Blog Lensa Kamera

Rabu, 16 Mei 2012

Doa Mengelakkan Diri Dari Cabul Dan Rogol

Assalamualaikum w.b.t. . . . .



رَسُولَ اللَّهِ  يقول من قال
بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ
في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ
بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ
قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ
مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ
حتى يُمْسِيَ

...Bacaan rumi

BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM
Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ;   At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah  Syeikh Syuaib ; Hasan)
***************************
Aku teringat masa dulu kala,saat perkenalan aku dengan sidia..saat dimana aku kenal dia bagaimana orangnya..aku tahu bukan itu yang dia inginkan,bukan itu yang dia mahukan dalam hidup yang serba singkat ini.aku tahu dia perlukan kasih sayang bukan seksaan yang hanya menjerumuskan dia ke lembah kepedihan..aku kenal dia walaupun asalnya aku baru saja ditempatkan dihospital itu..cukuplah kamu tahu hospital itu terletak ditengah bandar raya kuala lumpur yang penuh sesak dengan pelanggan yang saban masa berkunjung tak kira   waktu siang mahupun malam..
Aku perhatikan dia termenung sendirian,aku melihat dari sinaran matanya hanya ada kesayuaan.mungkin dia mengingatkan kembali masa silam yang menghantui diri,masa silam yang menyebabkan dia menjadi Schizophrenia tanpa dia inginkan walaupun sedetik..aku tahu dia banyak menderita ,sengsara dengan kehidupan dirumah yang bagaikan syurga didunia namun neraka tanpa dipinta..cukuplah kamu kenal dia sebagai Cik R.. Dia comel orangnya,baru berusia 16 tahun semasa aku menjalani praktikal di hospital tersebut pada tahun 2008 kalau tak silap..dia pendiam,tapi adakalanya menjadi agresif bila tiba masanya dia teringatkan sesuatu..dan yang paling sayu bila dia terpaksa menjalani terapi Elektrokonvulsif yang disingkat menjadi  ECT ataupun dikenali sebagai terapi elektroshock.
Apa yang cuma membuat aku terkilan,apabila dia mendapat penyakit itu kerana masalah yang asalnya berpunca dari rumah..dia pernah dirogol,bukan sekali tapi banyak kali sehingga dia menjadi tak berapa betul dengan keadaan itu.dan lebih memeranjatkan lagi pelakuan tidak senonoh itu dilakukan oleh ayah sendiri yang sebenarnya dianggap pelindung baginya.. bila dia mengadu dengan ibunya,ibunya sedikit pun tidak mempercayai dan menyalahkan dia kerana cubaan mengoda ayah sendiri..mana akal mereka terus menghukum tanpa menyiasat siapa yang benar mahupun yang salah..sakit dia,pedih dia,dia seorang yang tanggung dan akhirnya ditakdirkan dia mengandung hasil anak haram ayahnya sendiri..bila ibu ayahnya mendapat tahu,dia diusir dari dirumah dan mengatakan dia membuat kerja tak senonoh semasa pergi ke sekolah..penangan dari kejadian tersebut,disebabkan mental yang kurang kental,dia menjadi schizophrenia..Apa yang ibubapa lakukan?dengan muka tak bersalah, mereka menghantar dia ke hospital orang gila hanya untuk  menutup kesalahan mereka yang mereka sorokkan dari pengetahuan ahli keluarga yang lain..kejamnya mereka!! Sekian~

#Sekadar perkongsian dari pengalaman hidup yang tidak seberapa ini..jaga diri ,jaga iman..
#Para wanita,pelihara diri anda dari dinodai oleh lelaki2 bangsat yang tak punya maruah diri..
#Amalkan ya baca doa ini..moga selamat dunia akhirat..amin3
#Selamat hari guru buat semua guru berdedikasi..semoga sentiasa istiqomah dalam menjalani tanggungjawab anda..selamat hari guru buat Abang Ngah..cepat2 cari jodoh,amin3
#Ada yang tanya kenapa aku tak ping entry kat group fb lagi?kenapa?kerana aku rasa itu tak perlu,jadi hormati apa yang aku rasa sekarang ya...terima kasih^.^kalau nak tahu aku update tak update,tengok wall sudah~

#Makin singkat usia kitakan??takutnya...

Update terkini blog lensakamera.com :-

Kata Achie :Maafkan segala khilaf ku..maafkanlah~


Terima kasih tuhan atas kehidupan yang engkau berikan..Aku cinta Allah

30 komen dari budak comel^^:

Kira Kekuri berkata...

kesiannya dia. :(
kisah hitam mana mungkin bisa d lupakan.

نورعيم berkata...

subhanallah! beratnya dugaan yg melanda cik R tu. kalau ibu sendiri tak percaya ank sendiri ssh la hidup. ayahnya kejam! moga terima hukuman yg setimpal di sisi Allah.

har2i dok baca doa tu tp xtau pun doa mengelakkan diri. huhu. naifnya diri ni!

cha'e berkata...

sedih cerita budak tu . . begitulah kalau ibu bapa yang tak ada rasa tanggungjawab, kahwin ikut suka tanpa iman. :(

Cikgu Ma berkata...

terima kasih kongsi doa ni..

Cik tikah berkata...

tq sudi share..

Kira Sakura berkata...

semoga Allah memberi kekuatan dan ketabahan pada dia.. Amin...

thanks share doa nie :)

Unknown berkata...

erm selamat hafal doa tu. sebab ade dlm lagu

sedihnye bace kisah budak tu
harap dijauhkan dr sume malapetake cmtu

sob3

Leeya Hezlin berkata...

thanx untuk perkongsian ini..
ya ALLAH..kesiannya dia..
ayah dia sendiri yang buat macam tu..
ayah apa la macam tu..sepatutnya anak perempuan ni dijaga baik-baik..

so,dia sekarang di hospital mental ke?
masyaALLAH sanggup dia diperlakukan sampai macam tu..

sejak-sejak saya belajar psikologi ni,macam2 jenis penyakit @ perlakuan abnormal yang saya tahu..
dan kebanyakkannya adalah masalah yang sebenarnya berpunca dari rumah..depression,anxiety dan macam2 la..

p/s:saya suka komen sini..even saya busy macam mana pun..hehe..

nuyui a.k.a miss YUI berkata...

tnpa kita sedar doa utk sentiasa disebut di bibir..

Telor Power berkata...

salam archie...

minta ambil artikel ni eh, nak beri pada kawan2 perempuan dan famili. Terima kasih kerana sharing info disini bro...

nazirah berkata...

ish takutnye.. bole amalkan doa ni bila keluar dri rumah.

Azlan Strider berkata...

thanks 4 sharing bro...lama dah tak datang sini..bz skit lately..hehe.. :)

Regards,
-Strider-

HeNRieTTa JoSe berkata...

kesiannye dgn gadis tu...xpasal jd mgsa...plg gram dgn mak dia...knapa sggup bela suami sebegitu dr zuriat sndiri...

Psss...slmt hr guru, bt semua guru...

apdm berkata...

salam...

biasa amal ayat kursi je kat mana-mana..

tp tq krn kongsi doa ini..

semoga mendapat barakahnya.amin.

EruzuLiyana berkata...

terima kasih atas perkongsian terutama part doa tuh :)

kay_are berkata...

kesian betul kat cik R tu.. umur 16 tahun dah menderita camtu.. lagi terkilan ngan sikap famili die yang takde tanggung jawab and takde rase bersalah langsung tu.. ish ish..

Ujie Othman berkata...

Sedihnya perjalanan hidup dia..
Betapa susah dia melalui tekanan hidup..
Ni mmg secebis kisah msyrkt yg jarang diketahui umum.

Kita doakan dia mampu sihat kembali & berada di jln Allah.

ch000tz berkata...

inshallah......mintak dijauhkan kann

dhiera zainudin berkata...

kesian ye cik R ni~ tak sangka ada juga mak bapak yg pendek akal dan berperangai macam ni. sepatutnya anak2 dijaga dengan penuh kasih sayang. mereka kan amanah Allah kepada kite. geram ye ada manusia tak berperikemanusiaan macam ni~

Tanpa Nama berkata...

sedih bace kisah budk perempuan tu.
CK tak boley bace kisah2 yg mcm nie..sgt2 mmhmi naluri seorg perempuan. semoga budk tu dpt mghdpi hari2 dihdpnnya dgn tabah. aminnn..

Puan Besar Shag Yahaya berkata...

Terima Kasih, awak. Sebab kongsi doa ni. Boleh lah amalkan selalu sebab kerap jalan sengsorang :D

Unknown berkata...

sob sobs.siannya dia... smpai hati mak pak dia..kdg2 jaga diri pon, org yg patot jaga diri ni dia yg tak jaga.eh apa yg sy ckp nih hehe . slmt hari guru! huhu

Nida berkata...

Thanks Achie for sharing... zaman sekarang ni memang menakutkan.. hatta dalam rumah pun macam-macam boleh berlaku... nau'zubillah.

p/s; suka tengok bunga tu.... damai terasa

kiwi berkata...

jap..jap kiwi nak tanya berapa umur tuan blog boleh tak ?^^

sedihnya baca cerita ni..kiwi doakan dia kuat nak hadapi semua ujian ni..semoga dia dalam kasih dan sayang Allah selalu.

CIK TOM berkata...

thanks achie utk doa tue..boleh praktiskan..

Si Matatajam berkata...

Tq dik. Bagus doa ni. Harap semua wanita di luar sana bleh amalkan..

Tanpa Nama berkata...

sedih baca.
kejamnya mak ngan ayah dia.
:'(

terima kasih for sharing this achie.

Khai_Sol berkata...

Ya Allah,semoga kau membantu aku bagi menjaga maruah ku dari diganggu=').. Kesianya dengan cerita budak tu,kejam=(.. #tima kasih^_^

Afzainizam berkata...

Hanya Allah jua yang melindungi hambanya ... berdoalahhh

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy repair door trim kereta

Nisa Greennnpanda berkata...

sdih bc crite bdk tue.. moge now nie die dh mkin smbuh & ok..amin..

thanks coz sharekn doa nie ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)Copyright reserved by Woofer Storm.
Powered by Blogger