Blog Lensa Kamera

Jumaat, 25 November 2011

Orang Negeri Dia Semua Macam Setan

Assalamualaikum w.b.t . . .

Aku memang tak faham la mereka2 ni,
asal dari negeri Tuuuuutttt je mesti semua perangai macam syaitan,
lain negeri takde,negeri mereka je macam tu..
kejutan budaya nampak?
memang semua duk perhati,memang semua duk kata,
memang mereka ingin merasa,bila kaki kena di muka..
perangai macam setan,ada mereka kisah..
ada dengan pengotor tak tahan tu,ada kisah mencuri dalam diam,
ada kes dadah durjana maruah tergadai,ada seribu cara mereka.
bah kata orang.MACAM- MACAM ADA..

Maaf,diatas tu bukan apa yang ku rasa,cuma apa yang ingin ku sampaikan..kenapa ada
antara kita,memang suka duduk mengata sesuatu bangsa..sebagai contoh,ada ramai yang ku 
jumpa suka sangat mengata, argh,kalau dorang memang macam tu..negeri mereka memang teruk,asal keluaran dorang je tak payah cakap..dari atas sampai bawah,semua macam sampah..semua memang tak guna,semua cuma membuat onar semata-mata..

Kalau dah jahat tu tak semestinya ikut negeri,negeri itu buat maksiat,negeri ini buat kebajikan..negeri itu kuat mengumpat,negeri ini semua baik2 belaka..kalau dah niat jahat tu,jahatlah juga..tak kira asal dari mana...tak kira agama apa,tak kira umur berapa,tak kira warna kulit mereka..tu kena tanya pada nafsu,nak buat cara mana kreatifnya kejahatan kita..Sekian^^

*Baca sejemput tapi hentam bertubi2..adehhhh

*Insyallah esok aku nak update hadiah contest tu,maaf bz sikit ni,kalau masih berminat,sila join contest ni... LINK

*Jom beli tiket game Malaysia VS Bahrain..boleh dating2 kan??^^

*Mengidam nak ke Pulau Sipadan..


Kata Achie :Jangan berani menghina negeri ku..grrrrrrrr


Sila like jika suka entry ini....




18 komen dari budak comel^^:

Ujie Othman berkata...

tu cuma pndpt org yg fikiran tak matang.
baik buruk bkn sifat warisan.

*akak pun ingin nk ke sipadan..

terokai seni berkata...

sibbaek dah sampai kat sipadan n kompom kot bukan orang sipadan yang berperangai huduh gitu... (pulau tu mana ada orang duduk hek)

Tanpa Nama berkata...

setuju...kalau jahat tu x kira dari negeri mana pun kan..

Miss Butterfly berkata...

achie.. negeri mane? negeri eyda eh? heh? -.-

jangan berani menghina eyda. hiks!! ekceli, laen orang, laen prangai. bukan berdasarkan satu2 negeri. :)

tak semua orang negeri tu jahat, n tak semua orang negeri tu baek.. ye dak? ^^

Tea berkata...

Kannnnnn WS..
Sedih tahu.... Kerana secubit belacan, rosak kek lapis sarawak.. Org suh letak kuih belacan yg duit2 tu bukan belacan udang...

Bukan masalah negeri, attitude individu...kesiah ketua menteri dan menteri besar.. Penat juga mereka jaga negeri..

Sunah Sakura berkata...

hurmm..kalau sarawak ni, da banyak sangat kot orang semenanjung hina2...da lali da telinga ni..ape kami ni rendah sangat ke????

*maaf, emo pulak...

eh, jom pi sipadan!!!

JR berkata...

Sikit pun JR tak percaya negeri atau bangsa mencorakkan perangai seseorang. Yang membentuk perangai kita bukan negeri kita berasal atau bangsa tapi asas didikan yang diterima..

Entri terbaru di blog JR:

"Tips Kurus: Langsing, Hensem dan Lawa Hanya Dengan Sebatang Garpu"

atiqa aris berkata...

tah dorang nih.sorang wat salah abes satu negeri kene.kesian betol.

Cik Pulau berkata...

buruk baik seseorang tu bukan terletak pada negerinya..
tapi pada akal dan budi pekertinya..
jangan sebab nila setitik..
rosak susu sebelanga..
sangat tak bagus sebenarnya..
errr..

dear anies berkata...

tu la sbb nila setitik rosak susu sebelanga


p/s jumpa kt SNBJ sok!

Noor Fatin berkata...

ooh negeri tuttt. saya pun xberapa gemar. heheh

*ntah negeri mana la yang awak maksudkan :P*

rozeeta rashid berkata...

setiap individu berbeza. tak adil kalau dinilai dari segi negeri/bangsa.

.dida mumin♥ berkata...

itu benar!

Afzainizam berkata...

۞۞۞۞ Salam Awal Muharram ۞۞۞۞

Bab-bab negeri ni sensetif.... Apa pun kita kan duduk kan dalam satu negara ( Malaysia)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
doa akhir tahun dan awal tahun

Unknown berkata...

tak berani nak hina2 sebab keluarga akak ada dari bermcm2 negeri..:p

RinsyaRyc berkata...

semangat kenegerian sngt.. generasi seterusnya yang akan jadik mangsa.

takut pemikiran dorank pun jadi buta..

RinsyaRyc berkata...

semangat kenegerian sngt.. generasi seterusnya yang akan jadik mangsa.

takut pemikiran dorank pun jadi buta..

Rtp Farra Arisha berkata...

elakkan dari melakukan perkara2 munafik..that's not too good, right? :')

salam maal hijrah sebelumnya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)Copyright reserved by Woofer Storm.
Powered by Blogger