Blog Lensa Kamera

Sabtu, 31 Mac 2012

Berehat Sebentar Bersama Kit Kat

Assalamualaikum w.b.t. . . 

Lempang muka sekali lagi,namun masih lagi tak sedar diri..
bangun dari tidur yang lena,sedarkan diri yang kau tidak punya apa-apa..
kau ibarat sampah yang hanya dipandang hina,kau bukan menteri,kau bukan juga raja.
tapi kau cuma seorang manusia biasa yang hanya menumpang kasih 
pada orang yang tak sudi menerima ..kau dah gila?sedarlah diri!!
tutup mata,pekakkan telinga..apa orang nak kata,terima saja..
apa orang nak mengata..abaikan sementara..kerana yang pasti.
TUHAN AKAN SENTIASA ADA .!!!!

                          *********************

#Berehat sebentar,nak rehat dari kehidupan yang agak kejam tak terkira.
#Perlukan masa lagi untuk melupakan perkara yang terjadi tanpa disengaja..maafkan aku !!
#Esok tiada entry,aku nak berehat di sesuatu tempat bersama pesakit aku..dorang bukan keluarga,tapi aku dah anggap macam abang dan kakak sendiri..terima kasih ~
#Maaf jika tidak berkesempatan nak blogwalking ye..bukan disengaja,tapi masa dan mood begitu cemburu sekali..gluppppp
#Bagi yang cari aku kat facebook,maaf sebab Fb masih deactivate lagi ~ 

#Kredit google..tahap mood mengila sampai nak upload gambar pun malas..pelik !!

Kata Achie : Cinta tidak boleh dipaksa,namun jika dah jodoh pasti tidak kemana..aku tunggu kau ***A* boleh?hahaaaa sengal sebentar!!


Khamis, 29 Mac 2012

Aku Cinta Kamu Intan

Assalamualaikum w.b.t. . . . . 

Aku sayangkan kamu,
melebihi sayang pada nyawaku,
aku cintakan kamu,
namun tak sehebat cintaku kepadaNya,
kamu bagaikan intan,
kamu adalah permata dihati ku.
mungkin kamu bukan yang pertama,
tapi aku dah sematkan kamu adalah yang terakhir,
tapi sayang kamu pergi dalam kesamaran,
kamu pergi tanpa ada penjelasan,
aku sedar satu perkara,iaitu :
AKU BUKAN SIAPA-SIAPA ~

************************
#Entry merapu?kau rasa??
#Masa ada tapi mood takde nak update..apa cite?
#Sabtu ni nak ke suatu tempat,boleh shoot lepaskan tekanan perasaan..siapa nak ikut?

#Cerita lama ni..baru berkesempatan nak upload..ada banyak,tapi ini je yang mampu^^
lebih lanjut,klik link kat bawah..terima kasih^^


Kata Achie : Setiap manusia punya hati dan perasaan ~

Like jika mampu ye..

Selasa, 27 Mac 2012

Sakit

Assalamualaikum w.b.t. . . .

#P/s :Amaran,perhatikan gambar saja dan tak perlu nak membaca entry
 melampaui batas pemikiran..Terima kasih~

Aku sakit,bukan sakit esok nak mati..ya,aku tahu bila tuhan ingin cabut nyawaku...tak perlu nak menunggu esok hari untuk mencabut nyawaku..tika ini,detik ini dengan izinnya pasti malaikat maut akan datang menziarahi diri ini.aku takut mati,takut sekali..dosa bertimbun tak pernah nak ganti,pahala tak pernah buat sekali..apa nak jadi dengan diri ini..

Aku sakit sekali,bukan juga sakit dimata,sakit dipergelangan tangan,ataupun sakit seluruh anggota badan..tapi sakit di hati yang lebih pedih sekali..sakit dulu belum lagi diganti,sakit sekali lagi memang bertambah pedih..sakit aku ,cuma aku yang rasa..sakit aku ,cuma aku yang tanggung...bukan kau,bukan juga dia..tapi aku yang merana..

Aku mohon kemaafan,bukan aku inginkan perasaan itu hadir..dia hadir tanpa siapa yang meminta, tanpa disengajakan..aku sedar hanya ada kegembiraan tika itu dapat aku rasakan..hanya keseronokan mengantikan kedukaan sebelum ini..namun aku silap,bukan semua benda mampu kita miliki..bukan semua yang kita pinta akan ditunaikan..aku sedar itu,aku sedar siapa aku..makanya aku terjatuh sekali lagi,jatuh yang hanya membuat diri ku pincang sekali lagi..maafkan aku,bukan salah kamu..tapi salah aku yang tak pernah SEDARKAN DIRI..Sekian~

***********************

#Maaf sahabat blogger,aku perlukan masa untuk blogwalking..hari2 serabut,macam mana mood nak mendatang..
#Belajar untuk melupakan lagi.itu adalah antara perkara yang aku benci..
#Sabtu ni aku nak outing ke suatu tempat..tempat yang tenang,mungkin mood aku akan datang kembali..
#Facebook deactivated buat masa ini..jangan nak kata aku block pula ye^.^
#Senyum tidak semestinya gembira,sedih bukan itu yang aku pinta..


#Gambar sewaktu di Melaka minggu lalu,ada banyak lagi tapi belum rajin nak upload^^

Kata Achie :Aku hanya mampu terjatuh dan terjatuh lagi.. 
Jumaat, 23 Mac 2012

Bila Bekerja Dengan Orang Mengila l Sunset Di Wetland Putrajaya

Assalamualaikum w.b.t. . . . . . .

Bekerja dengan orang yang gila ni memang akan membuat kita seperti seorang yang gila walaupun pada asalnya kita bukan orang yang gila..gila pada kuasa cuma membuat si pengila itu merasakan gila kuasa merupakan sesuatu kepuasaan yang cukup mengila..Cukup-cukuplah membuat kerja gila walaupun kami yang tidak gila ini tahu yang kau memang sudah gila walaupun pada asalnya kau bukan begitu..Gila !!jangan pula ada blogger yang menjadi gila apabila membaca entry yang agak gila-gila ini..cukuplah aku selaku orang yang tak gila,masih dalam keadaan yang waras mengatakan,tak perlu menjadi seorang pekerja yang GILA KUASA jika kau tak inginkan dipanggil dengan KEGILAAN..Sekian~


********************


#Dah janji aku nak balik jadi kaki update,jadi terima je entry suam-suam gila dari aku ni ya..terima kasih ^^
#Hairan betul dengan manusia zaman sekarang ini..gila kuasa bukan satu keutamaan..lebih2 lagi kalau pangkat kau tu bawah lutut yang lain..bukan nak kata mereka angkuh,tapi sedar diri sikit.. Tolong sedar diri kau diparas mana,kenapa nak lebih2??
#Baru balik dari uptown Damansara,singgah lepak makan situ masa datang subang tadi.. tak pernah dalam sejarah aku yang minat makan nasi goreng daging merah ni cuma dapat daging dua ketul..Untung dunia tak kan kemana makcik!!
#Ahad ni aku bukan nak dating ke apa ke kat melaka,jangan salah faham dengan entry yang lepas..ahad ni aku ,kawan rumah dan pesakit dan suami dia rancang nak ke Melaka..boleh shoot puas2 kan?hehee Ahad depan pun gerak juga,kemana?itu rahsia sementara..


#Hasil karya Bf aku,Deknot kira..Untuk gambar lebih lanjut sila klik link dibawah.. TQ~


Kata Achie :Kadang kala perlu juga hemburkan kata pedas biar terasa sikit..kalau tak sedar  juga tak fahamlah pakcik..adehhhhhhh


Sila like jika suka entry ini. . . .  .
 
Khamis, 22 Mac 2012

Kebenaran Masih Ada l Night Potrait Si Penembak Rambang

Assalamualaikum w.b.t. . . . 

Kebenaran masih ada dimuka bumi ini,pembohongan pasti akan terbongkar..walaupun bukan hari ini,pasti esok lusa ataupun dimasa akan datang..percaya pembohongan tidak akan mampu bertahan.percaya kebenaran tetap masih ada,memang itu tidak disangkalkan lagi..hari ini kau megah mengata,esok lusa kau akan tetap jatuh tersungkur juga..

Sampai bila kau nak membuat onar,sampai bila kau nak menipu dalam tak sedar..sampai bila kau nak membuat cerita yang hanya membuat orang menutup malu dengan begitu aib sekali.. kau sedar apa yang kau lakukan itu?kau sedar kesilapan terbesar yang kau megahkan itu..Suka aku katakan ,tuhan tidak tidur dan takkan pernah tidur...apa sahaja yang kau bohongkan dari dulu sampai kini,pasti tuhan akan tunjukkan..percaya atau tidak,itu terpulang kepada akal fikiran kau sendiri..Sekian~

#apa yang kau buat,itu yang kau akan dapat..kau buat jahat,kau pasti dapat balasan setimpal perbuataan jahat kau itu...bukan nak katakan siapa,aku mengata pada diri sendiri..heheee
#Semoga perancangan ahad ni dan ahad depan akan tercapai..kalau tercapai,mesti best..tak sabar nak ke Melaka dan __________________..cuba teka?lalaaa~
#Aku baru je dalam blogging ,Sejak 23.10.2010,dan kali pertama jumpa blogger baru2 ni..segan siot sebab jumpa adik akak dua2 blogger otai..aku apa ada..confirm 44 hari dorang tak lalu nak makan tengok muka aku yang gluppppppp ni..hehee maaf blogger^^

#Shoot kat Putrajaya je mampu..Nak tengok koleksi terbaru aku,sila klik 
link kat bawah ini ye..Terima kasih^^


Kata Achie :Tak sabar nak gerak ke Melaka Ahad ni..Tak sabar hati.heheee


Sila like jika suka entry ini. . . . 
Selasa, 20 Mac 2012

Dalam Suka Ada Duka l Festival Belon Air Panas 2012 Putrajaya

Assalamualaikum w.b.t. . . . 

Dalam cinta ada derita,
Dalam benci ada rindu,
Dalam suka ada duka,
Dalam pilu ada bahagia..

Aku ingat lagi entry kat SINI,entry tahun lepas bila aku diprank oleh kawan kerja dan Si Dia yang aku sayang,aku ingat lagi semua kenangan tahun sebelum2 ini semasa aku kenal dia lima tahun yang lalu..cuma tahun ini juga tahun yang agak berbeza,tiada lagi kenangan yang bisa tercipta antara aku dia dan mereka..kawan kerja semua dah berpindah randah termasuk aku, dulu kami semua selalu bersama keluar bermain melepas tekanan ditempat kerja..kini yang tinggal hanya ada aku dan kawan serumah merangkap Boyfriend sementara aku..kenapa Boyfriend?bukan kerana aku dah menjadi Gay selepas ditinggalkan,tapi kerana sekarang ini kemana pun selepas balik kerja dimana aku disitu ada dia..makan ,membeli barang dan semestinya shoot gambar pun sering bersama..

Tahun ini memang membawa perbezaan yang cukup ketara buat diri aku,namun disebalik kesedihan yang ada..aku punya satu kekuataan..kehadiran sahabat baru membuat aku tersenyum seketika,Masih ada yang sayang padaku lagi..masih ada yang ingin aku bangun kembali dari menunggu sesuatu yang tidak pasti..Buat kamu Nadia,mungkin kamu bukan jodoh yang tercipta untukku..aku tidak bisa membuang atau membenci kamu seperti mana yang kamu lakukan kerana kamu tetap kenangan yang telah tercipta bersama aku suatu ketika dulu..cuma kini aku perlukan satu pengharapan..aku berharap kamu bisa menjauhi diriku tanpa ada sikap untuk membuat aku menunggumu lagi seperti mana aku lakukan sepanjang tiga bulan yang lepas..aku doakan kamu bahagia bersama sidia,dan doakan aku bisa melupakkan dirimu sepenuhnya dan terbuka hati untuk menerima hati wanita yang telah ditakdirkan untuk diriku..

Hari ni genap sudah 24 umurku dimuka bumi ini,semakin mendekatkan diriku ke arah kematian..kematian yang memang tidak dapat dielakkan,semoga aku dimatikan dalam keadaan yang beriman..semoga aku dipertemukan dengan orang yang faham cara ku bagaimana..semoga cintaku selepas ini hanya akan berakhir dengan alam perkahwinan..semoga aku sentiasa dijauhkan dari kemungkaran dan semoga umat islam dimuka bumi ini hidup aman sejahtera dan juga semoga kita sentiasa kekal dilandasan agama islam..Sekian ~

#Terima kasih atas kepada blogger yang sudi membuat entry khas buat diriku..terima kasih~
#Terima kasih buat sahabat yang sudi memberi ucapan selamat hari lahir buat diriku.terima kasih.
#Terima kasih buat blogger atas keprihatinan kerana kemalasan aku mengupdate entry merapu semenjak dua menjak ini..insyallah aku akan cuba mengupdatekan diri selepas ini.. terima kasih.

#Semasa Festival Belon air panas..untuk gambar lebih lanjut sila klik Link dibawah.



Kata Achie :Dia demam,aku pula jadi tak keruan..isshhhhhh~

Sila lika jika suka entry ini. . . . .
Ahad, 11 Mac 2012

BIla Aku Teringin l Akuachik.com

Assalamualaikum w.b.t. . . .

Teringin untuk memiliki ,lumrah manusia inginkan sesuatu benda pasti berusaha untuk mendapatkannya..aku seperti yang lain,punya keinginan juga..punya citarasa yang mungkin tidak sama seperti yang lain inginkan..apapun aku tetap aku,bukan kau,bukan dia yang punya keinginan yang berbeza..aku dengan cara hidup aku,kau dengan cara hidup kau..kita berbeza sama sekali walaupun arah perjalanan kita adalah sama..

Aku punya keinginan untuk memiliki tempat tinggal yang mewah,punya orang gaji yang akan menjaga makanan minuman dengan cukup selesa..punya kamar tidur yang bisa membuat aku tidur dengan nyenyak sekali,tanpa perlu memikirkan masalah bila diri ingin beradu..punya kelengkapan yang serba mewah,bila buka mata saja pasti akan membuat diri ini bahagia...tapi aku takut sekali,apatah lagi bila kemewahan harta benda itu cuma hanya menghanyutkan aku jauh dari mu Ya Allah.aku takut bila harta benda itu cuma hanya membuat aku riak semata- mata kerana aku tahu harta benda itu tidak akan menemani diriku hingga keliang lahad nanti.. tak perlu semua itu,aku syukur dengan apa yang aku miliki kini..

Aku punya keinginan untuk memiliki kenderaan yang mewah belaka..bangga menyusur diatas jalan raya memintas kenderaan yang lain dengan penuh kuasa..bila ditanya harga kenderaan itu berapa, pasti membuat mereka melopong bagi tak percaya.aku bangga bila kenderaan itu bisa menarik perhatian mereka untuk mendekati.tapi aku lupa satu perkara, kenderaan mewah pun bukan apa-apa.kalau harga berjuta sekali pun biar nahas dah mendekat pasti akan menjadi remuk juga..jadi memang tak perlu rasanya,cukuplah aku bisa bergerak kemana-mana dengan kenderaan yang aku ada,asalkan selamat dan tak menyusahkan..

Aku punya keinginan untuk bercinta lagi..bercinta seterusnya ingin mendirikan rumah tangga.aku ingin memiliki cinta yang telus dari hati,cinta bukan berlandaskan nafsu semata2.. aku ingin si dia mencintaiku dengan apa yang aku ada,mencintaiku bukan saja kebaikan itupun jika aku ada  tapi juga keburukan diri yang begitu bersepah dimata..mencintai ku bermakna akan sentiasa bersama tidak kira susah atau senang,bukan meninggalkan aku keseorangan tanpa belas kasihan..tapi aku takut untuk bercinta lagi,aku takut untuk membuka hati ini lagi..aku takut jika aku terkena sekali lagi..semoga sidia yang bakal hadir dalam hidupku akan menjaga hati ini moga tidak akan terlukai lagi..yang pasti aku tetap punya tuhan ,yang sentiasa menjaga aku tak kira susah atau pun senang..terima kasih Allah atas segala kesusahan dan kesenangan yang engkau berikan..kini aku mula tahu apa itu ertinya kenikmatan dalam kehidupan..Sekian ~

*Pemilik arnab ini sudah pergi,insyallah arnab ini akan ku jaga..kerana ini sebahagian kenangan yang aku masih ada tika bersama dia dulu kala..

***********

#Dah lama tak perkenalkan antara blogger yang aku ada,sahabat ini dah siap beli domain lagi tu.. anda sayang saya?jom terjah blogger tu kat url baru ini.. @ www.akuachik.com ,,jeles dengan domain dia,sebab nama kami hampir serupa..heheee
#Dalam hidup ini,cuma ada satu pilihan..jika kau salah pilihan,maka jawapannya salah sudah. jika kau betul,maka betullah kau..tapi jangan takut bila kau salah,kerana pasti ada yang sudi membantu kebangkitan mu,mungkin teman dan keluarga..tapi yang pasti Allah sentiasa ada disamping kita.ingat tu ~
#kawan rumah aku dah berpunya,maka hilanglah sudah BF sementara aku,ermm Apapun semoga dia bahagia sentiasa tanpe perlu merasa seperti apa yang aku rasa..
#Jangan lupa singgah kat blog fotografi aku ye,biasa2 je sebab hanya itu yang mampu kami sediakan..nak keluar shoot tapi asyik hujan ini susah juga kan..dah lama mengidam nak main macro lagi.. @ Lensakamera.com

Kata Achie :Terasa nak berhenti saja berblog ni,nak update pun kian malas,..anda rasa 
bagaimana??

Sila like jika suka entry ini. . . 
Khamis, 8 Mac 2012

Dunia Semakin Menjauhi

Assalamualaikum w.b.t. . . . 

Terasa macam baru semalam aku dilahirkan,baru semalam aku bergelar seorang bayi..detik ini, terasa semakin dekat ajal mula mendatang,semakin dunia ini mula menjauhi diri..masa akan sentiasa kedepan ,tidak berhenti dan tidak mungkin akan menoleh ke belakang..aku takut mati,aku takut ajal ku sampai sebelum aku bersedia,aku takut akan seksaan diliang kubur nanti..sedangkan seksaan didunia aku sudah mula mengelupur,apatah lagi seksaan diakhirat sana..ya allah,aku takut mati..

Detik mula berlalu,begitu ramai yang tumbang tanpa ku sedari,,terasa dunia ini semakin tua.. terasa diri ku semakin dimamah usia..aku kenangkan semula dosaku..dosaku kepada tuhan yang esa,dosaku kepada ibubapa yang tercinta,dosaku kepada keluarga yang sentiasa disisi, dosaku buat teman-teman yang sering aku sakiti..aku berfikir semula,sememangnya aku sering membuat aniaya kepada mereka,namun mereka masih sentiasa disisi..sentiasa teguh berdiri membantu diri ini..Ampunkan dosaku Ya Allah..

Aku tahu akan kekuasaan mu..aku tahu akan kehebatanmu Ya Allah..bila-bila masa engkau mampu mencabut nyawaku, yakni detik ini,tika aku sedang alpa disamping kenikmatan dunia.engkau mampu menarik nyawaku..Ya Allah,aku mohon kepadamu..tunjukkanlah kepadaku jalan yang benar,semoga aku mati nanti dalam keadaan yang beriman..semoga para saudara seislam ku akan tersenyum riang melihat aku memasuki pintu syurga mu yang cukup indah belaka..Amin 

#Terima kasih buat blogger yang masih prihatin dengan ketiadaan diriku..setelah dugaan mendatang,aku mula kenal akan kesilapan masa lalu ku...
#Seorang lagi pesakit ku tumbang kerana heart failure..sedih memang sedih kerana dia antara pesakit yang aku cukup kasihi..semoga engkau damai disana..amin3
#Sejak aku sakit sebulan yang lepas,perut aku dah tak mampu nak terima cili api..teringat nak makan,tapi bila makan pasti perut memulas..ermm
#Kurangkan ketawa,banyakkan tersenyum..sedih itu tetap ada,tapi hidup mesti diteruskan.. percayalah tuhan sentiasa disisi kita..Tolong percaya ~

#Kenangan dulu masih membuat diri ini terusik..


Kata Achie :Hari makin hari jiwa aku makin tak keruan..
Jumaat, 2 Mac 2012

Kalau Dah Memang Hak Kita

Assalamualaikum w.b.t. . . 

Aku ini memang pelupa ,terlalu ekstrem sangat sifat lupa aku ni sampai benda yang aku baru simpan aku tak ingat dimana aku simpan..kadang kala ada benda yang aku boleh ingat dengan baik,ada juga sukar untuk aku ingati..adakah itu petanda aku suka makan semut seperti apa yang orang suka gemburkan?mungkin ya,mungkin juga tidak..aku selalu kehilangan barang banyak kali,dari yang murah sampai cukup mahal aku rasa..sampai sukar untuk dibilang dengan jari ini..

aku pernah kehilangan handphone banyak kali.padahal seingat aku,aku letak elok sangat kat dalam poket..puas cari sampai menitis air mata,namun tidak juga terjumpa..bagi aku mungkin itu bukan hak milik aku,sememangnya aku kena pasrah bukan..aku tak kisah sangat dengan handphone tu,namun nombor kenalan yang ada kat situ amat aku kesalkan..aku berdoa moga aku terjumpa semula,tapi sampai sekarang tak jumpa..makanya yang pasti itu memang bukan milik aku bukan?

Aku selalu juga kehilangan pendrive,dari yang mini sampai yang besar seperti ibu jari...puas merata aku mencari,namun tetap juga aku tak temui..aku ni kenapakah,asik lupa dimana aku letak barang milik aku sendiri..mengeluh pun dah tak guna sebab nasi dah jadi bubur..tadi mungkin rezeki aku,aku terjumpa balik mini pendrive aku masa nak masuk kerja.entah macam mana aku boleh terbuang pendrive tu kat letak tempat kereta..mental !

Aku juga sudah kehilangan cinta.itu yang perit sekali ku rasa kini..cinta yang dicanang-canang hingga ke pintu perkahwinan.putus begitu saja tanpa ada penyelesaian yang lebih baik..aku cuba pertahankan,namun usaha tetap gagal..aku pasrah,aku menyerah demi kebahagiaan si dia,aku mengundur diri..aku tahu mungkin dia bukan hak aku,jika benar dia hak aku,insyallah pasti dia akan kembali lagi..Kalau betul dia milik kita,pasti dia akan kembali bukan?kalau bukan milik kita,kita menangis bagai nak gila pun cuma sia2..pendapat anda bagaimana?? Sekian!!

#Ikutkan malas nak update,tapi ada blogger prihatin nak dengar aku merapu..aku layan je~
#Aku cuba nak melupa,tetapi kekadang aku tewas juga..
#Aku ada buat blog khas untuk koleksi gambar yang aku ambil,kalau sudi terjah la ye..         www.lensakamera.com

#Serius ada masa aku nak datang terengganu lagi..indahnya ~


Kata Achie :Kadang kala kita perlu bertindak kejam agar tindakan kita tidak terkesan.


Sila like jika suka entry ini. . . 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)Copyright reserved by Woofer Storm.
Powered by Blogger