Assalamualaikum w.b.t. . . .
Manusia dah lupa sejarah diri,
manusia dah kemaruk dengan duniawi,
manusia dah tak pandang hati budi,
Manusia dah lupa erti syukuri,
Manusia tak tahu akal dimana,
Manusia tak tahu bicara bagaimana,
Manusia tak tahu syukur tu apa,
Manusia tak tahu asal dari Mana..
Manusia dah kenapa,
adakah sudah lupa?
atau terleka sementara?
atau dah mula tak SEDAR DIRI?
ayuh bangun,ini bukan mimpi..
ini alam yang nyata..
Termenung sejenak mengenang nasib diri,melihat ciptaan tuhan yang cukup indah..lantas membuat diri rasa tersedar dari mimpi yang begitu indah terasa..kekadang memang keduniaan buat aku terleka,kekadang buat aku merasa tersedar kembali.. astagfirullah, semoga aku tidak tersasar dari landasan kehidupan yang sebenar..
Aku mengimbas kembali masa yang lalu,pelbagai dugaan dan rintangan yang aku lalui..itu cukup itu mengingatkan aku kembali betapa jatuh bangunnya aku bergantung pada diri ini, bergantung pada mereka yang sudi menemani diri..aku sayang diri ini,aku sayang mereka yang sering berada disisi,dan yang pasti aku sayang Allah yakni tuhan kita yang maha Kuasa..Aku yakin kalimah itu, Aku bersaksi bahawa tidak tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu utusan Allah..
Kekadang aku sedih bila kita dalam tak sedar merobohkan kebahagiaan yang kita bina sejak dulu lagi,aku rindu suasana yang aman,suasana yang buat aku ingin kehidupan yang mendatang sentiasa begitu,tanpa ada gangguan..tanpa ada kacau bilau yang melanda persekitaran..aku sedih bila ada yang sengaja mencipta provoksi untuk kepentingan diri sendiri..aku takut peristiwa lalu kembali lagi,aku takut sekali!!
kalian,cubalah belajar untuk mensyukuri sisa kehidupan yang masih ada ini,hidup ini cuma sekali,tiba masanya kita akan pergi juga..mungkin esok,mungkin lusa ataupun mungkin masa ini,detik ini..sedarkah kalian?tolonglah jaga kelakuan dan kata-kata yang kurang elok tu, kurangkan kontroversi,tingkatkan prestasi diri..semoga hayat yang masih ada ini,digunakan sebaiknya tanpa ada perkataan penyesalan lagi..beringat sebelum terkena..aku suka bila aku katakan TUHAN TIDAK PERNAH TIDUR,apa yang kita lakukan berunsur keburukan pada yang lain,pasti akan ada balasannya satu hari..kalian nak itu,kalian buatlah lagi..Sekian~
*************************
#Nak bersuara tak salah,tapi kena pada caranya..
#Bukan semua orang suka kita,aku suka tegaskan itu adalah normal kehidupan..
#Semoga diri kita sentiasa melakukan yang baik2 saja..amin3
#Kekadang salah diri susah untuk dicari,salah orang lain terpampang dihati.apa cerita??
#Cerita di putrajaya..
Untuk gambar lebih lanjut,sila klik link dibawah..terima kasih~
Kata Achie :Dah cakap aku gayat,tapi anak buah tak percaya..akibatnya aku sendiri boleh rasa.alaahaaaii rasa nak muntah~
Terima kasih tuhan atas kehidupan yang engkau berikan..Aku cinta Allah^.^