Blog Lensa Kamera

Memaparkan catatan dengan label gambar kucing. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gambar kucing. Papar semua catatan
Isnin, 7 Mei 2012

Andai Jodoh Itu Bukan Milik Aku l Gambar Kucing Comel

Assalamualaikum w.b.t. . . 

Aku terkelu seketika.dalam tak sedar air mata berlinangan tanpa aku tahu apa puncanya..Ya Allah,aku menangis kerana dugaanmu yang hanya sepatutnya nikmat ku rasa..nikmat dalam kehidupan,itu yang sebaiknya..namun aku jadikan ia kelemahan,makanya air mata turun tanpa sengaja,mengatakan kegagalan  dengan rakusnya..aku dah gagal ,dia bukan jodoh aku..aku dah merancang masa depan,mula mencanang angan-angan inginkan nikmat kebahagian dalam alam perkahwinan..tapi ternyata itu cuma tinggal kenangan,aku dah jatuh tanpa tersengajakan..Ya tuhan,kuatkan aku disini..bangunkan aku dari tidur yang lena..aku kena bangkit dan terima ia sebagai nikmat dalam kehidupan.Ya,aku gemarkan ayat NIKMAT DALAM KEHIDUPAN, sememangnya hidup ini nikmat namun bila ada kegagalan kita pasti pantas melatah..maafkan kami ya tuhan....

 **************************

Lihat diatas ?aku hairan bila mana kita jatuh dari kegagalan.kita pasti mudah rebah dan enggan untuk bangkit semula..aku akui,aku pun seperti kalian..pernah jatuh dulu kala,sakit itu masih sakit, aku dah pernah mencanangkan kebahagian ada didepan mata namun hanya kegagalan yang mendatang..aku tewas dalam perjuangan,detik itu,saat itu aku rebah..namun ada tangan-tangan yang sudi memimpin aku,yakni keluarga aku,sahabat aku..dan aku bangun dan berjalan ke depan tanpa menoleh lagi masa silam..    

Kini aku sudah bisa tersenyum,masa yang lalu tetap berlalu dan tidak menunggu kita yang masih terbelakang..aku doakan dia bahagia disana,bahagia bersama teman baik aku yang begitu bergaya..maksudnya disini,kalau dah jodoh tak kan kemana.pasti berakhir dengan alam perkahwinan juga,kalau dah bukan jodoh,tak perlu nak melatah menyalahkan takdir..Allah pasti beri kebahagian dibalik kepahitan yang kita lalui..aku senang begini,walaupun aku sendiri tapi banyak insan prihatin berada disisi.bukankah itu juga nikmat kehidupan yang kita ada??Sekian~   


#Dalam kepahitan,tersembunyi kebahagian..kan3??
#Esok nak ke Bangi jumpa anak buah,,eksited,tak tahu kenapa..alahai,mesti anak buah nak pau MCD kan?hahaaaa
#Semoga saya dan kamu kamu kamu  punya jodoh masing2..insyallah


        # Si L yang comel..
Untuk gambar lebih lanjut,sila klik LINK dibawah..terima kasih~



Kata Achie :Siapa jodoh saya,tuhan lebih tahu..cepat turun dari kayangan wahai sayang~



Terima kasih atas kehidupan yang engkaun berikan..Aku cinta ALLAH
                              



Jumaat, 20 April 2012

Manusia Sudah Menjadi Buas l Kaki Motong Dot Com

Assalamualaikum w.b.t. . . . 

Manusia sudah menjadi buas,
menjadi kejam asalnya lembut,
menjadi angkuh asalnya mulia,
menjadi syaitan asalnya biasa..

Manusia sudah menjadi buas,
dulu tunduk takutkan tuhan,
kini laju mengikut syaitan,
dulu patuh pada suruhan,
kini ganas menambah kezaliman,

Manusia sudah menjadi buas,
tolong ingatkan apa yang kau kecundang,
tolong patuh apa yang perlu kau kerjakan,
tolong mereka apa yang kau mampu lakukan.
tolong diri sendiri kalau kau takut tuhan..
TOLONG~

                                        ********************************

#Si L yang manja,lembut tapi sebenarnya garang..

Membaca kisah di Kaki Motong,membuatkan hati ku panas membahang.. perlakuan gila membinasakan binatang hanyalah kerja orang yang cukup kurang akal..malah tidak layak mereka tinggal dimuka bumi ini jika hanya berlaku kejam terhadap binatang.. hanya kerana perkara kecil,sanggup menghukum binatang sebegitu keji..manusia kini semakin kejam,dah besar sikit mula gila tak tentu pasal..cuba bayangkan bila kau sendiri yang menjadi mangsa.. apa kau rasa?OREN?? Sekian!!

#Tabik spring dengan pencinta haiwan..kamu memang terbaiklah ^.^
#Setiap dosa yang kau buat kat dunia ini,diakhirat nanti diberi perhitungan..kau mahu??
#Tak tahu nak buat pilihan,sama ada nak ke gath. blogger area ataupun event fotografi..grrrr

#Gambar ini sebenarnya diambil masa photoshoot potrait kat muzium tudm..
aku malas nak shoot potrait sampai shoot daun je,tapi tengok jela hasilnya..link kat bawah tau..jom~


Kata Achie :Hidup jangan takut untuk dikecewakan ...



Terima kasih Allah atas kehidupan yang kau berikan...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)Copyright reserved by Woofer Storm.
Powered by Blogger