Blog Lensa Kamera

Khamis, 1 September 2011

Selalu bila nak raya.

Assalamualaikum...


SELALUNYA,
Bila nak raya,aku gatal nak minta buat baju raya.
sepanjang aku hidup tak pernah beli baju raya,
dari kecil abang aku tolong jahitkan.. 
walaupun kadang2 abang aku main cepat je sebab
banyak sangat jahitan nak kena siapkan..bukan untuk
aku sorang je,adik beradik dan anak buah yang lain tu pun
nak juga buatkan..Apapun terima kasih Abang Long...


SELALUNYA,
Bila nak raya,aku sibuk tolong kakak2 aku buat kuih raya,
walaupun aku tak reti nak buat,tapi aku tolong setakat yang aku 
mampu..kadang2 aku bukan nak bantu pun,malah cuma menyusahkan..
kecian aku tengok kakak2 aku bersengkang mata
buat kuih raya,walaupun aku tak pandai,harap dengan bantuan aku,dapatlah
ringankan beban dorang...Mudah-mudahan.


SELALUNYA,
Bila nak raya,Sibuk sikit nak kena kemas rumah..
buat kerja mana yang patut,upgrade sana sini tengok apa yang rosak
kena baiki..walaupun tak tahu kena belajar dari dorang..sekurang-kurangnya
adalah juga usaha dari diri aku sendiri..kadang2 malam raya tu lagi sibuk,sampai
pernah dulu kemas rumah sampai ke pagi..dah tu nak bangun pagi pulak tak larat...
  
TAPI ITU DULU..
Kini,tiada lagi...
sejak dah besar panjang ni..sejak dah merantau ni,sejak dah jauh 
dari keluarga ni..semua benda serba tak jadi,masuk tahun ni dah dua tahun
berturut-turut tak balik raya kat rumah..tahun ni lagi entah apa2,time raya pun nak
kena kerja... orang sibuk dengan takbir raya,aku sibuk dengan patient...
Sabar je la...grrrrrrrrrrrrrr

ESOk KErja...Sekian

 *Siapa blogger area2 puchong,sila ajak aku pergi rumah AnDa..hohooo

Kata Achie : Selamat Hari Raya buat semua blogger dan umat islam..Ampun mAAf zahir dan                           baTiN 
 
 

1 komen dari budak comel^^:

Nisa Greennnpanda berkata...

ala, bestnye raye.. (mood raye tibe2 dtg)

xpe, thn nie dtg la raye umah sy.. nnti sy wat open house ye.. ^_^

haha.. entry nie b'tarikh b'day sy le.. lalalala~...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)Copyright reserved by Woofer Storm.
Powered by Blogger