Blog Lensa Kamera

Selasa, 6 Disember 2011

Modenas Bercumbu Dengan Myvi

Assalamualaikum w.b.t . . . 

Malam dingin kala begini,teringat kembali masa dahulu,
dikala aku menjalani praktikal di sebuah Hospital, HKM
kebetulan ketika itu aku terkena shift malam,
malam memang bukan kegemaran aku untuk bekerja,
aku tak suka bekerja malam,memang aku tak suka sama sekali,
bagi ku malam itu khusus untuk aku berehat,
bukan bersengkang mata bekerja keras,

dah penat kerja sampai ke pagi,
mata pun tak larat rasanya nak bangun lagi,
aku gagahkan diri menghidupkan motorsikal abangku,
bersama teman ku tommy duduk dibelakang,
hospital tu dengan rumah kakak dekat sekali,
nak jalan kaki pun boleh,tapi aku bukan seperti itu,
kalau boleh aku ingin sampai pintu rumah orang hantar,
aku malas?memang aku memang pemalas,tak percaya sudah..

Sampai ke rumah,ingat mata nak lena sebentar,
tapi kawanku tommy kata nak ke pekan,
aku khuatir,aku resah kerana dia tak punya lesen,
aku temankan walaupun aku tau dia lagi hebat,
tapi hebat macam mana pun kalau tiada lesen tidak berguna,
aku gagahi lagi hidupkan motosikal modenas biru itu sekali lagi,

dalam perjalanan,mata ku pejam buka menahan mengantuk,
menahan sabar menunggu barisan kerana ada lori dihadapan,
tahu je la kan dengan lori besar ni,badan je besar,tapi lajunya tidak.
kemudian myvi didepan kami mula memecut,ingat nak bagi kami jauh ketinggalan,
aku kala itu terasa dicabar mula mengikut,dia mula memotong lori besar dengan laju,
aku dibelakang memecut mengekori si pemandu myvi dengan rapat sekali,
ketika myvi mula dah melepasi lori itu,aku semakin laju mula mengikuti,
aku ingat itu,peraturan 6 saat...6 saat untuk memotong..

masa memotong boleh pula pemandu myvi itu berhenti mengejut mengelak jalan berlubang,
aku yang mengantuk bagai nak disorong bantal mula gelabah,
tak sempat nak brek kerana terlalu hampir,prinsip 6 saat membawa padah,
aku tak sempat nak berfikir apa,
akhirnya keputusan memihak untuk mencium bontot si myvi,
myvi okey sikit,dari aku cium bontot si lori,aku juga niaya,
alhamdulillah aku selamat walaupun aku luka dimuka dan tangan,
kawanku tommy nun disana terpelanting mula nak pengsan,
nasib baik hospital dekat,sampai hospital staff pula yang ketawa,
kami yang balik kerja dah mula nak admitted semula..Gila ke apa!!
Sekian

*kalau dah ajal,malam ini pun bila tiada..kan3??

Kata Achie :Nasib baik aku tak langgar lori,kalau tak dah lama aku MATI! !!


Sila like jika suka entry ini..Sayonara

13 komen dari budak comel^^:

RinsyaRyc berkata...

hati-2 di jln raya ek.. :')

Nisa Greennnpanda berkata...

isy2..sy mmg xsuke naik moto, coz bahaya.. nsb baik achie ok je.. ^_^ lain kli ati2 la ye..jgn mudah t'cabar..

Cik Pulau berkata...

Siannya.
nasib baik takde pape..
ehhmmm..

Eyda Syahida berkata...

achie!!! oke tak nih???

Tea berkata...

Menghasilkan 'modevy' ouh menarik juga hasil pencumbuan itu..

Allah, lindungilah jejaka tampan ini..

Kira Kekuri berkata...

ohhh bg2 ka kisahnya? mcm pernah dgr cerita nihh.
rumah aku? haha silalah menziarah kalau 'dekat' sgt. =p

cik wanie Lovela (CWL) berkata...

:)

http://cikwanielovela.blogspot.com/

Azlan Hasan berkata...

hehehe...nasib baik tak kena tangkap basah ngan JPJ atau trafik...hehehe

Regards,
-Strider-

Leeya Hezlin berkata...

syukur la selamat..
btw,mujur juga myvi..
if lori,xtau apa akan jadi kan??

Ujie berkata...

hmm..kalau tak, tak smpat kenal achie..o_O

skrg dh ada kereta kan..jgn drive ikut hati, ingat yg tersayang!

c'axoera berkata...

eyh baru tingat contest dulu tu....sape juara eyh..? hehehe sajer nak nyibuk kui3


http://ch000tz.blogspot.com/2011/12/laju-kee-meyh-try-test.html

Afzainizam berkata...

uihhhh mujur tak parahhhh....

berpantang maut sebelum ajal....

so hati-hatilah di jalan raya

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
claim insurans motorsikal langgar kereta

ctk berkata...

pengajaran tuuuu...jgn bawak time ngatok ..,bahaya yunk :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)Copyright reserved by Woofer Storm.
Powered by Blogger