Blog Lensa Kamera

Memaparkan catatan dengan label Sudut Agama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sudut Agama. Papar semua catatan
Selasa, 3 Julai 2012

Bersedia untuk menerima kehilangan

Assalamualaikum w.b.t. . . . 

Perubahan itu semestinya perlu ada,dan perubahan itu ada dua alirannya..sama ada perubahan menuju jalan kebenaran ataupun menuju ke jalan kehancuran..cuma kita saja yang perlu memikirkan nak pilih mana satu,jangan tersalah pilih sudah...hidup ini ada putaran rodanya, tak semua yang kita inginkan akan bisa kita miliki,kerana kalau dah benar bukan rezeki,menangis darah macam mana sekalipun semua itu tak kan bisa kita perolehi..

Namun sedarkah kita satu perkara,dalam gersang berusaha untuk memiliki apa yang kita impikan..kita sebenarnya harus membenarkan pemergian apa yang kita miliki..hidup tak boleh nak tamak,mungkin tuhan akan memberi apa yang kita ingini,tapi dengan Izinnya juga, tuhan akan mengambil apa yang kita ada...bersiapkah kita jika benar perkara itu akan terjadi? Jika benar² akan berlaku,suka atau pun tidak kita kena lepaskan apa yang kita ada.kerana yakinkan diri kita apa saja yang kita ada itu semuanya pinjaman dari Allah s.w.t..jadi  perkara yang ingin ditekankan kat sini sebenarnya,apapun yang kita ada,jangan nak berlagak mengatakan itu harta kita buat selamanya..Bila² masa tuhan bisa ambil jika iaNya ingini kerana kita cuma penjaga sementara saja..Sekian!!!

**************************

Sudut Tahukah Anda ......

#Tahukah anda,setiap manusia memerlukan 7-8 jam untuk tidur yang secukupnya.. namun benda yang anda tak tahu bila mana aku tak tidur malam semalaman layan bola dan paginya terus pergi kerja..erkkk
#Tahukah anda,setiap orang suka sangat mencari kebahagian dalam dunia percintaan.tapi tak ramai yang akan menerima bila gagal dalam percintaan..pelikkan?
#Tahukah anda,dengan blog kita mampu menjana pendapatan sampingan..tapi dengan blog juga kita mampu menyebarkan fitnah dalam tak sedar.. *gosip kuat sangat.erkk


#Cerita ini masih segar,semoga bisa menjadi satu kenangan..

Kata Achie :Blog Lensakamera terpaksa diabaikan buat sementara waktu.hahaa


Terima kasih atas kehidupan yang engkau berikan..Aku Cinta Allah
Ahad, 3 Jun 2012

Rezeki Ada DiMana-Mana l Alkisah Di Dataran Nilai

Assalamualaikum w.b.t. . . . 

Aku percaya satu benda,benda yang dikejar-kejar walaupun dengan usaha yang mengunung namun bila tuhan tak izinkan,itu cuma kerja sia-sia belaka..bersungguh mana pun kalau tuhan tak kehendaki ,itu hanya membuat kau rasa tak bermaya..rezeki itu ada dimana-mana,kalau tak dapat  disini,pasti ada rezeki kita disana pula..setiap orang dah diberi olehNya rezeki yang melimpah ruah,cuma kita tak sedar dimana dan kita tak pernah nak berusaha untuk mendapatkannya..

Aku pernah rasa jatuh bila mana aku sukar untuk mendapat sesuatu itu,cukup sukar kerana bila mana aku berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkannya,malah meminta pertolongan dariNya pun masih belum bisa termaktub yang ia akan menjadi milik aku..malah aku hanya mampu memandang ia dari kejauhan..namun kini aku bersyukur bila mana aku mendapat sesuatu yang lebih baik,malah tanpa aku sangkakan...aku percaya,tuhan turunkan hujan disaat manusia mula merasa kepanasan dek bahang panas terik mentari,..apapun usaha itu semestinya ada,cuma tak perlu mengharap apa yang kau ingini akan bisa kau miliki kerana itu semua kerja tuhan..Sekian!!!

#Tak tahu sempat ke tidak nak bw,petang ini nak ke seberang takir..seminggu kat sana maknanya mungkin aku di alam maya akan berhenti berkata sementara...
#Tak perlu takut bila mana ada yang mengugut nak takutkan kita,kalau benar pun kita mati di tangan dia.itu maknanya tuhan dah putuskan riwayat kita cukup disini dan dia cuma hanya perantaraan sahaja..yang pasti tuhan tahu aku tidak bersalah,kau jangan suka menuduh tanpa ada sebarang bicara kata...
#Kalau dah kena sekali,pasti akan kena buat kali kedua..kalau kena berkali-kali,pasti akan kelihatan sengal jadinya..hehee

#Kan best kalau shoot dapat guna tripod..ermmm tapi sayang tak bawa pula.hehee
untuk gambar lebih lanjut,sila klik link kat bawah..terima kasih!!



Kata Achie :Dulu masa gersang bermain blog,BE sukar nak lekat,tapi bila berblog sekadar suka-suka,alhamdulillah ada rezeki..terima kasih atas rezekinya Ya Tuhan..


Terima kasih atas kehidupan yang engkau berikan..Aku cinta Allah
Selasa, 22 Mei 2012

Ku Pinang Kau Dengan Bismillah l Melaka 4.0

Assalamualaikum w.b.t. . . . 


Tuhan memberikanku cinta
Untuk ku persembahkan hanyalah padamu
Dia anugerahkanku kasih
Hanya untuk berkasih berbagi denganmu



Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah

Hampa terasa bila ku tanpamu

Hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu
Hanya dirimu satu yang aku inginkan
Ku bersumpah sampai mati hanyalah dirimu (hanyalah dirimu)


Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah


Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah

*********************

Bila berkata pasal jodoh,pasti ramai yang ternanti-nanti dimana jodoh mereka bisa terungkai..bila berkata pasal soal jodoh,pasti ada hati yang mula tertanya-tanya,adakah jodoh mereka ada ataupun memang ditakdirkan tiada jodoh didunia sementara ini..Jodoh itu rahsia tuhan,siapa kita untuk menentukan..semoga jodoh yang tiba membuat diri kita merasa bahagia,bukan derita yang menimpa..

Perkahwinan itu bukan perkara main-main,bukan seperti makan nasi kerabu..bila tak kenyang boleh tambah nasi lagi..tapi ini adalah soal masa depan,adakah kau ingin bahagia hingga akhir hayat,ataupun bahagia cuma seketika..siapa yang tak inginkan kebahagiaan?kebahagiaan itu cukup indah jika kita pandai hayatinya bagaimana.namun jangan terlalu terdesak mencari kebahagiaan jika kita sendiri tak punya persiapaan sehabis mungkin.kita mengimpikan perkahwinan yang cukup indah bersama pasangan yang terbaik namun kita masih belum cukup baik..itu tidak adil bukan untuk pasangan kita..Apapun berusaha sebaik mungkin terlebih dahulu sebelum melihat hasilnya dikemudian hari..Sekian terima kasih~

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan..

#Motif entry?tiada apa-apa,cuma suka akan lagu ku pinang kau dengan bismillah... terpikat~
kak ujie jangan salah sangka^.^
#Semakin malas aku sekarang nak update entry..malas main jauh2 boleh!!
#Tak sabar nak pergi ke terengganu..lepas tu Changlun,Kedah pula menanti..

#Asyik cerita lama saja.sabar ya..koleksi lama banyak benar belum dipublish..malas!!

Update terbaru blog Lensakamera.com :

Kata Achie :Kak Dhiera nak kawin ye??tahniah buat anda...



Terima kasih atas kehidupan yang engkau berikan..Aku cinta Allah~


Jumaat, 18 Mei 2012

Doa Elak Dari Kezaliman l Gelombang Melaka 3.0

Assalamualaikum w.b.t. . .  . . .

DOA 1
رَبَّنَا لاَ تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِلَّذِينَ كَفَرُوا وَاغْفِرْ لَنَا رَبَّنَا إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan pendirian dan keyakinan kami terpesong kerana penindasan orang-orang kafir, dan ampunkanlah dosa kami wahai Tuhan kami; sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana"
(Al-Mumtahinah : 5)
DOA 2
رَبَّنَا لاَ تَجْعَلْنَا مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ
Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang-orang yang zalim"
(Al-A'raaf : 47)
DOA 3
رَبَّنَا لاَ تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ
Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami landasan fitnah kesengsaraan bagi kaum yang zalim ganas"
(Yunus : 85)
DOA 4
رَبِّ فَلَا تَجْعَلْنِي فِي الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ
Maksudnya : "Wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan daku tinggal dalam kalangan kaum yang zalim itu"
(Al-Mu'minun : 94)


************************

Kezaliman ada dimana-mana..asalkan ada insan yang bernama manusia,pasti istilah zalim itu tidak asing bagi kita semua..bezanya cuma sama ada kita menzalimi orang lain,ataupun kita dizalimi..Akhir zaman ini,bermacam ragam manusia kita bisa lihat,ada yang sebegini,ada pula sebegitu..kalau diri tak punya iman yang kuat,memang sedari dulu lagi kita dah menjadi seorang pemangsa yang buas menerkam musuhnya yang lemah,demi kerakusan diri yang dihasut syaitan durjana..

Kenapa perlu zalim jika kita tahu kita pasti binasa diatas kejatuhan orang lain..rakus bila memiliki sesuatu,bila diri tinggi diatas sana bukanlah tiket untuk menjadikan kita zalim membabi buta..zalim hanya membuat kita jatuh kelembah hina,dan ingatlah satu perkara.. Doa orang-orang yang dizalimi ini adalah makbul ,jadi kalau nak terus menzalimi mereka,silakan ye..Sekian~

#Sabar kunci kemenangan,Sabar bukan kerana takut tapi lebih baik berdiam dari berkata pada perkara yang menjatuhkan harga diri..
#Sibuk mencari kesempurnaan yang tak bisa ditemukan,sampaikan keburukan terserlah tanpa disengajakan.
#Hidup perlu ada matlamat..kalau inginkan sesuatu, usaha itu harus didahulukan..

#Melaka,nak datang lagi..mengidam~

Update terkini Blog Lensakamera.com


Kata Achie :Aku tahu apa yang kau buat tu..sabar selagi boleh!!


Terima kasih atas kehidupan yang engkau berikan..Aku cinta Allah



 
Rabu, 16 Mei 2012

Doa Mengelakkan Diri Dari Cabul Dan Rogol

Assalamualaikum w.b.t. . . . .



رَسُولَ اللَّهِ  يقول من قال
بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ
في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ
بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ
قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ
مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ
حتى يُمْسِيَ

...Bacaan rumi

BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM
Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ;   At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah  Syeikh Syuaib ; Hasan)
***************************
Aku teringat masa dulu kala,saat perkenalan aku dengan sidia..saat dimana aku kenal dia bagaimana orangnya..aku tahu bukan itu yang dia inginkan,bukan itu yang dia mahukan dalam hidup yang serba singkat ini.aku tahu dia perlukan kasih sayang bukan seksaan yang hanya menjerumuskan dia ke lembah kepedihan..aku kenal dia walaupun asalnya aku baru saja ditempatkan dihospital itu..cukuplah kamu tahu hospital itu terletak ditengah bandar raya kuala lumpur yang penuh sesak dengan pelanggan yang saban masa berkunjung tak kira   waktu siang mahupun malam..
Aku perhatikan dia termenung sendirian,aku melihat dari sinaran matanya hanya ada kesayuaan.mungkin dia mengingatkan kembali masa silam yang menghantui diri,masa silam yang menyebabkan dia menjadi Schizophrenia tanpa dia inginkan walaupun sedetik..aku tahu dia banyak menderita ,sengsara dengan kehidupan dirumah yang bagaikan syurga didunia namun neraka tanpa dipinta..cukuplah kamu kenal dia sebagai Cik R.. Dia comel orangnya,baru berusia 16 tahun semasa aku menjalani praktikal di hospital tersebut pada tahun 2008 kalau tak silap..dia pendiam,tapi adakalanya menjadi agresif bila tiba masanya dia teringatkan sesuatu..dan yang paling sayu bila dia terpaksa menjalani terapi Elektrokonvulsif yang disingkat menjadi  ECT ataupun dikenali sebagai terapi elektroshock.
Apa yang cuma membuat aku terkilan,apabila dia mendapat penyakit itu kerana masalah yang asalnya berpunca dari rumah..dia pernah dirogol,bukan sekali tapi banyak kali sehingga dia menjadi tak berapa betul dengan keadaan itu.dan lebih memeranjatkan lagi pelakuan tidak senonoh itu dilakukan oleh ayah sendiri yang sebenarnya dianggap pelindung baginya.. bila dia mengadu dengan ibunya,ibunya sedikit pun tidak mempercayai dan menyalahkan dia kerana cubaan mengoda ayah sendiri..mana akal mereka terus menghukum tanpa menyiasat siapa yang benar mahupun yang salah..sakit dia,pedih dia,dia seorang yang tanggung dan akhirnya ditakdirkan dia mengandung hasil anak haram ayahnya sendiri..bila ibu ayahnya mendapat tahu,dia diusir dari dirumah dan mengatakan dia membuat kerja tak senonoh semasa pergi ke sekolah..penangan dari kejadian tersebut,disebabkan mental yang kurang kental,dia menjadi schizophrenia..Apa yang ibubapa lakukan?dengan muka tak bersalah, mereka menghantar dia ke hospital orang gila hanya untuk  menutup kesalahan mereka yang mereka sorokkan dari pengetahuan ahli keluarga yang lain..kejamnya mereka!! Sekian~

#Sekadar perkongsian dari pengalaman hidup yang tidak seberapa ini..jaga diri ,jaga iman..
#Para wanita,pelihara diri anda dari dinodai oleh lelaki2 bangsat yang tak punya maruah diri..
#Amalkan ya baca doa ini..moga selamat dunia akhirat..amin3
#Selamat hari guru buat semua guru berdedikasi..semoga sentiasa istiqomah dalam menjalani tanggungjawab anda..selamat hari guru buat Abang Ngah..cepat2 cari jodoh,amin3
#Ada yang tanya kenapa aku tak ping entry kat group fb lagi?kenapa?kerana aku rasa itu tak perlu,jadi hormati apa yang aku rasa sekarang ya...terima kasih^.^kalau nak tahu aku update tak update,tengok wall sudah~

#Makin singkat usia kitakan??takutnya...

Update terkini blog lensakamera.com :-

Kata Achie :Maafkan segala khilaf ku..maafkanlah~


Terima kasih tuhan atas kehidupan yang engkau berikan..Aku cinta Allah
Jumaat, 11 Mei 2012

Solat Sunat Istikharah l Random Quote

Assalamualaikum w.b.t. . . . .

NIAT

أُصَلِّى سُنَّةَ الإِسْتِخَارَةِ رَكْعَتَيْنِ ِللهِ تَعَالَى
Maksudnya : "Sahaja aku menunaikan Solat Sunat Istikharah 2 rakaat 
kerana Allah Taala"

DOA

اللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْتَخِيْرُكَ بِعِلْمِكَ ، وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ ، وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيْمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ، وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ ، وَأَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوبُ ، اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنْ هَذَا الأَمْرَ .... خَيْرٌ لِيْ فِي دِيْنِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي عَاجِلَهُ وَآجِلَهُ فَاقْدِرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ، ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيْهِ ، وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ.... شَرٌّ لِي فِي دِيْنِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي عَاجِلَهُ وآجِلَهُ فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِيْ� عَنْهُ ، وَاقْدُرهُ لِيْ الخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ، ثُمَّ ارْضِِى بِهِ

Maksudnya : "Ya Allah ! Aku pohon pilihan (minta petunjuk) daripada Engkau dengan pengetahuan Engkau dan aku pohon ketentuan Engkau dengan kekuasaan Engkau dan aku pohon akan Dikau dari limpah kurniaan Engkau yang besar, maka sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui segala perkara ghaib.
Ya Allah! Seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini �. Berkebajikan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka takdirlah akan dia baik dan permudahkannya bagiku kemudian berkatkan bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini �. Mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan akibat urusanku cepat atau lambat, maka palinglah akan dia daripadaku dan palinglah akan seberapa yang boleh, kemudian redhalah akan daku dengannya" (sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).


*****************
Solat istikharah tidak dilakukan kepada perkara yang wajib dan sunat serta bukan perkara haram dan makruh kerana sudah ada ketetapan tersendiri sama ada melakukannya atau meninggalkannya. 
(Sabiq 1:139-40).


Punya pilihan?tak tahu nak buat apa?merasakan susah untuk membuat pilihan yang ada.. Solat sunat istikharah ada jawapannya..minta pertolongan dengan tuhan,pasti ada petunjuk yang diberikan jika betul niat kita ikhlas memerlukan bantuan..Allah sentiasa ada,kenapa perlu malu untuk meminta..Allah sayang hamba-hambanya,namun kita saja yang dalam tak kesedaran zalim pada diri dan pada tuhan..zalimkan??semoga keputusan yang diambil selepas solat sunat istikharah itu bisa membuatkan kita lebih lapang dada,menerima keputusan yang ada sebagai pilihan terbaik kita..Bila keputusan yang diambil selepas solat sunat istikharah itu hanya membawa keburukan kepada kita,jangan salahkan diri sendiri..kerana mungkin apa yang kita rasakan baik itu belum tentu molek untuk kita..apapun setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya,kalau bukan ditunjukkan sekarang tapi mungkin masa akan datang...Sekian!!!

#Semalam dan hari ini sungguh mencabar keimanan,Apa aku buat semua serba tak jadi..ermmm
#Semoga hari baik akan tiba juga suatu masa..insyaallah~
#Mental insyallah dah ready,tapi fizikal tak lagi..takut pancit saja bila ujian jasmani ahad ni.. takutnya..doakan,tolong sesama insan~
#Adakalanya aku akan bercerita,ada masa pula aku lebih suka berdiam..

#Gambar diambil semasa berada di UKM,bangi..sekadar suka2

Update terkini Blog Lensakamera.com :-


Kata Achie :Shoot landskap bisa membuat diri tenang sebentar dari masalah mendatang.


Terima kasih tuhan atas kehidupan yang engkau berikan..Aku Cinta Allah~
Rabu, 9 Mei 2012

Demi Masa l Gambar Hitam Putih Di Little Indah

Assalamualaikum w.b.t. . . . 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

وَالْعَصْرِ

إِنَّ الإنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ 

إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ 

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Demi masa.
 Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
 kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

***************

Masa dah terbuang begitu saja,24 tahun yang lalu sehingga kini..masih banyak yang belum aku pelajari.. demi masa.Allah bersumpah demi masa,orang yang lalai adalah orang yang benar-benar dalam kerugian.. adakah kita sebahagian dari orang itu??takut bila memikirkan semula..rugi?Ya memang benar,banyak benda aku ketinggalan,banyak benda lagi belum aku kerjakan..aku benar-benar dalam kerugian, masa berlalu sebegitu pantas.meninggalkan aku terpinga-pinga keseorangan dibelakang sana..

YaAllah,jangan jauhi kami dari landasan mu..semoga kami sentiasa bersyukur dengan apa yang kami miliki,.hidup mati kami hanya padamu..semoga hari-hari yang berlalu membawa keinsafan..Aku takut akan kematian,kematian itu semakin ingin berdepan dengan diri ini.. banyak kekurangan belum kami tebus kembali,banyak kesilapan belum kami betulkan.. Ampunkan kami ya Allah..

Ya Allah,engkau ampunkan dosa ibu bapa kami,yang membesarkan kami sejak kecil lagi..engkau hapuskanlah dosa keluarga kami,dosa sahabat kami,dosa umat islam dimuka bumi ini..kematian itu benar2 menginsafkan..aku tahu kematian itu biasa berlaku didepan mata aku,sejak dulu lagi..terbaru ni,seorang pesakit yang sungguh aku kasihi dah pergi menghadap tuhan..belum sempat aku mengatakan aku sayang dia persis seperti seorang ibu, dia dah pergi tanpa sebarang tanda..semoga dia baik2 saja hendaknya disana..Amin3
Sekian..

#Kurangkan berkata,Tingkatkan usaha..
#Aku sedar bila blog berubah bukan menjadi hiburan dunia lagi,pasti pengunjung semakin kurang mendatang..tapi takpe,lain orang lain caranya..yang pasti niat tu mesti ada..
#Pesakit aku datang dan pergi sama seperti sahabat aku..sekejap ada disisi,sekejap lari tanpa terkesan..terima kasih atas persahabatan selama ini..
#Doakan aku untuk ahad ini,ada kekuatan insyallah aku pergi temuduga tu..seram~
#Kenapa kerjaya aku mesti berdepan dengan kematian,aku dahlah hati tisu..alahaai~

#Karya Deknot kira..aku dah makin malas nak berkarya..ermmm

Untuk gambar lebih lanjut,klik link dibawah ini..terima kasih~



Kata Achie :Setiap yang hidup pasti akan mati..



Terima kasih atas kehidupan yang engkau berikan,Aku cinta Allah..


Rabu, 1 Februari 2012

Ada Hikmahnya

Assalamualaikum w.b.t. . . .

#Cuba teka ini dimana??

Percaya kepada ketentuan tuhan yakni qada' dan qadar,setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya..jangan mudah melatah jika kau dilanda musibah,Beranggapan bahawa itu semua kerja tuhan yang ingin menguji tahap kesabaran kita diparas mana..andainya kau ditimpa musibah,janganlah kau berprasangka buruk kepadaNya,janglah kau mengata kau sudah dianiayai kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya..diulang sekali lagi,ada hikmahnya..apa dia?mungkin tidak bisa kau lihat sekarang,tapi mungkin akan terlihat kesannya dimasa akan datang..

pernah terfikir satu perkara,bila kau dapat pekerjaan yang mulia,jika kau ditemukan dengan orang yang tercinta,jika kau diberi kemewahan berlipat ganda,jika kau diberi kesihatan yang sempurna,.apa pernah kau mengata syukur kepada tuhan?adakah kau pernah bersujud sembah mengatakan kau bersyukur atas apa yang kau ada?tiada bukan?jadi kenapa bila kau ditimpa masalah sekecil kuman,kau sudah goyah tak tertahan,kau dah kecoh berburuk prasangka,kau dah gila mengata kau dianiayai..kenapa?tak sedar dalam diam kau dah berlaku tidak adil kepadaNya..kau kenapa wahai manusia?Sekian

#Entry dituju kepada aku,jangan pula KAU nak terasa..

#Senyum dalam kepahitan,walaupun berduka kenalah ceria sentiasa..

#Maafkan aku Ya Allah..

Kata Achie :Mungkin kau bukan jodoh aku..kebarangkalian itu tetap ada !!


Like biar ikhlas der .  . . . .
Ahad, 25 Disember 2011

Saya Gay , Saya Ok

Assalamualaikum w.b.t. . . . 

#sumber google..

Aku gay, aku ok.
aku suka dengan cara ini,
tak ganggu siapa-siapa,
aku punya cita rasa,
tanpa mengenal siapa,
yang pasti aku kan berselera.

Aku gay, Aku ok,
aku tak perlu nasihat sesiapa,
aku dengan cara aku,
kau dengan cara kau,
janji aku layan nafsu,
aku kan gay,pasti aku ok..

#Aku bukan merujuk kepada woofer storm ye..harap maklum !!!!

                                                 *************************

Dulu kecoh benda ni.ingat lagi statement dia kat video tu..saya gay,saya ok? okey ke? okey macam mana tu?nikmatnya macam mana?azabnya macam mana pula?nikmat dunia memang sedap,tapi cuma sementara .bukankah nikmat akhirat itu lagi patut dicari? Apatah lagi kalau nikmat dunia itu cuma membuat Allah s.w.t menjadi Murka..nak masuk neraka ?kalau ye,terpulang kepada dia..

Kini ada seorang lagi ingin merasa nikmat berunsurkan dosa..sanggup berkahwin walaupun itu bukan itu ajaran agama kita.songsang tau tak?ada banyak lagi perempuan cantik kat luar sana tu,jantan omputeh juga kau pilih..dasat kau ni..Sekian !!!

#Al-Quran (Surah Hud : Ayat 77 – 83). Terang-terang Allah dah sebut pasal kaum Nabi Luth yang gay/homoseksual ni dalam Al-Quran. Mereka ni di azab Tuhan, diterbalikkan bumi, musnah hancur sama sekali! Nak rasa ini lagi ke??

#Yang perempuan tu pun jangan songsang pula,Aku kan ada? hahahaa


Kata Achie :Jangan buat nafsu makan aku hilang boleh tak??


Sila like jika suka entry ini. . . . 

Rabu, 23 November 2011

Tips Agar Doa DiMakbulkan

Assalamualaikum w.b.t. . . 

  • Berdoa dalam keadaan berwudhu'
  • Mengadap kiblat
  • Merapatkan jari kecuali ibu jari
  • Mulakan pujian kepada Allah dan selawat atas Nabi Muhammad (saw)
  • Bertaubat kepada Allah sebelum berdoa
  • Berdoa dengan ikhlas dan jujur
  • Berdoa dengan khusyu' dan rendah diri
  • Mengangkat kedua-dua belah tangan
  • Berdoa dengan sabar dan tidak terburu-buru
  • Berdoa dalam keadaan senang atau susah
  • Jangan mendoakan sesuatu yang buruk kepada diri sendiri dan orang lain
  • Mendoakan untuk diri sendiri sebelum orang lain
  • Mengakhiri doa dengan pujian kepada Allah dan selawat atas Nabi Muhammad (saw)
  • Menyapu muka dengan tangan setelah selesai berdoa
  • Yakin doa akan dimakbulkan




Kata Achie :Maaf,tak dapat nak bw..semalam aku tengah format lappy..hehee insyallah malam ini aku datang terjah blog korang...pergi kerja dulu^^


Sila like jika suka entry ini...

Isnin, 31 Oktober 2011

Bila Hujan, Apa Pun Tak Boleh..

Assalamualaikum. w.b.t. . . . 

Bila hujan dah mengaum,
buat apa pun tak boleh,
nak jalan semestinya tak boleh,
nak kemana terasa berat dikaki,
nak itu serba tak kena,
nak buat ini rasa tak bermaya..
jadi nak buat apa??

Bila hujan dah turun,
muka mula muncung ke bawah,
mata terpejam tapi mulut dah berbicara,
"Apasal hujan petang ini"
"Macam mana nak keluar jumpa si dia"
"bencilah bila dah hujan"
Bermacam-macam sudah terkeluar,
dalam sedar ataupun buat-buat tak sedar DIRi..

TAPI,TAPI,TAPI,
tak pernah terfikir dihati kita,
Bila hujan pasti ada hikmahnya,
walaupun ia bukan tersurat,
pasti ada tersiratnya..
takkan itu pun nak AJAR????Adehhhhhhh

Disebabkan ada org yang terganggu dengan hujan, apakah turunnya hujan itu satu keburukan atau bukan kebaikan?bukankah hujan itu juga yang menyuburkan tanaman dan sayur yang kita makan? Bukankah hujan juga membolehkan kita merasai cuaca redup dan lembab setelah beberapa hari terdedah kepada cuaca panas kering? Bukankah hujan itu yang membolehkan kita bersedap-sedap tidur waktu di rumah?..malah hujan juga membolehkan ramai org mendapat sumber rezeki.Tapi Kenapa hujan yang turun pada waktu dan di tempat tertentu dianggap menyusahkan, bukan lagi satu kebaikan?

Allah berfirman yang bermaksud...

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.."
(Al-baqarah:216)


Kata Achie :Bila hujan turun tak suka,bila Kumpulan Hujan tu melalak,diri sendiri terlebih sudah..Pelik !!!!


Sila like jika suka entry ini.. SARANG HAE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)Copyright reserved by Woofer Storm.
Powered by Blogger