Blog Lensa Kamera

Khamis, 30 Disember 2010

Lagi Bagus Kuda Muda^^


*rasailah igauan harimau malaya^^ 

Tak payah laa rasanya aku nak ulas pasal result game bola sebentar tadi tu k, korang pun dah tahu kan...lagipun ramai pengulas sukan berbakat didunia blogging ni,lepas ni susah laa pengulas sukan negara nak cari makan..hehee pe pun nak ucap tahniah pada pemain malaysia yang menang dengan agregat 4-2 walaupun kalah 2-1 dalam perlawanan ini...yang pasti kita kalah bermaruah, bukan sekadar omong kosong penyokong indonesia yang begitu egois dan fanatik,dan yang pasti sukar untuk menerima kekalahan....  

malam ini kita bermain dinegara dorang,so adakah isu laser kita akan bangkit juga??sudah tntu tidak,kerana kita ini adalah negara yang terlalu berlembut dengan negara jiran..sampai dorang senang2 nak pijak kepala kita,jikalau kita lihat sebenarnya ketidakadilan mereka boleh kita pertikaikan bila tiket yang diberi hanya sebanyak 5000 keping tiket berbanding time game dimalaysia dimana tiket untuk penyokong indonesia berjumlah 15500 keping,.adil tak??tapi mungkin bagus juga macam tu kan??coz yang bermain tu cuma 22 permain termasuk team lawan bukan 85000 penyokong dorang...heheee bila nak ganyang malaysia??cakap ikut mulut je la,aduiii susah nak respek orang2 macam ni..Ingat senang nak serang malaysia,NGOMONG SAMA TANGAN,hehe ingat lagi kata2 agnes monica dalam sinetron ku telah jauh cinta..hehe kan kita bangsa serumpun,buat apa nak berperang sini sana,cuma menjadi bahan ketawa yahudi sana^^  

aku dah melalut sebenarnya ni,bukan apa saja nak luahkan pendapat aku yang tidak seberapa ni...Harap lepas ni rakyat indonesia lebih matang dalam membuat setiap keputusan dan statement..ok,pasal kuda tua dan kuda muda ni, korang pun tahu sapa pemain kebangsaan malaysia dulu,semua pemain senior yang dianggap berpengalaman..Tapi aku memang respek sungguh dengan k.Rajagopal ni coz berani menurunkan pemain muda seawal 19 tahun,ada pemain senior cuma  amri yahya itupun bukan dalam kesebelasan..Kuda muda lagi power kot,yala masih muda dan punyai stamina yang tinggi..syabas K.Rajagopal,..So kuda muda ni rasanya punyai bakat yang boleh diasah untuk pergi lagi jauh,.. moga harimau malaya mengaum dan terus mengaum^^ dan jangan pulak bila mereka diatas menjadi pujaan,bila dibawah menjadi kejian kita..percayalah,kita tidak semestinya sentiasa diatas dengan mudah sekali kerna mempertahankan sesuatu gelaran lebih susah daripda mencari gelaran tersebut^^ beringat sebelum terkena yaaa.sekian

Kata Achie: Jangan cari pil kuda sudaaah^^ 

0 komen dari budak comel^^:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)Copyright reserved by Woofer Storm.
Powered by Blogger