Blog Lensa Kamera

Jumaat, 3 Disember 2010

Cipta Lagu Malaysia...

Anda berbakat??kalau tidak,apa kata mencuba mungkin rezeki anda..kan??hehe tapi kalau YA,maka WAJIB lah anda ikut pertandingan ni ok...kalau menang,janganlah lupa kat sy ok...hehehe 50-50 pun ok la tuu... Selamat mencuba^^


PERTANDINGAN yang pertama kali dianjurkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada tahun 1965, Cipta Lagu Malaysia (CLM), kini kembali dengan penganjuran bersama Kumpulan AmBank yang telah dilancarkan di Auditorium P. Ramlee, Angkasapuri.

Sebelum ini, berdasarkan daripada pertandingan tersebut, ia pernah membawa kepada lahirnya pencipta-pencipta lagu seperti Jimmy Boyle, Alfonso Soliano dan penyanyi-penyanyi seperti Tan Sri S.M. Salim serta Datin Paduka Julie Sudiro diadakan.

Menurut Ketua Pengarah RTM, Datuk Ibrahim Yahaya, RTM sebagai sebuah stesen penyiaran kerajaan terus berada di depan dalam membantu industri muzik khususnya mereka yang bergelar pencipta lagu terus menghasilkan karya bermutu.

“Dengan slogan ‘Muzik Bahasa Satu Jiwa’, ternyata CLM adalah medan tanpa sempadan atau garisan bagi semua pencipta-pencipta lagu amatur dan warganegara ini untuk mencuba nasib mengambil bahagian dengan apa sahaja bentuk genre lagu daripada berbagai bahasa.

“Muzik adalah bahasa antarabangsa yang membawa kepada penyatuan sesama insan tanpa mengira warna kulit dan bangsa. Semoga lagu-lagu yang bakal lahir nanti menjadi satu produk Malaysia yang dapat diketengahkan di peringkat antarabangsa,” katanya ketika sidang akhbar pelancarannya.

Penganjuran program itu juga kali ini mendapat kerjasama Koperasi Industri Muzik Malaysia Berhad (Kopstar) dan Erama TV.

Sementara itu, Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim berkata, pihaknya amat berbangga menjadi penaja utama bagi AmBank CLM bersama RTM kerana sememangnya berminat menyumbang ke arah kesenian tanah air.

“Sebagaimana kita tahu muzik mengatasi bangsa, agama dan bahasa. Ia adalah satu ‘jambatan’ di antara satu sama lain,” ujarnya.

Bagi Ketua Pegawai Informasi Erama TV, Adliah Abu Samah, pertandingan ini menyedia dua cara untuk menyertai pertandingan itu.

“Cara yang pertama ialah mereka boleh memuat naik lagu yang telah siap ke  SINI. Cara yang kedua peserta boleh menghantar lagu itu yang telah siap dalam bentuk cakera padat (CD) kepada RTM,” ujarnya.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Pengarah Muzik RTM, Datuk Mokhzani Ismail dan Naib Pengerusi Kopstar, Johari Teh.

Hadiah utama untuk pertandingan ini ialah wang tunai berjumlah RM40,000, tempat kedua RM25,000, ketiga RM15,000. Sementara empat tempat sagu hati ialah wang tunai bernilai RM5,000 setiap peserta.

Setiap peserta yang berminat boleh menghantar penyertaan mereka sehingga 31 Mac 2011...

Kata Achie :Belum cuba,belum tahu..soo cuba looorrr^^ 

0 komen dari budak comel^^:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)Copyright reserved by Woofer Storm.
Powered by Blogger