Assalamualaikum w.b.t. . . .
Teringin untuk memiliki ,lumrah manusia inginkan sesuatu benda pasti berusaha untuk mendapatkannya..aku seperti yang lain,punya keinginan juga..punya citarasa yang mungkin tidak sama seperti yang lain inginkan..apapun aku tetap aku,bukan kau,bukan dia yang punya keinginan yang berbeza..aku dengan cara hidup aku,kau dengan cara hidup kau..kita berbeza sama sekali walaupun arah perjalanan kita adalah sama..
Aku punya keinginan untuk memiliki tempat tinggal yang mewah,punya orang gaji yang akan menjaga makanan minuman dengan cukup selesa..punya kamar tidur yang bisa membuat aku tidur dengan nyenyak sekali,tanpa perlu memikirkan masalah bila diri ingin beradu..punya kelengkapan yang serba mewah,bila buka mata saja pasti akan membuat diri ini bahagia...tapi aku takut sekali,apatah lagi bila kemewahan harta benda itu cuma hanya menghanyutkan aku jauh dari mu Ya Allah.aku takut bila harta benda itu cuma hanya membuat aku riak semata- mata kerana aku tahu harta benda itu tidak akan menemani diriku hingga keliang lahad nanti.. tak perlu semua itu,aku syukur dengan apa yang aku miliki kini..
Aku punya keinginan untuk memiliki kenderaan yang mewah belaka..bangga menyusur diatas jalan raya memintas kenderaan yang lain dengan penuh kuasa..bila ditanya harga kenderaan itu berapa, pasti membuat mereka melopong bagi tak percaya.aku bangga bila kenderaan itu bisa menarik perhatian mereka untuk mendekati.tapi aku lupa satu perkara, kenderaan mewah pun bukan apa-apa.kalau harga berjuta sekali pun biar nahas dah mendekat pasti akan menjadi remuk juga..jadi memang tak perlu rasanya,cukuplah aku bisa bergerak kemana-mana dengan kenderaan yang aku ada,asalkan selamat dan tak menyusahkan..
Aku punya keinginan untuk bercinta lagi..bercinta seterusnya ingin mendirikan rumah tangga.aku ingin memiliki cinta yang telus dari hati,cinta bukan berlandaskan nafsu semata2.. aku ingin si dia mencintaiku dengan apa yang aku ada,mencintaiku bukan saja kebaikan itupun jika aku ada tapi juga keburukan diri yang begitu bersepah dimata..mencintai ku bermakna akan sentiasa bersama tidak kira susah atau senang,bukan meninggalkan aku keseorangan tanpa belas kasihan..tapi aku takut untuk bercinta lagi,aku takut untuk membuka hati ini lagi..aku takut jika aku terkena sekali lagi..semoga sidia yang bakal hadir dalam hidupku akan menjaga hati ini moga tidak akan terlukai lagi..yang pasti aku tetap punya tuhan ,yang sentiasa menjaga aku tak kira susah atau pun senang..terima kasih Allah atas segala kesusahan dan kesenangan yang engkau berikan..kini aku mula tahu apa itu ertinya kenikmatan dalam kehidupan..Sekian ~

*Pemilik arnab ini sudah pergi,insyallah arnab ini akan ku jaga..kerana ini sebahagian kenangan yang aku masih ada tika bersama dia dulu kala..
***********
#Dah lama tak perkenalkan antara blogger yang aku ada,sahabat ini dah siap beli domain lagi tu.. anda sayang saya?jom terjah blogger tu kat url baru ini.. @ www.akuachik.com ,,jeles dengan domain dia,sebab nama kami hampir serupa..heheee #Dalam hidup ini,cuma ada satu pilihan..jika kau salah pilihan,maka jawapannya salah sudah. jika kau betul,maka betullah kau..tapi jangan takut bila kau salah,kerana pasti ada yang sudi membantu kebangkitan mu,mungkin teman dan keluarga..tapi yang pasti Allah sentiasa ada disamping kita.ingat tu ~
#kawan rumah aku dah berpunya,maka hilanglah sudah BF sementara aku,ermm Apapun semoga dia bahagia sentiasa tanpe perlu merasa seperti apa yang aku rasa..
#Jangan lupa singgah kat blog fotografi aku ye,biasa2 je sebab hanya itu yang mampu kami sediakan..nak keluar shoot tapi asyik hujan ini susah juga kan..dah lama mengidam nak main macro lagi.. @ Lensakamera.com
Kata Achie :Terasa nak berhenti saja berblog ni,nak update pun kian malas,..anda rasa
bagaimana??
Sila like jika suka entry ini. . .