Blog Lensa Kamera

Memaparkan catatan dengan label Support dorang^^. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Support dorang^^. Papar semua catatan
Ahad, 9 September 2012

Hidup Ini l Kaki Cinta Dot Com

Assalamualaikum w.b.t. . . 


♥ Dandoard 

Rajin pula malam ni nak update entry,

syukur masih diberi kesempatan untuk update,

walaupun kebanyakkan entry banyak merapu dan lari dari jalan cerita kehidupan yang asal,

Hidup ini ada banyak agenda yang perlu kita laksanakan,

adakalanya berjaya,adakalanya kita tumbang dimedan kehidupan,

apapun semoga hidup kita,jalan cerita kita akan menjadi kebahagian buat diri kita..

semoga apa yang dihajati akan tercapai walaupun kita tahu itu semua kerja tuhan..

Semoga hidup akan baik-baik sahaja..insyallah~

***********

Nak support kawan boleh?

ada masa layanlah blog canggih ini..dia otai meh,jomm~
www.kakicinta.com

#Klik banner kat atas ni ketat2 ye..dah klik confirm owner dia belanja aku makan.erkk


Kata Achie :Kekadang kena bersuara jika diri perlu bersuara..kan3??


Terima kasih tuhan atas kehidupan yang engkau berikan..Aku Cinta Allah~

Isnin, 9 Julai 2012

Semua Serba Tak Kena

Assalamualaikum w.b.t. . . . . . 

Nak buat itu tak kena,nak buat ini pun tak kena..
semua yang dirancang lain pula yang mendatang,
apa yang aku rasa belum itu mampu terluah,
apa yang aku impikan belum pasti bisa terjadi..

Pendek Kata ..
Semua Serba Tak Kena..

Chooppp,
Tahniah buat kawan aku yang dah buat Kidney Transplant tu ,
semoga dengan ini kehidupan baru lebih bermakna..Anda memang seorang 
yang kuat..Bagussss~

Selamat Malam..


*******************************


Sudut Tahukah Anda. . . 

#Tahukah Anda,bila aku dah malas nak update entry.entry yang diupdate tu pasti banyak merapu meraban tak ingat orang..
#Tahukah Anda,bila kita nak mengadu je pasti akan cari pasangan kita,tak kira suami isteri ,Teman lelaki/perempuan,mahupun mak ayah.jarang benarkan kita mengadu dengan Allah??
#Tahukah Anda,manusia yang seperti kita ni susah nak terima pendapat orang lain sedangkan kita tau kita tak betul manapun..Apapun kali ini aku kena terima pendapat keluarga aku..maafkan aku.

#Cerita ini dah basi kat blog Lensa Kamera..
nak tengok juga?sila ke SINI


Kata Achie :Adakalanya kita kena bertindak kejam agar mereka bisa menjadi faham..






Terima kasih atas kehidupan yang engkau berikan..Aku Cinta Allah
Ahad, 11 Mac 2012

BIla Aku Teringin l Akuachik.com

Assalamualaikum w.b.t. . . .

Teringin untuk memiliki ,lumrah manusia inginkan sesuatu benda pasti berusaha untuk mendapatkannya..aku seperti yang lain,punya keinginan juga..punya citarasa yang mungkin tidak sama seperti yang lain inginkan..apapun aku tetap aku,bukan kau,bukan dia yang punya keinginan yang berbeza..aku dengan cara hidup aku,kau dengan cara hidup kau..kita berbeza sama sekali walaupun arah perjalanan kita adalah sama..

Aku punya keinginan untuk memiliki tempat tinggal yang mewah,punya orang gaji yang akan menjaga makanan minuman dengan cukup selesa..punya kamar tidur yang bisa membuat aku tidur dengan nyenyak sekali,tanpa perlu memikirkan masalah bila diri ingin beradu..punya kelengkapan yang serba mewah,bila buka mata saja pasti akan membuat diri ini bahagia...tapi aku takut sekali,apatah lagi bila kemewahan harta benda itu cuma hanya menghanyutkan aku jauh dari mu Ya Allah.aku takut bila harta benda itu cuma hanya membuat aku riak semata- mata kerana aku tahu harta benda itu tidak akan menemani diriku hingga keliang lahad nanti.. tak perlu semua itu,aku syukur dengan apa yang aku miliki kini..

Aku punya keinginan untuk memiliki kenderaan yang mewah belaka..bangga menyusur diatas jalan raya memintas kenderaan yang lain dengan penuh kuasa..bila ditanya harga kenderaan itu berapa, pasti membuat mereka melopong bagi tak percaya.aku bangga bila kenderaan itu bisa menarik perhatian mereka untuk mendekati.tapi aku lupa satu perkara, kenderaan mewah pun bukan apa-apa.kalau harga berjuta sekali pun biar nahas dah mendekat pasti akan menjadi remuk juga..jadi memang tak perlu rasanya,cukuplah aku bisa bergerak kemana-mana dengan kenderaan yang aku ada,asalkan selamat dan tak menyusahkan..

Aku punya keinginan untuk bercinta lagi..bercinta seterusnya ingin mendirikan rumah tangga.aku ingin memiliki cinta yang telus dari hati,cinta bukan berlandaskan nafsu semata2.. aku ingin si dia mencintaiku dengan apa yang aku ada,mencintaiku bukan saja kebaikan itupun jika aku ada  tapi juga keburukan diri yang begitu bersepah dimata..mencintai ku bermakna akan sentiasa bersama tidak kira susah atau senang,bukan meninggalkan aku keseorangan tanpa belas kasihan..tapi aku takut untuk bercinta lagi,aku takut untuk membuka hati ini lagi..aku takut jika aku terkena sekali lagi..semoga sidia yang bakal hadir dalam hidupku akan menjaga hati ini moga tidak akan terlukai lagi..yang pasti aku tetap punya tuhan ,yang sentiasa menjaga aku tak kira susah atau pun senang..terima kasih Allah atas segala kesusahan dan kesenangan yang engkau berikan..kini aku mula tahu apa itu ertinya kenikmatan dalam kehidupan..Sekian ~

*Pemilik arnab ini sudah pergi,insyallah arnab ini akan ku jaga..kerana ini sebahagian kenangan yang aku masih ada tika bersama dia dulu kala..

***********

#Dah lama tak perkenalkan antara blogger yang aku ada,sahabat ini dah siap beli domain lagi tu.. anda sayang saya?jom terjah blogger tu kat url baru ini.. @ www.akuachik.com ,,jeles dengan domain dia,sebab nama kami hampir serupa..heheee
#Dalam hidup ini,cuma ada satu pilihan..jika kau salah pilihan,maka jawapannya salah sudah. jika kau betul,maka betullah kau..tapi jangan takut bila kau salah,kerana pasti ada yang sudi membantu kebangkitan mu,mungkin teman dan keluarga..tapi yang pasti Allah sentiasa ada disamping kita.ingat tu ~
#kawan rumah aku dah berpunya,maka hilanglah sudah BF sementara aku,ermm Apapun semoga dia bahagia sentiasa tanpe perlu merasa seperti apa yang aku rasa..
#Jangan lupa singgah kat blog fotografi aku ye,biasa2 je sebab hanya itu yang mampu kami sediakan..nak keluar shoot tapi asyik hujan ini susah juga kan..dah lama mengidam nak main macro lagi.. @ Lensakamera.com

Kata Achie :Terasa nak berhenti saja berblog ni,nak update pun kian malas,..anda rasa 
bagaimana??

Sila like jika suka entry ini. . . 
Selasa, 31 Januari 2012

Ini Buatan Malaysia

Assalamualaikum w.b.t....

Tak sangka masih ada orang berfikir kolot dizaman serba maju ini,diakhir zaman menuju kehancuran umat islam..zaman dimana manusia rakus mendabik dada mengatakan dia yang paling berkuasa..zaman dimana maruah sudah hilang entah kemana, merosakkan anak bangsa sendiri demi agenda yang tersembunyi didada..sedarlah sebelum terlambat,sedarlah sebelum menutup mata rapat-rapat..

Kenapa dimasa kini penggunaan ilmu guna-guna masih kerap berlaku,masih ada yang menggunakkan santau untuk mengenakan orang lain semata inginkan kepuasan yang meninggi.. Mengutuskan para syaitan untuk menganggu ketenteraman orang lain yang inginkan kedamaian tanpa ada sebarang gangguan..kenapa perlu permusuhan harus dibalas dengan kesumat dendam yang membara,bukankah sebaiknya diajak berbincang bersama mencari jalan yang terbaik..tanpa perlu membuat onar yang cuma hanya membuat dosa semata-mata..adakah ini produk buataan malaysia yang harus dibanggakan?kalau inilah,sememangnya orang itu tak layak tinggal dimalaysia..harus nyah kau dari sini..Sekian !!

#Kasihan bila ada keluarga sahabat menjadi mangsa santau buatan orang..kalau kau yang terkena balik ,bagaimana rasanya??

#Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya..tapi bukan begitu caranya..

#Bangga sekejap bila Paris Hilton Add aku kat Muka Buku.heheee

#Model : Nurul Farhana
Mua : Linda Helmi





#Kat bawah ni shoot spontan..guna lens nikkon 50 mm manual..comel kan?hehee



Kata Achie :Kau bagi macam tu,pasti dapat serupa itu..grrrrrr



Sila like jika suka entry ini....
Isnin, 2 Januari 2012

Lirik Lagu HambaMu – Mawi Ft. Akhil Hayy l Video Klip Ost Imam Muda 2011

#Sumber dari google..
Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa
Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
HambaMu Allah 
Video klip di sini..  [ LINK ]
**********************************
#Hati busuk macam mana pun bila hidayah dah sampai pasti akan menyedari kesilapan diri..
#Thank blogger Aisyah atas info tu ye..aku hargai sahabat..
#Rindu nak dengar suara Ustaz Asri lagi..

Kata Achie :Hargai semasa mereka masih ada...
Sila like jika suka entry ini....



Selasa, 27 Disember 2011

Cepatnya Aku Semput

Assalamualaikum w.b.t. . .

#Aku suka tengok gambar ni..cantik !!

teringat dulu kala zaman aku masih bertenaga,
badan ringan rajin nak pusing padang,
selalu turun membuang lemak yang berlebihan,
turun naik tangga macam kacang,
tapi kini tidak lagi...
buat kerja sikit badan dah lenguh,
buat gerakan sikit rasa nak semput,
buat kerja sikit rasa nak pengsan,
inilah akibatnya kalau jarang bersukan...

                                       *******************************

Dah lama tak bersukan ini rasa lain je badan,nak lari sikit rasa dah tak bermaya..bukan macam dulu kala,masa latihan masih boleh tersenyum lebar.kini kalau nak naik sepuluh anak tangga pun rasanya diri tak mampu..inilah akibatnya kalau hidup dah tak bersukan,asyik balik kerja duduk buka alam maya..badan sudahlah tak sasa,asyik terperuk membuat 1001 penyakit mula mendatang..jadi jangan tiru macam aku,ada masa tu jangan sibuk main blog je, petang-petang sikit apa kata pusing satu padang.tak pun naik tangga untuk panaskan badan,
penyakit pun tak datang,badan pun sentiasa sihat..jangan jadi budak gemuk macam aku sudah.. Sekian !!

Bro FrameStone ajak main badminton,tapi tak mampu dalam keadaan sekarang ni.. Semput itu aku..

#Kalau sayang Achie,Sila support blogger ni..likelah mana yang patut ye.terima kasih  :- 

Kata Achie :Hidup sihat,hati Senang..


Sila like jika suka entry ini . . .
Khamis, 22 Disember 2011

Gara- Gara Kerabu Pauh !!!

Assalamualaikum w.b.t. . . . 

#Sedih bila blog jadi macam ni..hehee 

Aku bengang gila,
penat balik rumah blog tak boleh buka,
dahlah penat layan kerja yang tak kan habis,
sampai rumah baru tahu domain dah expired,
apa nak jadi dah..aku kesal dengan sikap sendiri,
cepat pelupa memang sebati dalam diri aku,
memang susah untuk dilempar jauh..
akhirnya aku sendiri yang merana.
kini aku kembali lagi,
semoga selepas ini tidak berlaku lagi perkara sebegini..
Amin3...

#terima kasih kepada blogger yang prihatin dengan blog merapu aku ni.aku hargai itu semua..terima kasih sekali lagi kerana perasaan akan ketiadaan blog usang ini..

#sebenarnya entry aku kali ini bukan merujuk pada domain tapi aku tujukan khas buat seorang blogger ini..aku menang teka gambar hari tu dan hadiahnya dah selamat sampai ditangan aku..aku hargai itu sahabat..terima kasih ye pretty write atas entry kat SINI .hehe 
gara-gara KERABU PAUH,aku menang bergaya..hahahaha

#jom kenal blogger pretty write,dia memang cool gila..dah terjah jangan lupa follow pula ye..hehe sekian^^

#Sila Klik banner ini ketat-ketat ya..tolong !!!


Kata Achie :Orang berbudi,kita berbahasa..


Sila like jika anda tertarik dengan entry merapu ini..
Selasa, 6 Disember 2011

Aku Tak Suka Benda Alah Ni.

Assalamualaikum w.b.t . . . 

**iklan sebentar,lagu ini best.... LINK


kata blogger Insan Berlagak Tak Matang dia suka makan cendawan,
cendawan goreng mahupun sup cendawan,
asal nama makanan tu ada cendawan,
mesti dia gersang nak telan,
dia memang kaki cendawan kot..

Aku tak suka cendawan,
walaupun orang tu pandai masak macam mana pun,
aku tak kan makan,bagi aku cendawan bukan makananku,
bukan maksud aku bongkak,bukan juga aku pilih makanan,
aku asal dari kampung,tak reti nak pilih-pilih,
tapi yang pasti cendawan bukan aku inginkan..

Tapi pernah dengar tak orang tu,
dia kata tak reti makanan cendawan,
sumpah asal makan je terus muntah tak keruan,
asal nampak cendawan,tekak loya rasa nak pengsan,
tapi belakang orang dia Raja Cendawan,
kalau nampak orang macam tu,lempang sekali dua,
Sekian..

*begitu juga kalau ada yang kata tak makan budu,tapi kat belakang dia yang no 1..grrrrr


Kata Achie :Apa kes orang sebegitu??


Sila like jika suka entry ini...

Nokia Gifting

Assalamualaikum w.b.t . . . .

**Sambungan entry di SINI



Rezeki datang lagi,bila nuffnang sudi memberi..
aku terima BE itu dengan rela,bukan terpaksa,
Terima kasih buat Nokia Gifting juga,
kerana sudi memilih blog yang tidak seberapa ini,
blog yang banyak mengarut dari realiti,
terima kasih sekali lagi...


Dapat perkhabaran hiba dari Bro FrameStone,
bila ada insan yang jatuh ditimpa tangga,
bila dia dilanggar atas jambatan..
dan kini masih tak sedarkan diri.
semoga dia sembuh sediakala kita doakan,
semoga dia berjuang untuk terus bernafas,
semoga dia kembali senyum semula..
kita doakan ya.amin3 ...Sekian...

*Untuk cerita lebih lanjut,sila ke SINI

Kata Achie :Hari ini kita gembira,esok lusa mungkin kita tiada sudah..


Sila like jika suka entry ini. . . . .


Khamis, 1 Disember 2011

Jangan Jadi Keldai Dadah

Assalamualaikum w.b.t . . .

Jangan jadi keldai dadah,
cuma hanya buat diri binasa,
jangan percaya pada dia,
takut nyawamu cuma ditali gantung,
aku berkata bukan maksud aku cemburu buta,
tapi berkata kerana hiba melihat kau derita,
dadah,tolong jauhi dadah,
kerana dadah musuh utama kita,
kerana dadah hidup cuma akan binasa,
kerana dadah kau hilang dari dunia,
bisakah kau membuat kami derita?
kerana hanya yang dinamakan DADAH!!!!

*Wanita,tolong jangan tertipu dengan janji manis lelaki yang tak dikenali,
mungkin anda bisa menjadi mangsa sindiket dadah.cuma wang yang tak seberapa,
takkan anda berani mengantungkan nyawa anda sendiri..Fikirkan ya. . . .


nak senang bukannya mudah,kena belajar hidup susah dulu..orang kata,bukan senang nak jadi senang,tapi nak susah mudah sekali,usaha itu perlu kalau nak berjaya kelak,takkan tanpa usaha kejayaan akan datang bergolek?betul tak?usaha pun perlu kita teliti,usaha kepada apa?usaha untuk menjadi yang terbaik,atau nak menjadi yang terbalik,hehee kalau berusaha nak cepat kaya,kenalah berfikir bagaimana nak jadi kaya,dengan cara yang betul,bukan dengan cara yang salah disisi undang-undang ataupun agama.ingat kaya mana pun kita nak capai,esok lusa kita ke tanah juga...betul tak?Sekian

*Kaya macam mana pun kalau hati tak senang,tak bagus juga..lalalalaa~


Kata Achie : Abang Afza memang best,ada apa kemusykilan pasal kereta,motor dan sewaktu dengannya.sila ke SINI .Insyallah pertanyaan anda akan terjawab..okbai^^


Sila like jika suka entry ini. . . . . . . . 

Isnin, 28 November 2011

Ganyanglah Harimau Malaya Kalau Berani

Assalamualaikum w.b.t . . . .

"Mamat ni kalau wa sepak sekejap lagi ,habis ni..
wa tak puas hati time gol tadi sibuk benar dia sorak ,
support tu biar betul,jangan sekejap sokong sekejap tara,
wa cakap sama lu,wa jumpa lu wa pancung "
hahaaa



Kalah menang adat perlawanan,kalau asyik menang pun susah juga,
takut sifat riak tu menebal kat diri..kalau kalah usahakan lagi,
bila dah jatuh mesti ada semangat nak bangkit lagi..
apapun Harimau Malaya tetap dihati^^
jangan mudah gelabah ya...
buat kamu kamu dan kamu,tak kisah nak bagi pendapat sendiri,
tapi tak perlu sampai nak makidan aibkan orang,
kalau rasa diri tu hebat sangat,apa kat main untuk harimau Malaya,
ada berani?? Sekian

**Wa kesal dengan blogger ni,suka suki nak ganyang Harimau Malaya..blogger mana??
Blogger kat SINI
hehehee

*Blogger mesti ramai yang pergi SNBJ kan??
#Sedih 


Kata Achie :Tak payah kutuk Fakri Saarani lagi,dia tak main pun kalah juga kan??


Sila like jika suka entry ini
Jumaat, 25 November 2011

Susah Senang Kita Bersama

Assalamualaikum w.b.t . . . 

Aku faham apa yang hendak kau sampai,aku mengerti dan aku sedari itu..katamu cukup indah,
katamu cukup bermadah..aku bisa menjadi yang itu,menjadi yang satu..demi kamu,demi kamu yang aku sayang..demi kamu yang aku cintai..demi kamu sayang..percayalah aku,pimpinlah aku ke jalan yang benar,bukan jalan yang berliku penuh onak duri yang sukar untuk ku tempuh..

kamu,mengertikah kamu isi hati ku,mengerti kamu apa yang ku mahu..aku bukan seperti yang lain,mencintai mu kerana harta,mencinta mu kerana rupa.tapi aku cinta padamu kerana isi hatimu yang lurus sekali,yang bercahaya bila ku dekati..yang bisa buat ku lebur,tak harus ku menahan kebaikan mu itu...aku perlu itu,aku cuma mahu itu..tiada yang lain..

Aku biasa menanggung susah,aku derita hanya aku yang rasa,,aku tahu dunia ini,aku faham orang di masa kini,aku tak perlukan mereka yang cuma mengambil kesempatan atas peluang yang ku berikan..aku faham apa yang mereka ingin,aku mengerti apa ketamakan dihati mereka..aku faham itu semua..aku perlu mereka yang sudi menjaga aku,bukan yang cuma bisa menghina aku..aku perlu mereka yang bisa hidup susah senang bersama aku,bukan mereka yang cuma ambil kesempatan atas kesempitan hidup kala ini..Aku tak perlu mereka yang sebegitu,agar bisa mendidik aku yang rosak sedia kala ini..Sekian^^

*Entry merepek di kala malam hari..hehee

*Buat novel dah separuh jalan,perlukah untuk ku teruskan?ermmmm

*tahniah buat sahabat ku yang telah menghasilkan buku sebegitu rupa..LINK

* Kontrol histeria ini pun cun cover dia.heeeeheee

Kata Achie :Mood nak malas berupdate kembali lagi..grrrrrrrrrrr


Sila like jika suka entry ini. . . .




Sabtu, 29 Oktober 2011

Kenapa Aku Berubah

Assalamualaikum...

Aku dah berubah,
sungguh aku tak pernah tipu,
apatah lagi pada mu sahabat,
berubah bukan cita-cita ku,
berubah bukan juga matlamat ku,
tapi aku berubah kerana terpaksa,
kerana terasa kamu mungkin tidak menyukai aku,
sewaktu aku seperti dulu..
oleh itu,aku mesti berubah...
dan KINI AKU DAH BERUBAH WAJAH!!!

Terima kasih buat Sheda Argos kerana sudi make up kan aku..lalalaaa~

**MOOd nak gerak pergi THE Mines kejap lagi,ada sesiapa nak follow?jommmmmm^^


Kata Achie :Berubah tak kisah,janji ke arah yang baik tapi bukan sebaliknya..heheee


Sila like jika suka entry ini....
Khamis, 27 Oktober 2011

Tolong Jangan Lakukan,Boleh Tak?

Assalamualaikum....

Kan aku dah bilang,
tolong jangan benda yang bukan-bukan,
tapi kau ni memang degil sangat,
apa yang aku katakan,
semuanya kau tak endahkan,
sekarang apa dah jadi??

Tolonglah,
kenapa kau suka malukan diri kau sendiri,
melibatkan keaiban kau terserlah dalam diam,
pernahkah kau terfikir pasal tu,
cuma keseronokan yang kau pertaruhkan,
akhirnya tengok apa dah jadi ni..

kau memang degil melampau,
lagi aku kata jangan,lagi sibuk kau nak buat,
sekarang kau buatlah sampai lebam,
biar terbeliak biji mata kau tu,
aku dah kata jangan buat,
kau tetap degil nak buat..
tengok apa dah jadi...grrrrrrrrr

manusia,semakin dilarang semakin degil nak buat..katanya nak alami keseronokan semaksimum yang mungkin..tapi tak sedar kadangkala cuma musibah yang menimpa diri sendiri..dikata jangan buat,tetap nak buat..sekarang nasi dah jadi bubur,buatlah lagi..buat sampai lebam..boleh???sekian^^


Jom lepak kat blog Sis Ujie..follow sekali pun amat dialu2kan..lalalaa~



Isnin, 24 Oktober 2011

Kenapa Perlu Marah

Assalamualaikum w.b.t. . .

Kenapa perlu marah,
jika ada benda yang tak kena,
kan lagi bagus duduk berbincang,
pasti ada jalan penyelesaiannya..

kenapa perlu marah,
jika kesalahan diri terserlah sudah,
jangan cuba sorokkan kesilapan,
jika diri jelas bersalah.

Kenapa perlu marah,
cuba paksa diri pandang hadapan,
kenapa perlu patuh pada nafsu,
yang cuma pasti binasakan badan.

Hairan sebentar melihat perlakuan diri yang cepat naik angin satu badan,padahal benda memang tak betul.kenapa cepat terasa hati,kenapa?ada rasa bersalah ke??sampai marah hambur merata-rata,yang tak bersalah turut menjadi mangsa juga..pernah terfikir satu perkara,bila kita pula yang terkena..apa perasaan tu yaa???Sekian

**oppss,blog dia ni best..entry menarik sungguh,jeles sekejap..jangan lupa follow dia tau^^ yeahhh

*Klik banner ini ketat2 tau ...


Sila like jika suka entry ini...Terima kasih^^

Khamis, 5 Mei 2011

DBKL Kaki Saman.

Assalamualaikum....

Baru balik kerja ini rasa nak melayang je badan yang sering tak keruan sejak dua menjak ni, nak kata penat dengan kerja,tak juga tapi masalah nak balik mengharungi  jem memanjang tu buat rasa nak lompat je dari kereta berlari balik ke rumah..lagi baik berlari dari  guna kenderaan tapi cuma bergerak macam siput,lagi teruk bila kat sana masalah parking ini pun satu hal,tak tahu nak cakap macam mana ..Aku tanya staff kat sana pun,dorang memang selalu kena saman sebab parking selalu penuh,dan bila dorang parking tepi jalan itu dah meletakkan kaki dorang sebelah untuk disaman..jadi aku tak tahu nak buat macam mana lagi,DBKl ni pun satu hal,tak pernah tengok keadaan macam mana,kalau dah penuh nak parking kat mana juga.takkan dalam tempat kerja nak parking kan?aku rasa nak makan je staff DBKl tu satu2,kalau korang terkena macam ni,mesti angin satu badan juga kan? jadi rasa2 apa patut aku buat ea?ermmmm

 
 *Salah langkah inilah jadinya..grrrrr

 Sebelum mood aku gian nak makan kejap lagi,aku nak korang lepak kat blog
dia ni..entry dia pun lebih baik dari entry mengarut aku weh..inilahkan
masa nak support blogger yang lain,kalau bukan kita siapa lagi..kalau rasa2 belum kenal tu,
harap dapat pergi dengan kadar yang segera..tak rugi beb,blogger ini peramah ..
lagi satu dia ni kuat tengok kaki TV,tak percaya sila lihat sendiri url dia..heheee Sekian^^

 *Klik banner kat atas ni ketat2 ye..lalalaa~


Kata Achie :Hari ini baru berkesempatan nak bw..hihiihihiii 





Selasa, 3 Mei 2011

Buat Kaki Kipas..

Assalamualaikum...


Ada sesiapa kaki kipas kat sini?Apalagi bila dah kipas itu,biar kipas
kuat sikit..badan pun rasa tak hot,cool je memanjang..heheee kalau rasa nak kembangkan
cara kipas yang sebaiknya,apa kata kita support brader sorang yang ensem gila ni..
apa macam?ada berani??heehee Jom kipas mengipas..lalalaa~


*Klik banner kalau nak join segmen bro fariq^^


Kata Achie :Malam karang aku join bro..heheeeee
Khamis, 14 April 2011

Semakin berhati-hati...

Assalamualaikum...

Hari ke hari,follower korang pasti bertambah bukan?pasti ada yang bermula siput
macam aku ini mungkin tiba-tiba beriban sekelip mata,,bagaimana nak jadi macam itu,jangan
tanya aku kerana aku sendiri pun tak macam itu.heheee syukur apa yang ada,rezeki masing-masing kan??<--ada yang komen pasal ni??heheee

semakin follower bertambah,semakin aku kena berhati-hati dalam mengeluarkan
sesebuah entry.bukan apa,takut dikecam ditembak begitu saja..akhirnya aku sendiri
yang tersungkur jatuh lemah tak bermaya..tapi kadang-kadang aku kena juga 
keluarkan entry yang aku rasa tak puas hati,kerana aku rasa berhak untuk berbuat demikian
walaupu cerita yang aku sampaikan  cuma cerita dongeng biasa semata-mata, dan bisa 
mengundang amarah dari seseorang,siapa?itu kena tanya dengan diri korang,korang terasa ke dengan apa yang aku sampaikan...aku pun insan biasa ,yang sering melakukan kesalahan namun jika terasa hati gak,maaf dipinta seribu kali..moga amarah dihati dapat diubati cuma dengan kata kemaafaan dari aku...

Namun,yang pasti selalu berhati-hati ye ketika nak kemukakan sesuatu isu,kalau benar
takpelah juga,orang boleh terima,kalau salah itu pasal ramai anon yang hadir berkerja..heheeee 
apa pun itu pendapat masing-masing,kerana semua orang berhak menentukan hidup masing-masing..cuma jangan lupa hak orang lain yang membaca entry korang,takut dia tak selesa je kan?tak ke naya..sekian...

**Ini entry mengarut sebelum aku nak keluar,cuma nak kata aku suka entry
dia ni,tak percaya?sila klik sini.. [Link] 

*Aku suka kedamaian,jadi laut dan aku tak dapat dipisahkan..ermmm 

Kata Achie :semakin bijak blogger ini aku perhatikan,tahniah buat Cik Qaseh,,,<--mood jeles..ahahaaa 
 
Khamis, 17 Mac 2011

Red Handy Boutique l Jomlah layan sekejap..

Hai bloger.baru balik dari IOI Mall ni,penat tapi ingat pula janji dengan Sayam Shag ni,
so janji tetap janji kan..nak tak hendak walaupun penat ni sayam,..ini demi Sayam tau,bukan untuk siapa-siapa..hahaaaa so kena belanja paling kurang nasi gorang daging merah tau Sayam Shag ,ingat tu..tak belanja aku nak merajuk tak nak kawan dah..ehheee

 *Klik atas ni kalau nak terjah blogshop tu..jommmm support..

ok,hasil dari skodeng entry sayam yang ini ,baru tau gak ada blogshop baru ni..tapi maaflah coz benda ni tak layak untuk aku sayam,aku pakai alamat aauuuww kejap,so pada sayam yang merasakan blogshop ni berguna silalah terjah tau.. tak nak beli pun takpe,janji korang terjah dulu bagi support yang ketat2,sekurangnya terasa gak dia dihargai...

apa yang korang akan dapat kat sini?ermmm bab ni sebenarnya aku tak reti nak cakap la,tapi rasanya dia ada jual shawls dan inner..itu pun hasil pembacaaan aku kat entry sayam shag tau, jangan marah der...so jomlah layan dulu,okey untuk tidak menghampakan korang,aku nak share kat sini apa yang ada kat situ..antaranya :-
  






  

Kata Achie :Tak salah bantu blogger yang lain,tak nak beli pun,tapi boleh je
korang promote dan follow sekali..sekian.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)Copyright reserved by Woofer Storm.
Powered by Blogger