Manusia sudah menjadi buas,
menjadi kejam asalnya lembut,
menjadi angkuh asalnya mulia,
menjadi syaitan asalnya biasa..
Manusia sudah menjadi buas,
dulu tunduk takutkan tuhan,
kini laju mengikut syaitan,
dulu patuh pada suruhan,
kini ganas menambah kezaliman,
Manusia sudah menjadi buas,
tolong ingatkan apa yang kau kecundang,
tolong patuh apa yang perlu kau kerjakan,
tolong mereka apa yang kau mampu lakukan.
tolong diri sendiri kalau kau takut tuhan..
TOLONG~
********************************
#Si L yang manja,lembut tapi sebenarnya garang..
Membaca kisah di Kaki Motong,membuatkan hati ku panas membahang.. perlakuan gila membinasakan binatang hanyalah kerja orang yang cukup kurang akal..malah tidak layak mereka tinggal dimuka bumi ini jika hanya berlaku kejam terhadap binatang.. hanya kerana perkara kecil,sanggup menghukum binatang sebegitu keji..manusia kini semakin kejam,dah besar sikit mula gila tak tentu pasal..cuba bayangkan bila kau sendiri yang menjadi mangsa.. apa kau rasa?OREN?? Sekian!!
#Tabik spring dengan pencinta haiwan..kamu memang terbaiklah ^.^
#Setiap dosa yang kau buat kat dunia ini,diakhirat nanti diberi perhitungan..kau mahu??
#Tak tahu nak buat pilihan,sama ada nak ke gath. blogger area ataupun event fotografi..grrrr
#Gambar ini sebenarnya diambil masa photoshoot potrait kat muzium tudm..
aku malas nak shoot potrait sampai shoot daun je,tapi tengok jela hasilnya..link kat bawah tau..jom~
Kata Achie :Hidup jangan takut untuk dikecewakan ...
Terima kasih Allah atas kehidupan yang kau berikan...
Manusia Sudah Menjadi Buas l Kaki Motong Dot Com

