Blog Lensa Kamera

Jumaat, 28 Januari 2011

Ni Dia Penangan Alzheimer^^

Salam All...Lambat sikit nak update entry malam ni,bukan apa bz baca novel la, ada novel baru beli ni..memang baik punya la..Nak baca??nanti je la share2 ok,hahaa tau ada yang bukan kaki novel ni,so takut bosan pulak kan..dah la bosan dengan aku ni.Nanti bertambah bosan korang tu kan??Maaf dipinta tau..

Pernah dengar tak Alzheimer ??pada yang belum dengar tu,juz untuk info ringkas korang je la..yang dah tahu tu,sila2lah tunjuk ajar mana yang tak betul..Ilmu untuk dikongsi kan??betul tak??heheee Penyakit Alzheimer ni berasal dari nama Dr. Alois Alzheimer yang berasal dari jerman yang menemukan buat kali pertamanya pada 1906..Time tu,aku tak lahir lagi tahu,so aku tak kenal sangat doktor ni,heheeee Selalunya penyakit ni selalunya ditemui pada orang tua sekitar 65 tahun keatas macam tu la...So berhati2 laa pada kita kita dan kita yang semakin lanjut usia ni,Tapi aku segan nak eksplen panjang2 nanti,ada yang bosan kan...kalau nak tahu lebih lanjut cari je la kat Mr google kita tau,heheee   

Cuma nak share satu cerita time kerja pagi ni,macam biasa aku masuk kerja sebelum jam 7 pagi macam tu..So tadi datang kerja,kira dah siap priming tu,tunggu nak connect patient lagi laa..dan bila dah siap cucuk patient tu,ada staff perasaan ada seorang patient tak datang lagi..pastu staff tu kol laa tanya dia kat mana,dan staff tu tiba2 ni bantai gelak gila..Bila kami tanya kenapa,boleh pulak staff tu cakap patient tu tersesat jalan sampai ke Subang Jaya,padahal uma dia area kat Puchong ni je...Pelik gak baik2 dekat je dari sini boleh terbabas ke Subang,Rupanya baru ingat dia ni ada Penyakit Alzheimer A.k.a Penyakit Pelupa macam aku ni..hehee tapi dia ni kira teruk dah tau,coz kadang2 boleh dia lupa kat mana dia parking kereta dan simpan kat mana barang dia..

Last2 tu dia sampai gak laa kat sini,tapi kecian laa bab dia sampai pun dah jam 9.30 pagi..faham2 je la kalau datang lewat,mesti laa kena balik lewat gak kan??yala,nak dialysis dalam masa 4 jam,mana boleh main redah je bantai 1-2 jam... Sabar je la uncle yeee,walaupun aku tahu dia malu coz selalu buat hal ni...Takpe uncle,kami semua tak marah coz kami tahu uncle tu memang PELUPA..heheeeee 

 *Ni dia Machine Nipro Surdial 55

 *Orang lain dah balik,dia ada masa lagi 35 minit ni..heheee

 *Ni uncle Hew San Tat,Ensem tak??heheee


Kata Achie :Takutnya kalau jadi macam ni....eeeeiiiiii 

0 komen dari budak comel^^:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)Copyright reserved by Woofer Storm.
Powered by Blogger