Blog Lensa Kamera

Rabu, 2 November 2011

Kepentingan Kita Berbanding Kepayahan Orang Lain

Assalamualaikum w.b.t. . .

Aku dah terkena,selalu terkena,
pendek kata dah bisa terkena,
dah tak hairan bila terkena lagi,
nak kata apa bila dah terkena??

Aku dah pohon cuti untuk minggu depan,
ingat bolehlah nak rehat cukup-cukup,
badan pun dah merungut minta simpati,
takkan aku nak duduk diam begitu saja..

Dulu bila mood aku nak bercuti,
cuti dah dapat pelepasan pun dari atasan.
hati gembira riang tak terkata,
bersyukur bila dapat rehat dari kerja yang gila.

Saat bergembira tidaklah lama,
dapat tahu cuti aku terpaksa dibekukan,
kerana nak bagi peluang kepada teman,
nenek dia sakit tenat dah tak tertahan.
Aku juga terpaksa mengalah lagi,
demi simpati kepada dirinya,
aku terpaksa gigit jari lagi,
janji dia bisa tersenyum lagi.

Cuma geram dihati siapa yang tahu,
bila dia susah aku bisa menolong,
walaupun aku punya kepentingan peribadi,
bila masa aku yang susah,dia mampu diam tak berbahasa.


Perlukah nak bantu bila dia dalam kesusahan walaupun dalam masa yang sama,kita sendiri mempunyai kepentingan sendiri..tak nak tolong pun susah,nak tolong pun susah..Ibarat ditelan mati emak,diluah mati bapa...Kalau tak tolong pasti dia dalam kesedihan,tapi bila tiba giliran kita meminta bantuan,dia buat tak endah je..dia buat macam takde apa-apa je..Boleh kita buat macam tu kat dia semula serupa apa dia buat kat kita dulu kala??Sekian^^

*Dia yang dimaksudkan merujuk kepada sesiapa saja.tak kira kawan,lawan ataupun saudara sendiri^^



Kata Achie :Makin malas nak update bila dekat nak balik ini..hehee Malas pergi jauh2^^


Sila like jika suka entry ini...SARANGHAE YO

1 komen dari budak comel^^:

Tanpa Nama berkata...

perlu memeriksa:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)Copyright reserved by Woofer Storm.
Powered by Blogger