Blog Lensa Kamera

Rabu, 20 April 2011

Aku je yang betul..

Assalamualaikum...

Perghh,sejuk gila malam ini..dari lewat petang sampai sekarang hujan masih tak berhenti turun..ermmm apa pun aku tak kisah sangat kerana selimut tebal sentiasa menemani aku disini..heheee entry kali ini aku fikir tak nak bicarakan entry yang serius tapi memandangkan aku tertarik hati dengan komen sorang blogger yang mantop pasal benda ini,aku rasa bagus aku share dengan korang apa yang pernah aku rasa..ermmmm sebelum tu,komen yang dimaksudkan ialah komen dari pemilik Strider Buzz..Strider buzz tu apa bro??heheee

Di tempat kerja aku dulu,aku adalah seorang kawan perempuan yang kadang kala cuma menyakitkan hati aku..masa itu aku dan 4 lagi staff baru masuk kerja kat situ,dan memanglah sewaktu baru masuk kerja mestilah terasa blurr sekejap..yala benda ini bukan senang nak buat,apatah lagi aku bermain dengan 6 mesin yang berbeza..nak belajar 6 mesin dalam sekelip mata bukannya mudah,dan aku akui semasa mula belajar itu memang mengelabah jugalah..benda baru memang terasa sukar untuk dipraktikannya tapi yang buat aku jadi bangang bengang bila tiap kali je senior staff ajar je,sibuklah juga budak tu nak cakap sekali..Heloo kamu itu baru lagi,macam aku juga..jadi tak perlulah nak berlagak pandai kat sini,.alahai susah betullah kalau ada kawan macam ini.okey itu peristiwa setahun lepas..dan selepas beberapa bulan bekerja kat situ perangai dia semakin pelik..dan semakin menyerabut kepala otak aku ini.ermmm sabar jela..Lagi2 bila ada staff lelaki dua orang baru yang masuk,lagilah budak itu buat perangai aneh..siap membuli lagi dan arah buat kerja itu ini.. 
bila  dia buat salahpulak,boleh  tak nak mengaku..dan yang buat aku nak tergelak pun ada, kadang kala kesalahan sendiri boleh pulak dia pass kat orang lain..gila ke apa,alahai sampai senior staff pun geleng kepala je,pening tak tahu nak buat apa..bila cakap,bukannya nak dengar gak..ermmmm

Jadi,rasanya tak perlulah ada sikap sebegini..rasa diri je yang betul,pendapat orang lain ditolak mentah-mentah..tolonglah jangan malukan diri sendiri,kalau dah salah itu mengaku je la..bukannya susah mana pun,cuma perlu minta maaf dan selesai sudah..ini kalau siap nak tuduh orang lain yang buat kesalahan itu..apa kes sudah ini?ingat,kamu itu perempuan..jangan sampai ada orang lain panas hati siap angkat tangan sudah..Sekian.. 

 *Pusing kepala kalau jumpa ramai orang macam ni..heheeeee Peace^^

Kata Achie :Nasib baik aku sudah blah dari situ,kalau tak sekarang mungkin dah jadi gila..heheee 





  

0 komen dari budak comel^^:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)Copyright reserved by Woofer Storm.
Powered by Blogger