Blog Lensa Kamera

Khamis, 3 November 2011

Alhamdulillah,Musibah Itu Menginsafkan

Assalamualaikum w.b.t. . .

hari ini hari untuk riang gembira,
balik dari kerja dengan bergaya..
balik awal pun incharge tak nak marah,
malah muka dia nampak bersahaja saja..
hati gembira riang tak terkata.

balik jam 12 ingatkan nak beli benda,
niat kat hati nak beli untuk keluarga,
walaupun dah banyak benda sudah dipunggah,
tapi hati tak puas lagi,maklumlah syaitan mula dah berbicara..

Naik motor ini dengan rasa tak bersalah,
bawa motor tapi hati ada di sana,
tak sabar rasanya nak balik sudah,
malang tak berbau bila kereta kat belakang,
selamba langgar dan lari macam tu saja..

Nasib baik ada yang baik hati turun mendatang,
dekat kepada ku dengan senyuman,
mula untuk menolong kejatuhan aku,
walaupun otak aku dah lain terasa.
ingat nak marah pun memang dah tak guna.

terus balik segera ke rumah,
singgah sebentar baiki motor dengan kecewa,
motor dah calar itu langsung tak apa,
kaki yang terseliuh siapa nak kata.

Sampai kat rumah secepat nak bersiap,
takut ketinggalan flight ke kampung tercinta,
melangkah ke sana sini kaki memanglah seksa,
lagi seksa baru dapat panggilan bahawa NenekKu sudah tiada..

musibah demi musibah,pasti ada hikmah buat kita semua..terima kasih kerana sudi langgar aku,terima kasih kerana sudi langgar dan lari,mungkin ada hikmah buat diri ini,agar sedar pasti ada kesalahan yang telah aku lakukan..masih bersyukur kerana nyawaku masih ada,masih bersyukur kerana nafasku masih berdenyut.walaupun jika tuhan ingin kematian diri ku,dah pasti aku dilenyek lagi oleh van dari belakang..terima kasih Allah,sedih semakin sedih,saat kepulangan ke kampung halaman.saat mula berkemas membawa barang,aku berjalan dengan kaki yang tempang..lagi menerima tamparan hebat,bila aku dikejutkan dengan panggilan bahawa nenekku sudah tiada..Alfatihah buat nenek tercinta ku..semoga arwah nenek ku ditempatkan dikalangan orang yang beriman..Amin Ya Allah 

*Kecian pula meninggalkan adikku yang kini di wakaf tapai..ermmm jaga diri bebaik


Sila like jika hati rasa terhibur..SARANGHAE YO
Rabu, 2 November 2011

Kepentingan Kita Berbanding Kepayahan Orang Lain

Assalamualaikum w.b.t. . .

Aku dah terkena,selalu terkena,
pendek kata dah bisa terkena,
dah tak hairan bila terkena lagi,
nak kata apa bila dah terkena??

Aku dah pohon cuti untuk minggu depan,
ingat bolehlah nak rehat cukup-cukup,
badan pun dah merungut minta simpati,
takkan aku nak duduk diam begitu saja..

Dulu bila mood aku nak bercuti,
cuti dah dapat pelepasan pun dari atasan.
hati gembira riang tak terkata,
bersyukur bila dapat rehat dari kerja yang gila.

Saat bergembira tidaklah lama,
dapat tahu cuti aku terpaksa dibekukan,
kerana nak bagi peluang kepada teman,
nenek dia sakit tenat dah tak tertahan.
Aku juga terpaksa mengalah lagi,
demi simpati kepada dirinya,
aku terpaksa gigit jari lagi,
janji dia bisa tersenyum lagi.

Cuma geram dihati siapa yang tahu,
bila dia susah aku bisa menolong,
walaupun aku punya kepentingan peribadi,
bila masa aku yang susah,dia mampu diam tak berbahasa.


Perlukah nak bantu bila dia dalam kesusahan walaupun dalam masa yang sama,kita sendiri mempunyai kepentingan sendiri..tak nak tolong pun susah,nak tolong pun susah..Ibarat ditelan mati emak,diluah mati bapa...Kalau tak tolong pasti dia dalam kesedihan,tapi bila tiba giliran kita meminta bantuan,dia buat tak endah je..dia buat macam takde apa-apa je..Boleh kita buat macam tu kat dia semula serupa apa dia buat kat kita dulu kala??Sekian^^

*Dia yang dimaksudkan merujuk kepada sesiapa saja.tak kira kawan,lawan ataupun saudara sendiri^^



Kata Achie :Makin malas nak update bila dekat nak balik ini..hehee Malas pergi jauh2^^


Sila like jika suka entry ini...SARANGHAE YO
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)Copyright reserved by Woofer Storm.
Powered by Blogger