Blog Lensa Kamera

Sabtu, 3 Disember 2011

Aku Dah Penat

Assalamualaikum w.b.t . . . . .

Aku dah penat,
dah lemah tak bermaya,
aku dah bosan,
dah tak tahu nak buat apa,
aku dah risau,
menanti muncul hari esok,
aku dah keliru,
tak tahu mana satu salahku,
aku dah panik,
bila nafasku mula berhenti,
Akhirnya aku sudah tiada,
meninggalkan mereka yang benci padaku..

Jujur aku aku tiada mood untuk malam ini,dari balik kerja sampai kini di lewat malam,
otak aku selalu memikirkan apa yang telah aku lakukan..semacam ada yang tak kena,tapi apa dia?aku bosan,aku geram,aku risau,aku sedih,pendek kata aku ada pelbagai emosi dalam satu masa..adakah itu petanda aku dah gila..aku dah tak mampu hidup dunia ini,otak dah tak mampu untuk berusaha memikirkannya lagi,tapi aku tak layak untuk mati meninggalkan bumi kerana dosaku tinggi mengunung tak bisa untuk aku tebuskan...harusnya aku mampu buat apa?? Sekian

*Aku dah janji,jadi ku tepati..ini arnab yang ku ceritakan dalam entry SINI. ada seekor lagi,tapi nanti aku ceritakan dilain kali..# Mood aku sekarang ini kosong


Kata Achie :Malam ini malam yang sepi sekali.


Sila like jika suka entry ini...terima kasih !!
Jumaat, 2 Disember 2011

Jauh Perjalanan Bertambah Pengalaman

Assalamualaikum w.b.t . . . .

penat ku berbaloi,
walaupun keringatku ditagih tadi,
aku puas sama sekali,
walaupun terpaksa merentasi tol2 ke klang,
aku tempuh dengan sabar,
demi dia yang bernama Arnab Anggora..
kini aku tidak keseorangan lagi,
aku punya peneman diri,
hidupku tidak suram lagi,
aku bisa meluahkan apa yang ku rasai,
itupun kalau arnab ku biasa mendengari...heheeee


Penat dari kerja,singgah sekejap di 101 mall..
sempat layan cerita ombak rindu walaupun tak pernah baca novel itu,
aku layan dengan selera,walaupun mata terpaksa ku bulatkan kerana faktor keletihan,
letih memang letih,balik dari kerja pun wajib harungi kesesakan yang teruk..
itu yang paling aku kurang gemari dijalan raya,walaupun aku suka berlumba-lumba.
tapi yang pasti Ombak rindu tidak mengecewakan diri ku,aku beri 10 bintang untuk filem itu,
tahniah buat penerbit filem ini,tahniah buat barisan pelakon,
tidak lupa juga tahniah buat penulis asal novel ini..anda memang awesome!!
Ombak rindu,next entry nanti ku ulas lagi ya.yang pasti aku gembira kini bersama arnab yang comel2 ini,rasa gembira dihati,tak dapat untuk ku luahkan disini.
selamat malam semua,aku ingin berehat seketika..insyallah akan ku paparkan wajah sebenar arnab2 ku itu,tidak sempat rasanya untuk malam ini..yang pasti penat ke klang sampai tersesat jalan itu memberi kepuasaan yang sebenarnya buat diri ini...Sekian

*Layan dulu ya arnab yang ku pinjamkan dari pakcik gugel ni.hehee


Kata Achie :Sampai bila2 aku memang susah nak hafal jalan,nampak benar aku dah tua..grrr


Sila like jika suka entry ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)Copyright reserved by Woofer Storm.
Powered by Blogger