Blog Lensa Kamera

Memaparkan catatan dengan label kaki perempuan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kaki perempuan. Papar semua catatan
Rabu, 11 Januari 2012

Syarat Sebelum Nak Jadi Kaki Perempuan

Assalamualaikum w.b.t. . . .

#Aku rindu budak Hayani..geram ~

kau nak jadi kaki perempuan?kau ingin menjadi pujaan mereka?kau inginkan bila diri kau dimanja?kau bahagia bila kau jadi kaki perempuan..sebelum kau nak jadi kaki perempuan,
kau layan dulu syarat yang aku berikan..ada berani??

1) kau perlu banyak duit..semakin kau kaya,semakin cerah peluang yang kau ada,lagi-lagi dizaman kini,duit menjadi salah satu keutamaan,jangan kau kata tidak,kerana itu yang sedang kau yakinkan..tapi kau kaya ke?kalau takat ada seringgit dalam poket,jangan mimpi nak jadi kaki perempuan..

2) Kau mesti punya paras rupa yang menarik.kalau boleh setampan Awal Ashaari pun dah kira ok,dah mampu cairkan hati wanita..lagi bagus kalau miliki badan ketul-ketul seperti Aaron Aziz.orang kata perempun rasa lebih selamat bila berada bersama kau..tapi kau ada?? kalau muka tu tak boleh cari makan,tak payah nak gatal..kalau badan sekeping je,jangan mimpi nak kacau kekasih orang.

3) Kau punya ayat mengancam. seiring menjadi kaki perempuan,ayat mesti power beb,, perlu ada ayat terbaik untuk menarik perhatian perempuan..tapi kalau kau cakap pun tergagap-gagap,jangan kata perempuan tu nak layan,orang gila pun tak faham apa yang hendak kau sampaikan..masih mimpi lagi nak jadi kaki perempuan?

4) kau mesti punya pelajaran . perempuan ini suka bila lelaki tu lagi cerdik geliga dari dia..kalau boleh kepandaian kau tu melebihi albert einstein,lagi tinggi lagi perempuan berebut nak sayang..tapi kalau kau ni jenis sengal-sengal ibu,kau rasa ada perempuan inginkan tak? jangan nak berangan..

5) Kau kena pandai bergaya. kau kan kaya,setakat kaya tapi tak bergaya perempuan tak pandang..kalau pakai baju koyak sana sini,perempuan tak tahu kau tu kaya gaya mana..bergaya itu penting bagi seorang kaki perempuan,itu juga keutamaan yang perempuan inginkan,cuba kau bayangkan bila dia ajak kau makan malam ditempat mewah,kau pakai baju nak ke pasar malam..apa macam? kau reti tak bergaya ni??

6) Kau mesti punya ketinggian. kau kan kaki perempuan,kebiasaannya kau pasti dikeliling oleh wanita-wanita mata duitan..tapi faktor ketinggian pun memainkan peranan, kalau kau ketot je berjalan bersama model yang tinggi rampai,kau tak rasa pelik ke?jangan kau diketawakan oleh orang awam sudahlah..kau tinggi ke ketot?cepat ngaku !!!

#Banyak lagi,tapi cukuplah ini yang mampu aku katakan disini..setiap yang ku nyatakan cuma atas pandangan peribadi,jangan pula kau kencang nak melalak kat sini..lempang kang !!

#Kalau rasa kau tak punya seperti yang ku nyatakan,tak perlu nak jadi kaki perempuan sangat..takut kau sendiri yang menjadi bahan orang lain..

#Kali pertama aku buat tips sengal macam ni..kau nak lagi??nanti aku fikirkan..selamat malam


Kata Achie : Belajar dari kisah yang lalu,masa depan masih tak menentu..ermmmm


Sila like jika suka akan entry ini. . . 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)Copyright reserved by Woofer Storm.
Powered by Blogger