Blog Lensa Kamera

Memaparkan catatan dengan label Novel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Novel. Papar semua catatan
Ahad, 9 September 2012

Hei Aku Kenal Cinta l Xeera Feeqa

Assalamualaikum w.b.t. . . 


Novel time~

Berani sungguh Arianna memutuskan hubungan cinta dengan Ashriq.Memang cari pasal! Ashriq pantang kalau dipersendakan. Dia mahu mengajar Arianna sehingga budak itu melutut dan memohon maaf padanya, Untuk menjayakaan rencana itu,dia harus mencari seorang gadis yang boleh berlakon menjadi kekasihnya. Dia tahu siapa yang boleh menggalas tugas itu. Eliisa!

Terkejut Elissa diterjah Ashriq, lelaki yang baginya perasaan bagus disebabkan kepopularannya dikampus. Menyampah ! tetapi tawaran lelaki itu sungguh mengujakan. Jika dia terima watak sebagai kekasih Ashriq, Ashriq memberi jaminan bahawa bandnya dapat menyertai pertandingan Battle of the Band hingga ke peringkat akhir. Wah, benar-benar hebat!

Tetapi bolehkah dia bertahan dengan Ashriq?lebih banyak keburukan yang akan dihadapinya berbanding kebaikan. Sudah pasti dia menjadi bahan gosip dan bakal berdepan dengan "mean girl" terbesar kampus. -Arianna. Teruk tekanannya..

Dan apabila akhirnya dia menerima tawaran  Ashriq atas sebab-sebab tertentu, ada perasaan indah melatari hati. cintakah itu? Oh,tak mungkin! Habis,kenapa dia ingin sentiasa bersama lelaki itu? sedangkan dia tahu segala-galanya akan berakhir sebaik sahaja Arianna kembali pada Ashriq.

Cinta ? Taklah,
Cinta ?Ya kot
Cinta ? Errr... (malu nak mengaku!)

********************

#Novel ni dah lama beli baru dapat habiskan.dasar malas nak baca kot~
#Pelik ke lelaki baca novel?tak kan?jadi jangan hairan^^
#Balik ke balik,Balik ke tak..entahlah.serabut~

Kata Achie :Kalau sebut banyak sangat nama kat blog ni nanti jadi 
bahan pula..sadis! hahaaa

Terima kasih tuhan atas kehidupan yang engkau berikan..Aku cinta Allah~
Isnin, 16 Januari 2012

Sinopsis Aku Bukan Mistress - Acik Lana l Kaki Novel

Assalamualaikum w.b.t. . . 

#Sumber dari atuk gugel..

Dua tahun menghambakan diri didalam penjara yang dibina oleh mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang.. Mikail mendera hati dan perasaanya.

Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan nota dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan , tapi bagaimana kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tapi hati mengikat janji secara sembunyo.

Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian ? Dan... cukupkan temph dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama??

                                              ************************

#Novel pinjam dari kawan kerja..

#Nampak best, Ct kira tak nak beli?lalalaaaaa~


Kata Achie :Rajinkan membaca lebih2 lagi novel jiwang..kan3??


Sila like jika suka entry ini. . . . 
Sabtu, 17 Disember 2011

Sinopsis Uda Dan Dara - Aisya Sofea l Alaf 21

Assalamualaikum w.b.t . . . . 

*Sumber Google..

Sudah sekian lama terpisah kerana masing-masing mengejar cita-cita, tidak mungkin siti mariam menerima cinta Izzat Hilman .Kenangan lalu yang sangat menghiris hatinya sentiasa bergentayangan di hadapan mata .Namun, si Uda tidak putus asa .Si Dara harus dimiliki walau apa pun yang terjadi.

Ya, mungkin ada rasa rindu disebalik rasa bencinya terhadap lelaki itu .Namun dalam diam, Siti Mariam masih tidak mampu membuang perasaan sayang pada Izzat Hilman . Ah,bila memikirkan wasiat arwah ibu lelaku itu, dia jadi nanar. Apatah lagi, kemunculan Khalidah bagai dirancang untuk memisahkan mereka.

Hubungan perlu diteruskan, tetapi Siti Mariam meletakkan syarat. Mereka boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah . Tempoh yang diberi hanya tujuh bulan. muktamad !!

Berat sungguh syarat itu ! Namun si Uda tidak peduli. Si Dara perlu akur cinta sejati mereka. Bagi Izzat Hilman , jodohnya bersama Siti Mariam sangat kuat.

"Abang cuma minta Mar bagi peluang sekali ini sahaja lagi dan abang janji tidak akan sia-siakan Mar "


Kata Achie : Cinta tujuh bulan cinta apa??grrrrrrrrrrr


Sila like jika suka entry ini . . . .
Selasa, 22 November 2011

Kaki Novel - Sinopsis M.A.I.D [ Suri Ryana ]

Assalamualaikum w.b.t. . .

Terdesak untuk melucutkan gelaran penganggur yang disandangnya,Noorul
rela dalam terpaksa menjawat jawatan sebagai pembantu rumah kepada Harris Tan Sri Hamdan. Sikapnya yang cepat gelabah sering mengundang kemarahan Harris, si cerewet
tahap gaban hingga menyebabkan Noorul mengelarnya Mr. F ( fussy )

Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya,boleh
pula mereka makan semeja.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa disatukan, Siapa 
punya angkara? Asyraf ? musuh perniagaan Tan Sri Hamdan?

Serabutnya Noorul hanya Allah yang tahu. Dia terpaksa berhadapan dengan Puan
Sri Kirana yang enggan menerimanya sebagai menantu, Elisa - perempuan 'Plastik '
yang tergedik-gedik memburu cinta Mr. F , Nurina - bekas kekasih Mr. F yang pulang semula ke Malaysia untuk menagih cinta Mr. F dan si petualang yang menharu-birukan
hidupnya.

Apakah perisai Noorul untuk menghadapi pancaroba ini? Kuali ? Sudip ?



Best Novel ini,kali pertama layan novel keluaran kaki novel,asyik layan Alaf 21 bosan juga kan??hehee buat peminat novel,jangan lepaskan peluang memiliki novel ini tau..layaann


Kata Achie :Aku jarang dah beli,asyik pinjam je novel orang..heheeee


Sila like jika suka entry ini..heheeee





Sabtu, 15 Oktober 2011

Sinopsis Kasih Benar Kasih l Aleya Aneesa

 

Assalamualaikum w.b.t....

baru sampai kerja tadi,penat pun masih belum hilang lagi..
sebelum ni sibuk menghabiskan novel Teman Serumah..
kini aku berusaha lagi nak habiskan novel kasih benar kasih dari Aleya Aneesa,
nampak dari sinopsis macam bagus je,tapi tak tahu lagi isi macam mana lagi..
sempena besok cuti hujung minggu,aku rasa berehat dirumah untuk kali ini mungkin terbaik.
minggu ini tersangatlah penat sampai rasa nak semput pun ada..okey nak chow dulu,
jika nak baca sinopsis novel tu ada kat Sini..kalau nak beli,sila dapatkan di kedai buku tau..hehe

sekian


Kata Achie :pelik ke bila lelaki baca novel??ermmm musykil ni..


Sila like jika suka entry ni..trimasssssss
Isnin, 10 Oktober 2011

Teman Serumah l Zuera Rasiddin

*Zuera Rasiddin

Assalamualaikum w.b.t ..

Sempat lagi mengupdatekan diri yang telah ketinggalan jauh beribu-ribu kilometer kat belakang,sempat lagi membangunkan diri yang terlena diulit mimpi yang serba menakutkan..sempat lagi memikirkan masalah sekarang dan mendatang yang tak pernah diselesaikan..Akhirnya aku tersungkur jatuh tak bermaya..Aku tewas dalam arus kehidupan..

Setelah bertungkus lumus bersengkang mata menghabiskan novel Blogger Zuera ni,akhirnya aku tersenyum kepuasan dengan apa yang ku hajati 2 hari lepas tercapai walaupun penuh dengan komitmen kerja yang tak pernah pupus dari otak tumpul ku...aku PuAs walaupun novel ini cuma novel pinjam dari teman sekerja ku,aku memang terhibur sekali dengan jalan cerita yang sungguh menarik hati,malah merobek hatiku yang sebegini sensitif,..heheee

Hanya satu pinta ku,jika anda berminat nak baca sinopsis novel ini sila baca kat blogger Empunya Diri ..tapi jika nak baca secara penuh emosi,SILA BELI SENDIRI dikedai berhampiran..Sekian dan Selamat Pagi Dari Achie^^

 Kata Achie :Adakah lelaki yang sebegitu rupa seperti IZZAT HAIKAL??


Sila like jika suka..   


Rabu, 9 Mac 2011

Iffa Zalia l Biar jadi kaktus

Hai..tadi balik petang hari dah nak hujan,sampai uma tak hujan2 lagi..hehe saja je suruh balik 
awal,tapi macam biasa tadi lepak luar sempat sambar satu lagi novel,novel kat uma masih belum habis baca dah beli lagi,memang teruk laa budak ni,rasa nak lempang je muka sendiri kuat2..hehee ni popular punya pasal laa ni,novel ni aku beli bukan apa,kira novel ni stok baru keluar .. ingat nak baca,bila?tak tahu lagi...heeeee jom layan sinopsis dulu..yeayyyyyy

...........................................................................................

 *Sumber dari bro google....

Sinopsis Biar Jadi Kaktus 

Cinta Syakila dan Firdaus ibarat bintang-bintang yang bergemerlapan. namun perjalanan
hidup sebenarnya tidaklah seindah impian dan harapan..

Dek tidak tahan menanggung penderitaan demi penderitaan, Syakila mencari keadilan dan kebenaran yang seakan-akan tersembunyi. namun pencariannya terkandas bila dia 
diburu oleh Datin Habsah, Seorang wanita wanita korporat yang bersikap mata
duitan. Tawaran satu juta ringgit malaysia daripada Dato Tengku Amir terus membuatkan 
Datin Habsah ingin terus memburu gadis itu hingga ke lubang cacing.

Syakila ibarat kaktus yang teguh walaupun kemarau melanda. Tika dirinya longlai, muncul
Azlan yang berhatri mulia. Lelaki Budiman itu sering menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan bantuan.

Pengorbanan setinggi gunung itu membuatkan Syakila dalam dilema. Dia tahu lelaki itu
mencintanya sampai mati. tetapi bagaimana pula dengan Firdaus? Lelaki itu nyawanya..

....................................................................................

Kata Achie :Sabar je la der,aku suka layan novel...Cool tau^^ 

Isnin, 7 Mac 2011

Aisya Sofea l Sinopsis masih setia

Baru balik keja ni,sekarang tengah layan novel Ini ..sekarang ni lambat 
betul tau aku baca novel,banyak betul laa benda nak buat sampai aktiviti kegemaran
aku ni terpaksa aku baca perlahan ni...Ermmm buat Cik Kira ,kau kenapa? cool laa geng..hehee jangan tension2 ok.memandangkan kau best fren aku,aku bagi kau layan sinopsis ni ar..
baca jangan tak baca,aku belum baca lagi novel ni,coz baru je beli time aku jalan kat Sini ..
Jom layan sinopsis novel Aisya Sofea,aku minat gila dengan dia ni..heeeeee  

.............................................................................................................................

 *Buku ni dah lama keluar,tapi aku baru je beli..hahaaaa


Sinopsis Masih Cinta _ Aisya Sofea

Miera- Gadis biasa yang hidup serba sederhana. Ada rupa,ada pelajaran, ada cita-cita. Dalam menjalani kehidupan seharian, teman lelaki tidak pernah terlintas difikiran. Sehinggalah
dia dipaksa memikirkannya atau dia tiada pilihan.

Rudi - Lelaki terpilih yang ingin digandingkan dengan Miera.Namun Miera tetap berkeras
enggan berteman biarpun segunung harta dijanjikan untuknya.

Musibah melanda.Sekelip mata, percutian Miera di bumi asing bertukar menjadi tragedi. namun, disebalik peristiwa hitam yang berlaku, kehadiran Dr Malik mengetuk pintu hatinya. Dalam kesibukan membantu mangsa bencana. Dia mengamati lelaki itu dari jauh. Dalam kelelahan menjalani kehidupan seharian dia mendekati tanpa sengaja. Jeling-menjeling,pandang memandang.Jiwa terusik,hati bergelora hingga tanpa sedar ,perasaan itu 
hadir tanpa diundang. Mengapa hatinya mudah tercuit dek lelaki itu?

Hatinya  Berbelah bahagi, Rudi yang mencintai ,Dr Malik yan diingini. Masakan dia boleh memiliki kedua2nya .Justeru ,mana satu pilihan terbaik untuknya..

....................................................................................................................

Kata Achie :Kadang2 cite novel ni kita dah boleh agak jalan cite dia...ermmmmm 
  
Khamis, 3 Mac 2011

Novel Alaf 21 I Sinopsis Spanar Rindu Skru I Emma Maizura

Dah lama rasanya tak tepek sinopsis kat blog ni,so malam ni aku 
nak sambung lagi tradisi zaman purbakala aku tu...
layan je la sinopsis ni..yahoooo dan kali ni aku nak review sikit la ,boleh tak??heheee 



Pertemuan tanpa diduga dialam maya membuatkan hubungan Minah Spears dan Mat Skru 
bertambah erat.Sehari tidak berchatting terasa dunia seakan tidak ceria walaupun mereka tidak pernah bersua muka.
Spanar sering berkongsi rasa dan cerita dengan skru tanpa rasa curiga, Skru yang bertindak sebagai pendengar dan penasihat membuatkan jiwa spanar sentiasa tenang.Setiap kali dilanda rindu pada kenangan lalu. Kepada skru dia meluahkan semuanya.
Sikap skru membuatkan Spanar mengingati Amin,lelaki yang dikenalinya tujuh tahun yang lalu. Dia pernah menyayangi lelaki itu, Namun mereka terpaksa berpisah kerana perbezaan taraf. Akhirnya Amin pergi kerana rasa terhina. Dan selam itu jugalah,dia penunggu yang setia.
Sesungguhnnya,perpisahan itu amat menyakitkan. Alangkah indahnya jika selepas perpisahan, wujudnya pertemuan. Pasti tiada insan yang merana dan tiada jiwa yang menderita. Dia ingat lagi pesan Amin.

"Amin harap Reen semai ikatan hubungan kita dengan baja kejujuran dan keikhlasan supaya bercambah benih kasih dan sayang. Amin doakan kejayaan Reen"

Kesimpulan : Memandangkan novel ini aku dah baca,so aku nak ulas la cikit ye..hehee dalam cite ni konflik bermula bila timbul isu darjat dalam persahabatan yang mula disemai dengan benih percintaan..nampak gayanya,benda macam ni pun masih ada kan?nasib baik dalam novel kalau kat persekitaran ini,alangkah sedihnya..walaupun tujuan ayah reen ni memutuskan hubungan anaknya,Reen dengan Amin demi kebaikan Amin tapi dia telah melakukan kesilapan besar bila dengan cara itu cuma membuatkan Amin merasa terhina..Ingat,dunia ini berputar..tak mustahil yang kaya akan jatuh papa kedana,yang miskin menjadi raja.. 

yang kedua, persahabatan menjadi percintaan.,.ok,bab2 cinta cintun ni aku tak pro sangat tapi bagi aku tak mustahil untuk seorang sahabat untuk jatuh cinta pada sahabatnya, dan tak salah pun kan lebih2 lagi bila cinta tu hadir sendiri..hanya orang yang merasa je faham,yang tak tahu tu diterangkan 1001 kali pun tak kan faham....

yang ketiga,setiap kejadian ada hikmahnya yang tersembunyi yang tuhan berikan..
Reen dipaksa putus hubungan dengan amin..dia berasa sedih dan merasakan dugaan itu berat sekali namun sedar akhirnya bila dipertemukan semula dengan amin walaupun banyak rintangan yang melanda.. kalau tuhan kata iya,maka jadilah ia,siapa kita untuk menidakkannya..betul tak??so jangan risau,kalu betul dia jodoh anda...

yang keempat,cinta atas dasar maya ini tidak mustahil..walaupun reen dipisahkan dengan Amin,namun dorang kembali bertemu dialam maya melalui khidmat masyarakat yahoo messenger...tu dalam novel,kalau dalam dunia kita ni,kita ada twitter,kita ada facebook,kita ada blog,semua kita ada..jadi tak mustahil untuk jatuh cinta kat alam maya itu untuk berlaku,tak percaya tanya Blogger Ujang ,tunang dia pun dia ngorat kat mirc..betul tak penyataan aku ni??kalau salah,maaf la..hehee

Layan novel kat bawah ini pulak:-




Kata Achie :Apa benda la aku review ni..busukkk 



Jumaat, 11 Februari 2011

Tanpa Mu Aku Rindu By Aleya Aneesa

Hai semua..agak lambat aku upate malam ni tau,ngeee baru je lepas makan..
lagipun aku tengah layan Buku Ni.. best gak membaca ni kan daripada tak buat apa-apa..tadi balik kerja singgah kejap kat giant dan tersambar lagi satu novel..novel kat uma banyak lagi tak habis baca tapi dah siap beli novel baru..
ada siapa nak pinjam??heehee pinjam je la,tapi dua hinggit tau...hahaaa
 ok laa,kalau nak tahu cerita pasal novel yang baru aku beli ni,aku boleh share tapi sinopsis je la..kalau nak lebih,sila beli kat kedai berhampiran tau...hehee



Sinopsis Tanpa Mu Aku Rindu By Aleya Aneesa  

Asalnya ,dia anak polos yang selalu menceriakan hari-hari mama dan ayahnya. Menjadi penyeri  dimata hati dan penyejuk di hati mereka. Bahkan,dia anak yang tidak pernah menghampakan kerana sejak kecil memang terasuh sifatnya.

Namun, sekelip mata semuanya berubah. Anak yang satu iu semakin kurang ajar dan suka mencabar kesabaran orang lain. Tidak lagi menjadi penenang setiap kali kelelahan. Sebaliknya hanya membuatkan setiap yang ada disisinya kewalahan.

Lantas demi menyedarkan, Zuyyin harus dihukum ! Malangnya, hukuman demi hukuman yang diberi hanya membuatkan dia kian tegar. Dia semakin seronok melihat air mata orang lain tumpah kerananya. Istilah kesal langsung sirna dari kamus hidupnya.

Bila dugaan Allah benar-benar didatangkan padanya dalam keadaan tak terduga. dia rebah dipukul rasa bersalah. Lalu di tengah-tengah jiwanya yang rapuh, Yazzer yang selama ini menjadi musuh tradisi bangkit menghulur tangan.

Bagi lelaki ini,saat pembalasan sudah tiba. Dan luka ,bukanlah luka juga satu penawarnya? langkah Zuyyin teragak, namun dia tidak punya pilihan lain selain pilihan yang satu itu kerana dia bukan siapa-siapa lagi..

Kata Achie :Ada sesiapa kat sini bernama Zuyyin?Cantik nama Zuyyin ni..hehee 


 
Ahad, 6 Februari 2011

Sanubari Pujaan By Afni Sari^^

Hai slmt malam..malam yang indah ni,korang tengah buat apa tu ar??
malam ni agak penat kat sini,badan tak berapa sihat tapi mental ok je ..hehee
sykurulah,masih diberi kesempatan bernafas lagi dimalam minggu ni,syukur sangat-sangat nikmat yang diberi...

Malam ni,lepas isyak je aku macam malam-malam sebelumnya dengan layan novel yang masih banyak belum habis dikhatam..entah laa,bila nak habis novel semua ni...kalau tak kerja ni confirm siap laa cepat tapi macam mna gak..komitmen pada kerja tu lagi penting kan?so aku kena dahulu kan pada yang perlu,yang tak perlu dikemudian kan...hehee hari ni aku baru nak start baca novel tapi dah beli novel baru lagi..Agak tamak disitu kan,hahaaa Dan pada yang tak minat novel..haraf dimaafkan, janganlah diteruskan pembacaan anda kerana kelak hanya menimbulkan kebosanan yang melampau...sekian^^




Sinopsis Sanubari Pujaan 

Perhatian yang diberi Adam Lutfi membuatkan Kauthar mula merindu lelaki itu. Atas dasar menghormati hubungan pelajar - tutor,dia mengambil langkah untuk memendamkan perasaannya sendiri. Sedangkan Adam Lutfi cuba mendekati Nadiha tanpa mengetahui gadis itu sebenarnya mahu mengecewakan setelah cintanya dengan Karl tidak kesampaian..

 Tika hati mula bergetar setiap kali mengingati Adam Lutfi, Kauthar membicarakan jua soal hatinya. Sayangnya, Adam Lutfi sudah mengikat pertunangan dengan Nadiha. Kehancuran cinta yang tidak berbalas melarakan hati. Dihumban jauh kasihnya yang tidak memberi apa-apa erti lagi..

Pertemuan dengan Kauthar memutikkan bunga-bunga cinta dijiwa Karl. Ketulusan Karl membuak semula pintu hati kauthar. Saat Kauthar melakar bahagia, rumah tangga Adam Lutfi pula bergolakam. Tahulah Adam Lutfi yang mana intan,yang mana kaca. Cinta Kauthar ingin diraihnya semula. Dan Kauthar terpaksa memilh..


Kata Achie :Baca novel ni buat aku rasa khayal je..heheeee 























 
Jumaat, 4 Februari 2011

Untuk Tiga Hari By Ahadiat Akashah^^

Salam semua..malam ni lewat skit nak update coz baru balik dari uma
patient...kenyang betul perut ni asik disumbat oleh patient yang baik hati..
 memang best la dapat makan free,walaupun dah tak larat tadi nak makan..heee

sebelum pergi uma patient tu,time petang tadi sempat pergi IOI Mall,tapi bosan sangat coz takde benda nak buat..tambah bosan bila banyak kedai yang tutup ni sampai tak sempat nak beli benda apa yang patut,tapi sempat sambar satu novel kat popular,..hehee novel dari Ahadiat Akashah yang dibaluti dengan cover yang baru,mungkin ada sahabat blogger dah pernah baca Novel Untuk Tiga Hari ini tapi aku nak share juga sinopsis dengan muka yang tak berapa nak malu....hehee jom layan sinopsis novel ni,aku belum baca lagi tapi rasa macam best jak ni,tak sabar2 pulak nak baca..heheee




Sinopsis Untuk Tiga Hari [ Ahadiat Akashah ]

Memang sengaja mereka memilih hari,
 tarikh dan waktu yang sama lalu,di hari 
persandingan itu mereka dirantai kemelut yang menyeksakan..

 Betulkah apa yang mereka lakukan ini? menurut 
kehendak famili masing-masing hanya kerana tak mahu mengecewakan hati
dan perasaan mereka. namun mereka hanya berjanj kahwin hanya
tiga hari.Mereka berjanji untuk bercerai tiga hari selepas hari persandingan..
Namun..Tiga malam bersama pasangan masing-masing... telah membawa
mereka ke sebuah alam yang lain,Dan apabila tiba hari yang ke tiga itu,
Bagaimana untuk mereka menyuarakan hasrat untuk bercerai??


Kata Achie :kahwin untuk tiga hari,memang dasyat..heheee   
 
Ahad, 16 Januari 2011

Rindu Di Awan Biru^^

Aku dataang lagi,heheee Nasib baik dah sembuh cikit petang tadi,tu pun lepas bedal ubat Paracetamol + Biscupon secukupnya...Habis laa perut aku nak hadam ubat2 tu,heheee tapi aku tak nak sakit lagi malam ni,sok nak kena keja kan..Alhamdulillah,aku daa mula sembuh dan aku sempat lagi beli novel time keluar tadi...heeheee makin bertambah laa koleksi novel aku ni nampak gayanya..siapa nak pinjam??sila emailkan alamat anda,insyaallah tidak akan dilayan...huuhuu 

Novel kali ni aku beli khas kat Pustaka Minerva,dekat Jln Tuanku Abdul Rahman tu..Jarang benar aku beli kat situ walaupun aku tahu kat situ novel2 dia ada diskaun,jimat skit tapi memandangkan jauh sangat,aku selalu beli kat Popular je laa...So siapa yang kaki novel tu,rerajin laaa pergi Pustaka Minerva,novel boleh didapati dengan harga yang berbaloi2...hahaaa Jom layan novel kali ini,hehee



Sinopsis 

Jangankan berkahwin, bercinta pun Hanan tidak ingin. Menjadi seorang isteri tiada di dalam kamus hidupnya. Pengalaman pahit ibunya dimadukan membuatkan dia jadi fobia. Baginya, lelaki hanya tahu berpoligami, tapi tidak tahu menjadi suami.

Pertemuan tanpa disangka di awan biru dengan Kapten Akmal Hakim sewaktu ke Melbourne mengubah persepsinya terhadap lelaki. Bernikah di Masjid biru dan berbulan madu di Istanbul bagaikan suatu mimpi bagi gadis berkulit mulus itu. Semuanya berlaku tanpa dirancang. Tapi takdir menentukan dia bukan setakat menjadi seorang isteri, bahkan tanpa rela turut terbabit sama ke dalam kancah poligami...

Akibat difitnah, Hanan diceraikan dengan talak tiga. Dalam pilu, dia diburu rindu. Dalam duka,dia mengharapkan bahagia. Sanggupkah dia bercinta buta untuk kembali ke pangkuan Akmal, sedangkan kehadiran Ridz mula membawa cahaya didalan hidupnya?

Kata Achie :Besok bermulanya misi nak baca novel ni..heheee 
Jumaat, 14 Januari 2011

Cinta Tiga Suku^^

Novel,Novel,Novel..tu je la aku tahu kan,macam mana aku sibuk dengan blog ni,novel aku tak boleh lupakan...lagi2 kalau aku beli novel baru,hehee sekarang ni nak beli novel banyak2,malas nak pinjam lagi daa..Kalau dulu rajin laa pinjam,sekarang beli lagi bagus kot..Boleh buat koleksi kan?kalau bosan,nak baca balik pun takpe coz aku kan pelupa..hahaaa ok,jom layan sinopsis novel ni dulu.. tapi amaran,ni hanya untuk peminat novel saja yaa...hehee Layaaaannn



Sinopsis Cinta Tiga Suku 

Sketsa Perang di pertengahan jalan menjadi detik pertemuan pertama antara Minah Sewel dan Mamat Tiga Suku. Sejak itu, pertemuan demi pertemuan tercipta. Anehnya,setiap pertemuan dihiasi insiden perlanggaran..

Iman - Gadis comel yang nakal dan berperwatakan kasar atas dasar mahu melindungi diri lantaran pengalaman masa silam. Kehilangan abah tersayang menjadikan disebatang kara. kebencian si ibu tiri menambah lara hidupnya lantas dia membawa diri ke kota. Kehadiran Suhaila dan Razif secara tidak dirancang membolehkan dia menumpang kasih sayang.

Arie -  Pertemuannya dengan iman menghadirkan seorang musuh dalam hidupnya, Si Minah Sewel ! Sikap kasar dan mulut celopar gadis itu menambahkan kejengkelan di hatinya. Tidak seperti kekasihnya yang manja dan pandai menggoda.

Iman dan Arie tidak sehaluan, Seorang ke simpang kiri dan seorang lagi ke selekoh kanan. Tetapi, haluan berbeza itu membawa mereka ke satu jalan lurus bernama keserasian. Namun tiada seorang pun menduga lorong yang sedang mereka lalui itu rupa-rupanya penuh dengan onak dan duri..

Kata Achie : Novel ni best gak,rugi kalau tak baca..heheeee 
Selasa, 4 Januari 2011

Bebunga Kasih^^

Semalam time beli barang,sempat melencong ke popular..Time lepak2 kat sana,macam biasa mata ni terpaku dengan novel2 yang berselerak kat rak2 buku tu...kalau  ikutkan hati,rasa nak beli semua novel tu,tapi larat ke nak baca??hehee baca novel bukan main ye,kalau layan sangat 1 buku tu sekejap je dah siap..Tapi kadang2 kena control gak,heheee takut kena beli hari2 pulak kan?? yala,kalau teda bahan bacaan ni,boring pulak..tak kan nak layan tenet 24 jam memanjang kan...so aku nak baca novel ni,siap bawa novel p tempat keja ni..harap2 tak kantoi..hehee nak amik sinopsis ni,layannn^^

Sinopsis Bebunga Kasih^^



Dya dinodai oleh abangnya dalam usia yang masih mentah,namun dia tidak berani mendedahkan kejadian itu bila ayahnya sendiri tidak pernah mengikirafkannya sebagai anak kandung..

hidup Dya terus diselimuti mendung bila dia terluka lagi. Encik Nasri yang dianggap prihatin, Sekadar mempermainkan perasannya.Harapan yang disandarkan kepada Syamir juga turut berkecai.kekecewaan Dya bertimpa-timpa bila mengetahui kedua-dua lelaki itu sebenarnya adalah suami orang. Ini menambahkan lagi kebenciannya terhadap lelaki.

Kemunculan Zarif,bekas teman sekolah menengah merobek kembali kisah lama. Dya masih ingat ,Zarif sering menyakiti hatinya.Malah penghinaan yang pernah dilemparkan , tidak pernah Dya lupa. Dan kerana Zarif juga,dia menjadi anak terbuang.

Sebenarnya, Zarif mahu merawat kelukaan Dya, Tetapi Dya menjauhkan diri kerana takut rahsianya terbongkar..Akhirnya, segunung kebaikan yang Zarif limpahkan membuka mata hati Dya bahawa lelaki itu ikhlas mencintainya.
Namun,Sudahkah dia bersedia menerima lamaran Zarif sedangkan bayangan silam terus mencintainya..

Kata Achie :No komen coz tak habis baca lagi^^ heheeee 
Ahad, 2 Januari 2011

Ada Cinta DiHati^^

Mood malam ni layan novel je la,sampai tak makan nasi pun satu hari ni..ermm,tadi sempat beli burger daging kata bawah..hehee malas nak masak,nak beli pun tapi tak selera nak makan nasi hari ni..maybe hari ini masa untuk baca novel je la..hari ini baca novel ada cinta di hati by Emma Maizura,novel keluaran dari alaf 21 memang best2..heee jom layan sinopsis dia dulu..hehee



*Sinopsis
Mereka ditakdirkan lahir sebagai pasangan kembar seiras,Walaupun dari segi lahiriah tiada berbeza,tapi batiniah mereka tidak sekata,Adlyana seorang gadis yang langsung tidak takut pada halangan sehinggakan apa yang tidak diingini mesti dikota.Bagi Adreena pula,dia seorang yang lembut hati dan mudah mengikut kata.Lantaran ,dia sering dipersendakan oleh kakak kembarnya.

Adlyana hebat dipentas peragaan,kerlipan cahaya yang sering menyimbahi tubuhnya menyebabkan dia seperti berada diawang-awangan.Sehingga, dia nekad meninggalkan majlis perkahwinan di saat-saat akhir demi memenuhi tuntutan hatinya.Akibatnya,Adreena yang terpaksa menjadi korban saudara sendiri.

Keterpaksaan Syukri dan Adreena menjadi pasangan  pasangan suami isteri menyebabkan hubungan itu bergantung tidak bertali. Tiga tahun meeka melayari bahtera yang tidak nakhoda,dan selama itu semuanya menjadi rahsia.Indah di mata orang tapi derita di hatinya.

Kesetiaan Adreena dicabar dan diasak-asak,sampai bila dia harus berdiri dan terima segalanya dengan reda?ya ..selagi ada cinta di hati,dia harus lakukan sesuatu biar apa jua natijahnya.

Dia sering diterjah dengan pepatah "air dicincang takkan putus" Tapi, dimana kebenaran kata-kata itu kalau dihatinya sering disiat-siat dan dilapah tiap ketika ?Dan bagaimana dengan adlyna?bahagiakah dia setelah mencipta duka?

Kata Achie:best tak?hehehe kalo best,jom layan lagi... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)Copyright reserved by Woofer Storm.
Powered by Blogger