Selamat tahun baru buat semua,dalam tak sedar dah 2012 detik ini..rasanya aku semakin tua,dah semakin singkat nafas aku didunia pinjaman ini..azam?azam anda apa?harapan semoga apa yang anda inginkan akan tercapai sepenuhnya.namun jika tidak dapat terlaksana,tak perlu nak gusar,kerana mungkin itu ujian dariNya agar kita lebih berusaha.berusaha kepada kebaikan,bukan menjerumus lagi kepada kejahilan..pesanan buat diri aku sendiri,kerana aku sering melakukan kesilapan dalam sedar ataupun tidak sedar..
Dalam duduk merapu di alam maya ini,tak sedar dah setahun lebih aku kat sini..sejak entry pertama pada 23.10.2010 dan bermula dengan seriusnya pada 24.12.2010 apabila membeli domain WooferStorm.Com berserta hosting namun hosting itu hanya terbiar tanpa digunakan sampai tamat tempoh kerana kedegilan aku untuk mencuba platform wordpress.. dalam tak sedar banyak blogger otai dan baru aku kenal,dan banyak perangai yang perlu aku selami..Azam aku terlalu banyak,sampai esok pun belum tentu habis lagi..namun azam aku pada blog ini hanya berharap blog merapu lebih ini dapat diterima dan aku harap juga penulisan aku tidak menyinggung mana-mana pembaca yang ada walaupun kekadang ada yang terasa..maaf kerana aku berkata pada apa yang aku rasa....Sekian...
#Mood masih penat balik dari fraser Hill..banyak gambar namun hanya ini mampu aku share bersama anda kerana kemalasan berganda untuk mengupload..
#Dalam perancangan nak ke Cameron Highland.Siapa nak ikut??
#Damai kan??
#Member yang ensem ni masih single..siapa nak sila isi borang..
#Tempat yang cantik sekali tapi sayang bila aku yang gemuk telah mencemarinya..grrr
Kata Achie :Semoga tahun ini lebih banyak keburukan aku dapat diperbaiki..
Sila like jika suka entry ini..
Selamat Datang 2012


