Blog Lensa Kamera

Memaparkan catatan dengan label Sudut Arnab. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sudut Arnab. Papar semua catatan
Khamis, 12 Januari 2012

Mengenai Arnab Dan Pellet l Penjagaan Arnab

Assalamualaikum w.b.t. . . . 

#Sejak aku jaga dorang ni,aku tahu dorang ni kira memilih makanan juga..kalau dah bagi pellet mahal,pellet murah dorang dah tak pandang..

#Pellet Arnab ni aku beli main kg dah,dulu beli ikut mini packet tapi tak tahan duit dibuatnya..satu packet dalam Rm18.kalau mereka bertiga dah makan,2,3 hari dah habis dah.. sekarang aku beli dalam 25kg baru rm75..tu pun tahan dalam masa dua minggu..

#Setiap minggu wajib dua kali kena bersihkan tempat tinggal dia,okeylah .tak busuk mana pun..kalau tak bersihkan dengan kerap alamat rumah dia jadi tempat baja pula..banyak siot najis dia..

#Dulu aku rajin belikan lobak dan sayur,tapi sekarang dah tak belikan ..faktor utama benda tu merugikan kerana sekejap saja dorang belasah.hehee faktor lain,sebab melalui pembacaan aku di internet,arnab tak bagus diberi makanan seperti itu kerana disetiap sayur itu ada racun perosak yang boleh menyebabkan dorang mati jika diberi selalu..jadi bagus tak payah bagi..kan3??

#Air Arnab?Aku beri air yang dah telah dimasak..tak baik bagi air paip,tak elok untuk kesihatan..hehee kekadang aku letak vitamin atau teh untuk tambah kecergasan mereka yang asalnya memang dah cergas pun..hehee

#Paling penting,aku akan bersihkan mereka..aku mandikan dengan air panas suam..biar wangi sikit,dah mandi kena lap badan dorang dan guna dryer bagi kering cepat..tapi korang jangan amalkan mandikan mereka selalu,tak elok makcik !!

#aku malas nak cakap,korang layan je gambar arnab aku ini..hehee Sekian^^





Kata Achie :hari tu aku ada beli 2 ekor arnab besar punya..malas nak jaga..siapa nak?heheee


Sila like jika suka entry ini. . .



Sabtu, 10 Disember 2011

Aku Kasihan Melihat Awek Duduk Tak Lena..

Assalamualaikum w.b.t. . . .



Aku punya awek walaupun aku tahu aku tak ensem,
tapi aku bahagia dengan apa yang aku ada,
awek aku comel gila,kau tengok pun pasti gila,
tak percaya sudah..hehee aku sayang awek aku,
cuma kekadang aku kasihan,melihat mereka bertiga.
opss lupa nak bagitahu,awek aku ada tiga,
aku memang tamak,serius aku kata..
kadang kala tamak itu perlu,aku tak sanggup berpisah dengan mereka,
walaupun mereka sering bersama dan tinggalkan aku,aku tak kisah,
janji aku dan mereka duduk satu rumah.kami kan pasangan bahagia..

tapi hari ini,aku risau teramat sangat,awek aku yang sorang tu sakit2,
asyik muntah saja kerjanya,tak tahu mengapa,ingatkan mengandung tak juga,
aku pusing hilang akal,baru ku tahu mungkin makanan yang aku berikan untuk mereka,
tak sesuai sangat..jadi aku merasa patut bertindak dengan segera..
balik dari kerja,aku singgah satu kedai.tanya dengan pekerja kat situ makanan apa yang 
sesuai dengan mereka,dan baru aku tahu mereka memang perlukan sangat makanan 
bernama ALFALFA HAY..aku tak tahu pun benda ni,aku kan orang kampung,nasiblah ada pasangan orang bandar macam mereka..dan demi sayang aku pada mereka bertiga,aku 
sediakan  satu tempat tinggal yang lebih selesa untuk mereka..semoga mereka bertiga sihat-sihat belaka..semoga kami hidup bahagia tanpa ada sebarang masalah lagi..

**entry pasal awek comel aku tu ada kat SINI dan SINI

**terima kasih buat bro AFZAINIZAM atas entry dia kat SINI ...bro ni memang baik sangat.thank yaa bro 

*Sumber dari pakcik google..inilah dia ALFALFA HAY

Kata Achie :Penat buatkan mereka sangkar baru hasil dari keringat sendiri..sangkar yang baru beli tu kecil sangat..heheeee


Sila like jika suka entry ini. . . . . 

Sabtu, 3 Disember 2011

Aku Dah Penat

Assalamualaikum w.b.t . . . . .

Aku dah penat,
dah lemah tak bermaya,
aku dah bosan,
dah tak tahu nak buat apa,
aku dah risau,
menanti muncul hari esok,
aku dah keliru,
tak tahu mana satu salahku,
aku dah panik,
bila nafasku mula berhenti,
Akhirnya aku sudah tiada,
meninggalkan mereka yang benci padaku..

Jujur aku aku tiada mood untuk malam ini,dari balik kerja sampai kini di lewat malam,
otak aku selalu memikirkan apa yang telah aku lakukan..semacam ada yang tak kena,tapi apa dia?aku bosan,aku geram,aku risau,aku sedih,pendek kata aku ada pelbagai emosi dalam satu masa..adakah itu petanda aku dah gila..aku dah tak mampu hidup dunia ini,otak dah tak mampu untuk berusaha memikirkannya lagi,tapi aku tak layak untuk mati meninggalkan bumi kerana dosaku tinggi mengunung tak bisa untuk aku tebuskan...harusnya aku mampu buat apa?? Sekian

*Aku dah janji,jadi ku tepati..ini arnab yang ku ceritakan dalam entry SINI. ada seekor lagi,tapi nanti aku ceritakan dilain kali..# Mood aku sekarang ini kosong


Kata Achie :Malam ini malam yang sepi sekali.


Sila like jika suka entry ini...terima kasih !!
Jumaat, 2 Disember 2011

Jauh Perjalanan Bertambah Pengalaman

Assalamualaikum w.b.t . . . .

penat ku berbaloi,
walaupun keringatku ditagih tadi,
aku puas sama sekali,
walaupun terpaksa merentasi tol2 ke klang,
aku tempuh dengan sabar,
demi dia yang bernama Arnab Anggora..
kini aku tidak keseorangan lagi,
aku punya peneman diri,
hidupku tidak suram lagi,
aku bisa meluahkan apa yang ku rasai,
itupun kalau arnab ku biasa mendengari...heheeee


Penat dari kerja,singgah sekejap di 101 mall..
sempat layan cerita ombak rindu walaupun tak pernah baca novel itu,
aku layan dengan selera,walaupun mata terpaksa ku bulatkan kerana faktor keletihan,
letih memang letih,balik dari kerja pun wajib harungi kesesakan yang teruk..
itu yang paling aku kurang gemari dijalan raya,walaupun aku suka berlumba-lumba.
tapi yang pasti Ombak rindu tidak mengecewakan diri ku,aku beri 10 bintang untuk filem itu,
tahniah buat penerbit filem ini,tahniah buat barisan pelakon,
tidak lupa juga tahniah buat penulis asal novel ini..anda memang awesome!!
Ombak rindu,next entry nanti ku ulas lagi ya.yang pasti aku gembira kini bersama arnab yang comel2 ini,rasa gembira dihati,tak dapat untuk ku luahkan disini.
selamat malam semua,aku ingin berehat seketika..insyallah akan ku paparkan wajah sebenar arnab2 ku itu,tidak sempat rasanya untuk malam ini..yang pasti penat ke klang sampai tersesat jalan itu memberi kepuasaan yang sebenarnya buat diri ini...Sekian

*Layan dulu ya arnab yang ku pinjamkan dari pakcik gugel ni.hehee


Kata Achie :Sampai bila2 aku memang susah nak hafal jalan,nampak benar aku dah tua..grrr


Sila like jika suka entry ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)Copyright reserved by Woofer Storm.
Powered by Blogger