Blog Lensa Kamera

Isnin, 21 Februari 2011

Sanctum Terbaik..

Salam...kalau korang ada baca entry kat Sini ,Aku ada cakap aku nak tengok wayang cite Sanctum kan??dan,yup aku dah tengok cite tu...hasilnya,aku bagi bintang2 kat langit tu mengambarkan betapa bestnya cite tu...member aku cakap sampai termimpi2 dia tengok cite ni..aku tak reti la nak review2 tapi bagi aku laa,cite ni banyak pengajaran yang aku dapat tangkap..Lagi2 bila benda ni diambil dari cerita sebenarnya..

kalau nak kata syok,semua movie memang syok..tapi pengajarannya ada tak??bukan semua movie ada pengajaran yang kita dapat,setakat syok sejam dua tengok pas habis tu,hilang macam tu je..tapi yang ni ada kelebihan sedikit,kalau betul benda ni terjadi dengan aku,aku tak tahu nak cakap apa...mungkin terdiam kot..errmm


Pengajaran yang pertama aku dapat,pengalaman lebih berguna dalam melakukan setiap perkara..dalam cite ni,ada seorang laki tu selalu buat keputusan yang membuatkan orang lain marah,lagi2 bila anak dia sendiri tak puas hati dengan setiap keputusan tersebut..watak dia memang aku respek coz benda yang dibuatnya tu bersebab..contoh bila terpaksa membunuh kawan sendiri tapi dibantah oleh kawannya yang lain.namun dia berbuat demikian coz kecian dengan keadaan kawannya tu yang tinggal nyawa2 ikan lagi,orang tu dah patah mematah semua badan ni,dan salur pernafasan dia telah tersumbat,so tinggal menunggu ajal lagi.. dorang ni terperangkap dalam gua yang dibanjiri air,so dorang terpaksa menyelamatkan diri dalam keadaan persekitaran yang sempit..so tak logik untuk membawa kawan yang tengah nazak tu menyelam sekali lebih2 lagi kekurangan peralatan..kalau korang kat tempat dia,apa korang nak buat? Bila kat  babak si anak terpaksa bunuh bapanya sendiri coz benda yang sama.baru si anak tahu kenapa bapanya buat benda tu semua...

Yang Kedua bila kawan makan kawan...ermmm benda ni selalu ada kat persekitaran kita kan..hehee betul tak?kat cite ni,ada kawan yang baik dan ada kawan yang buruk perangainya.. kawan yang baik tu bila sorang tu sanggup bersembunyi bila merasakan dirinya dah terdaya untuk meneruskan perjalanan..dan akhirnya dia mati disitu keseorangan..yang sorang tu pulak,sanggup cuba untuk membunuh untuk terus hidup dan melarikan diri dengan kelengkapan yang terhad..kejam kan?bila seronok ketawa,ramai2 nak join..bila sedih hiba, semua cabut lari..Siapa kawan yang baik?Sila angkat kening korang..eheee

Yang Ketiga,Semangat untuk terus hidup.. Dalam cite ni,kekurangan bahan makanan itu menyebabkan ada yang terpaksa memakan tubuh manusia..lebih2 lagi tubuh itu kepunyaan teman wanita dia sendiri untuk terus hidup..bab ni yang aku ngeri sikit,walaupun dia tak bagi tengok secara real,tapi aku tak boleh bayangkan macam mana nak makan mayat orang yang dah separuh reput..Ada bran??heheeee 

Yang Keempat.ada seorang blogger bernama achie  panas punggung hati bila dia penat2 bercerita itu ini tapi orang baca entry ni tak sedar2 lagi nak tengok..apa lagi,pergilah tengok beb..rugi tak tengok, kalau malas nak kuar,sila download kat Syok.org je..bab benda tu dah kuar,aku dah download dah,coz tak puas hati nak tengok balik..ehheeee tapi kalau malas nak tengok gak,korang layan je kat bawah ni yee....heheeee




Sekian.....

Kata Achie :Bukan nak puji filem omputeh ni best tapi fikirkan bila kita ada kat situ...ermmmmm 


0 komen dari budak comel^^:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)Copyright reserved by Woofer Storm.
Powered by Blogger