#Cuba teka aku yang mana satu?heheeee
Semalam berkesempatan ke Bengkel Dslr anjuran otai fotografi, Adhadi Mohammad..ramai otai yang dapat aku jumpa kat sana,,alhamdulillah banyak input yang dapat aku pelajari walaupun masa yang agak terhad sekali..lebih 200++ yang mendaftar namun hanya 60++ yang hadir disebabkan hujan renyai ketika itu..apa pun itu adalah satu pengalaman menarik yang dapat aku dapat dari situ..
Rasanya tak mampu nak buat banyak benda dimasa kini,dikala masalah demi masalah aku terima..kekadang macam malas nak update entry yang panjang berjela yang niat nak meluah tetapi hati masih tak rasa apa2..mulanya terfikir nak berhenti berblog dan menumpukan pada hobi baru ini,walaupun dah lama aku berkecimpung dalam fotograpi ini..namun sebelum ini aku hanya ditemani kawan karib semata,namun kini alhamdulillah ada banyak kumpulan otai aku telah jumpa dan insyallah di masa akan datang akan banyak outing akan aku ikuti...terima kasih atas komen2 kat page Woofer Storm Crew tu,terima kasih ye iffah, chemay, syima ,wawa,kira dan lain2 yang sudi lepak kat situ..anda semua memang terbaik..
Dan aku tertarik hati dengan komen dari chemay ni,aku kenal chemay bukan baru,dah lama tapi kenal macam tu je kat blog..dia memang antara blogger yang aku kenali cukup ramah dan baik sekali,terima kasih ye sahabat,mungkin aku akan dengar kata chemay,masukkan dalam entry..tapi malangnya bukan kat blog ini,kerana size gambar yang cukup besar amat merugikan sekali jika dimasukkan kat sini..aku dalam perancangan membina blog lagi satu dan membeli domain yang difikirkan sesuai dengan hobi itu...apa peranan kamu?cuba fikirkan apa nama sesuai domain yang hendak aku beli?aku harap nama domain itu bersesuaian dengan dunia fotografi yang akan menjadi platform aku untuk meletakkan gambar2 yang terhasil yang aku rasakan sesuai..Semoga idea kamu mampu memberi nafas lega dalam membeli domain tu.terima kasih ya,kalau aku guna domain yang kamu syorkan,insyallah ada hadiah misteri yang menunggu kamu tau..sekian !!
#Ada event fotografi pada 29.Jan ini di Taman Tasik Perdana pada jam 2 petang sampai 6 petang,bayaran cuma rm10 saja,siapa nak boleh join sekali..dan pada 05.Feb pula ada event Street Photography Style DSLRM di Central Market jam 9.30 pagi dan tanpa dikenakan
bayaran..apa lagi?jom semua
#Ada beberapa blogger request nak tengok gambar photoshoot aku semalam,disini aku sertakan beberapa gambar yang mampu aku beri,nak bagi banyak tapi size gambar berat sangat dan gambar tu semua hodoh2 belaka..harap dimaafkan ..layann
#Benda comel tu,domodroid dan danboard..pinjam kat kawan,comel kan?siapa nak,sila beli,boleh share2..hehee
Kata Achie :Kejap lagi nak ke LCCT ,nak jemput adik bongsu..jom
Sila like jika suka entry ini. . .
Taman Tasik Perdana l Bengkel Dslr Adhadi l Domodroid Vs Danboard

















