Bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang
Pada insan yang setia berkongsi susah dan senang
Luahkan isi hati...andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir
Bila berdekatan kadangnya makin kita leka
Bila berjauhan barulah merindu di dada
Selagi berkesempatan ucapkan kalimah kasih
Andai esok takkan hadir
Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerana sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan
Bilakah kali terakhir kau kucupi pipi
Ayah bonda yang tak mungkin kau terbalas budi
Tunjukkanlah syukurmu...bertuahnya kau dilahir
Andai esok takkan hadir
Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerana sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan
Lihatlah saja isterimu berkorban separuh nyawa
Demi menjamin kebahagiaan anak dan suami tercinta
Buktikan kepadanya pilihan jodohmu tepat
Sebelum semua terlewat
Lafazkan rasa cinta...andainya sudah ditakdir
Tadi SUBUH YANG TERAKHIR
~Lagu rabbani -Subuh yang terakhir.mendalam maksudnya..
***********************************
Kenapa bila dia ada didepan mata,kau langsung tak pernah nak hargai..kenapa bila dia ada didepan mata,kau langsung tak pernah mengerti perasaan dia sebegitu sayang terhadap kau, kenapa bila dia ada didepan mata,kau tak pernah bersyukur dengan apa yang dia telah lakukan untuk dirimu ..kenapa bila dia pergi baru kau terduduk terkelu tak percaya..kenapa baru sekarang?
kalian,hargailah mereka sementara masih ada disisi,jangan hanya berani menerima kebaikan mereka saja,kerana itu memang tidak adil buat diri mereka..sebaiknya terima juga keburukkan yang mereka ada.sebagaimana mereka terima keburukkan yang kau ada.jangan nanti cuma hanya wujud erti penyesalan bila mereka pergi tanpa menoleh kebelakang lagi..beringat sebelum terkena..peringatan buat mereka yang punya pasangan hidup,mungkin juga pasangan suami isteri mahupun buat sahabat sejati..Sekian ~
#Sahabat,tak perlu kau kau nak melihat diri ini,nanti 44 hari tak lalu makan..
#lagu subuh yang terakhir ( rabbani ) memang best.cuba layan sekali.
#Aku berharap kau akan datang kembali..
#Aku tiada mood nak keluar rumah nak shoot gambar,balik kerja terperap kat bilik..
stok gambar dah habis,aku shoot danboard cuma kat dalam rumah.layan jika mahu,tak mahu tekan X sudah..
Psstt :gambar memang merepek,kerana menggunakan lens nikkor 50 mm
manual memang payah sekali.buat aku .grrrrr
Kata Achie :Sukarnya untuk melupa kenangan yang ada..
Tolong kembali ~
Sila like jika suka entry ini . . . . .