Blog Lensa Kamera

Selasa, 31 Januari 2012

Percaya Padaku

Assalamualaikum w.b.t. . . . 

aku tak tahu apa yang ku rasakan
dalam hatiku saat pertama kali
lihat dirimu, melihatmu

seluruh tubuhku terpaku dan membisu
detak jantungku berdebar tak menentu
sepertinya aku tak ingin berlalu

reff:
berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

ku berikan cintaku juga sayangku
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku .. 


#Lirik penuh kat SINI

Dalam sesuatu perhubungan ,ada pelbagai aspek yang perlu diterapkan..kalau inginkan hubungan itu berkekalan.kalau inginkan keindahan dalam satu perhubungan..kalau inginkan pasangan kau menghormati kau sebagai pasangan hidupnya..hubungan hanya sekadar suka-suka,sekadar kau nak lepas geram baik tak payah..cuma hanya membuat kau berdosa dalam tak sedar..

Dalam satu perhubungan,perlu ada sikap saling percaya antara satu..percayakan dia sebagaimana dia percaya kau seperti apa..tanpa kepercayaan apa benda pun takkan jadi.. percaya itu perlu,jika kau inginkan hubungan itu berlanjutan sampai ajal kau mendatang.. namun percaya juga tak boleh membabi buta,kau percaya dia terang-terang takut kau pula yang akan ditelanjangkan..kau tak percaya apa yang aku katakan,itu kau punya pasal..janji aku kata apa yang aku rasa..semestinya pendapat kita memang berbeza,kau dengan cara kau,.aku dengan cara aku..Sekian !!

#Kau buat aku tak percaya pada perempuan..kasihan mereka terima hukuman yang tidak setimpal..

#Siapa pinang aku,aku terima dengan senang riang.hahaaaa *merapu

#Jangan lekas menghukum,apa yang kau lihat tidak semestinya apa yang kau rasakan.takut kau menyesal tak sudah2..

Lokasi Gambar :Putrajaya


                                                                 ****************



Kata Achie :kau tak pernah percaya dengan aku..kesal !!


Like jika rasa tertarik...






Ini Buatan Malaysia

Assalamualaikum w.b.t....

Tak sangka masih ada orang berfikir kolot dizaman serba maju ini,diakhir zaman menuju kehancuran umat islam..zaman dimana manusia rakus mendabik dada mengatakan dia yang paling berkuasa..zaman dimana maruah sudah hilang entah kemana, merosakkan anak bangsa sendiri demi agenda yang tersembunyi didada..sedarlah sebelum terlambat,sedarlah sebelum menutup mata rapat-rapat..

Kenapa dimasa kini penggunaan ilmu guna-guna masih kerap berlaku,masih ada yang menggunakkan santau untuk mengenakan orang lain semata inginkan kepuasan yang meninggi.. Mengutuskan para syaitan untuk menganggu ketenteraman orang lain yang inginkan kedamaian tanpa ada sebarang gangguan..kenapa perlu permusuhan harus dibalas dengan kesumat dendam yang membara,bukankah sebaiknya diajak berbincang bersama mencari jalan yang terbaik..tanpa perlu membuat onar yang cuma hanya membuat dosa semata-mata..adakah ini produk buataan malaysia yang harus dibanggakan?kalau inilah,sememangnya orang itu tak layak tinggal dimalaysia..harus nyah kau dari sini..Sekian !!

#Kasihan bila ada keluarga sahabat menjadi mangsa santau buatan orang..kalau kau yang terkena balik ,bagaimana rasanya??

#Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya..tapi bukan begitu caranya..

#Bangga sekejap bila Paris Hilton Add aku kat Muka Buku.heheee

#Model : Nurul Farhana
Mua : Linda Helmi





#Kat bawah ni shoot spontan..guna lens nikkon 50 mm manual..comel kan?hehee



Kata Achie :Kau bagi macam tu,pasti dapat serupa itu..grrrrrr



Sila like jika suka entry ini....
Ahad, 29 Januari 2012

Bila Susah DiCari

Assalamualaikum w.b.t. . . . 

#Antara model yang menjadi mangsa shoot tadi petang..hehee

Dahulu dia sungguh mewah,lebih-lebih lagi punya rupa yang ditaruhkan menjadi sandaran kehidupan..dia sungguh bermegah,punya kawan yang begitu sayang padanya..hidupnya begitu indah, setiap detik merasa begitu sempurna..kawan yang ada begitu menjaganya bak seorang putera,diusung ke sana sini macam seorang anak raja..apa kemahuannya pasti akan diturutkan janji punya kewangan yang cukup kukuh..tapi itu kisah dahulu,kisah ketika dia masih punya harta, punya rupa yang menawan.kini?kini tiada lagi siapa yang ada disisi,termenung dia sebentar mengenang nasib yang ada..baru sedar satu perkara,hidup tidak selalunya indah..

Kau pernah merasa begitu?dikasih seperti seorang anak raja,ditemani oleh mereka yang begitu prihatin terhadap dirimu..dipuja bagai kamu sumber segala,apa sahaja katamu pasti akan diiyakan saja oleh mereka..janji kau sayang mereka dengan kemewahan.namun bila kau sudah goyang,jatuh merudum tanpa disedar ,kau dah hilang segalannya.kau cuma sendirian rupanya.. baru kau sedar satu perkara,mereka yang pergi meninggalkanmu hanya tunduk pada satu perkara..cuma harta dan rupamu menjadi sanjungan mereka..kini kau sudah tiada tidak punya apa-apa..kau baru yakin bahawa mereka yang disisi bukan semuanya akan kekal bertahan,pasti suatu masa akan pergi meninggalkan kau dalam keadaan tak sedar..kau ingat itu kan??Sekian ^^

#Hidup tidak sentiasa indah,janganlah kau merasa begitu teruja ya..

#Kawan aku datang dan pergi begitu saja,kau pun nak buat aku begitu??

#Bila susah dicari,bila senang bayang pun tak nampak..apa cite??

#Photoshoot tadi best cuma hujan tadi membuat kami berhenti sebentar..gambar tak dapat nak upload sebab ada masalah ..esok-esok je la..


Kata Achie :Aku faham jika kau pergi tanpa alasan sahabat..


Sila like jika suka entry ini. . . .


Kenapa Suka Memaksa


Assalamualaikum w.b.t. .

#Asyik shoot domodroid je,esok petang shoot model pula..yahooo

Jangan suka dipaksa,bila orang tak suka..itu semua kerja orang yang sia-sia..dah terang dia dah tak suka,yang kau paksa apa cerita..jangan suka memaksa,bayangkan bila kau pula berada ditempat dia..apa kau rasa?oren?memaksa bukanlah perkara yang mudah,kekadang senang untuk dituruti,kekadang sampai letih kau berhujah dia masih tak punya perasaan apa-apa..jadi sebelum memaksa berfikir sehabis baik..Kau nak hitam,kau nak putih.kau pilihlah sendiri..Sekian ^^

#Tak perlu memaksa jika orang tak sudi...

#entry dah macam entry ini pula..heheee  [ LINK ]

Kata Achie :Terasa pedih hati ni..apasal ea??


Sila like jika suka entry ini. . . .


Sabtu, 28 Januari 2012

Kiamat Semakin Dekat

Assalamualaikum w.b.t. . . . 

#Cuba teka kat ne??heheee

Sekadar mengingatkan,benda yang tak pasti tak payah suka benar nak sebarkan..niat mungkin baik,nak beri peringatan kepada orang lain..namun takut khabar yang hendak disampaikan itu kurang tepat atau tidak benar sama sekali.jangan sampai membuat fitnah dalam rasa tak sedar, tidakkah itu lebih menakutkan..bagi aku,dalam blog ini aku kurang gemar bercerita pasal agama mahupun politik kerana kalau kau tak tahu apa benda,baik duduk diam..nak tahu juga bagus tanya pada yang pakar,jangan berlagak pandai macam semua benda kau tau..kita manusia ni memang belajar dan sentiasa belajar..jadi normal bila banyak benda kau tak tahu,tapi abnormal bila kau tak tahu tapi berlagak macam kau tahu..Sekian..

#Der,bukan berfikir bila kiamat tu nak datang..kerana itu semua kerja tuhan..sebaiknya  lagi bagus kita perbaiki amalan yang sedia ada..lagi2 kita yang sering buat dosa dalam tak sedar..

#Kiamat itu pasti.bila?cuma tuhan yang maha mengetahui.. 

#Ada beza antara  wallahu a'lam dan wallahu' alam..jangan main redah je,tanya pada mereka yang lagi arif..

#Ada duit lebih beli buku ini.. KIAMAT SUDAH DEKAT

Kata Achie :Jangan memandai kalau kau memang tak pandai..


Sila like jika suka entry ini..

Jumaat, 27 Januari 2012

Bila Terdesak

Assalamualaikum w.b.t. . . 


#Selamat malam semua..

Percaya tak,manusia ini bila terdesak sanggup melakukan apa saja..janji apa yang dihajati akan tercapai,tak kiralah benda itu betul mahupun dah terang-terang salah...manusia ini punya pelbagai sifat,sifat tamak adalah satu dari sikap yang cuma merugikan kepada kita sebenarnya.. gara-gara inginkan sangat sesuatu benda,perbuataan keji pun sanggup dilaksanakan..

Apapun bertindak dengan bijak,mungkin bila kau dah terdesak kau dah tak ingat apa satu pun benda..mungkin juga kau dah tak ingat tuhan,tapi kau lupa tuhan sentiasa memerhati perbuataan kau tiap masa.kau nak lari kemana??bila terdesak,berfikirlah sehabis bijak,jangan pula buat benda yang kurang bijak..apapun masalah pasti ada langkah penyelesaian,jangan gopoh sangat sampai kau dah hilang arus panduan..kau nak ?Sekian ^^

#Terdesak nak buat benda kebaikan amat digalakkan..

#Badan penat memang tak tahan..

Kata Achie :Bunga-bunga cinta...


sila like jika suka entry ini....
Khamis, 26 Januari 2012

Kau Ada Adik

Assalamualaikum w.b.t. . . 

#Ni kawan yang shoot...comel dak?heheee

kau ada adik bukan?aku pun ada adik,adik aku lelaki..adik aku umur 22 tahun,dua tahun lagi muda dari aku...aku sayang adik aku walaupun masa kecil kami selalu bergaduh..biasalah budak-budak,kanak-kanak riang kata Sis Ros Aida,seorang fotografi yang baru aku kenali..dia hebat dalam photoshoot,aku jeles sebenarnya..berbalik kepada adik aku semula..normal bila adik beradik mengambil berat antara satu sama lain..bagi aku,walaupun aku punya keutamaan diri, adik lagi penting..walaupun aku nak utamakan sesuatu perkara,adik beradik lagi penting..aku sayang mereka,tanpa mereka aku pasti keseorangan tanpa peneman...aku punya adik beradik yang agak ramai,ada 11 sebenarnya..seorang dah meninggal dunia seusia masih kecil lagi,meninggal pasal apa?..rasanya itu tak perlu kau tahu..biar tersimpan kemas dalam diri ini.. kakak aku ada enam,abang aku ada dua,aku dan adik aku.. cukuplah 10 bukan...

kalau kau ada adik,adik kau sakit..kau rasa bagaimana?tak rasa apa??ke tak tahu nak kata apa??aku punya kesedihan,bagi aku setiap orang punya kesedihan,namun cukuplah hanya mereka yang berada disisi aku sebenarnya yang tahu..sakit hati ini kau boleh tahu?,kau boleh rasa?tidak bukan kerana kau bukan ditempat aku..tempat dimana kesedihan bersarang tanpa ada jalan keluar..kau bisa mengerti perasaan aku gaya bagaimana?pasti tidak bukan..andai kata kau dapat perkhabaran adik kau sakit,sakit tanpa kau tahu,tetiba dia pergi begitu sahaja..apa perasaan mu?gembira?tertawa?marah?takkan itu pun nak aku ceritakan,kau fikirlah seorang..Sekian..

#Adik aku sekadar simbol.bukan bermakna adik aku sakit..adik aku terlebih sihat dari aku..

#Walaupun kau sakit sahabat,takkan aku masih mampu tersenyum..mesti aku terpalit sama berduka lara..kerana aku sayang kau seperti adik aku..

#Hidup mati lumrah kehidupan..senyumlah sehabis mungkin walaupun hatimu meratap pilu..


Kata Achie :Aku tak marah,cuma kecik hati...


Sila like jika suka entry ini, . . . 




Kau Masih Mahu Terima Aku

Assalamualaikum w.b.t . . . 

#Arnab jantan kiri sekali tu sakit..tolong !!


Terkedu melihat cerita sebegini,terfikir sejenak didalam diri mampukah kita jika benar cerita ini bisa direalisasikan dalam hidup ini..adakah bisa kau menerima lagi?sebagaimana kau menerima aku dulu kala,penuh ciri-ciri yang kau mahukan..dulu kau bilang aku mungkin bergaya, mungkin menjadi citarasa dirimu,aku sedar citarasa mu cukup tinggi,..kekadang diriku tak mampu untuk seiring dirimu,kekadang aku terpaksa menipu diri,untuk kelihatan segak didepanmu..namun hidup tidak sentiasa indah,kekadang ribut cabaran pasti akan mendatang..

ada yang kata,susah senang pasti akan hidup bersama..pasti bersama mereka mengharungi suka duka,namun jika masalah datang menimpa-nimpa,adakah masih pegang pada prinsip kehidupan..sedangkan ombak kecil datang melanda,diri kau sudah terketar tak tertahan, bayangkan kalau ombak tsunami datang tanpa dipinta,adakah kau masih mampu bertahan..
aku sedar,aku dulu mungkin yang kau sukai..aku sedar aku dulu mungkin yang kau cintai,tapi tidak semestinya kekal begitu setiap masa,mungkin ada suatu masa kau akan berubah..dan kini dah terang lagi bersuluh kau dah berubah..itu belum lagi bila aku kurang upaya,masih mampu berkata..bayangkan kalau aku tidak mampu bersuara,tidak mampu bangun dari pembaringan..tidak mampu lagi memberi kau kemewahan,memang senang aku kau tinggalkan...nak tanya satu perkara,jika aku seperti itu,adakah kau masih mahu terima aku??sekian !!!

#Lepas layan cerita hindustan,tetiba nak update entry pasal ni..ni semua gara2 wawa..hahaa

#Aku bukan merujuk kepada achie ye..ermmmm

#Dari semalam diri tak berapa nak sihat,perut meragam makan lagi tomyam..tak pasal2 aku mc semalam..grrr

#Lyssa faizureen tetiba follow aku,kau ada?hahaa maseh girl..bukan setakat dia,tanpa follower lain,sudah pasti aku akan jadi tempang..kan3??




Kata Achie :Begitu juga dengan kamu sahabat,bukan setiap masa kamu akan disisi..


Sila like jika suka entry ini. . . 
Selasa, 24 Januari 2012

Kenapa Makcik Ni Busuk

Assalamualaikum w.b.t. . . 

#hari ini kita kat atas,esok lusa mungkin kat bawah..

Kita ni hidup cuma sekali,mati bila-bila pun boleh..kalau tuhan kata jadi,maka jadilah..kalau tuhan kata mati,maka matilah kita serta merta..jadi jangan rasa senang sangat kat dunia ni,kerana target kita kat akhirat sana..buat apa bersenang lenang kat dunia,kalau kat akhirat kita merana..aku faham bila kau nak sangat dihormati,tapi sebelum tu kau kena pandai hormat orang lain..adil bukan?

tahulah makcik tu dah tua,makcik dah tak larat..nama pun dah tua,tapi tak patut kau hina sebegitu rupa..kau masih muda,tapi muda cuma mengila semata..jangan jadikan muda kau cuma sia-sia..takut tuhan tunjukan jalan keluar di zaman masih muda..kau nak??hormat orang tua,jaga perasaan mereka..orang tua ni memang sensitif,cukup sensitif..kau siakan mereka,kau jawaplah kat sana  nanti..yang pasti kau akan tua,kau nak bila kau pula dihina?kau fikirlah sendiri..Sekian..

#Makcik tu busuk?kau lagi teruk,busuk hati nampak!!

#Sayang mereka sebelum ingin mereka sayangi kita..

#Aku dengar kau kata makcik tu busuk lagi,gigit kau nanti !!

Kata Achie :Rindu dengan mama..sekian


Sila like jika suka entry ini. .  
Isnin, 23 Januari 2012

Taman Tasik Perdana l Bengkel Dslr Adhadi l Domodroid Vs Danboard

Assalamualaikum w.b.t. . . .

#Cuba teka aku yang mana satu?heheeee

Semalam berkesempatan ke Bengkel Dslr anjuran otai fotografi, Adhadi Mohammad..ramai otai yang dapat aku jumpa kat sana,,alhamdulillah banyak input yang dapat aku pelajari walaupun masa yang agak terhad sekali..lebih 200++ yang mendaftar namun hanya 60++ yang hadir disebabkan hujan renyai ketika itu..apa pun itu adalah satu pengalaman menarik yang dapat aku dapat dari situ..




Rasanya tak mampu nak buat banyak benda dimasa kini,dikala masalah demi masalah aku terima..kekadang macam malas nak update entry yang panjang berjela yang niat nak meluah tetapi hati masih tak rasa apa2..mulanya terfikir nak berhenti berblog dan menumpukan pada hobi baru ini,walaupun dah lama aku berkecimpung dalam fotograpi ini..namun sebelum ini aku hanya ditemani kawan karib semata,namun kini alhamdulillah ada banyak kumpulan otai aku telah jumpa dan insyallah di masa akan datang akan banyak outing akan aku ikuti...terima kasih atas komen2 kat page Woofer Storm Crew tu,terima kasih ye iffah, chemay, syima ,wawa,kira dan lain2 yang sudi lepak kat situ..anda semua memang terbaik..

Dan aku tertarik hati dengan komen dari chemay ni,aku kenal chemay bukan baru,dah lama tapi kenal macam tu je kat blog..dia memang antara blogger yang aku kenali cukup ramah dan baik sekali,terima kasih ye sahabat,mungkin aku akan dengar kata chemay,masukkan dalam entry..tapi malangnya bukan kat blog ini,kerana size gambar yang cukup besar amat merugikan sekali jika dimasukkan kat sini..aku dalam perancangan membina blog lagi satu dan membeli domain yang difikirkan sesuai dengan hobi itu...apa peranan kamu?cuba fikirkan apa nama sesuai domain yang hendak aku beli?aku harap nama domain itu bersesuaian dengan dunia fotografi yang akan menjadi platform aku untuk meletakkan gambar2 yang terhasil yang aku rasakan sesuai..Semoga idea kamu mampu memberi nafas lega dalam membeli domain tu.terima kasih ya,kalau aku guna domain yang kamu syorkan,insyallah ada hadiah misteri yang menunggu kamu tau..sekian !!

#Ada event fotografi pada 29.Jan ini di Taman Tasik Perdana pada jam 2 petang sampai 6 petang,bayaran cuma rm10 saja,siapa nak boleh join sekali..dan pada 05.Feb pula ada event Street Photography Style DSLRM di Central Market jam 9.30 pagi dan tanpa dikenakan 
bayaran..apa lagi?jom semua

#Ada beberapa blogger request nak tengok gambar photoshoot aku semalam,disini aku sertakan beberapa gambar yang mampu aku beri,nak bagi banyak tapi size gambar berat sangat dan gambar tu semua hodoh2 belaka..harap dimaafkan ..layann

#Benda comel tu,domodroid dan danboard..pinjam kat kawan,comel kan?siapa nak,sila beli,boleh share2..hehee












   




Kata Achie :Kejap lagi nak ke LCCT ,nak jemput adik bongsu..jom


Sila like jika suka entry ini. . . 

Nikon D4




#Nikon D4


Kata Achie :Tak mampu nak beli..



Ahad, 22 Januari 2012

Kenapa Tak Tidur Lagi l Masalah Kehidupan Insan Bernama Achie

Assalamualaikum w.b.t. . .  


#Putrajaya..

#Susah sangat nak lena malam ini,nak kata panas tak juga..hujan kat puchong ni serasanya lebih baik kalau dapat tidur dengan lena..tapi kenapa tak tidur lagi?insomnia?jangan nak mengarut der...

#Puas berfikir banyak perkara..aku suka memikirkan sesuatu perkara ketika duduk bersendirian tanpa peneman..bagiku,ketika bersendirian itulah banyak benda kita mampu ingati..dari perbuataan baik sampailah ke perbuaatan yang jahat..kadang kala kita tak mampu mengingati perbuatan kita yang telah membuat orang menyampah...setuju?? mulut kita kan lancang bersuara....

#Dalam satu perhubungan ada banyak benda yang perlu kita turuti..perlu ada kepercayaan kepada pasangan kita,bertolak ansur ,sayang menyayangi, bantu-membantu, hormat pasangan kita dan penting sekali adalah kejujuran..kalau semua ini tiada dalam list kita,sebaiknya berhentilah dari membuat kerja sia-sia..

#Tajuk entry ini tak boleh pakai,ini fakta..masalah untuk mengupdate entry semakin pupus..semakin lama semakin malas je rasa,jika sebelum ini aku mampu membuat entry dalam 2,3 entry dalam sehari..kini nak buat entry merapu sehari sekali pun teramat malas.. aku kan suka bermain dengan emosi.kau ada?

#List terakhir..aku nak bersiap nak tidur..sebelum itu nak kena blogwalking sedaya mampu..kalau tak mampu,nak buat macam mana kan? besok jam 7.30 pagi dah kena  gerak ke Taman Tasik Perdana nak buat photoshoot..berminat?jom sesama..kbai


Kata Achie :Hidup aku memang penuh dengan keserabutan..grrrrrrrr


Sila like jika suka entry ini. . . .  
Sabtu, 21 Januari 2012

Needle Prick l Nikkor 18-105mm

Assalamualaikum w.b.t. . . . 

#Festival photographer kat Mid Villey  09.10.11

Rindu dengan kawan aku yang seorang ni,kawan aku kat kolej sejak 2006 sampai sekarang.. cuma bezanya kini aku dah jarang dapat jumpa dia..heeheee aku kenal dia seingat aku masa dalam bas sewaktu perjalanan ke hostel berhampiran dengan pusat perubatan universiti malaya (PPUM)..pelajar UM macam nisa greenpanda mesti tau tempat ni..hehe kawan aku tu memang satu kepala dengan aku,banyak benda mengarut kami buat semasa bergelar pelajar dulu.. Apatah lagi hampir setiap semester bila posting kat hospital,kami ditempatkan dihospital yang sama..

Mengingatkan kenakalan semasa praktikal kat Hospital Jitra Kedah dulu,selalu saja ponteng kerja,kekadang masuk lambat macam hospital tu hospital sendiri..bila instructor bising,boleh pula buat alasan tak dapat keluar rumah..sebab pintu rumah dah rosak,langsung tak boleh nak keluar rumah..tapi yang bestnya instructor boleh percaya ni,kasihan bila fikir balik.. kalau petang kerja kami asik merayau mencari makanan.beli itu ini sampai berlambak makanan kat rumah sewa dulu.. kalau bosan juga duduk kat taman permainan dan lalu rumah jiran sambil selamba petik buah rambutan orang..heheee tapi zaman dulu kan?zaman gila-gila remaja orang kata..

Satu kisah yang betul buat aku kasihan dengan kawan ni,masa tu aku praktikal semester lima kat Hospital Klang,bila mana kami ditempatkan kat kecemasan tu kawan aku terkena Needle Prick..Mulanya ok lagi,buat macam tak kisah ni..tapi bila check blood patient tu,rupanya dia ada penyakit tiga serangkai..Ada Hiv, Hepatitis B dan Penyakit kulit..kalau korang dalam situasi dia,apa korang nak buat?kasihan tau,nasib baik juga dia cepat buang darah sebanyak mungkin dan malangnya bila doktor terpaksa preskrips ubat Hiv untuk pemerhatian selama tiga bulan..dalam masa tiga bulan itu dia nampak sedih bercampur takut ni,selalu kata dirinya nak matilah..nak itu inilah..Alhamdullilah bila cek blood dia balik ,hasil menunjukkan  positif..kalau tidak mesti sekarang dia sudah tiada..oppssss Sekian^^

#Nakal-nakal juga,Tuhan jangan lupa..

#Hidup mati ditangan tuhan,kalau dah dipanggil tengah blogging pun boleh pergi..kan3??

#Gembira sangat sebab dah beli lens nikkor 18-105mm..duit terbuang tapi berbaloi2^^

#Ada event untuk photographer kat Taman Tasik Perdana ahad ni,jam 9 pagi...nak dating?? jommmm

Kata Achie :Kesedihan jangan dilayan,kehidupan harus diteruskan...


Sila like jika suka entry  ini. . . . 



Khamis, 19 Januari 2012

Hidup Tidak Selalu Cerah l Lukisan Alam

Assalamualaikum w.b.t. . .



Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitulah aturan Tuhan

Jadilah rumput nan lemah lembut
tak luruh dipukul ribut
Bagai karang didasar lautan
Tak terusik dilanda badai ~

:psstt :entry panjang,tak perlu rasanya korang nak buang masa..selamat malam

Mendengar lagu hijjaz bertajuk lukisan alam ini mengingatkan aku tentang kisah hidupku..kisah bermulanya aku sejak 24 tahun yang lalu,kisah aku dilahirkan oleh seorang ibu yang begitu mulia disamping dengan suaminya yang tercinta..sebenarnya aku kurang gemar bercerita tentang hidupku,apatah lagi membabitkan kisah lalu yang ku rasa sebagai privasi buat diri ini..namun aku juga punya perasaan,kekadang perlu tempat untuk meluahkan..

tak sedar,sekelip mata aku dah membesar sebegini lupa,dulu sewaktu kecil aku kerap bergaduh dengan adikku,aku selalu berebut barang permainan yang ku rasa adalah milikku yang mutlak.. Tapi kini aku sayang adikku,mengusik adikku bererti kau mengacau diriku..pernah sekali sewaktu adik belajar diPoliteknik Shah Alam,ada orang yang membuli adikku tanpa bersebab..dan bila aku mengetahui perkara tersebut,tanpa berlengah aku berkejar  dari gombak ke shah alam dengan hati kepanasan.dalam benak fikiranku memang hancur berderai muka budak itu aku kerjakan..Alhamdulillah,nasib baik aku masih berfikir secara waras,kata syaitan tidak juga aku turutkan.cuma kata berunsur amaran aku sampaikan,agar benda sebegini tidak berlaku lagi..budak itu pun dah mengaku kesalahan dan berjanji tidak akan melakukan lagi dimasa akan datang..lihat betapa aku sayang adikku,sampai kekadang orang mengusik adikku dengan jenaka pun ku pandang semacam..Apalah nak jadi dengan aku ni..ermmmm

boleh tak aku meluahkan apa yang sedang ku rasa,boleh tak aku melepaskan semua tekanan yang menghimpit disenak pemikiran..aku dah bosan,aku dah mula tekanan..aku dah hilang tumpuan..pendek kata kini aku dah mula dalam paras kurang siuman.adakah??semoga hanya yang baik-baik sahaja menimpa diriku walaupun aku bukan yang layak menerima benda baik semata..izinkan aku berkata dengan tenang kali ini,aku bukan minta simpati .aku cuma ingin merasakan ketenangan yang mula beransur hilang dalam diriku..yang mula menjauhi tidak inginkan diriku lagi .malang nasib ku..

.Aku merantau dengan misi mencari ilmu sejak enam tahun yang lalu..dan kini aku dah bekerja disini..aku dah kenal bermacam orang,semestinya pelbagai ragam aku kena layan..aku berjumpa dengan sidia sejak enam tahun yang lalu juga..aku mula mengenal apakah itu erti cinta..jujur aku mengaku bukan dia cinta pertama,sebelum ini mungkin ada lagi..namun itu adalah kisah silam,kisah cinta monyet yang tidak boleh aku praktikkan..aku cuma nak kata ,memang YA aku cinta dia dan hatiku tiada lagi buat siapa..namun sampai saat ini,detik ini..kau masih tidak percaya dan anggap aku sebagai lelaki yang tidak berguna...

enam tahun aku mengenal cinta,enam tahun aku mula untuk menyayangi dirimu..enam tahun juga aku hidup susah dan senang bersamamu..enam tahun tu bukannya sekejap,bukan enam hari,bukan enam jam bukan enam saat..tapi enam tahun..kini setelah enam tahun berlalu kau dah mula lupa semua ini..kau dah mula menikam belakangku,aku sedar aku siapa..aku kenal dirimu siapa.tidak mengapa kalau benar kau begitu..aku lepaskan juga walaupun berat untuk aku lepaskan..aku sedar aku bukan siapa-siapa,bukan ada nilai walau setitik buat dirimu kini..pergilah kamu kemana juga,janji dirimu kekal bahagia..walau derita itu aku yang merasa..Sekian..

#Adikku baru saja bertolak ke kampung untuk bercuti tanpa berjumpa diriku..lupa abang ke bro?

#Aku sayang kamu walaupun kini kau tak sayang aku..

#Hidup memang tidak selalunya cerah,jadi jangan suka tersenyum gembira semata tanpa ada wujud perasaan waspada..

#Enam tahun juga aku tidak berjumpa mama,enam tahun juga aku mula lari dari kenyataan yang tidak boleh disangkalkan..hanya tuhan yang tahu perasaan ini..

#tidak semestinya bila aku senyum gembira, aku dalam keadaan yang suka,mungkin juga dalam otakku wujud keserabutan yang menjela-jela..

Kata Achie :Tak sangka enam tahun juga aku membuang masa..


Merapu?tak perlu nak like..arigato ~



Penunggu Blok l Kyopropaganda

Assalamualaikum w.b.t. . . . 



#Baru balik dari kerja,badan penat melayan kesesakan jalan raya yang melampau
sempena nak tahun baru cina..

#Aktiviti terbaru aku sekarang ini suka layan Youtube dan cari lens nikon .. 
entah bila boleh beli lens ni,mahal sangat..

#Aku suka video yang dihasilkan oleh Kyopropaganda,memang best2..
bukan setakat  lakonan semata-mata,tapi ada mesej yang diberi oleh beliau..heheee

#Ini Fakta,Penunggu Blok jauh lagi seram dari Penunggu Istana yang entah 
apa2..setuju?hahaa

#Nak layan penunggu blok,sila ke sini.. [ LINK ]
pastikan perut anda bisa terkawal dari ketawa tak henti2..

#Mood lapar,sekejap lagi nak keluar cari makanan..

#Jatuh cinta dengan Sara Ali..ni auta okey..kbai^^

Kata Achie :Bukan setakat layan,tapi kena cari mesej yang disampaikan..tak gitu??


Sila like jika suka entry ini . . . 

Doaku UntukMu Sayang

Assalamualaikum w.b.t. . . 



aku tak akan berhenti
menemani dan menyayangimu
hingga matahari tak terbit lagi
bahkan bila aku mati
ku kan berdoa pada Ilahi
tuk satukan kami di surga nanti

tahukah kamu apa yang ku pinta
di setiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku, tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia ~

Jika kamu rasa dia memang dijodohkan untuk dirimu,berusaha lebih sikit untuk memenangi hati si dia..berusaha untuk mengambil hati mak ayah dia..insyaallah jika ada jodoh,makanya si dia pasti milik kamu buat selamanya.jangan pernah kenal putus asa,apatah lagi bila kamu rasa dia yang jodoh kamu yang terbaik,yang pasti akan bahagiakan kamu didunia dan seterusnya peneman disana nanti..insyaallah..

kadang kala manusia sebelum mendapat sesuatu benda,dia pasti akan berusaha lebih untuk mendapatkannya.tak kiralah walaubagaimanapun rintangan yang dihadapi..mungkin pada mulanya si dia tidak menyukai kamu.mungkin juga wujud bantahan dari keluarga si dia..mungkin kamu bukan pilihan yang terbaik mereka rasakan..kamu berusaha dan terus berusaha,cuma kenal erti perjuangan untuk meneruskan keinginan yang membuak didiri..kini setelah penat lelah kamu tempuhi,setelah berhempas pulas,akhirnya perjuangan kamu membuah hasil,dan kini dia milik kamu..namun saat ini,ketika ini pernah terfikir setelah begitu susah payah kamu dapatkannya,namun begitu mudah saja kamu melepaskannya dan meninggalkannya seorang diri..kenapa??Sekian ~

#Apapun kamu lakukan padaku,aku tetap sayang kamu..

#kat atas tu,lirik lagu wali band ( Doaku buatmu sayang ), Aku suka ,kamu??

Kata Achie :Mood berubah seperti ada yang tak kena..


Sila like jika suka entry ini . . . . .















Selasa, 17 Januari 2012

Hidupkan Untuk Memberi

Assalamualaikum w.b.t. . . . 

#Ciptaan tuhan memang mempesonakan..

Dalam hidup ini ada pasang surutnya,kadang kala kita di bawah,bila-bila masa boleh melonjak naik ke atas,..Hidup penuh dengan cabaran,penuh dengan pelbagai ragam dan semestinya penuh dengan kejutan..kita tak tahu apa yang akan berlaku dimasa akan datang,sekiranya kita berada diatas,kenapa tidak sesekali kita pandang insan yang berada dibawah..mungkin mereka perlukan bantuan dari kita yang mungkin serba cukup,serba mewah dari mereka yang hidup begitu merana..

Hidupkan untuk memberi,kenapa tidak kita amalkan pada kehidupan seharian kita tanpa mengharapkan balasan diatas apa yang kita beri.cukuplah tuhan tahu apa yang kita beri dan keikhlasan kita diperingkat mana..jangan pernah pentingkan diri sendiri,kerana boleh saja tuhan cuma menguji,kalau tuhan bisa membuat kita megah kat atas,tak mustahil juga tuhan bisa membuang jauh kita ke bawah sana..beringat sebelum terkena,kalau kamu tak ingin menjadi mangsa ... Sekian !!

#Maaf Pemilik denai hati atas tagline kamu yang aku gunakan..


#Lebih mulia buat yang memberi daripada yang menerima..kan??

#Hidup sederhana lagi bermakna jika hidup mewah cuma tahu bermegah..


Kata Achie :Nama aku Mohd Nasir.nama adik apa??


Sila like jika suka entry ini. . . . 


Isnin, 16 Januari 2012

Akibat Jika Rasa Diri Bagus Sangat

Assalamualaikum w.b.t....

#Dari air tangan kawan aku..cool tak^^

Kecil lagi,tapi mulut bukan main..belum lagi khatam dalam kehidupan,dah pandai sebarkan aib orang..kau siapa nak kata dia begitu,kau siapa nak kata perangai dia macam hantu..tak salah nak menasihati orang lain,tapi perlu kena dengan tempatnya..kalau semata-mata kau nak kenakan dia agar orang tahu kau hebat,kau silap..silap besar kerana mengaibkan orang dalam kau sendiri tak sedar,silap besar kerana kau telah memijak maruah orang dalam keadaan akal tak waras..kau juga yang menanggung dosa nanti,kau juga yang akan disoal nanti..

Aku tak kata dia betul,aku juga tak sokong kau betul..cuma aku hairan,kenapa bila kau nak menasihati tapi terasa maruah dia pula kau jajai..sahabat,aku bukan marah tanpa bersebab,aku bukan mengila pada benda yang tak bersebab.,Aku sakit hati bila dia menjadi nafsu trafik bodoh mu itu,terasa otak mu memang dihujung tanduk,cuma tahu mengambil kesempatan diatas kelemahan orang lain..ternyata kau sendiri kurang waras..kau tau? Sekian 

                                                     ***********************

#Ada beza blogger bijak dan kurang bijak..

#Nak sangat trafik tinggi kat dunia,tapi trafik kat akhirat macam mana?

#Duit dari sumber yang haram tetap haram.kan3??

#Aky tahu pendapat kita tidak sentiasa sama,kerana perbezaan itu membezakan bagaimana kita berfikir dengan sempurna..

#Satu benda aku tanya,bila diri kau dijaja,apa kau rasa?oren ??

Kata Achie ;Aku usik banyak kali namun kau tetap tak sedar..ternyata kau memang kurang !!


Sila like jika suka entry ini . . .

Saya Mahu Wang Kertas Malaysia Siri Baharu dari Eyriqazz.Com

Assalamualaikum w.b.t. . . . . 

Aku segan sebenarnya nak join giveway kali ini,tapi memandangkan dah sayam sendiri yang turun padang nak tag,nak tak nak kena join juga..terima kasih Cik Tom kerana sudi tag ye, Abang hargai tu..uwekkkkk nak muntah rasanya...Apa pun terima kasih juga buat penganjur yang sudi menganjurkan Giveawey ni,memang menarik dan lain dari yang lain aku rasa..terasa cool gitu2..heheee

#Cair tak tengok?heheeee

Termasuk entry ini,dah 564 entry telah aku publish dan faktanya juga 564 adalah hasil merapu aku sejak mula berblog iaitu dari 23.10.2010 dan antara semua entry yang aku hasilkan nampaknya aku sukar nak pilih yang mana satu yang terbaik,kerana aku menganggapkan semua entry aku adalah semuanya terbalik.dengan sukacita aku lampirkan entry aku yang bertajuk Pengakuan Berani Mati : Kenapa Blogger Sorok Identiti bertarikh 27.Feb.2011 .Kenapa Entri ini aku  rasakan yang terbaik kerana aku tak tahu mana lagi entry sebenarnya yang terbaik yang aku miliki.cuma aku nak tekankan kepada blogger,entry itu sebenarnya menekankan tujuan aku berblog bukan bermodalkan rupa paras,bukan juga pada harta semata tapi aku berblog cuma inginkan penulisan aku yang banyak merapu ini boleh dibaca bila aku tua nanti..heheee bangga apa bila dah ada punya cucu dan aku kata inilah entry merapu atuk semasa muda dahulu...dan entry itu juga sebenarnya secara tidak langsung mempromosi link kawan blogger aku ketika itu,dimana jatuh bangunnya aku adalah bersama mereka.terima kasih sahabat !!!

Aku nak tag Adik, Kak Diana ,Paris LiptonEyda SyahidaCik TikahIffah AfeefahShag ComotKhalilaDayahCik BolatCik Kira , Yadz ,Bro Azlan ..join tau,tak join aku majuk 44 hari..hehee

Masih ada banyak masa lagi kerana tarikh tutup 31 jan 2012

#nak join,sila klik banner ini ketat-ketat..terima kasih...


kata Achie :Aku join dulu selalu tak menang..kecik hati tau..hahaaaa


Sila like jika suka entry ini . .  .  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)Copyright reserved by Woofer Storm.
Powered by Blogger