Blog Lensa Kamera

Khamis, 2 Disember 2010

Kucing gemuk



FLORENCE, Itali - Seekor kucing betina seberat enam kilogram menjadi sensasi di Internet setelah pemiliknya, Chiara Bagnoli, 28, memuat naik gambar kucing itu di laman web peribadi, lapor sebuah akhbar semalam.


Chiara memberitahu, kucing gemuk bernama Giuly yang berusia lima tahun itu mendapat perhatian pelayar Internet dari Amerika Syarikat dan Sepanyol.Kucing yang dibeli di sebuah kedai haiwan itu tidak kuat meragam.Kucing itu sentiasa mengekori ke mana sahaja Chiara pergi seperti tabiat seekor anjing.

"Ia agak suka bermain tetapi sangat pemalas. Ia suka bersiar-siar dan memeluk pokok," kata Chiara. - Agensi

Kata Achie : Dicopy paste dari kosmo online,khas untuk kawan aku yang suka kucing tuu^^ 

Ngangkung


Fuyoooo,Best giler cita ni...tak tahan perut dibuatnya,orang yang mengantuk pun hilang mood nak tidur..hehe (betul ke??) saja je tu,lain orang len cara,pe pun kita layan dulu sinopsis dia...hehe 
  
Sinopsis Ngangkung:- ‘Ngangkung’ adalah satu perbuatan memuja nombor ekor dengan membawa ‘barang’ untuk dipuja oleh bomoh. Barang tersebut haruslah sesuatu yang susah untuk didapati seperti keris lama, syiling lama dan sebagainya. Filem ngangkung mengisahkan Azim, seorang pemandu lori yang hidup sederhana di sebuah perkampungan pinggir bandar bersama isteri, Suri dan anak perempuannya. Azim mempunyai dua orang kawan baik iaitu Tasnim dan Wan. Tasnim dan Wan memang merupakan ‘kaki ekor’ dan aktiviti mereka memang diketahui oleh isteri masing-masing.

Azim yang pada asalnya tidak pernah menghiraukan aktiviti rakan-rakannya akhirnya terpengaruh juga kerana desakan dan kesempitan hidup. Ditambah pula dengan kejayaan Tasnim mengubah gaya hidup setelah berjaya memenangi nombor ekor hasil ngangkung. Bermula dengan hanya untuk melihat, kian hari Azim semakin seronok mengikut Tasnim dan Wan walaupun secara senyap tanpa pengetahuan Suri. Pelbagai cara dan berbagai jenis bomoh mereka jumpa demi mendapatkan nombor untuk mereka beli. Pelbagai kejadian seram dan lucu terjadi sepanjang mereka mengangkung. Perubahan ketara dalam hidup Azim berlaku apabila dia terlibat secara lebih serius sehingga mengabaikan keluarga akibat taksub untuk mendapatkan nombor ekor. Begitu juga dengan Tasnim dan Wan. Sehingga satu hari berlaku kejadian yang benar-benar mengubah hidup mereka. Apakah kesudahan hidup mereka? Dan berjayakah mereka mendapatkan apa yang mereka hajati? Segalanya terjawab dalam “NGANGKUNG”.



Ni Trailer dia...hehe tengok jangan tak tengok..




               

Kata Achie :Layan filem macam ni buat lupa stress sekejap jaaa^^ 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)Copyright reserved by Woofer Storm.
Powered by Blogger