Blog Lensa Kamera

Ahad, 27 Februari 2011

Panduan Sebelum Menderma Darah..

 Hai Blogger..Kalau dalam entry Sini aku dah derma darah,so lepas ini rasanya baik aku ajak siapa yang sudi nak derma tu sila ke Pdn aka Pusat Darah Negara coz sekarang ni darah amat diperlukan sekali..so minta jasa baik blogger yang berani serta baik hati itu pergi2 laa ok..mana tau lepas ni kita pula yang perlukan darah..aku excited nak derma darah lagi tapi terpaksa tunggu turn lepas tiga bulan baru boleh bagi...aku kan penderma penagih tegar katakan....haaaahaa tapi sebelum korang nak menderma tu,sila patuhi garis panduan yang sedia ada agar tidak menyusahkan diri korang serta orang lain...apa dia??sila teruskan pembacaan anda...

 *sekadar gambar hiasan dari gugel..heeeee

1)Korang perlu tangguhkan niat untuk menderma darah ke suatu masa yang sesuai  jika :-

~ Korang Demam.
~Berat Badan kurang daripada 45kg..
 ~Mengambil Antibiotik.
~Tidur kurang daripada 5 jam.
~Mengambil minuman beralkohol dalam masa 24 jam sebelum menderma darah.
~Telah menjalani pembedahan dalam masa 6 bulan sebelum menderma darah.
~Telah mendapat rawatan gigi dalam masa 24jam sebelum menderma darah.
~Telah mendapat vaksinasi dalam masa 3 minggu sebelum menderma darah.
~Telah menindik telinga ,bertatoo atau akupuntur dalam masa tahun sebelum menderma darah.


2)Dan Jangan sesekali menderma jika menghidapi :- 

~Penyakit darah tinggi 
~Penyakit Diabetes
~Penyakit jantung
~Penyakit sawan
~Penyakit Asma (Lelah)
~Penyakit Tibi
~Penyakit Berjangkit ( cth :- siflis, Hepatitis ,Hiv ) 


So kalau rasa2 layak sila ke Pdn dengan kadar yang segera,tak pun korang tunggu time pdn buat aktivit derma darah secara bergerak..korang serbu secepat kilat ok...
 so kalau ada bab kat atas tu yang kurang jelas,sila tinggalkan persoalan diruang komen,insyaallah aku akan jelaskan ok..cool^^ walaupun dah lama note ni,aku still simpan tahu.sayang nak buang note time study ni...hehee

Kata achie : Umi jangan nak derma darah pulak,kalau sayam  takpe...eheeeee 
  
 


 


0 komen dari budak comel^^:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)Copyright reserved by Woofer Storm.
Powered by Blogger