Blog Lensa Kamera

Khamis, 13 Januari 2011

Mahalnya Kopi O^^

Selamat Malam suma??harap suma dah makan dan sihat walafiat hendaknya..tujuan aku menulis surat ni bukan apa,saja nak cakap aku dah mula merapu kat sini..surat??heheee jangan mara ok,malam ni banyak benda yang bermain dalam fikiran aku ni..Rasa 1001 macam pun ada,aku ada buat salah apa ni?? ada yang terasa hati dengan aku ke kat sini??kalau ada,sila bagitahu ok...tak baik rasanya kalau ada yang memendam perasaan lama2,nanti stress korang nanti..Aku tak nak tanggung wehh,mampus berkecai otak ni kang..heheee 

ok laa,abaikan dulu laa pasal tuu..aku baru je makan nasi berserta lauk yang dimasak tak seberapa sedap ni,tapi memandangkan perut dah bergoncang pada ukuran 7.5 Richter ni..dah macam gempa bumi nak menghancurkan perut ni,so tiada pilihan selain menbaham mentah2 apa ada didepan mata...Rezeki yang ada jangan ditolak,musuh buat apa nak cari..hehee dah kenyang tu,mendamparkan diri dikatil yan cukup empuk dan jejari ini mula untuk merempit..Tapi ada pulak seorang mamat tetiba rajin malam ni,siap buat kopi O lagi ni...Nampaknya macam tak nak bagi tido je ni,last2 tertdo lagi kat tempat kerja..heheee

Tapi Kopi O yang aku minum ni tak laa mahal sangat,kalau order kat kedai pun berapa sen sangat laa aku nak kena bayar..Korang minum kopi O tak??berapa ringgit paling mahal korang pernah beli??kalau dah cecah puluh2 ringgit tu dah kira kaya korang ni,coz cuma orang kaya2 je minum kopi O mahal macam tu,dah laa sekali minum pulak tu..tapi yang aku hairan kat tempat kerja aku ni,dorang selamba je minum kopi O mahal gila,sekali minum nak kena bayar RM37,korang nak minum??kalau nak singgah laa sini,rasa dulu penangan kopi O enak ini..heee So kalau siapa nak beli,kat sini aku ada lampirkan sample kopi O tu kalau korang berminat sangat nak beli..ni dia,taraaaaa


 *Satu botol rm37,kalau 5 botol(1 box) dah berapa??heehee


 *Ni dia kopi O tu,kalau nak aku bagi free je.hehe

Kata Achie :Benda ni IV Venofer tapi lebih dikenali sebagai Kopi O,korang agak2 kenapa??

0 komen dari budak comel^^:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)Copyright reserved by Woofer Storm.
Powered by Blogger