Blog Lensa Kamera

Memaparkan catatan dengan label gambar putrajaya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gambar putrajaya. Papar semua catatan
Isnin, 2 Julai 2012

Andai masa boleh diputarkan semula

Assalamualaikum w.b.t. . . 

Bertuah budak zaman sekarang ni,semakin senang dimanja dibelai dengan mak bapa..bukan seperti zaman budak dulu kala..kalau sekarang,tak hairan bila mana masih muda belaka tapi dah punya gadjet yang mewah..ada yang punya telefon mahal melebihi orang dewasa, pergi ke sekolah dengan kereta sambil bermegah-megah,dihimpit pula oleh pasangan yang masih kurang akalnya..ternyata zaman betul-betul dah berubah..salah siapa sebenarnya??Adakah mak bapa tak reti nak jaga ataupun anak itu sendiri tak tahu menghargai pengorbanan orang tua??

Bayangkan kalau budak zaman sekarang ni terhumban jauh ke zaman lampau,melihat sendiri kesusahan orang tua..Adakah mereka masih sanggup membuang duit hasil dari  keringat orang tua dulukala,adakah mereka masih mahu membuat kerja tak faedah semata-mata kehendak nafsu yang entah apa-apa..Adakah mereka akan terus hanyut tanpa ada arus penyesalan menanti didepan mata..Atau adakah mereka hanya akan terjaga bila mana harta yang ditinggalkan untuk mereka sudah habis dibelanja dan paling sadisnya bila ORANG TUA sudah tiada?

Apapun,semoga ada erti kehidupan yang sebenarnya menanti didepan mata..tak perlu hanya ada kemewahan sedangkan mata hati telah dibutakan..tak gunanya hanya ada kenikmatan duniawi tapi kempunan kenikmatan yang sebenar diakhirat sana..semoga kita lebih menghargai pengorbanan yang dilakukan oleh orang tua kita dan JANGAN pernah sesekali pun  membuat mereka menangis hanya kerana kesilapan BODOH kita semua..sekian!!

**************************

#Tahukah anda,manusia ni memang bersikap degil..semakin dilarang semakin gersang dia nak buat..lantak tak tahu!!
#Tahukan anda,walaupun burung tu terbang jauh diawangan,pasti akan kembali kesarang semula bila diri dah kepenatan.begitu juga dengan kita,apapun kesilapan yang ada,semuanya bisa dibetulkan semula selagi hidup masih bernyawa..
#Tahukah anda,dulu aku selalu update merapu sampai 80++ sebulan,namun bulan jun yang lalu rekod terburuk cuma hanya 4 entry saja..kalau bisa merapu kembali, adakah yang kisah ke??erkkkk

#Hanya cerita lama mampu aku publishkan..

Kata Achie :Hidup tidak selalunya membawa kegembiraan..ermmm



Terima kasih atas kenikmatan yang engkau berikan..Aku Cinta Allah~



Rabu, 1 Februari 2012

Ada Hikmahnya

Assalamualaikum w.b.t. . . .

#Cuba teka ini dimana??

Percaya kepada ketentuan tuhan yakni qada' dan qadar,setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya..jangan mudah melatah jika kau dilanda musibah,Beranggapan bahawa itu semua kerja tuhan yang ingin menguji tahap kesabaran kita diparas mana..andainya kau ditimpa musibah,janganlah kau berprasangka buruk kepadaNya,janglah kau mengata kau sudah dianiayai kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya..diulang sekali lagi,ada hikmahnya..apa dia?mungkin tidak bisa kau lihat sekarang,tapi mungkin akan terlihat kesannya dimasa akan datang..

pernah terfikir satu perkara,bila kau dapat pekerjaan yang mulia,jika kau ditemukan dengan orang yang tercinta,jika kau diberi kemewahan berlipat ganda,jika kau diberi kesihatan yang sempurna,.apa pernah kau mengata syukur kepada tuhan?adakah kau pernah bersujud sembah mengatakan kau bersyukur atas apa yang kau ada?tiada bukan?jadi kenapa bila kau ditimpa masalah sekecil kuman,kau sudah goyah tak tertahan,kau dah kecoh berburuk prasangka,kau dah gila mengata kau dianiayai..kenapa?tak sedar dalam diam kau dah berlaku tidak adil kepadaNya..kau kenapa wahai manusia?Sekian

#Entry dituju kepada aku,jangan pula KAU nak terasa..

#Senyum dalam kepahitan,walaupun berduka kenalah ceria sentiasa..

#Maafkan aku Ya Allah..

Kata Achie :Mungkin kau bukan jodoh aku..kebarangkalian itu tetap ada !!


Like biar ikhlas der .  . . . .
Selasa, 31 Januari 2012

Percaya Padaku

Assalamualaikum w.b.t. . . . 

aku tak tahu apa yang ku rasakan
dalam hatiku saat pertama kali
lihat dirimu, melihatmu

seluruh tubuhku terpaku dan membisu
detak jantungku berdebar tak menentu
sepertinya aku tak ingin berlalu

reff:
berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

ku berikan cintaku juga sayangku
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku .. 


#Lirik penuh kat SINI

Dalam sesuatu perhubungan ,ada pelbagai aspek yang perlu diterapkan..kalau inginkan hubungan itu berkekalan.kalau inginkan keindahan dalam satu perhubungan..kalau inginkan pasangan kau menghormati kau sebagai pasangan hidupnya..hubungan hanya sekadar suka-suka,sekadar kau nak lepas geram baik tak payah..cuma hanya membuat kau berdosa dalam tak sedar..

Dalam satu perhubungan,perlu ada sikap saling percaya antara satu..percayakan dia sebagaimana dia percaya kau seperti apa..tanpa kepercayaan apa benda pun takkan jadi.. percaya itu perlu,jika kau inginkan hubungan itu berlanjutan sampai ajal kau mendatang.. namun percaya juga tak boleh membabi buta,kau percaya dia terang-terang takut kau pula yang akan ditelanjangkan..kau tak percaya apa yang aku katakan,itu kau punya pasal..janji aku kata apa yang aku rasa..semestinya pendapat kita memang berbeza,kau dengan cara kau,.aku dengan cara aku..Sekian !!

#Kau buat aku tak percaya pada perempuan..kasihan mereka terima hukuman yang tidak setimpal..

#Siapa pinang aku,aku terima dengan senang riang.hahaaaa *merapu

#Jangan lekas menghukum,apa yang kau lihat tidak semestinya apa yang kau rasakan.takut kau menyesal tak sudah2..

Lokasi Gambar :Putrajaya


                                                                 ****************



Kata Achie :kau tak pernah percaya dengan aku..kesal !!


Like jika rasa tertarik...






Ahad, 22 Januari 2012

Kenapa Tak Tidur Lagi l Masalah Kehidupan Insan Bernama Achie

Assalamualaikum w.b.t. . .  


#Putrajaya..

#Susah sangat nak lena malam ini,nak kata panas tak juga..hujan kat puchong ni serasanya lebih baik kalau dapat tidur dengan lena..tapi kenapa tak tidur lagi?insomnia?jangan nak mengarut der...

#Puas berfikir banyak perkara..aku suka memikirkan sesuatu perkara ketika duduk bersendirian tanpa peneman..bagiku,ketika bersendirian itulah banyak benda kita mampu ingati..dari perbuataan baik sampailah ke perbuaatan yang jahat..kadang kala kita tak mampu mengingati perbuatan kita yang telah membuat orang menyampah...setuju?? mulut kita kan lancang bersuara....

#Dalam satu perhubungan ada banyak benda yang perlu kita turuti..perlu ada kepercayaan kepada pasangan kita,bertolak ansur ,sayang menyayangi, bantu-membantu, hormat pasangan kita dan penting sekali adalah kejujuran..kalau semua ini tiada dalam list kita,sebaiknya berhentilah dari membuat kerja sia-sia..

#Tajuk entry ini tak boleh pakai,ini fakta..masalah untuk mengupdate entry semakin pupus..semakin lama semakin malas je rasa,jika sebelum ini aku mampu membuat entry dalam 2,3 entry dalam sehari..kini nak buat entry merapu sehari sekali pun teramat malas.. aku kan suka bermain dengan emosi.kau ada?

#List terakhir..aku nak bersiap nak tidur..sebelum itu nak kena blogwalking sedaya mampu..kalau tak mampu,nak buat macam mana kan? besok jam 7.30 pagi dah kena  gerak ke Taman Tasik Perdana nak buat photoshoot..berminat?jom sesama..kbai


Kata Achie :Hidup aku memang penuh dengan keserabutan..grrrrrrrr


Sila like jika suka entry ini. . . .  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)Copyright reserved by Woofer Storm.
Powered by Blogger