti,aku sekarang ni rasa nak tidur je la..hahaaaaa tapi sebelum
nak tidur ada benda aku nak share..hehee apa dia?teruskan pembacaan ye..heheee

Aku baru je dapat tahu kawan aku baru je memeluk agama islam,
alhamdulillah aku syukur dengan tindakan yang dia buat tu...aku pun mulanya agak 
terkejut dengar benda ni,tapi bila fikir balik semua tu tak mustahil dengan kekuasaan 
Allah..Terima kasih Allah kerana telah bukakan pintu sahabat aku tu,dan aku 
memang sedia maklum ramai kawan aku yang amik medic banyak 
memeluk agama islam..semoga dorang diberkati selalu,walaupun aku sedar sebagai
saudara baru,banyak benda yang perlu kita bantu.. buat kawan aku tu,aku harap dia
sabarlah ye,walaupun aku dapat tahu keluarga dia dah berpecah belah..,moga dia 
tetapkan pendirian dia dan tak cepat mengalah dengan cabaran yang mendatang..Amin..

Maaf kalau entry ini cuma buat ada yang tak suka,bukan niat
apa pun..cuma luahan rasa aku semata2..sekian....

*Banyakkan bersabar ye sahabat.... 


Al Quran ayat 256 Surah Al Baqarah  
La ikro ha fiddin 
Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam)”; dan sambungan ayat tersebut “sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barang siapa yang ingkar kepada Thaghut (perkara yang melampaui batas) dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” 

 
Kata Achie :Kuasa tuhan,siapa kita untuk menidakkannya..Byeee 
 
Ahad, 17 April 2011

Bila dah ada lesen..

Assalamualaikum...

Sekarang ini musim orang ambil lesen ea??tak kiralah lesen kereta ke,ataupun lesen motor ke?janji lesen kan?heeeheee baguslah dari merempit tak pasal-pasal,bagus gak ambil lesen dulu,Jadi nak tunjuk terer pun berbaloi..bila dah ada lesen,nak ke hulu hilir pun tak perlu risau,tak perlu takut coz kelengkapan diri dah siap..ada polis pun takde mengelabah lagi..ini tak,nampak je polis sibuk tangan gigil tak tahu nak buat apa,polis buat je block,dah langgar jalan sehala..lagi sanggup mengundang padah dari disaman oleh polis..kalau disaman pun,masih boleh bayar tapi kalau dilanggar kereta ke lori ke,tak ke naya namanya tu..ermmm moga jadi kesedaran buat kita,kalau takde lesen itu bawa-bawalah duduk kat rumah,kalau nak keluar juga,semoga ditemani oleh orang yang berlesen...sayangilah nyawa anda,kerana nyawa anda begitu berharga,.tak begitu??? 


Hari ini kawan aku dua orang tu baru je lepas ujian L bagi motor,so bolehlah ye nak bawa motor sorang2..nak berteman,memang tak dapatlah ye den nak tolong..haaahaa jadi moga dorang lepas halangan selepas ini untuk dapat lesen P pula..kalau dah ada lesen,nak kemana pun tak risau..Kat Puchong ini,memanjang je polis buat block..Tapi jangan pulak dah ada lesen P,sibuk memanjang je nak keluar..sekarang ini pun asyik keluar je tak tentu hala,bila dah ada P,agaknya mungkin aku ni dorang buat tak nampak je kot..hahaaaa takpelah,janji dorang bahagia..kalau aku buat macam tu gak,jangan marah sudaaah...heheee korang dah ada Lesen ke??tak kiralah ada lesen ke takde,yang penting berhati-hati dijalan raya,..jangan sibuk nak laju sahaja,tapi cuma mengundang padah kepada pengguna jalan raya..sekiaaaan..



*Yang kiri tu masih single,ada siapa nak??heheee


Kata Achie :aku?aku sekarang target nak amik GDL la..bila?aku pun tak tahu..heehee 
Jumaat, 8 April 2011

Bola Tampar l Style budak tahun 6 main....

Assalamualaikum....

Time kat cuti kat kampung hari tu,aku sempat 
lepak kat rumah abang ipar dua hari, saja nak tukar
 angin..time tu ada game bola tampar terbuka gak
anjuran UMS aka universiti malaysia sabah kat gelanggang UMS,tapi
memandangkan hujan ketika itu menyebabkan terpaksa ditukar ke tempat kerja abang
aku kat Penjara Pusat KK,dan sememangnya aku cukup teruja dengan game
itu kerana aku pun suka bermain bola tampar cuma kini tidak berpeluang lagi..

 Dapat aku perhatikan kat situ cuma satu,nampak gayanya umur mempengaruhi 
sesuatu persembahan tersebut,ternyata akal yang waras mampu menandingi otot
yang mantop..kenapa aku kata macam itu,kerana ada game dimana kumpulan remaja bertemu dengan kumpulan yang agak tua,namun kemenangan berpihak kat kumpulan yang
agak tua itu walaupun jika pada mata kasar,wajar benar jika kumpulan remaja tersebut menang kerana mereka mempunyai skill yang agak menarik perhatian... sepatutnya dalam kejohanan seperti ini kerjasama antara satu sama lain itu cukup penting dan jangan suka mencari kesalahan orang lain kerana diri sendiri pun mungkin melakukan kesalahan tanpa disedari.. 
lagi satu jangan diamalkan sangat panas hati itu,kerana cuma membawa padah..korang panas
sorang-sorang,lawan tersenyum kegembiraan..wajarlah korang kalah,tak gitu??
nasihat lain kali,biar umur dilihat kebudak-budakkan,yang penting bila main
sifat kedewasaan itu patut ditonjolkan,baru orang kata COOOLLL bukannya 
PARAAAHHH....Korang rasa??
Sekian..

Sebelum jom layan gambar ini dulu,sila klik untuk lebih jelas..ngeeeee

 *Penjara Pusat Kota Kinabalu

 *Dewan ini menjadi mangsa spike dorang..hahaaa

 *Kumpulan dari TLDM KK

  *Kumpulan dari wakil UMS

*Aku macam biasa sengal pandang sorang2..lalalaa~

 *kecian warga banduan ni..


Kata Achie :Nak bermain lagi,kena guna style yang betul kalau nak menang..bukan
dengan cara budak tahun 6 sudaaaahhhh 

Rabu, 6 April 2011

Hujan l sejuk sangat derrr...

Assalamualaikum

Dah hujan kat Puchong ni,hujan sebenarnya baik untuk kita..banyak
faedah yang kita dapat bila hujan turun ke bumi,kerana hujan adalah salah satu kejadian
semulajadi yang tuhan beri kepada kita...tapi kalau hujan turun tak henti-henti,apakan jadi?
kalau kat korang mungkin takpe,tempat aku ini yang payah...asal hujan lama sikit mesti 
air cepat naik,maklumlah sistem pemparitan yang kurang sempurna kot..hehheeee
 betul ke??ngeeeeee

Dan bila hujan,banyak aktiviti yang terpaksa aku tak layan sebab kekangan
diri yang melanda..kalau hujan dah ni,automatik aku lemah gemalai...aku tak tahan
dengan sejuk-sejuk ni,jadi langkah selamat yang aku amik cuma ambil selimut dan 
baring,tunggu sampai hujan berhenti turun,.,tapi kalau time kerja,itu yang payah,paksa
den fikir sendiri macam mana nak hilangkan sejuk yang melanda.. Aku yang lapar nak makan
ini pun fikir dua tiga kali nak keluar cari makan,akhirnya aku pilih tidur je la...hahaaaa
korang tak nak tidur??ngeeeee 
Sekian....

*sengal sekejap...lalalalaaaa~



Kata Achie :Time hujan macam ni,Resdung pun gatal nak datang...hampehhhhh  
  
 
Selasa, 5 April 2011

Bagan Lalang l Gara-gara Motor Ego LC

Assalamualaikum......

Tak sedar dah dekat jam 6 pagi dah ni,aku masih lagi belum update entry,memang
makin malas aku kan?ermm,rasa nak lempang diri sendiri pun ada ni..ngeeee
tolong lempang aku boleh tak sayam Cik Tom ,heheeee  

Tepat jam7 pagi,aku dah kena start kerja dah tapi banyak benda aku belum 
buat,memang masalah besar buat aku ini..So aku nak cakap pasal tadi,time aku 
balik dari tempat kerja aku temankan kawan ke Sungai Pelek, Sepang coz dia nak beli motor Ego LC, ada banyak kedai kat kl ini mahu je nak kesana..ada apa kat sana itu pun,aku tak tahu..takpe,aku layan je la perangai kawan aku sorang ini..heeheee

Dan dari kat puchong nak pergi ke Sungai Pelek agak meletihkan gak coz baru je
balik kerja disamping kurang tidur ini..Dan sebelum dapat sampai sana pun,banyak
halangan yang paksa dirempuhi bila asyik sesat jalan je ni..hahaaa nasib baik sampai gak,
walaupun disepanjang perjalanan itu banyak sangat menyusahkan orang dengan banyak
pertanyaan mengarut dari kami..dan bila dah siap urusan kat kedai motor tu boleh pulak
kawan tiba2 ajak ke Bagan Lalang coz dah tak jauh sangat nak kesana..dan aku dengan tidak membuang masa lagi setuju je,tak percaya sila layan gambar kat bawah2 ini tau...
sekian..nak rehatkan otak ini dulu..heheee bai bai

 *Kedai nilah mangsa rompakan motor oleh kami..hahaaa

 *Dah ada motor nanti ni,mesti budak ni sibuk nak jalan je...hahaaaaa

 *Aku suka laut dia,cantik der...

 *Kat sini tempat orang nak main bola tampar pantai..

 *Kawan aku dah cramp kaki coz main bola..hahaa padan muka

 *Resort apa ini,aku pun tak tahu..hahahaaa

 *Chalet dia memang panjang der....heeee

 *Nasib baik tak ramai orang,kan best tu..hahahaa

 *Ombak pun tak kuat sangat,memang cool laaa..

 *Matahari terbenam sungguh indah...

 *Entah apa yang aku pandang ini...<---Sengal..


Kata Achie : Ada masa aku nak pergi Bagan Lalang lagi tapi dengan plan yang teratur.. 
 

Khamis, 24 Mac 2011

Tak suka balik kampung..

Assalamualaikum...

Baru je kat kampung,tapi dah jumpa
banyak saudara ini..banyak yang tanya
kenapa aku jarang balik,dah setahun lebih
gak aku tak balik,bukan lagi study tapi
dah kerja dah tapi masih lagi tak balik2,kenapa
tak balik?ada yang kata aku lupa diri...

Aku lupa diri ke?aku tak nak balik kampung?
perggh,panas gak punggung aku dengar ini,kalau
aku tak nak balik,buat aku balik  kali ini..aku rindu,suka je
balik kampung tapi ada sebab aku tak boleh balik..aku
bukan saja2 tak nak balik,tapi memang takde cuti panjang
nak balik kampung..kalau setakat balik kampung cuti 2,3 hari baik 
tak usah,buang duit dan tenaga je..

Aku tak lupa diri,aku masih tahu asal usul diri aku..aku masih orang 
kampung yang dulu...dan aku bukan macam sesetengah yang lain,dah 
sampai kat bandar tapi tak ngaku asal dari kampung..tak suka nak balik
kampung,.aku suka je ngan kampung,duduk kampung nampak cool je pun..
kampung bukan macam dulu2,kampung pun maju gak..ada api,ada air,ada 
wifi dan bagai2...kampung lagi best,so kalau ada yang tak nak balk kampung tu,balik2 la ye..kecian mak bapak asik merndu tapi dia buat dek je tak nak balik...
Baliklah sebelum terlambat,nanti menyesal tak sudah...Sekian.




Isnin, 21 Mac 2011

Air Asia l Setia menanti..

Assalamualaikum..

sekarang ni aku dah sampai kat Lcct ni,tengah
tunggu flight yang tak kunjung tiba2 lagi ni..flight esok pagi jam 8 ni,tapi
aku dah lepak kat airport ni coz besok tiada yang nak hantar..semua member pergi 
kerja,so nak tak nak terpaksa laa tidur kat sini,ada siapa nak tolong temankan?hehee

Tak sabar nak tunggu esok pagi,lagi berapa jam lagi ni..nak tidur pun tak boleh, nak buat apa ea?nak online,Modem wiggy P1  aku ni tak boleh pakai..takde line pulak kat sini, sabar je la badan..nasib baik boleh gak pakai wifi lcct ni,tapi kedekut laa dorang ni.limit untuk dua jam je,macam mana nak puas macam tu..dulu tak pun macam ni,sekarang je kot..dulu tu dah lama,last aku balik pun raya 2009..sekarang 2011 dah,so mungkin ni cara dorang kot..tak nak
bagi aku guna internet free sampai ke pagi..heheee Mungkin ni entry last aku malam ni,besok tak tahu lagi dapat nak online or tak,yala sampai kat rumah aku lebih kurang jam11 pagi kot,itu pun kalau aku balik terus.heheee Sampai kat rumah,aku nak tidur dulu dan banyak benda aku nak buat,jadi tak tahu berupdate ke blog aku ni or bersawang la dalam masa 9 hari ni..heheee
cuma satu je aku nak tekankan kat sini,aku sayang korang...jaga diri korang bebaik ye,
 sekian dari achie...cool selalu..

 *Tengok tu,dua jam je dorang bagi...emang dasar kedekut...heheeheee gurau^^

Kata Achie :Tak tahu sempat ke nak berbw ni..ermmmm  
    
Ahad, 20 Mac 2011

Gara-gara birthday,aku dimusnahkan..

Aku jadi mangsa keadaan lagi,ingatkan tak kena lepas tahun lepas
bila aku dibantai oleh adik sendiri..aku ingat lagi tahun lepas bila aku dibaling telur
 time baru bangun dari tidur ni...
bangun2 je  tetiba ni adik aku baling telur tepat kat kepala,dah
 satu point aku kena..aku yang masih mamai lagi ni 
terkejut gak,tapi still cool lagi la..pastu tepat satu lagi telur
kat kepala ni,bertuahnya pun budak..nasib baik adik sendiri,kalau orang lain
aku bantai balik cukup-cukup..pastu bila sedar baru perasan,ada kek untuk aku..terharu
gak la,coz dah tua bangka ini pun masih diraikan...

semalam aku kena lagi,kawan pinjam kereta dengan alasan nak pergi 7Eleven.biasanya
dorang ajak aku sekali,tapi kali ini nak keluar sendirian ni..aku ok je pun,lagipun
tengah layan game time tu..lama gak baru dorang balik,dekat jam 12 tghmalam baru balik,.
pastu kawan kata kereta kena saman,maklumlah kawan aku ni tiada lesen,aku buat bodoh je la..aku tau dorang gurau,pastu kawan sorang lagi cakap kereta terlanggar bumper jalan,aku still ok lagi coz tengah layan game..rupanya dorang saja je nak kenakan aku,dorang plan nak suruh aku keluar rumah cek kereta,pastu kira nak mandikan aku dengan tepung,nasib baik
aku tak pergi..tapi aku stil gak kena,tak caya sila lihat bawah..panas hati betul,tapi sabar je la..last2 terharu gak kawan aku still nak sambut birhday ni..thank geng,sayang ketat2...

 *Tengok,lappy ni mangsa tak bersalah....

    *Tempat aku lepak main game pun kena gak....  

*Lantai tak payah cakap lah,dah bantai dua pekat tepung inilah jadinya..hehee 

 *Dan ini yang buat aku terharu..nak nangis tak boleh,coz aku kan cool..heeee


Kata Achie :Susah nak cari kawan macam dorang ni..heeee sempat lagi 
dorang beli lauk pauk ni,so kenyang gak semalam..free tu beb..hahaaaaa cool 
 


Selasa, 15 Mac 2011

Cik Grays ku puja.

Rindu tak tertahan,dah lama hati ni bergelora..memendam rasa 
kepedihan,bilalah boleh mengoyangkan punggung otot kaki ni..dah lama benar tak merasa , kegersangan sekejap bila tengok video kat You Tube ni..alahaaai,cian benda ada kat uma tu,mungkin akan menjadi perhiasaan semata2..

Aku akui aku mula meminati dia sejak disekolah menengah lagi,mulanya time aku diperkenalkan dengan sidia..rasa menyampah plus sakit pinggang aku dibuatnya sampai balik hostel tidur rasa tak selesa... tapi bila hari2 aku disajikan benda yang sama,tersungkur  tergoda juga aku dibuatnya..runtuh juga iman ni bila asik diasak benda yang sama,so aku akhirnya menjadi ketagih yang teramat sangat..lepas je solat asar,kadang2 tak lagi minum petang terus turun padang nak test power..akhirnya menjadi kebiasaan bagi aku,tanpa bersama dia tiap2 hari rasa lain macam je..ermmm aku dah JATUH CINTA..

Tapi itu dulu,kini tidak lagi..mak oi,rindunya dengan dia..tak sabar nak jumpa 
minggu depan,nak test power bab dah lama tak layan..heheeee sekian^^


 *Sebiji tapi tak serupa..
 

Bila diri tidak dihargai..

Hati ini kenapa,rasa serba salah mula menghantui..tapi padan la
muka..bila ada,tidak pernah dihargai..bila tiada mula tercari2..alahai,nilah perangai kita..
sebagai seorang manusia,tidak diakui selalu melakukan kesilapan demi kesilapan.malahan ada mengatakan belajar dari kesilapan untuk perubahan diri di masa akan datang.tapi perlu ke asyik membuat kesilapan dan merasakan akan ada keinsafan dan perubahan pada diri..
bukan kan jika melakukan kesilapan sekali,menyesali dan tidak akan membuat kesilapan yang sama itu lagi bagus..Aku takkan tunduk menghambakan diri lagi,biar apa yang terjadi buat kau menyesali,agar menjadi pengajaran buat kita semua...yang pasti aku akan melangkah ke depan ,bukan belakang..T.I.T.I.K   

Ulasan Achie :Panggilan untuk kembali melakukan tugas kembali tidak akan ku terima.Bukan
nak meninggi diri tapi aku berpegang pada prinsip,takkan menerima kembali jika aku pernah dihina dimaki dikeji..kini,siapa yang lebih keji?tak rela ku nak dihumban kesana sini hanya untuk kepuasan diri mu semata2..KeSian MANAGER....lalalaaaaaaaaaaaa~


 
 
Isnin, 14 Mac 2011

B.Braun l Bakal destinasi seterusnya?

Dah target,dah ngomong dalam hati..malam ni tekad nak tidur lewat lagi,maklumlah
besok tiada apa nak dirisaukan...hanya mampu tersenyum,walaupun hati ini lara merindu..bukan rindu pada siapa2 tapi rindu pada mereka yang dekat di mata,tapi susah nak di dekati...ermmm sabar ye auntie/uncle,ada jodoh bertemu juga kembali..

aku lari bukan membawa diri,cuma ingin menegakkan kebenaran yang aku rasa perlu. Perlu 
perhijrahan jika aku disana bukan lagi siapa2,jika hanya dilayan sebagai binatang,sedangkan 
binatang sendiri punya hak  untuk terus hidup mencari sisa2 makanan..aku?apa aku rasa?
cuma aku yang bisa mengrungkaikan persoalaan ini..soalnya aku bagaimana...ermmm,tak tahu
nak buat apa2..tension..

Aku dah pergi,memang dah pergi..Tak guna untuk disesali atas semua yang terjadi,aku bingung
buntu memikirkan semua ini..kenapa kini masalah terpalit comel dimuka aku,kenapa? biarkan saja,aku benci untuk memikirkannya kembali..ku harap tuah,yang ku dapat hampa...ermmm


Persoalannya,patut ke aku berhijrah ke  B.Braun or  Asia Renal Care jika diberi kesempatan...aku buntu,aduiiiiiiiiiii




 

Mood nak kerja..

Hai blogger.sekarang jam menunjukkan dekat nak masuk 6pagi 
waktu malaysia, dan mata aku sampai sekarang masih tak boleh 
nak tutup..kenapa mata aku ni?ada masalah? ermm masalah apa ntah,aku tahu 
laa nak cakap..ermm 1001 benda aku tengah fikirkan ni..

Kejap lagi kawan uma aku nak bangun la tu,nak bersiap pergi ke kerja..aku?aku ntah la
apa nak jadi dengan aku ni,nampaknya cuti lagi aku minggu ni,dah minggu depan cuti lagi coz nak balik kampung.errrrmm
malas der nak cuti,tapi nak buat macam mana..dah memang aku cuti,so pagi ini aku dah plan dah nak pergi sunway,bukan lepak sunway lagoon tau..tapi pergi kat Asia Renal Care kat sana? kenapa?tu nanti2 je la aku share ok,bukan semua aku boleh share dengan korang..seganpulak nak cakap kan?tapi aku rindu nak pergi kerja,aku rindu nak jumpa patient aku,aku rindu nak buat kerja tapi aku benci MANAGER aku.,.
ermmmm sekian 
Sabtu, 12 Mac 2011

Proton Inspira l Buat aku tak tahan..

Hai Blogger...aku sedang dilambung mimpi indah ni,ermmm best gila bawa kereta Inspira.. perghh memang sedap la orang kata..rasa nak makan pun ada,thank la kat kawan aku coz sudi bagi peluang untuk aku bawa walaupun masih tak puas der...tapi bukan kereta kawan pun,kereta bapa dia..dah rezeki aku pulak coz sempat juga menjamu selera kereta ni,rasa nak buat drift pun ada ni..hehehee

Sekarang duk fikir ni bila boleh dapat kereta tu,maklum aku ni ada kereta pun kereta
 sorong je la... tak mampu nak beli inspira bagai2 ,tengok laa kalau ada jodoh dengan KKM nanti,aku nak gak satu..boleh macam tu?kalau tak dapat pun takpe,coz aku lagi minta honda city la.heheee rasanya lagi cool..ngeeeee inspira ni aku suka body yang cun dan semestinya pilihan kaler merah tu yang buat aku tak tahan.aku suka gila  kaler merah,. korang minat kereta apa ea??Ada yang nak belanj ke??hehehee sekian..

Untuk mengubatkan hati aku yang lara ni,aku nak layan kejap gambar yang 
ada ni.nak join??joommmm 

  *Kaler merah memang seksi..heheeee

 *Korang nak kaler apa?merah sudaaaaa..heheeee

*Luar cun,di dalam semestinya cool gitu-gitu ar.. 

 *Enjin tak payah nak cakap la,semestinya power beb..hehehee



 *I luuuuuv u ketat2 inspira

Kata Achie :Hanya mampu berkhayal buat masa ini.hahaaaaaa maaf,jakun sekejap..lalaalaa~


Ahad, 6 Mac 2011

Saman dah bayar.,yeaaayyyyyy

Hai Blogger..entry selepas bangun dari tidur,heheeee balik dari prince court medical centre terasa penat gila..ditambah lagi dengan kekurangan tidur yang melanda..malam ni tido awal sikit,kalau begini memanjang alamat cepat gol aku tau..hahahaaa

Apapun agak happy disitu bila masalah kat entry Ini dah settle walaupun kerugian sebab bayar 
benda bukan2..kalau beli novel banyak boleh dapat tu,takpe sekurang2nya pengajaran buat aku..ermmmmm dan pada yang belum bayar saman lagi,sila bayar saman korang sebelum 10 mac ni jika korang masih berminat dengan tawaran separuh harga..tapi kalau rasa kaya sangat tu,takpe abaikan je la kan..hehee tapi kalau nama korang blacklist,jangan nak mengeluh pulak tau..heheee

*tiga saman tu,korang ada??heheeee PADAN MUKA aku....ermmmm

namun,ada hikmah disebalik kejadian tu coz aku bayar saman tu kat balai polis Dang Wangi.. balik je kat sana aku meroyan  melepak kejap beli barang apa yang patut..masih dalam mood excited nak balik kampung,so beli benda yang berkaitan..tapi ada banyak benda lagi belum terbeli ni,takpe minggu depan je la..awal lagi lorrr...sekian~

 *Yang pasti novel tetap dihati ..yahoooooo


 Kata Achie :Beli apa yang mampu je laaa..ishhhh3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)Copyright reserved by Woofer Storm.
Powered by Blogger