Blog Lensa Kamera

Selasa, 26 Oktober 2010

La Tahzan ( Dont Be Sad )


Setelah kesulitan pasti ada kemudahan 

Wahai manusia:setelah lapar pasti ada kenyang, setelah haus pasti ada kepuasan, setelah berjaga malam pasti ada tidur nyenyak dan setelah sakit ada kesembuhan. Setiap yang hilang pasti akan ketemu, dalam kesesatan akan datang pertunjuk, dalam kesulitan ada kemudahann dan setiap kegelapan ada terang benderang.





..... mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan  ( kepada RasulNya ) atas sesuatu keputusan dari sisiNya .... (Al-Ma'idah:52)

Sampaikan khabar gembira kepada malam hari bahawa, sang fajar pasti datang mengusirnya dari puncak-puncak dan dasar-dasar lembah: kepada orang yang dilanda kesusahan bahawa: pertolongan akan datang secepa kilat cahaya dan kerdipan mata; kepada orang yang ditindas bahawa kelembutan dan dakapan hangat akan segera tiba... 

Saat anda melihat hamparan padang Sahara yang seolah memanjang tanpa ada batas, ketahuilah bahawa di sebalik kejauhan itu terdapat kebun yang rimbun penuh hijau dedaunan. Ketika anda melihat seutas tali meregang kencang, Ketahuilah bahawa tali itu akan segera putus. 

Setiap tangisan akan berhujung dengan senyuman, ketakutan dan akan berakhir dengan rasa aman dan kegelisahan akan sirna oleh kedamaian. Kobaran api tidak mampun membakar tubuh Nabi Ibrahim Alaihissalam. Dan itu kerana pertolongan Ilahi membuka jendela yang mengalirkan....

..Kesejukan dan keselamatan.. (Al-Anbiya':69)

Lautan luas tidak kuasa menenggelamkan Kalimur-Rahman (Musa Alaihissalam). Itu tidak lain kerana suara kebenaran yang kuat berkata: 

Sekali-kali tidak akan tersusul; sesungguhnya Rabbku bersertaku,kelak Dia akan memberi petunjuk kepadaku. (Asy-Syu'ara: 62) 

Ketika bersembunyi dari kejaran kaum kafir dalam sebuah gua, Nabi Muhammad S.A.W yang masum mengkhabarkan kepada Abu Bakar R.A, bahawa Allah Yang Maha Tungal dan Maha Tinggi ada bersama mereka. Sehingga, rasa aman, tenteram dan tenang pun datang pun menyelimuti Abu Bakar R.A..





Mereka yang terpaku pada waktu mereka yang terbatas dan pada keadaan mereka yang (mungkin) sangat kelam, umumnya hanya akan merasakan kesusahan, kesengsaraan dan keputusasaan dalam hidup mereka. Itu, kerana mereka hanya menatap dinding2 bilik dan pintu2 mereka sahaja. Padahal, mereka seharusnya menembuskan pandangan sampai ke belakang tabir dan berfikir lebih jauh tentang hal2 yang berada di luar pagar rumahnya.





  

Maka dari itu, janganlah anda merasa terhimpit sejengkal pun,kerana setiap keadaan pasti akan berubah. Dan sebaik2 ibadah adalah menanti kemudahan dengan sabar. Betapapun, hari demi hari akan terus berganti, tahun demi tahun akan berlalu selalu berganti, malam demi malam pun akan datang silih berganti. Meskipun demikian, yang ghaib akan tetap bersembunyi, dan Sang Maha Bijaksana tetap pada keadaan dan segala sifatNya. Dan Allah mungkin akan menciptakan sesuatu yang baru setelah itu semua, tetapi sesungguhnya setelah kesulitan itu tetap akan muncul kemudahan.. Amin3




 P/S Di petik dari buku Dont Be Sad hasil nukilan Norainee Abu,Beli jangan tak beli tau^^


1 komen dari budak comel^^:

Noraim berkata...

ade2 saya ade buku ni :)

pstt, awk orang sabah eh? sy ni dlm proses nak baca sume entry ni. kikiki.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)Copyright reserved by Woofer Storm.
Powered by Blogger