Blog Lensa Kamera

Rabu, 9 Mei 2012

Demi Masa l Gambar Hitam Putih Di Little Indah

Assalamualaikum w.b.t. . . . 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

وَالْعَصْرِ

إِنَّ الإنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ 

إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ 

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Demi masa.
 Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
 kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

***************

Masa dah terbuang begitu saja,24 tahun yang lalu sehingga kini..masih banyak yang belum aku pelajari.. demi masa.Allah bersumpah demi masa,orang yang lalai adalah orang yang benar-benar dalam kerugian.. adakah kita sebahagian dari orang itu??takut bila memikirkan semula..rugi?Ya memang benar,banyak benda aku ketinggalan,banyak benda lagi belum aku kerjakan..aku benar-benar dalam kerugian, masa berlalu sebegitu pantas.meninggalkan aku terpinga-pinga keseorangan dibelakang sana..

YaAllah,jangan jauhi kami dari landasan mu..semoga kami sentiasa bersyukur dengan apa yang kami miliki,.hidup mati kami hanya padamu..semoga hari-hari yang berlalu membawa keinsafan..Aku takut akan kematian,kematian itu semakin ingin berdepan dengan diri ini.. banyak kekurangan belum kami tebus kembali,banyak kesilapan belum kami betulkan.. Ampunkan kami ya Allah..

Ya Allah,engkau ampunkan dosa ibu bapa kami,yang membesarkan kami sejak kecil lagi..engkau hapuskanlah dosa keluarga kami,dosa sahabat kami,dosa umat islam dimuka bumi ini..kematian itu benar2 menginsafkan..aku tahu kematian itu biasa berlaku didepan mata aku,sejak dulu lagi..terbaru ni,seorang pesakit yang sungguh aku kasihi dah pergi menghadap tuhan..belum sempat aku mengatakan aku sayang dia persis seperti seorang ibu, dia dah pergi tanpa sebarang tanda..semoga dia baik2 saja hendaknya disana..Amin3
Sekian..

#Kurangkan berkata,Tingkatkan usaha..
#Aku sedar bila blog berubah bukan menjadi hiburan dunia lagi,pasti pengunjung semakin kurang mendatang..tapi takpe,lain orang lain caranya..yang pasti niat tu mesti ada..
#Pesakit aku datang dan pergi sama seperti sahabat aku..sekejap ada disisi,sekejap lari tanpa terkesan..terima kasih atas persahabatan selama ini..
#Doakan aku untuk ahad ini,ada kekuatan insyallah aku pergi temuduga tu..seram~
#Kenapa kerjaya aku mesti berdepan dengan kematian,aku dahlah hati tisu..alahaai~

#Karya Deknot kira..aku dah makin malas nak berkarya..ermmm

Untuk gambar lebih lanjut,klik link dibawah ini..terima kasih~



Kata Achie :Setiap yang hidup pasti akan mati..



Terima kasih atas kehidupan yang engkau berikan,Aku cinta Allah..


35 komen dari budak comel^^:

Kira Kekuri berkata...

ermm. gud luck untuk interbiuuu. C:
take care kawan.

kira berkata...

laju ka kawan ko berlari? hehe :pp *just kidding k*
ayat mcm nak putus kwan ja tuh..C:
wishing u good luck interbiuuu Nasir 4 da 2nd time C:

ciK LyndaWawa berkata...

saya dah nak masuk 30 dah...er,,,,,,

cha'e berkata...

demi masa .
peringatan untuk aku juga. sesungguhnya masa tidak menunggu malah meninggalkan

Tanpa Nama berkata...

yep, deactvate saudara. bru thu ka? haha. xda makna pun buka. deactve pun sbb nak tenangkan fikiran yang kusut. tapi nanti2 bukak la i2, bila feel da baik.
-baik untuk anda, baik untuk sya jg C: :p
-beginilah kehidupan, bila ada tak dcari, bila dah xda dicari2.
-selamat berjaya untuk interview! :D
sya doakan shbat sya selalu :)

Si Matatajam berkata...

Semoga adik beroleh kejayaan dunia dan akhirat. Amin...

Qaseh Dalia berkata...

nape makin malas ni .. berkarya jika masa itu terluang =)

Telor Power berkata...

ahad ada temuduga??? kenapa tidak isnin??


apa2 pun semoga berjaya dan steady archie.

Unknown berkata...

apa nih malas nak karya...bekarya la dgn lomo plak hehe. em em tukar kerjaya sbgai pengacara tv plak. apekah ;p chill!

E berkata...

amin amin amin ~

apapun all the best for this coming sunday :)

Bitt (double IS) berkata...

good luck yer...yup jangan sesiakan walau seminit ;) thanks lama tak dengar perkataan demi masa nehh :)

nuyui a.k.a miss YUI berkata...

moga interview bjln lncr ea..amiinn.

reenapple berkata...

oooooo.... baru tahu hati tisu...
hehehe.


Semoga punya masa untuk menebus kesalahan lalu... =(


#good luck ^_^

Unknown berkata...

#Kenapa kerjaya aku mesti berdepan dengan kematian,aku dahlah hati tisu..alahaai~

ini lawak =P
achie2

HeNRieTTa JoSe berkata...

ps...ada masa, awk trun lew penang...sy xpndai pown....tapi saya ada outung group dr macam macam level...

HaniShah berkata...

anda beruntung mendapat hidayah Allah diusia yang muda..

mendapat hidayah Allah bukan mudah..

apdm berkata...

salam..

yea..saya pun perasan, bila blog bukan lg hiburan, mmg kurang org, tp y penting blog kita adalah pengisian y terbaik buat kita, walaupun hanya kita seorang sahaja y baca.

Kira Sakura berkata...

demi masa yang tinggal sekejap cuma, demi masa yang masih dipinjamkan sentiasa lah muhasabah diri agar x lalai dari mainan hati dan ujian dunia.. jika terasa diri melakukan salah cepat2 bangun perbaiki diri..

E'in berkata...

amin amin amin.. hargailah setiap masa anda..

Ujie Othman berkata...

hati tisu? kelaka la..
tapi tengok darah ok pulak ya? kalau akak, tengok darah byk je terus rasa semacam.

*masa yg dah terlepas, jgn dikenang. Setiap hari adalah hari baru!

*moga Achie berjaya dlm temuduga tu ya. buat solat hajat bg dipermudahkan.

Prettywrite berkata...

takper..sy tetap baca blog kamu achie..wlpun kdg2 tak sempat komen :)
biasala manusia suka dibuai benda2 untuk berhibur..

takziah untuk pesakit achie yang telah kembali..masa kita?entah bila kan..

good luck interview..kerja baru eyh..buat preparation sebaiknya..kerja baru hidup baru..:)

CikUna berkata...

owh ada interview lagi... Good luck & semoga berjaya mencapai cita-cita Mu..Amin3

dear anies berkata...

so manfaatkanlah tika dan waktu yg ada skrg

نورعيم berkata...

Aminnn, semoga senuanya diterima Allah.

Allah tak pernah jauh dari kita tp kita yg selalu jauh. Kalau dah rasa jauh dekatkan diri padaNya :)

dan mati itu satu kepastian tp sebelum pergi menghadapNya persiapkan diri kita seadaanya :)

ps : gud luck tuk interview. sblm ni xdpt eh?

Cikpijaaa berkata...

Saya selalu je singgah cnie. Hee. Tak pernah larik jauh2 pon. Errkk =,="

Kerjaya awk berdepan ngn kematian? Dr ke? hee.

Btw, gud luck ek utk temuduga ari ahad nie ^^

Khai_Sol berkata...

sama-samalah kita perbaiki diri.. cantik gambar kat sana.. #selamat malam

Puteri Iqa Izyan berkata...

doploh dua tahun hidup ni mmg dah banyak buang masa. banyak sangat2. same2 la kite berubah ye :)

Zehan Ilyana berkata...

rajin achie pergi little india..huhu

Cik Pulau berkata...

semuanya pilihan masing-masing..
semoga dipermudah segala urusan..^^

Leeya Hezlin berkata...

Saya ni pun sangat banyak masa yang xdigunakan ke arah yang sepatutnya..
Banyak sungguh buang masa dan saya adalah orang yg kerugian..
Saya juga takut akan mati sebab masih belum cukup bekalan untuk dibawa..

Semoga berjaya untuk interview nanti..
Tenangkan dan yakinkan diri..
Insyaallah en achie boleh..

P/S : tq sebab selalu komen entry merepek saya.. :)

CIK TOM berkata...

ciktom tetap setia singgah sini wlpn apa entry blog ni kecuali kalau bt entry lucah...mmg ciktom xsinggah dah..blog yg mengingatkan ciktom ttg akhirat lg ciktom nak singgah...

Unknown berkata...

is sangat berminat dengan phothography ni.... bes kalau pandai kan... bilala leh beli DSLR ni... uhuk3 (T____T)

shamyheart berkata...

Takut jgk kan dgn masa yg cepat brlalu.. Smga kita semua sempat jd muslim yg sjti.
Sy lbh suka klu bl0g awk brunsur agama bgni drp bl0g hiburan, artis2. Buang masa je lyn artis.

Afzainizam berkata...

yuppp good luck bro.... moga berjaya...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy repair door trim kereta

Nisa Greennnpanda berkata...

moge sgala urusan dipermudahkn wat awk ye achie..

jgn la slalu b'sdih tau...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)Copyright reserved by Woofer Storm.
Powered by Blogger