Blog Lensa Kamera

Rabu, 9 Februari 2011

Kenali Pneumonia A.k.a Radang Paru-Paru^^

Salam semua...pernah dengar tak Pneumonia??tak pernah??kalau tak,mungkin
kenal kalau yang ini..Pneumonia ni dikenali sebagai Radang paru-paru..so harap dengan pembacaan ini korang akan faham serba sedikit pasal penyakit ni.. ilmu yang baik tu kan bagus kalau dikongsi bersama..




Pneumonia.... 

Sistem pernafasan manusia terbahagi kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian bawah terletak didalam dada dan terdiri dari saluran pernafasan dan pundi-pundi udara.Jangkitan kuman di paru-paru boleh mengakibatkan saluran pernafasan [Bronkitis] dan pundi-pundi udara [Pneumonia]. Secara
amnya,jangkitan kuman yang biasa dikalangan kanak-kanak kecil dan orang
tua.. Ia disebabkan oleh virus atau bakteria. Kadangkala ia juga di sebabkan 
oleh jangkitan awal pada sistem pernafasan dibahagian atas [ Batuk 
dan Selesema ] yang merebak kebahagian bawah sistem pernafasan. Jangkitan kuman ini boleh melibatkan keadaan yang tidak serius hinggalah 
 kepada keadaan yang membahayakan nyawa.


Tanda-tanda dan gejala..

Bergantung kepada sebab,umur dan penyakit yang berkaitan dengan seseorang
kanak-kanak itu. Secara amnya ,kanak-kanak akan mengalami :-
  
  •  Demam
  •  Sakit Dada 
  •  tiada selera makan,tidak mahu makan
  • Batuk dengan atau tanpa darah
  • Rasa tidak sihat, sering merengek
  • Muntah atau cirit-birit
  • Pernafasan laju atau susah bernafas  

 Adakah penyakit ini serius??

Pneumonia ni boleh jadi kes sangat serius dalam sekelip mata terutamanya
pada kanak-kanak kecil. Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air [Dehidrasi] atau kekurangan oksigen. Kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke Hospitital..

  1. Pernafasan laju
  2. Bibir menjadi biru
  3. Sukar untuk bernafas
  4. Batuk berdarah
  5. Tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing 
 sumber dari nota time study dulu..hehe


Kata Achie:Siapa ada Pneumonia?? 

0 komen dari budak comel^^:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)Copyright reserved by Woofer Storm.
Powered by Blogger