Blog Lensa Kamera

Sabtu, 10 Disember 2011

Puas Aku Cari

Assalamualaikum w.b.t . . . .

Puas aku selongkar,dari entry pertama,
sampai entry yang terkini,tak juga aku temui,
dimanakah ia tersembunyi,adakah aku tak sedari,
ataupun memang tidak wujud pun bukti itu,
kalau benar ada,pasti aku hapuskan bukti dengan sebaiknya,
aku tak ingin ia menjadi bahan jenaka buat kalian,
kerana itu memang tidak aku inginkan,
terkejut bila ada blogger katakan aku pernah mengupload gambar aku sendiri,
kalau dah upload rasanya pun pasti akan aku sensored terlebih dahulu,
kerana aku ingin dikenali dengan penulisan aku,bukan paras wajah hodoh ku..
ke aku dah nyanyuk upload tanpa aku sedari??Sekian..

*Privasi kita mesti ada..kan3??
*aku syukur dengan wajahku,tapi bukan bermaksud aku nak kongsi bersama..hehee



Kata Achie : Sorang lagi pesakit aku tumbang..sedih sangat..ermmm 


Sila like jika suka entry ini. . . .



Aku Kasihan Melihat Awek Duduk Tak Lena..

Assalamualaikum w.b.t. . . .



Aku punya awek walaupun aku tahu aku tak ensem,
tapi aku bahagia dengan apa yang aku ada,
awek aku comel gila,kau tengok pun pasti gila,
tak percaya sudah..hehee aku sayang awek aku,
cuma kekadang aku kasihan,melihat mereka bertiga.
opss lupa nak bagitahu,awek aku ada tiga,
aku memang tamak,serius aku kata..
kadang kala tamak itu perlu,aku tak sanggup berpisah dengan mereka,
walaupun mereka sering bersama dan tinggalkan aku,aku tak kisah,
janji aku dan mereka duduk satu rumah.kami kan pasangan bahagia..

tapi hari ini,aku risau teramat sangat,awek aku yang sorang tu sakit2,
asyik muntah saja kerjanya,tak tahu mengapa,ingatkan mengandung tak juga,
aku pusing hilang akal,baru ku tahu mungkin makanan yang aku berikan untuk mereka,
tak sesuai sangat..jadi aku merasa patut bertindak dengan segera..
balik dari kerja,aku singgah satu kedai.tanya dengan pekerja kat situ makanan apa yang 
sesuai dengan mereka,dan baru aku tahu mereka memang perlukan sangat makanan 
bernama ALFALFA HAY..aku tak tahu pun benda ni,aku kan orang kampung,nasiblah ada pasangan orang bandar macam mereka..dan demi sayang aku pada mereka bertiga,aku 
sediakan  satu tempat tinggal yang lebih selesa untuk mereka..semoga mereka bertiga sihat-sihat belaka..semoga kami hidup bahagia tanpa ada sebarang masalah lagi..

**entry pasal awek comel aku tu ada kat SINI dan SINI

**terima kasih buat bro AFZAINIZAM atas entry dia kat SINI ...bro ni memang baik sangat.thank yaa bro 

*Sumber dari pakcik google..inilah dia ALFALFA HAY

Kata Achie :Penat buatkan mereka sangkar baru hasil dari keringat sendiri..sangkar yang baru beli tu kecil sangat..heheeee


Sila like jika suka entry ini. . . . . 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)Copyright reserved by Woofer Storm.
Powered by Blogger