Blog Lensa Kamera

Rabu, 9 November 2011

Sembah Pada Yang Satu

Assalamualaikum..

Alahai manusia,
memang kamu tak pernah sedar diuntung,
lahir didunia lupa diri mu,
lupa asal usulmu,
cuma tahu nikmat dunia,
walhal nikmat akhirat lagi bagus dikejar..

Alahai manusia,
lupakah kamu siapa pencipta mu,
lupakah kamu dimana kamu berpijak,
lupakah kamu akhirat disana sedia menanti,
lupakah kamu ada syurga ada neraka,
lupakah kamu siapa tanpa Allah yang Kuasa..

Alahai manusia,
sembahlah pada yang satu,
Beriman kepada ALLAH SWT,
Beriman kepada Malaikat-malaikat,
Beriman kepada Kitab-kitab,
Beriman kepada Rasul-rasul,
Beriman kepada Hari Kiamat,
Beriman kepada Qada dan Qadar..
Tapi kenapa kamu beriman kepada yang lain???

Kita siapa?datang dari mana?lupa diri,lupa asal usul kita..percaya atau tidak,semakin lama kita didunia,semakin jauh kita dari Allah.semakin lama merasa nikmat dunia,semakin lupa nikmat akhirat yang lagi jauh bagusnya..Menyembahlah padaNya,jangan lupa jika kemurkaan sudah tiba,kita pasti menjadi sampah dengan begitu sahaja,jangan sampai Allah murka,kita juga yang binasa..anda nak yang bagaimana??kita yang menentukan nasib kita gaya mana..sekian^^

**Betulkan aku bila andai ada kesalahanku..

**Aku senang melihat kekuasaanNya diatas sana..

Kata Achie :Banjir di Thailand ada sesiapa rasa mengapa??


Sila like jika suka...
Selasa, 8 November 2011

Biar Nakal Asalkan Berakal

Assalamualaikum w.b.t . . .

Sekarang ini dunia zaman moden,
semua benda kena tahu,
takut tak tahu diri yang terkena,
tak percaya tanya pada si mangsa.

orang kata biar nakal asal berakal,
nakal macam mana pun dikelas mesti no 1,
biar cikgu marah dengan kedegilan kita,
janji cikgu senyum dengan kejayaan kita.

dunia kini penuh penipuan,
bermacam ragam orang kita tak tahu,
percaya orang biar berpada-pada,
tapi ilmu kena penuh didalam dada..

tiap kali nak melayan entry,pasti intro asik merapu je..ada kata puisi,ada kata sajak.ada kat pantun..maaf disini kalian,aku bukan seorang penyajak,mahupun seorang penyair,apatah lagi ahli sasterawan..aku manusia biasa,tiada apa-apa..datang kat sini cuma nak berkawan sahaja..
STop!! asyik merapu lagi.....

hidup kini kena berilmu,biar orang tak pijak kepala kita..biar orang tak senang nak perdaya kita dengan sengaja,supaya orang tak ambil kesempatan diatas kelemahan kita..kita senang hati,orang pun tak berani nak buli..BIAR NAKAL,ASALKAN BERAKAL..tetiba ingat rakan sekelas time sekolah menengah dulu..rajin benar dia menuturkan ayat ini,walaupun lidahnya tak selincah mana,dia memang nakal,cukup nakal..apa benda jahat yang dia tak buat kat sekolah dulu,dah macam lagak Kasyah dalam cerita lagenda budak setan pun ada gamaknya..haha tapi kini dia telah berjaya,mengotakan apa yang dia sering dia katakan..
Tapi janganlah pula ada yang nakalnya bukan main lagi,tapi ilmu tak sekerat mana pun kat dada,itu dah namanya MENYUSAH DIRI DAN ORANG LAIN..Sekian^^


Kata Achie :Duduk kat kampung ini buat malas pula nak update..heeehee


Sila like jika ikhlas.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)Copyright reserved by Woofer Storm.
Powered by Blogger