Blog Lensa Kamera

Isnin, 31 Januari 2011

Cik Ela Ku Sayang^^

Hai blogger..harap sihat semuanya hendaknya,hari aku pulak
yang tak berapa nak sihat ni..tak demam,tak sakit,semua tak cuma
aku terpaksa bergantung dengan Cik Ela ni walaupun aku tahu dia cuma nak gunakan aku untuk test power dia..

Aku dah benci benci benci bila asik ni je yang terjadi,apasal aku je balik2 yang
kena ni..kalau setakat satu takpe laa juga coz aku dah biasa gak ni
sampai 2,3 ni apa kes ni..
aduiii tolong laa cik ela,kamu je la penyelamat aku sekarang ni..tanpa kamu mampus aku dibuatnya,sayang kamu ketat2 cik elaa..


Siapa berminat jadi ejen ulser??meh join aku skali..aku selalu dpt benda2 macam ni..so tak nak kedekut pulak,share2 la kita semua ok..hehee sakit sikit je pun kan??

 *sekadar gambar hiasan dari Cik Google..


Terima Kasih Cik Ela A.K.A BonJela^^
 


Kata Achie :Nak makan pun susah macam ni..ermmmmm 

Giveaway : Special Giveaway From Moscow^^

 *Klik banner kalau berminat

Salam perpaduan buat semua,malam ni nak siapkan lagi satu
asignment dari budak Shag yang comel ni..hehee suka suki dia je nak tag2 ea..
takpe lain kali nak balas balik..heheee
pepun thank ye sudi tag aku kat sini...peace selalu^^ 

Ga Kali ni special khas diterbangkan dari moscow,jauh tu beb..Jadi jangan 
kita lupa support kak nor ni tau,cian dia susah payah buat GA untuk kita..

Syarat2nya mudah sahaja:-

  1. Peserta mesti mempunyai blog (kalau tidak camana nak tag member kan?  
  2. Anda dijemput menjadi follower http://norakhtar.blogspot.com (tiada paksaan)
  3. Post satu entry tentang giveaway ini di dlm belog anda "Special Giveaway from Moscow" dan link kpd blog ini ( copy syarat penyertaan dr no-1 hingga seterusnya)..dan kalau rajin letak entry berkaitan di sidebar blog anda..kalau tak rajin..tak payah..tak nak paksa..: 
  4. Tag 5 orang rakan blog anda (nak tag lebih pun takpe) dan pastikan mereka tahu diri mereka telah di tag.
  5. Tinggalkan komen ikhlas anda tentang (1) kebaikan giveaway dan (1) keburukan giveaway di bahagian komen kat bawah ini beserta URL blog anda supaya senang saya contact.
  6. Giveaway ini bermula petang ini hingga 28 Feb 2011.  
Mudahkan??So aku pun nak gak tembak 5 orang ala2 tak nak mati style cik shag laaa..heeheee

~Korang yang dah baca N3 ni..hehee 
 

 

SAYA BLOGGER CERIA^^

 *Ceriakan hari-hari anda dengan klik banner ni^^

Salam..aku nak kena buat kerja uma lagi ni...kali ini aku ditag oleh 
Budak SCC ni,so kerja uma tetap kerja uma kan??aku kena buat laa juga..dan terima kasih pada En Luqman yang berjaya menghasilkan idea yang bernas ni^^

 ok,aku dah ngantuk ni jadi layaan dulu gambar terbaik dari kebun 
aku ni yee.. joooom^^


Sebelum aku nak tido,aku nak cakap satu benda dulu..
Ceriakan hari anda dengan kanak-kanak riang^^ 

nak tembak budak ceria ni


Kata Achie :Masa untuk tido^^heheee 




Ahad, 30 Januari 2011

Tag Dari Si Dia^^

Salam..malam ni aku kena siapkan kerja uma dgn kelajuan turbo yang ada,tag yang pertama patut aku selesaikan dulu dari my best fren aku yang tak pernah lagi aku jumpa ni..Aku pun tak faham sangat siapa owner dia yang sebenarnya ni..so bantai je la,tajuk entri tu betul ke tak,jangan salahkan tau..heheee thank Cik Kira

Ok,tak nak buang masa lagi,aku nak 
tau apa benda tag aku kali ini..jom layaaaaaaan^^

~Dua Soalan tentang blog~

1.Nama blog anda dan sebabnya? 
Wooferstorm..ramai yang tanya apa pasal aku buat  nama ni,.Siapa minat sound??pernah dengar woofer tak??kalau tak pernah,sila2 cari kamus ok..hehee aku peminat sound2 ni,lagi2 sound kereta memang aku layan..hehee so idea woofer tu dari sana timbul dan storm tu pulak..ehemmmm dah la k,lain kali je la aku cerita..kalau cerita sampai sok pun tak akan habis ni...heheee

2. Kategori blog anda ;personal, photography, food, place, fashion etc...
Ntah laa..macam2 entry aku masukkan ni tau..so layan je laa ye kalau korang minat..hehee

~Soalan rawak~
1. Warna kesukaan anda.
 Warna Merah yang utama,pastu coklat,biru dan hitam..
  
2. Kenangan indah zaman kanak-kanak anda.
Entah laa,dah lupa ni..maaaf pakcik dah tua..

3. Lagu kesukaan sepanjang zaman anda. Link daripada youtube. 
Wali band_ Ya Allah

 4. Lagu terakhir anda dengar.
 Dadali_Di saat aku mencintaimu
  
5. Lagu kegemaran anda ketika bersenam/bertugas. 
 Far East Movement - Like A G6 ft. The Cataracs,

 6. Lagu yang akan anda dengar ketika hendak tidur.
Suma lagu Maher zain,coz siap buat playlist lagi..hehee kadang2 gak laa..

7. Orang terakhir yang anda sms.
 kakak..pasal nak balik kampung^^

8. Percutian menarik yang pernah alami.
errmm,time praktikal kat kedah..pergi uma kawan time musim buah2an..hehee dan time kat Swiss Garden resort 

9. Makanan dan minuman? 
Nasi goreng daging merah satu dan air asalkan berais aku bantai..heeeehhe tapi pastikan bersih dan halal tau,heheee

~Favorite quote~

Ntah la,macam teda ja ni..aku kan main ikut suka badan aku ja ni..hehe

~Foto inspirasi anda~

Aku suka pemandangan laut,coz nampak cantik..(Swiss garden resort perak) 

 ~Foto senyum anda~

 comel tak senyuman aku..maaf,kalau tengok gambar aku yang gemuk gedempol ni nanti ada yang pengsan..hehee peace^^

ok..siap gak akhirnya so sekarang masa nak bangunkan orang dari lena kan??hehee aku nak tembak blogger2 ni..yahoooo

Cik Shag 
Cik SCC 
Bro Ady 
 Cik Syira
 Cik Nadia


Kata Achie : Amaran keras,sila guna pic anda yang sebenar..heheeee 



Aku Jumpa Duit Laa^^

Salam semua.....Kenal Scc tak??Dia saja je nak tag aku kan,takpe2 lain kali awas laa ye..tapi dia ni memang best la,rajin update entry dan selalu komen blog orang..tak sia2 laa kawan dengan dia ni..heheee thank SCC,memang power laaa Scc ni..bila nak jadi jutawan??kalau dah kaya tu.jangan sombong2 pulak dah laa..heheee Jom terjah blog dia,jommm^^



 *Sila klik banner ini ketat-ketat^^


opsss lupa plak na ckp ni,aku jumpa duit laa..betul aku tak tipu,memang aku jumpa duit ni..Siapa nak??aku nak belanja korang la ni..heheee walaupun cikit tapi berbaloi laa daripada takde..Lagipun dari pada sumber yang boleh dipercayai, aku cuma jumpa duit kira intro2 laa ni,pas ni ada lagi duit  bakal ditemui..tak percaya??betul laa..





 Betul kan??hehee tapi tu ok lagi la,kira rezeki aku la tu kan??hehee 
tapi yang buat aku musykil ni bila bukan setakat tu..Ada lagi duit yang aku jumpa ni memang khas untuk aku sorang..takpe,aku jumpa so aku amik je laaa 
kan?rezeki aku la tu....heeee
  


 Kata Achie :bukan jumpa pun,tapi patient yang bagi..hehee
 
Sabtu, 29 Januari 2011

Rasuah Lagi^^

Salam all...Apa cite korang suma??sok cuti mesti malam ni ramai yang
tido lambat ni kan??betul tak,nak join sekaki boleh??ehhehe
 malam ni walaupun belum makan,aku malas lagi nak makan laaaa,masih kenyang lagi
perut ni..Tak boleh nak sumbat lagi dah,kalau sumbat mesti
meletup silap2 hari bulan ni..hehee

Tadi aku sempat lagi kena rasuah,malas dah ni asik kena rasuah balik2 ni...
Aku tak nak laa macam ni,kalau sebulan sekali ke ok gak,tapi ni dalam seminggu tu mesti
ada yang rajin nak rasuah aku ni..Tapi kenapa ar??mesti nak suruh buat servis terbaik ni kan??tak payah nak rasuah,semua staff kat sini dah cuba yang terbaik untuk dorang ni...tapi demi tak memalukan dorang ni,kamu terpaksa amik gak demi jaga hati dorang..thank je laa yaaa.. 
Kami malu tapi mahu laaaa..heheeee
 Sekian,.







Kata Achie :Masih kenyang sampai malas nak update entry ni..heeehee
 

Berapa Harga Benda Ni^^

Salam pagi.Sebelum aku nak tido apa kata kita main teka
 teki..nak tak??heheee Saja nak uji minda korang ok..aku  ngantuk gila ni,so nak tulis entry pendek2 je laa yeee..hehee lagipun
kalau  panjang2 pun bukan ada gak yang nak baca kan,betul tak??

ok,pic kat bawah ni kan nama dia Machine Gambro,aku suka guna mesin ni coz
memang ada beza dengan mesin yang lain..yala,harga pun 
tak sama kan,so nak tanya korang la ni,agak2 korang la berapa harga machine ni??cepat jawab,siap yang pantas dan jawapan tepat or lebih nak sama pada jawapan aku nak bagi hadiah..gula2 20 posen nak tak??heheee cubalah teka cikit nak uji minda korang tu,heheee


 *tekalah berapa ringgit ni..heheeee

Kata Achie :Selamat malam,tak sempat nak bw...aku nak mampus nak tdo ni,hehee
 
 
Jumaat, 28 Januari 2011

Ni Dia Penangan Alzheimer^^

Salam All...Lambat sikit nak update entry malam ni,bukan apa bz baca novel la, ada novel baru beli ni..memang baik punya la..Nak baca??nanti je la share2 ok,hahaa tau ada yang bukan kaki novel ni,so takut bosan pulak kan..dah la bosan dengan aku ni.Nanti bertambah bosan korang tu kan??Maaf dipinta tau..

Pernah dengar tak Alzheimer ??pada yang belum dengar tu,juz untuk info ringkas korang je la..yang dah tahu tu,sila2lah tunjuk ajar mana yang tak betul..Ilmu untuk dikongsi kan??betul tak??heheee Penyakit Alzheimer ni berasal dari nama Dr. Alois Alzheimer yang berasal dari jerman yang menemukan buat kali pertamanya pada 1906..Time tu,aku tak lahir lagi tahu,so aku tak kenal sangat doktor ni,heheeee Selalunya penyakit ni selalunya ditemui pada orang tua sekitar 65 tahun keatas macam tu la...So berhati2 laa pada kita kita dan kita yang semakin lanjut usia ni,Tapi aku segan nak eksplen panjang2 nanti,ada yang bosan kan...kalau nak tahu lebih lanjut cari je la kat Mr google kita tau,heheee   

Cuma nak share satu cerita time kerja pagi ni,macam biasa aku masuk kerja sebelum jam 7 pagi macam tu..So tadi datang kerja,kira dah siap priming tu,tunggu nak connect patient lagi laa..dan bila dah siap cucuk patient tu,ada staff perasaan ada seorang patient tak datang lagi..pastu staff tu kol laa tanya dia kat mana,dan staff tu tiba2 ni bantai gelak gila..Bila kami tanya kenapa,boleh pulak staff tu cakap patient tu tersesat jalan sampai ke Subang Jaya,padahal uma dia area kat Puchong ni je...Pelik gak baik2 dekat je dari sini boleh terbabas ke Subang,Rupanya baru ingat dia ni ada Penyakit Alzheimer A.k.a Penyakit Pelupa macam aku ni..hehee tapi dia ni kira teruk dah tau,coz kadang2 boleh dia lupa kat mana dia parking kereta dan simpan kat mana barang dia..

Last2 tu dia sampai gak laa kat sini,tapi kecian laa bab dia sampai pun dah jam 9.30 pagi..faham2 je la kalau datang lewat,mesti laa kena balik lewat gak kan??yala,nak dialysis dalam masa 4 jam,mana boleh main redah je bantai 1-2 jam... Sabar je la uncle yeee,walaupun aku tahu dia malu coz selalu buat hal ni...Takpe uncle,kami semua tak marah coz kami tahu uncle tu memang PELUPA..heheeeee 

 *Ni dia Machine Nipro Surdial 55

 *Orang lain dah balik,dia ada masa lagi 35 minit ni..heheee

 *Ni uncle Hew San Tat,Ensem tak??heheee


Kata Achie :Takutnya kalau jadi macam ni....eeeeiiiiii 

Bila Semua Benda Dia Tahu^^

Salam dan selamat pagi semua...Dah jam berapa ni,aku belum lagi nak 
tdo..sok dah laa keja pagi ni..alamat nak mampus la
aku pas ni..tido tak menentu laa.pastu nak kena bangun awal pulak..
sekarang ni mood kerja aku dah merudum balik...nak tahu kenapa??

Korang pernah jumpa tak orang yang terlebih pandai ni??kalau ada,
kita serupa laa..aku bukan nak kutuk kutuk pada sesiapa yang terasa hati tu, harap dimaafkan cuma aku tak puas hati dengan hal time kerja tadi..
ada satu member aku ni bajet pandai laa kononnya,padahal aku ni senior dari dia buat macam biasa je..hehee aku ingat lagi time dia mnta ajar dulu,dari apa yang dia tak tahu sampai dia dia tahu...semua tu ilmu dia dapat dari senior2 ni, bukan baru start keja dah terus2 pandai kan..

 yala,kitakan manusia..selalu buat kesilapan dan itu memang aku akui sendiri,cuma aku tak puas hati bila dia selalu bajet dia tahu semua..kalau salah macam mana pun dia tetap nak cover baik punya dan tak nak mengaku salah..
kalau ada buat silap,dia buat2 tak tahu ni..dan bila ditanya bila pula tak nak mengaku,tak geram ke macam tu..tapi tu ok lagi la,cuma tadi ramai yang hangin semacam bila dia buat hal lagi..

Tadi dekat nak balik tu ada talk dari senior kami pasal water treatment, ala yang pasal R.O water tu,pernah dengar tak??tapi bukan ni bukan produk Hai-o or Diamond dan sama waktu dengannya..ni untuk pesakit dialysis a.k.a buah pinggang je...panjang lebar senior tu terangkan sampai ada part2 yang dia tersalah sebut,boleh pulak mamat bajet pandai tu tembak kenakan dia dan ketawa sorang2..hati siapa yang tak panas,cuba cakap??ermmmmm untuk makluman semua,dia pernah gak present sebelum ni dan banyak buat silap tapi takde yang kutuk2 dia pun,siap bantu dia lagi mana yang patut ni bila orang lain,suka suki dia je nak gelak...aku nak kena present minggu depan,macam mana ni....tension laaaa



Kata Achie :Apa patut aku buat ni??arghhhhhh 
 
   
Khamis, 27 Januari 2011

Mereka Ini Terbaik Laa^^

Salam semuanya...Siapa belum makan lagi ni??sila angkat 
 tangan sorang2 yaa,heheee Aku belum makan lagi ni,lapar 
gilaa laaa..jom makan ngan aku sekali,nak tak??hehee Aku 
belanja laa tapi ada yang sudi nak bayar tak??hehee

Sejak dua menjak ni aku makin happy dengan dunia maya ni, yala
banyak blogger kat sini yang 
best2 belaka ni,pendek kata yang terbaik laa..Tanpa korang, rasanya aku
cuma syok sendiri je kat sini tahu..Terima kasih pada semua 
yang terlibat sama ada 
secara langsung mahupun tidak langsung yang support aku tu..nanti aku 
belanja gula2 seposen,siapa nak??aku sanggup pos ni tak,hehee terima kasih sangat2 pada kamu kamu kamu dan kamu yang sudi jejak kat sini,semoga korang dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.amin3... 

Dan kali ini aku nak senaraikan tiga blogger yang terbaik la,harap korang jejak kasih laa ngan dorang ni tau,tak sia2 korang layan dorang ni coz
traffic korang tak kan putus tau..bukan nak bodek tapi ni
laa kenyataan yang harus aku terima..terima kasih yaaaa.. 
sayang ketat2 laa ngan korang ni,..
oppssss lagi satu,maafkan aku andai buat ada yang terasa dengan entry2 aku selama ini..maaaafkanlaahh..hehee 

Jom terjah blog dorang ni,sila2lah klik banner ni tau..thank^^


 ~Kak Diana

 ~Bro RushD

~Cik Nadia 
 
   Kata Achie : Aku lapar nak makan...heheee

Nak Duit Tak??Sila Jawab Soalan Aku Dulu^^

Hai..Apa cite di hari ni??ada benda tak nak buat??Kalau ada tu,share laa dengan aku..Ermmm tajuk entry aku ni macam apa2 je la,tapi layan je tau...plzzzz Tadi aku ada jumpa satu website dalam inbox email aku..bila aku masuk website tu kan,rasa lain macam je ni..Belum pernah lagi aku dengar benda2 macam ni,korang pernah dengar tak pasal cash88??apa tu?? tak pernah dengar la tu kan??heheee

Tadi bila aku try nak masuk,aku saja je nak sign up kira nak tengok apa benda ni..bila aku sign up,terkejut beruk aku lihat benda ni...Main ntah apa2 boleh dapat duit ni,so aku layan je la..lama2 macam best pulak ni,yala macam korang main uji minda tahu,dia bagi soalan pasal iklan2 yang ada,contoh iklan Kfc,Pizza Hut,MCD dan macam2 lagi laa...Kalau betul,dia bagi dalam bentuk point yang boleh tukar jadi ringgit malaysia..tapi kalau salah,point korang boleh dipotong...hahaaa padan muka,tapi aku tahu benda ni memang tipu laaa... Tak boleh percaya sangat ni,tapi kalau korang rasa hebat sangat,lahir kat dunia ni memang pandai terus,silalah berkunjung ke website ni ok...Tapi jangan percaya sangat apa yang korang nampak ni.Sekadar nak melepas kan bosan di senja  ini boleh laaa.Selamat mencubaa....Peace^^

 
*Sila Klik banner ini untuk lebih memuaskan hati..hehee


 *Antara soalan yang diberi..Ada berani??


Kata Achie :Kalau Tak berani,duduk diam2 je kat situ...heheee
Rabu, 26 Januari 2011

1st GA Pearl by mOoN^^

Salam..ni asignment aku yang kedua pulak malam ni..heheee kali ini yang tag aku adalah Kak Diana ,Dia ni pun sama gak,memang hot gak laa coz rajin datang blog buruk aku aku aku dan aku tu,thank sangat2 ye kak..Memang kak diana ni terbaik la,tak sombong ni...apalagi??kalau tak kenal dia,cepat2 la pergi terjah terus follow tau dia kat Sini ,Ingat ni bukan paksaan semata-mata tapi arahan bertulis dari aku..heheee 

 *Sila Klik Banner untuk keterangan lebih lanjut^^


GA kali ini dianjurkan oleh Munirah buat julung kalinya so kita support dia ke .. GA kali ini aku join juga laa coz dah kena tag kan,so wajib laa aku pikul amanah yang besar ini,lagipun agak simple kat sini tanpa memerlukan anda berfikiran sampai terkeluar biji mata tu ..hehee lain kali buat lagi tau,hehe Putih ,Peach dan Hitam??Mana satu??tu je ke boleh pilih??warna merah boleh tak??hehee tak dapat merah,coklat pun jadilah...Oklah,aku tak nak langgar pantang larang GA ni so aku pilih warna hitam la,hitam pun cun apa... betul tak??Lagipun kalau pakai hitam ni,nampak berlagak sikit.ditambah lagi dengan cara berjalan yang sombong bongkak,memang hitam juga laaa..heheee sekian hasil repekan aku disini,dan macam biasa kena tag orang kan ni??
Ermm,nak tag siapa??fikir jap,...Aku Tembak dorang ni..heheeee 




Kata Achie :Siapa yang berminat,silalah join tau..heheee  

Sabahan Bloggers Yang Hot^^

Salam bloogger..hari ini ada asgnment nak kena buat ni,dah laa lambat nak update entry so nak kena run laju2 cikit ni.heheee tag pertama ni aku dapat dari owner blog ni sendiri,kalau nak tahu siapa kak yang hot ni sila ke Sini , Dia ni memang hot tapi jangan cuba2 nak ngurat pulak,dia ni dah kawin tau..Buang je laa angan korang tu jauh2,Thank kak yatie..Dia buat ni sempena ulangtahun bandaraya Kota Kinabalu yang akan menjelang tiba pada..........ermmmm aku tak tahu la bila,betul memang tak tahu heheheee..Tujuan kak yatie buat ni coz nak senaraikan orang sabah kat koleksi blog sabahan dia ni..Tapi jangan kata isu perkauman kat sini ok,coz negeri korang yang bukan orang sabah pun boleh buat macam tu kat blog korang....idea bernas tak??heheeee 

Wajib ikut apa yang kemahuan kak yatie ni,apa dia?jom^^  

1. mesti ada blog (wajib) + sila tgglkan address blog kamu sekali bah.
2. tolong bgtau ya dgn jelas yg kamu 'GirlY' atau 'BoY' bah. he²
3. mestilah datangnya dari sabah sahaja
4. buat entry 'sabahan bloggers yg hot!' kat blog korang dan jgn lupa link kan ke blog aku sama. senang sikit aku nak buat edisi siasat kat blog korang..he²
5. tiada tarikh tamat tempoh, sgt² di alu²kan for sabahan blogger

Entry yang hot??macam mana laa tu ar??ni yang susah cikit ni kak..heheee tak tahulah nak cakap pasal apa sampai entry hot ni,tapi aku kat sini memang hot sangat2 coz kipas tak kuat sangat ditambah lagi dengan layan radio Hot Fm...Hot tak?Kalau tak hot,abaikan je laaa..hehee  Aku ni lelaki lorrr,asal dari Kota Marudu Sabah yang berjiran dengan Kota Belud dan Kudat.. Pernah dengar tak??kalau tak pernah,jom ikut balik kampung bulan 3 ni...hehee dari kota marudu nak ke kota kinabalu tak laa jauh sangat tapi tapi tapi dan tapi,aku ni tak hafal sangat selok belok kat Kota Kinabalu A.k.a KK tu...Kalau aku sorang2 confirm tak pergi laa aku jawapnya.hehee aku tak nak cakap banyak2,nanti korang bosan aku mencarut mengarut bukan2 kat sini,so layan je laa pic yang aku rompak amik dari Mr Google ni..Maaf kak Yatie kalau dah aku TERLEBIH SUDAH^^






  






Kata Achie : Apalagi orang sabah tu,jom support kak yang hot + hot ni...jommmm





Selasa, 25 Januari 2011

Makin Sayang Dorang Ni^^

Hari ini,aku happy sikit coz keja sekejap je dah balik uma..heheee best siot kalau macam tu,sekejap je kat tempat kerja ketong keting buat kerja dah balik uma..waaaaaa nak laa hari2 macam tu,tadi time kerja tadi dah ada patient mula bagi angpau tau,hehee ni yang best ni..tangan ni dah gatal sangat nak terima angpau,lagi2 dekat nak tahun baru cina lagi banyak yang bagi tu...bagus sangat la tu kan??..korang bagi je laa banyak2,aku kat sini tersudilah sangat nak terima tu suma..kalau boleh nak not warna merah,tak pun lagi bagus kalau dapat warna ungu tu sekali..kalau sorang bagi not warna ungu tu,darab dengan patient yang dekat2 nak 100 orang tu,banyak juga pendpatan aku ni rasanya..tapi bukan semua orang cina pun kan,aku bajet dalam 50 orang pun dah cukup...Tapi persoalan kat sini sudi ke dorang nak bagi not warna ungu tu??mustahil2,so jadi budak kecil laa aku.... Dapat seringgit pun dah syukur,janji dorang iklas nak bagi dan aku sudi nak terima...eheheee

Makan pun tadi ada patient siap belanja ni,aduii baik sungguh dorang ni..Tak tahu nak balas dengan apa laa ni,takpe nanti aku layan dorang ni baik punya..kira service 5 star laa katakan..heheee tu pun kalau mood aku ok,kalau tak ok makan asap la dorang ni jawapnya... Entah laa,aku pun sebenarnya dah malas nak kerja kat sini coz pengurusan dia memang hampeh..macam2 prosedur nak tukar tapi habuk pun takde..bukan nak menyenangkan malah tambah menyusahkan lagi..aku pun tak tahu bila aku boleh bertahan kat sini,Mungkin ada patient yang baik sangat buat aku tahan je dengan apa yang berlaku..Walaupun ada benda yang menyakitkan mata aku ni,aku nak cakap pun susah gak..so aku buat2 tak nampak je laa,stress campur happy aku kat sini,heheeee Oklah pepun nak ucap terima kasih yang teramat sangat pada patient2 yang sudi belanja nasi lemak hari ni,aku salut laa dengan dorang ni..bukan takat nasi lemak je,tapi dengan ini2 sekali..ambik kau,makanlah sampai perut meletus..hahaaaaa jom makannn





Kata Achie :Rezeki jangan ditolak,musuh boleh ajak makan sekaki...heeeee

Muka Dia Lagi,Hampeh Betul^^

Ermmmm,penat betul tunggu movie yang tengah download ni...Lambat betul nak siap,tak tahu bila laa siap ni agaknya...Kalau tidur ni mungkin sempat nak berdengkur tak??heheee tapi aku tak berapa suka tido petang2 ni,tak siok la tido petang...kalau penat tu lain cite laa kan??betul tak??kalau penat sangat,jangan kata kat  tilam, asalkan boleh tido aku main bantai je ni..lantaklah laaa kan??janji dapat tido,jangan tido kat tandas suda laaa..hehee tapi kalau aku tido petang,malam confirm aku tak dapat nak tdo ni..so aku tak nakk tidooooo..

Tadi aku saja je jenguk email aku,tengok manalah tau ada email yang penting yang perlu aku tahu..hehee  dan akhirnya aku dapat dia ni,aduuuiii bab2 macam ni yang aku malas skit ni,yala aku memang tak suka ni,korang suka ke??aku tetap tak,walaupun aku tahu aku perlukan dia..Boleh ke guna dia tanpa perlu nak bayar?ada tak service free yang boleh guna sesuka hati tanpa bayar walaupun sesen..memang laa ada yang tak bayar,tapi mak bapak yang tolong bayarkan..tapi tetap nak kena bayar juga kan,takpe laa aku buat2 tak nampak je laa dia ni..aku tekan sign out dan keluar tanpa rasa bersalah...hahaaa bagus sangat aku ni kan??jangan marah wahai sidia,insyaallah aku pasti akan bayarlaahh,tapi tunggu cash out Mr Nuff boleh??hehee ermmm,bila la nak cash out,kalau account nuff aku tu asik sen2 je ni..hahaaaa tergelak sekejap,sekian^^



Kata Achie :Ada sesiapa nak bayarkan untuk aku tak??heheee 

Hari Ni Memang Sempoi^^



Salam warga blogger,.Apa cite arr??heheee aku baru balik kerja ni,hari ni keja separuh hari je..best giler,dapat landing awal kat tilam ni...Rindu sangat2 nak tido padahal keja tadi start jam 7 pagi,dah balik 10.30 pagi gak...tak ke bestnya namanya tu,kalau begini hari2 kan cun...heheeee tapi ada ke keja camni??kalau ada,aku nak apply la..hahaaa

Aku pun hairan macam mana cuti aku ada half day ni,padahal tak pernah2 pun aku kerja separuh hari,pelik bin ajaib ni dibuatnya...tapi aku layaan je laa cakap manager aku tu,kalau dia kata macam tu aku ni ikut je la...takkan nak bantah tak nak cuti, nanti orang kata  bodoh sombong pulak...kan3?? Aku hari ni macam takde planning nak gini mana2,so lepak rumah je la tunggu member balik kerja..rasanya aku nak isi masa yang ada ni dengan download movie yang berlambak tu kan??Nanti boleh laa nak tengok puas2.yahhoooooo nak join??jommmm sekian repekan aku untuk kali ini..hehehee 

Kata Achie :Entry pendek2 je,kalau panjang pun tkde sape nak baca..ermmmm 
Isnin, 24 Januari 2011

Contest Gambar Tak Nampak Muka Paling Cool^^

Salam semua..Hari ni aku nak join satu contest baik punya,kenapa baik punya?? ya la,selalunya contest tayang muka sana sini tapi ni tak bagi nampak muka tapi kena buat paling cool..Ingat senang ke tu nak join tu,tapi ok lah coz kalau contest yang tayang muka sana sini tu aku susah sikit nak ikut coz kalau ada sesiapa yang tengok muka aku ni confirm 44 hari tak boleh tido,tu penangan berbisa tau...so jangan la cuba2 nak tengok ok,nanti selera nak makan tu takde langsung...heheee

ok,sebenarnya yang tag aku ni Incik Pendekar ,baik benar dia ni sudi tag aku ni kan..tambah salut aku ngan bro seorang ni,memang baik gilalah...Kalau nak lebih lanjut lagi pasal seo,ntah apa2 ni sila rujuk dia ni ok..Memang power la ditambah lagi dengan persembahan entry yang memukau hati..Suka aku baca  entry2 dia ni,dah macam pendekar dahulukala pun ada laa..heeeee Opppsss, lupa plak,contest ini dianjurkan oleh Hadifar yang baik hati sangat2..so siapa nak terjah dia ni,sila klik Sini ,So jangan lupa follow dia tau..heheee sekian^^



 *Jom join,Sila klik ketat-ketat kat Sini 


 Dengan sombong bongkak aku pertaruhkan pic ni ok...eheeeee caiyoooook


Dan dengan muka tak bersalah,aku nak tag budak ni.aku tak kira,nak tag juga laa..hehee  

  


Kata Achie : Best gak contest2 macam ni..hehee
 

1Malaysia.Com ?? Jom Sign Up^^



Salam.hai mat malam semua,buat apa tu ar??ni dok sibuk2 blogging ni korang dah makan ke belum ni??jangan layan sangat blog sampai tak makan,sakit kang aku tak nak ambil tahu...heehee agak2 kurang ajar aku kat situ kan??gurau je laa,jangan nak marah2 pulak..Tadi aku sibuk bw blog orang sampai jumpa website ni,macam gempak jaa ni..so aku terjah punya terjah,akhirnya jumpa gak benda ni..heeehee

Setelah berfikir sejenak,uisshhh aku amik keputusan nak sign up gak la...Tak rugi pun kalau nak sign up tu kan??betul tak?tak kena bayar pun walau sesen,masuk tandas berbayar lagi rugi,nak kena bayar 20 sen paling kurang..ada yang sampai ringgit2 tapi service dia hampeh gak..takde pape pun yang istimewa nak kena caj sampai macam tu sekali,so better masuk tandas uma..hehee maaf,terlajak kat isu tandas pulak yee..so siapa yang sudi join 1malaysia.com tu,sila2 laa sign up ok,dan sesiapa yang ada account dah tu jangan lupa adda aku sekali tau,heeehee senang je tu kan??demi memeriahkan lagi dunia maya ni..jangan lupa tau,add aku kat Sini

*Apalagi,jom sign up beramai2,joommm

 *Sila klik banner ni kalau nak sign up tau..


Kata Achie :Jom layan pulak buatan malaysia,asik layan Fb yahudi tu bosan gak kan..heeee 
Ahad, 23 Januari 2011

Aku Suka Blog Dia Ni^^



Salam dan selamat malam blogger...Semoga korang semua sihat hendaknya,dihindari dari sebarang penyakit or apa pun musibah..Andai ditakdirkan macam tu sekali,percayalah ada sebabnya kita diuji olehNya.. Mood aku malam ni tak okey skit,coz penat menunggu movie yang aku download, menunggu tu menguji kesabaran aku yang memang kurang bersabar ni..lagi2 bila dah separuh download,tiba2 file tu failed..Tak ke panas hati tu,paksa aku cuba dan terus mencuba lagi..Sekali gagal tak kan gagal untuk selama-lamanya kan..betul tak?hehee

Hari tu,aku ada terjumpa satu blog ni..bila aku baca entry2 dia ni rasa buat aku sedih laa,tak tahulah kalau korang ni pernah pergi blog dia or tak..Tapi aku yang baru tahu ni rasa lain macam je..Bayangkan kalau aku macam dia,aku mampu ke nak buat semua ni...ntah laa,maybe dia ni punya kekuataan yang luar biasa kot,aku pun tak berapa pasti apa kes dia ni,segan nak tanya laa weh..nak baca antara entry dia yang buat aku terasa,sila klik Sini Sini Sini 
dan Sini ..Dah baca??korang rasa dia ni apa kes ar??Biar aku fikir kat sini sorang2 laa,Sekian...oppss,jangan lupa ziarah blog dia ok,dan kalau boleh follow laa sekali..heheee support kawan blogger kita^^thank all

 *Klik banner ni kalau nak ke blog Ady Budika


Kata Achie :Lagu blog dia ni pun lagu sedih,aduuuuii..

Lebih Baik Binatang Dari Orang Semacam Ini^^

Salam warga Blogger..hai,harap takde yang sakit2 ye di hujung minggu ni.. syukur ke atas nikmat yang Allah s.w.t beri kerana sehingga kini aku masih bernafas lagi, masih lagi jejari aku ni merempit disini untuk menganggu korang semua,heheee harap jangan ada yang terasa hati..sememangnya mood untuk aku mengupdate blog ni semakin kurang,tak tahulah kenapa macam malas aku dibuatnya..ada ka disebabkan kekeringan idea yang berterusan atau merasakan kehadiran aku disini menganggu kalian semua..Harap2 tidak macam tu laa, 

Abaikan seketika..

ermm,macam biasa selepas aku makan.aku diberi kesempatan untuk melayan Kosmo online sekejap..aku jarang dah beli paper sekarang ni,kalau kat uma ni lagi rajin layan secara online gak walaupun isinya yang disampaikan tidak merangkumi semua aspek..tapi aku layaan dan terus melayaan,dan hari ini aku terbaca satu artikel yang membuat hati aku agak sakit,sakit + sedih sekali melihat artikel ini...Jom baca sama2 ea,


Kosmo Online
JOHOR BAHRU - "Selagi tidak dijatuhkan hukuman setimpal selagi itu saya tidak puas hati."

Demikian luahan Nur Aquilla Razali, 27, ibu kepada kanak-kanak, Nor Dania Qistina Norafizan, 3, yang maut akibat didera pada 9 Januari lalu.

Katanya, dia percaya pihak berkuasa dapat melaksanakan hukuman yang sewajarnya terhadap mereka yang menyebabkan kematian anak perempuannya itu.

"Saya yakin undang-undang akan menghukum mereka yang bersalah," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Kosmo! semalam melaporkan suami wanita itu, Norafizan Ludin, 30, dan isteri mudanya, Dewi Nadia Alias, 25, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas dua tuduhan membunuh dan mendera Nor Dania Qistina.

Kedua-duanya turut dituduh mendera kakak dan adik mangsa, iaitu Nor Dania Batrisha, 5, dan Danish Irsyad, 1.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 34 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Nur Dania Qistina disahkan mati akibat didera pada 9 Januari lalu dengan 73 kesan lebam di tubuhnya serta berapa organ dalaman rosak teruk dipercayai dipukul dengan objek keras.


Dah baca??macam mana??kalau aku cakap orang yang buat ni macam binatang,bahkan lagi teruk dari binatang,ada yang marah aku tak??kalau ada,sila beritahu.coz aku nak cakap orang yang buat ni memang tidak berguna langsung,bodoh tak bertempat...Wadefakk kata Fiqah ,So kalau ini memang aku setuju benar penggunaan ayat tu...Sesiapa pernah tengok cite Kidnapper??walaupun cite ni dah lama,tahun lepas lagi..kalau yang belum tengok tu,sila2 tengok..baru tahu macam perasan ibu bapa yang betul,bukan dengan cara mendera sampai mati...Bodoh punya orang,tu je yang aku mampu katakan..silaaa layan video ini,sekian..






kalau ada yang rasa tak best sangat layan cite kat U-tube ni,sila download filem itu kat Syok.Org ..tapi jangan lupa register dulu ok,kalau tak tahu cara nak download,sila2 bertanya..insyaallah aku akan bantu setakat yang mampu..hehee

Kata Achie :Maaf,kerna aku mencarut sekejap kat sini^^
  

 

Tips Nak Masuk Malaysia Book Of Record??Boleh Ke??



Hai,selamat tengahari semua..semalam aku langsung tak update entry apatah lagi nak Bw..sorry kalau aku tak dapat singgah blog korang..aku penat giler semalam..Lagipun macam malas nak update ni coz takde idea la...heheee so duduk diam2 je laaa aku kat sni..mesti korang lagi suka kan?aku ada nanti menyemak je kan??hehee So pasni aku tak nak dah update hari2,takde yang baca gak tau..macam syok sendiri nampak....sedih tau,bagi aku nangis sekejap...uweeeeekkk aik?termuntah pulak...heheeee


ok laa,hari tu time aku lepak kat IOI Mall,aku ada nampak satu benda apatah kat dalam mall tu...kalau ada yang pergi sana,mesti perasan kan??maaflah,aku ni lepak kat sana je..itu je aku mampu coz dekat,kalau jauh2 ni malas nak jalan....heheeeee ada sesiapa nak masuk senarai malaysia book of record??kalau ada,rasanye senang je tu tau..aku ada tips nak buat tu semua,tapi tak pasti berjaya or tak..kira kalau tak berjaya jangan nak  salahkan aku pulak..heeee
perkara yang harus korang buat adalah :-

  • Buat satu benda yang korang rasa korang  boleh buat dengan senang tapi orang susah nak buat..ada tak??hehee 
  • Survey kat malaysia book of record  kalau benda yang korang buat tu orang lain dah buat ke   belum..kalau belum makin cerahlah peluang anda...hehee kalau ada,korang buat laa sampai record dorang tu pecah..tapi jangan kepala korang pecah sudah...heheee 
  • Pastikan korang buat show tu bersaksikan Wakil dari Malaysia book of record,kalau dorang kata  ok,dan korang layak..korang tunjukkan je la,kalau korang buat bersendirian,tu Rekod Syok Sendiri namanya...heheee 
  • Sebelum korang nak tunjukkan bakat korang tu,sila praktis banyak kali agar korang tak mengelabah nanti time acara tersebut..Korang failed jangan nak salahkan aku tau..heheee 
  • Lagi bagus kalau benda yang korang nak show tu ada kawan reramai yang ikut,lagi banyak lagi bagus tau...tapi biar berguna,kalau setakat pak pacak kat situ better korang sorang2 je kat situ...hehee
  • Pastikan show yang kurang buat tu susah orang nak tiru coz kalau senang je,hari ni korang buat record,selang berapa jam record korang dah dipecahkan...tak ke malu tu??heheee  
  • Jangan lupa minta restu ibu bapa korang dan pertolongan dari Allah s.w.t coz benda tu memang  penting..mungkin ramai yang tak buat macam tu..betul tak ni??hehee 
  • Dan paling penting,kalau aku cakap ni  salah..jangan memandai nak bantai aku pulak ok..hehee ni idea hasil otak aku yang tak berapa geliga..heeehee maaf,apa kata kita buat world of record wahai warga blogger??heheeee 
Ok kat sini ada satu contoh Malaysia Book Of Record,aku tengok ni kat IOI Mall je la...heeee senang sangat la,rasanya kita pun boleh buat??apa macam??ada bran tak??heheee yezzaaaaa



Kata Achie :Senang bila nak komen,nak buat tu yang payah..aku nak bagi motivasi untuk diri aku sendiri..heheeeee 
 


 
Jumaat, 21 Januari 2011

Restoran Sekinchan Ikan Bakar^^

Ermm..lapar gila ni malam ni,nak cari makan kat mana eaa??hehee ingat nak cari makan kat luar tapi malas nak kuar...Bagus duk kat uma je laa,cari apa2 makanan yang ada janji kenyang..Time2 macam ni ingat pulak kat kampung,kalau kat kampung tak payah susah nak masak,nak cari makan...Dah ada kak2 yang tolong masak baik punya,tapi masalah sekarang aku kat mana??hehee so jangan nak berangan laa,abaikan je laaaa angan2 kosong tu kan...

Ermm.dah lama tak makan makanan laut ni..Rindu nak makan udang besar,hehee sedap tu kalau masak udang putar,resepi bapa aku tau..Dia selalu masak menu tu dulu,so aku pun menyibuk gak laa merasai kerangkupan udang tu..ikan bakar pun aku suka,memang sedap gila kalau layan ni..Cuma kat sini agak mahal laa,kalau kat kampung aku benda2 macam tu murah je la,kadang2 free lagi tau... Siapa nak nak free,sila ikut aku...tolong tulis nama tau,heheee aku janji tak akan bawa korang,huuhuu takpe la,kalau korang nak makan gak sila laaa ke Restoran Sekinchan Ikan Bakar depan giant kat Puchong tu...Kalau nak makan banyak mana pun,tak kisah laa,,janji dah makan tu pandai2 laa bayar sendiri tahu..kalau korang layan situ,jangan lupa ajak aku sekali makan free,aku pun nak ikut gak..heheeeee


*Ramai orang lepak tau,nampak sangat sedap tu...heheee 



 *Berdepan dengan bukit ni,memang cantik laaaa..jom serbuuu^^

Kata Achie :Makan maggi je la jawapannya malam ni..ermmm

Si POPO Yang Degil^^

Salam...selamat malam semua,dah makan??kalau dah alhamdulillah,kalau belum sila2lah jamu perut korang yee..nanti tak pasal2 pulak sakit perut,aku tak tahu.. heheeee aku pun belum lagi makan ni,lapar laa jugak tapi kawan2 rumah ni masih tidur bergelimpangan..Siap berdengkur lagi tu,kalahkan orang yang kerja petang je ni...padahal dua2 kerja pagi,aku je yang kerja petang tapi aku lagi semangat tau lagi2 depan mrs lappy ni...heheeee ingat tadi nak rehat jap lepas balik kerja tu,tapi bila dah online dah hilang rasa ngantuk...heheee caya tak?? tak percaya,percayalah sebelum anda dipercayakan...tiada kena mengena pun,bantai je laa labu..

tadi ,time kerja semua ok..tiada masalah cuma satu benda je jadi hal ckit.. pasal ada satu patient ni,nama dia Chai Soon Lan tapi kami panggil Popo,translet dari bahasa cina maksud dia nenek kalau tak silap..heheee time cek Bp dia tu sebelum balik tu kan,bp dia high..so kami tak bagilah dia balik...Tapi dia ni nak sangat balik,tak tahu apa yang dia kejar balik cepat ni..Puas kami nasihat dia jangan balik,tak dengar juga ni...kalau dah tua ni,memang degil pulak kan??nak kena ikut cakap dia je,cakap orang tak nak dengar langsung..kita kalau dah tua macam  tu ea??merajuk tak tentu pasal,aduuuuuii harap2 laaa aku tak jadi macam tu,tapi aku tak salahkan dia,mungkin ada hal nak cepat balik,tapi rasanya macam hari2 macam tu.hehee takpe laa popo,janji popo bahagia ok...bila bp dia dah turun cikit baru kami bagi balik,tapi stil juga tinggi..aiyooooo popo,degilmu ni boleh mencabar keimanan ni..eheeee harap2 pas ni dia tak degil2 lagi..sekiann^^

 *Walaupun dah turun,sistolik masih tinggi...ermmmm


 Ni Popo tu,siapa yang pernah jumpa sila2 laa  bagi kaunseling sikit...heheee


Kata Achie : Bp tu blood pressure ok,sorry singkat ckit..hehee 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)Copyright reserved by Woofer Storm.
Powered by Blogger