Blog Lensa Kamera

Khamis, 20 Oktober 2011

Terima Kasih Cikgu l Kebaikan Cikgu Kepada Kita

Assalamualaikum w.b.t....

Terima kasih cikgu,
kerana engkau ku bisa begini,
kerana engkau aku bisa meninggi,
kerana engkau aku menjadi insan disanjungi..

Terima kasih cikgu,
kerana menyedarkan daku kesalahan ku,
kerana menyakiniku akan kelebihanku,
kerana mengingatkan aku akan masa depanku.
kerana engkau siapalah aku...

Terima kasih cikgu,
sungguh bermakna jasa mu padaku,
sungguh tak terkata kebaikanmu kepadaku,
sungguh tak ternilai ilmu mu berikan kepadaku,
Sungguh besar pengorbananmu terhadap ku..
TERIMA KASIH SEKALI LAGI CIKGUKU....

Oppsss,maaf ini adalah entry spontan..dikala mata nak lelap,teringat kembali peristiwa sewaktu menuntut ilmu ketika dulu..sebagaimana degilnya aku nak membaca buku,namun cikgu tak tahu erti keperitan itu semua..malah mendorong ku,mendesak ku untuk rajin menambah ilmu...kini,ku sedari dan ku akui,tanpa cikgu siapalah aku...terima kasih wahai cikgu ku kerana begitu sabar menangani karenah semasa mendidikku..Terima kasih CIKGU Tersayang...

Buat Cikgu Sk Matunggong,Smka Tun Said, M.U.C.. aku sayang kamu ketat-ketat....


Kata Achie :Hati merindu mekar dihati..Oh Cikgu^^


Sila Like jika suka entry ni..Terima kasih

Rabu, 19 Oktober 2011

Kenapa Perlu Membuat Pilihan

Assalamualaikum w.b.t...

Kenapa perlu memilih,
jika jalan penyelesaian terbentang luas,
masih mampu diatasi dengan bijaksana,
masih berpijak dibumi yang nyata..

Kenapa perlu memilih,
jika hati berat untuk melaksana,
jika diri masih dibelenggu resah,
jika pilihan cuma menganggu minda..

Kenapa perlu memilih,
jika pilihan itu mematikan diri,
jika bila dibuat serba tak jadi,
jika bisa menghukum empunya diri..

JADI KENAPA HARUS MEMILIH LAGI??

Kadang kala penyelesaian ada didepan mata,tapi kita tak bisa nampak..sibuk mengejar pilihan lain yang cuma menjerat nyawa..kenapa perlu memilih lagi jika ada penyelesaian yang lebih baik..jika kemahuan diri itu bisa dipenuhi lagi..persetankan dengan pilihan yang merambangkan hati,jika cuma untuk memusnahi diri...ingatlah memilih pada tempat yang bukan pada sepatutnya,hanya menjerumuskan kita ke lembah penyesalan..berfikir dengan rasional dan tenang selalu.insyaallah tuhan sentiasa bersama orang sabar bila diUJI...Sekian


KENAPA PERLU BERCERAI JIKA MASALAH BISA DITANGANI??KASIHANILAH PADA ANAK KECIL YANG LANGSUNG TIDAK MENGERTI...


Kata Achie:Jangan salah membuat pilihan,nanti kita sendiri yang menyesal.

Sila like jika suka entry ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)Copyright reserved by Woofer Storm.
Powered by Blogger