Manusia sudah menjadi buas,
menjadi kejam asalnya lembut,
menjadi angkuh asalnya mulia,
menjadi syaitan asalnya biasa..
Manusia sudah menjadi buas,
dulu tunduk takutkan tuhan,
kini laju mengikut syaitan,
dulu patuh pada suruhan,
kini ganas menambah kezaliman,
Manusia sudah menjadi buas,
tolong ingatkan apa yang kau kecundang,
tolong patuh apa yang perlu kau kerjakan,
tolong mereka apa yang kau mampu lakukan.
tolong diri sendiri kalau kau takut tuhan..
TOLONG~
********************************
#Si L yang manja,lembut tapi sebenarnya garang..
Membaca kisah di Kaki Motong,membuatkan hati ku panas membahang.. perlakuan gila membinasakan binatang hanyalah kerja orang yang cukup kurang akal..malah tidak layak mereka tinggal dimuka bumi ini jika hanya berlaku kejam terhadap binatang.. hanya kerana perkara kecil,sanggup menghukum binatang sebegitu keji..manusia kini semakin kejam,dah besar sikit mula gila tak tentu pasal..cuba bayangkan bila kau sendiri yang menjadi mangsa.. apa kau rasa?OREN?? Sekian!!
#Tabik spring dengan pencinta haiwan..kamu memang terbaiklah ^.^
#Setiap dosa yang kau buat kat dunia ini,diakhirat nanti diberi perhitungan..kau mahu??
#Tak tahu nak buat pilihan,sama ada nak ke gath. blogger area ataupun event fotografi..grrrr
#Gambar ini sebenarnya diambil masa photoshoot potrait kat muzium tudm..
aku malas nak shoot potrait sampai shoot daun je,tapi tengok jela hasilnya..link kat bawah tau..jom~
Kata Achie :Hidup jangan takut untuk dikecewakan ...
Terima kasih Allah atas kehidupan yang kau berikan...
19 komen dari budak comel^^:
Seksi lah L ! Nak culik boleh ? :P
Err sy tak pencinta haiwan
okey lari jejauh
akak sangat sayang pd kucing& pernah ada 12 ekor suatu masa dulu..
Cantik daun tu, nampak jelas urat2 halus
e'in tak suke kucing.. tp xde laa sampai nk aniaya binatang..
e'in xsuke kucing.. tp xde laa sampai aniaya binatang..
betul-betul. sape yg sakitkan haiwan tuh, memang gila!
Uiii naa..kejamnya kan.
Buas..kejam..boleh la dilabel untuk orang yang macam tu..huhu..
Alahaiiii,comelnya si L tu..
Teruskan dengan rasa OREN itu..hehe..
P/s:have a nice weekend en achie..btw,masih belum buat keputusan lagi sebab dua2 macam best.. ;)
erk,ok sy bukan pecinta haiwan.. -_-'
wah ada gath..:)
buas macam rimau....aummm aummm...
cantik daun tue...bila nak sh0ot pix tirah? ehemm2...hehe
manusia kini sudah hilang keimanan. segala2nya berpusat pada nafsu. sebab tu zaman sekarang terlalu ramai manusia yang terlalu kejam dan tidak brperikemanusiaan
Comelnya kucing tu..nmpak manja.
Manusia yg baik adalah yg berlaku baik terhadap semua makhluk Allah..termasuk haiwan.
wee
saya2!
saya pencinta haiwan :))
Manusia skrg memang kejam.. cerita kat kaki motong tu mesti pasal kucing yg kena potong kakinya tu kan..sapa nama dia..hero eh? comel tapi syg...kesian. ;)
nice and cute cat...
gua penglindung haiwan
saya bukan pencinta tp saya x kejam nak seksa mereka...
comelnya..klau kt rumh dh kena bg nme black dh tu..haha
wah...kucing ko ke bro..comel..hehehe :)
Regards,
-Strider-
huh tak sanggup nak tengok haiwan yang kena seksa..manusia makin keji!
eeemmm jangan berlaku kejam
"Tiadalah (haiwan) yang melata di bumi dan tiada pula burung yang terbang dengan dua sayapnya melainkan semuanya itu umat seumpama kamu juga" Surah Al-An'aam 38
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
sport rim rs watanabe
Catat Ulasan