Blog Lensa Kamera

Memaparkan catatan dengan label Street fotografi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Street fotografi. Papar semua catatan
Selasa, 24 April 2012

Belajar Untuk Memaafkan l Gambar Street Photography 2.0

Assalamualaikum w.b.t. . . .

Belajar untuk memaafkan,
walaupun hati pernah disakitkan,
walaupun diri pernah diseksakan,
walaupun jiwa rasa tak pernah tenang.
Tuhan kan ada setiap masa..

Belajar untuk memaafkan,
walaupun mereka dah buat bermacam-macam.
walaupun kau terasa kau telah dihampakan.
walaupun kau jatuh dengan disengajakan,
Tuhan kan ada bersama kita..

Belajar untuk memaafkan,
walaupun kau jauh kerana mereka,
walaupun kau sendirian merana dijiwa.
walaupun kau hina dimata mereka,
Dimata Tuhan kau cukup istimewa..
Ingat itu !!!

Hati sakit sekali mengenang bila kau disakitkan,hati merasa cukup derita bila terasa kau dirundung duka..tak mampu  berkata apa-apa kerana derita itu cuma kau rasa..bukan dia,bukan juga mereka..sabar ya hati ,ujian itu begitu kecil sekali berbanding nikmat kau perolehi bila  kau tempuhi dengan kesabaran..sabar separuh dari iman.belajar untuk memaafkan walaupun kau merasakan mereka tidak berhak untuk dimaafkan..sabar ya hati walaupun diri kau dizalimi tanpa kau relakan,percayalah tuhan sentiasa bersama orang yang dizalimi.. sebaiknya belajar untuk memaafkan agar hidup kau tenang sentiasa 
hendaknya..Amin3

*******************

#Sahabat,entry yang aku hasilkan tak semestinya merujuk kepada diri aku sendiri,mungkin juga hasil yang aku dapatkan dari pandangan persekitaran.terima kasih^.^
#Tak baik memainkan perasaan orang lain walaupun kau tak bermaksud sedemikian..
#Blogger,jom lepak kat wangsa walk ahad ni 29.04.2012 kat Wangsa Walk jam 11 pagi sampai  3 petang bersama group Blogger Area.Jom disana^.^ cancel nak shoot potrait,gara2 excited nak jumpa blogger^.^
#Jangan merasa kehilangan sesuatu kerana kau mesti tahu jika dia hak milik kau pasti akan kembali suatu hari nanti..

#Cerita lama semasa outing street hari itu..

Untuk gambar lebih lanjut,sila klik link dibawah..Terima kasih^.^


Kata Achie :Allah terlalu baik dengan kita namun kita tegar menzalimi diri kita sendiri..pelik !!


Terima kasih Tuhan atas kehidupan yang engkau berikan..Aku Cinta Allah ~

Ahad, 22 April 2012

Peluang Cuma Sekali l Melaka Bandar Bersejarah 2.0

Assalamualaikum w.b.t. . . . 

Peluang cuma sekali,
masa menjauh bukan main gersang,
bila dah mula mendatang,
boleh buat muka tak hairan..

Peluang cuma sekali,
kena pandai rebut peluang,
jangan cuba menjadi syaitan,
dah senang lupa daratan..

Peluang cuma sekali,
hari ini kau mendapatkan,
esok lusa mungkin tiada lagi,
hargailah ia sebelum menghilang..kan??
Sekian~

Peluang!rebut peluang jika ada jalan didepan.tak perlu merasa was-was lagi jika ia memang kita inginkan sejak dulu lagi..mungkin ada peluang lain lagi yang bisa mendatang,ataupun mungkin juga peluang cuma sekali dalam seumur hidup..ada mulut cakap,ada telinga dengar, ada kaki jalan, ada otak pandai-pandailah fikir ye..Adiooss~

*********************

#Selamat Hari Lahir Buat Sahabat Blogger Kita, Istiqomah ..dah makin dewasa ni..pandai2lah fikir baik buruknya ya,jangan menyesal dikemudian hari tau^.^
#Esok ada event street fotografi kat pudu,jomm^^
#Moga setiap keputusan yang dibuat mendapat redha dari Allah..Amin3

#Saya Achie..Gemuk kan??hahaaa

untuk gambar lagi lanjut,klik link kat bawah ini..terima kasih~


Kata Achie :Semoga esok menjadi hari yang baik dari hari ini..amin3


Terima kasih Allah atas kehidupan yang kau berikan..Aku Sayang Allah~
Khamis, 29 Mac 2012

Aku Cinta Kamu Intan

Assalamualaikum w.b.t. . . . . 

Aku sayangkan kamu,
melebihi sayang pada nyawaku,
aku cintakan kamu,
namun tak sehebat cintaku kepadaNya,
kamu bagaikan intan,
kamu adalah permata dihati ku.
mungkin kamu bukan yang pertama,
tapi aku dah sematkan kamu adalah yang terakhir,
tapi sayang kamu pergi dalam kesamaran,
kamu pergi tanpa ada penjelasan,
aku sedar satu perkara,iaitu :
AKU BUKAN SIAPA-SIAPA ~

************************
#Entry merapu?kau rasa??
#Masa ada tapi mood takde nak update..apa cite?
#Sabtu ni nak ke suatu tempat,boleh shoot lepaskan tekanan perasaan..siapa nak ikut?

#Cerita lama ni..baru berkesempatan nak upload..ada banyak,tapi ini je yang mampu^^
lebih lanjut,klik link kat bawah..terima kasih^^


Kata Achie : Setiap manusia punya hati dan perasaan ~

Like jika mampu ye..

Isnin, 6 Februari 2012

Street Photography

Assalamualaikum w.b.t

  • Masih cuba mengerti apa telah terjadi..kelu,diam mencari disebalik permasalahan yang terjadi..
  • Kenapa hidup ini mesti bersikap busuk hati?dengki dengan kesenangan orang lain yang mulanya juga seorang yang susah..hidup jika hanya ingin memerhati tanpa ada usaha diri memang tak bererti..nak jadi senang bukan senang,nak jadi susah bukannya payah!
  • Percayalah dengan kuasa tuhan!!apa yang kau beri,pasti itu yang kau terima..apa juga yang kau lakukan buat mereka,pasti itu juga yang kau akan terima seperti mereka..Percayalah !!
  • Bila kau dah jatuh tergolek,jangan mudah mengenal erti putus asa..mungkin ujian Allah begitu berat sekali namun percayalah pasti ada hikmah yang terjadi disebaliknya..
  • Kenapa mereka tikam kau dari belakang,mungkin kau terlalu bongkak,mungkin juga kau terlalu lemah..ataupun mungkin juga mereka tidak mengenal asas dirimu yang sebenarnya..ada lagi??
  • Begitu mudah mengatakan kau tidak punya perasaan,setelah susah senang ditempuh bersama-sama..ini balasan yang kau berikan..ternyata kau sungguh kejam..sahabat, perhatikan mereka ,mungkin juga mereka bisa berubah sekelip mata..

#Amaran ayat diatas cumalah sekadar apa yang aku rasa,tidak kena mengena antara yang hidup ataupun dah mati..
   
*************************
#Salam Maulidur Rasul..

#Tadi aku join group fotografi mengambil gambar sepanjang jalan dari Pasar Seni hingga ke KLCC...hampir semua gambar yang aku beri tidak diedit,pendek kata gambar yang original..haha maaf jika buruk pada pandangan mata korang.Sekian !!




#Best tau,rugi tak ikut..hehee


















Kata Achie :Aku masih tak mampu terima kenyatan..Apa cite der??


Sila like jika suka entry ini..
Ahad, 5 Februari 2012

Apa Itu Hepatitis B

Assalamualaikum w.b.t. . . . 


#Semalam lepak kat putrajaya..


***Dilarang baca entry kat bawah jika terasa dah pandai..

Definisi :
#Hepatitis B adalah inflamasi hati oleh virus Hepatitis B (HBV)
#dapat dijumpai didarah,semen,sekresi vaginal, cecair cerebrospinal, cecair synovir, cecair pleural, cecair pericardial, cecair peritoneal,cecair amnionitik,
#dapat bertahan hidup diluar tubuh manusia selama 4 minggu..***bahaya bukan?

Bagaimana perebakkan HBV boleh berlaku :
#Menggunakan jarum yang sama untuk keperluan narkotika,tindik,atapun tatu.
#Kontak dengan cairan tubuh melalui luka yang terdedah
#Saling tukar menukar pemakaian berus gigi, pisau cukur, gunting kuku,baju.
#Tinggal bersama dan memakai barang yang sama dengan pesakit HBV.
#tidak akan berjangkit melalui bersin,batuk, ataupun berjabat tangan.
#Jangkitan biasanya terjadi melalui beberapa cara,antaranya dari ibu ke anak semasa kelahiran,hubungan seksual,transfusi darah, jarum suntik, mahupun penggunaan alat kebersihan diri secara bersama-sama..

Simptom (Tanda-tanda)
#Masa inkubasi HBV purata 120 hari [range 45-160]
-kelelahan yang berlebihan.
-Sakit pada kawasan haper.
-Kehilangan selera makan.
-Pening,muntah-muntah.
-Demam,
-Urin berwarna gelap/coklat gelap.
-Kembung/distensi dan perut terasa lunak.
-Jaundise.

Diagnosis ;
#Test HBV biasanya tidak akan menunjukkan hasil positif jika dilakukan pada masa inkubasi (1-12minggu)
#Ujian Darah :HBsAg.HBeAg,HBsAb.
#Ujian lain-lain :Ujian fungsi hati,Ujian Najis dan Urin.
#Ada 3 tes standar untuk mengetahui apakah virus Hepatitis B ada didalam tubuh seseorang.


Pencegahan :
#Vaksinasi HBV.
#Lakukan Seks yang benar dan selamat .. **Belum kawin jangan gatal nak buat !!
#Jaga jarak antara diri anda dengan cecair badan dan darah orang lain. ( kondom, berus gigi,dll )
#Pendidikan kesihatan kepada masyarakaat tentang Hepatitis B dan pentingnya imunisasi.
#Imunisasi Hepatitis B perlu diberikan melalui 3 dos seperti berikut

  • Dos pertama pada hari kelahiran.
  • Dos kedua pada umur satu bulan.
  • Dos ketiga pada umur lima bulan
#Sebelum imunisasi,perlu perhati kalau:

  • Kurang sihat pada hari dilakukannya imunisasi.
  • Memiliki reaksi yang parah terhadap vaksin.
                                                            ************************

#Setiap hari berdepan risiko hepatitis B dan C..semoga dijauhkan..amin3
#Penat hari ini baru balik tadi petang dari street fotografi bermula dari Pasar Seni ke KlCC.
#Ilmu yang dipelajari jika tidak dipraktiskan adalah sia-sia..


Kata Achie :Bebaskan diri dari dibelenggu masalah !!


Sila like jika suka entry ini . . . .














Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)Copyright reserved by Woofer Storm.
Powered by Blogger